Anda di halaman 1dari 34

KULIAH 2

TAJUK
3. Aras binaan soalan pentaksiran
mengikut Taksonomi Semakan
 Mengetahui
 Memahami
 Mengaplikasi
 Menganalisis
 Menilai
 Mencipta
HASIL PEMBELAJARAN
1.Menjelaskan aras binaan soalan
pentaksiran bahasa Melayu
sekolah menengah
(C2,HPP1)
11 ANJAKAN PELAN
PEMBANGUNAN SENARIO
PENDIDIKAN 2013 –
2025 PENDIDIKAN
NEGARA

ke
me upa
ke nga yaan
me ahir plik un
ref mb an d asik tuk idikan
ma leks uat an n an p nd
i pe
be sal i ba pena ilai eng l it
kua gsa aan
me rino ah, m gi m aku dala etah a
n
tka aban eperik
s
nc vas em en lan m ua i
k
ng ntar ula p ap
ipt i d y n, n d
a s an bua eles dan e
M araf a k
sem untu n terh i
a
es be t k aik 1. r t k
be omba siran pua tingg
ua ru ep an r k m
tu pa utu
(K ya sa me penta kan tu r aras
t i
PM n,
o dan ingka berfik
n
;2
01 me ahiran
2) kem TS)
(HO
Kemahiran Berfikir
KEMAHIRAN INTELEK

ta l
e n
s e sm
pr o
f i ki r
be r

ir a n y a n g me lu as d an
BA T m e me rlu ka n pemik
K
mendalam
 Menghafal sesuatu perkara yang tidak sama dengan berfikir tentang
sesuatu perkara itu

 Apabila seseorang menghafal dan memberi maklumat semula tanpa


memerlukan berfikir, itu yang dinamakan robot

 KBAT memerlukan kita melakukan sesuatu dengan maklumat / fakta / idea


yang diterima dengan memberi makna yang berlainan dan implikasi yang
berbeza daripada kebiasaan

 Mesti memahami, menggabung dan menghubungkait antara satu sama lain,


mengkategori dan memanipulasinya untuk membolehkan menemui makna
dan kefahaman baharu.

 Menggunakannya seperti kita mahu penyelesaian yang baru kepada setiap


permasalahan baru

 Menghafal boleh dilakukan tanpa memahami perkara itu.

 Berfikir boleh dilakukan dalam bentuk perkataan / renungan / gambaran


CIRI-CIRI ITEM KBAT
SKOP LUAS o pengetahuan asas sebagai keperluan

o tidak spesifik dan merentasi mata pelajaran


FAKTA o kandungan bebas & berhubungkait

BERMAKNA o boleh ditaksir dan mencabar

o situasi baharu
STIMULUS o bukan lazim bagi calon dan memberi
maklumat secukupnya kepada calon

RESPON o kepelbagaian
CALON o boleh melibatkan lebih daripada satu jawapan
DOMAIN KOGNITIF
Perubahan;
i.KN ditukar kepada KK
ii.Aras sintesis dan
penilaian disusus semula

Domain Bloom Semakan


Domain Bloom 1956 Semula Anderson dan
Krathwohl, 2001
CIRI-CIRI UTAMA SOALAN BERDASARKAN
ARAS KOGNITIF BLOOM EDISI SEMAKAN (2001)

MENGINGAT
o menguji kebolehan calon mengingat sesuatu semula,
mengecamkan idea, mengenal pasti, menyenaraikan dan
menamakan keterangan, prinsip, atau fakta yang telah dipelajari.
o jawapan calon menggunakan bahasa atau ayat asal
o kata tugas eksplisit yang digunakan ialah baca, catat, daftarkan,
labelkan,namakan,nyatakan, padankan,pasangkan,senaraikan,
perihalkan,pilihkan, sebutkan dan tandakan
ITEM ANEKA PILIHAN

1. Apakah maksud sampul kecil dalam sistem fail?

A Satu fail sementara dibuka apabila fail asalnya tidak ditemukan


B Satu fail baharu dibuka setelah fail asal melebihi 100 dokumen
C Satu fail baharu diadakan untuk kegunaan pengerusi atau ketua
D Satu fail sementara diadakan bagi mengendalikan satu aktiviti khas

ITEM STRUKTUR

2. Tingkah laku muzikal merupakan satu tingkah laku yang berbentuk hasil
daripada gabungan dua faktor sosiologi yang utama.

Nyatakan dua faktor dan komponennya.


CIRI-CIRI UTAMA SOALAN BERDASARKAN
ARAS KOGNITIF BLOOM EDISI SEMAKAN (2001)

MEMAHAMI
o menguji kebolehan kognitif yang melibatkan penggunaan
pengetahuan tanpa situasi baharu. Terdiri daripada tiga
kategori, iaitu;
1. Penterjemahan (kemahiran menyatakan sesuatu konsep
yang diketahui melalui perkataan atau simbol)
 Menterjemahkan satu bahasa ke satu bahasa lain
 Menukarkan bentuk simbol kepada bentuk verbal atau
sebaliknya
 Membaca skor muzik
 kata tugas eksplisit yang digunakan ialah anggarkan,
bandingkan, bezakan, hitungkan, huraikan, jelaskan,
kategorikan, kemukakan, prafrasakan, perluaskan,
ramalkan, rangkumkan, simpulkan, terangkan,
terjemahkan, tulis semula dengan perkataan sendiri
CIRI-CIRI UTAMA SOALAN BERDASARKAN
ARAS KOGNITIF BLOOM EDISI SEMAKAN (2001)

MEMAHAMI
2. Interpretasi (kemahiran menghubungkait bahagian dalam
sesuatu set komunikasi dan menyatakannya dalam
bentuk lain dengan mengekalkan makna set komunikasi
itu)
 Mengolah,menyusun,meringkaskan sesuatu pernyataan
atau konsep, menggunakan bahasa sendiri tanpa
mengubah makna dan tujuan asal)
 kata tugas eksplisit yang digunakan ialah anggarkan,
bandingkan, bezakan, hitungkan, huraikan, jelaskan,
kategorikan, kemukakan, prafrasakan, perluaskan,
ramalkan, rangkumkan, simpulkan, terangkan,
terjemahkan, tulis semula dengan perkataan sendiri
CIRI-CIRI UTAMA SOALAN BERDASARKAN
ARAS KOGNITIF BLOOM EDISI SEMAKAN (2001)

MEMAHAMI
3. Ekstrapolasi (kemahiran yang melibatkan interpretasi
yang melampau tentang maklumat dalam set komunikasi)
 Membuat ramalan, inferensi atau anggaran berdasarkan
pemerhatian, pengalaman, corak atau trenda
 Membuat telahan sebab dan akibat sesuatu peristiwa
terjadi.
 kata tugas eksplisit yang digunakan ialah anggarkan,
bandingkan, bezakan, hitungkan, huraikan, jelaskan,
kategorikan, kemukakan, prafrasakan, perluaskan,
ramalkan, rangkumkan, simpulkan, terangkan,
terjemahkan, tulis semula dengan perkataan sendiri
ITEM ANEKA PILIHAN

1. Yang manakah antara yang berikut merupakan tujuan untuk memahami


dan mempelajari psikologi dalam pendidikan?

A Melengkapkan guru dengan teori dan prinsip tingkah laku murid

B Membantu guru untuk berinteraksi dengan ibu bapa murid secara


mesra dan berkesan
C Membekalkan guru dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam
mata pelajaran yang diajarkan disekolah

D Membantu guru memahami konsep budaya sekolah dan budaya


murid untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan

ITEM STRUKTUR

2. Berdasarkan Model Disiplin Asertif Canter, terangkan dua cara seseorang


guru boleh menguruskan masalah disiplin di dalam bilik darjah.
CIRI-CIRI UTAMA SOALAN BERDASARKAN
ARAS KOGNITIF BLOOM EDISI SEMAKAN (2001)

MENGAPLIKASIKAN
o menguji kemahiran menggunakan pengetahuan untuk
memberi kan penjelasan bagi suatu situasi baharu atau
menyelesaikan masalah yang baharu.
 Mengaitkan peristiwa masa kini dengan peristiwa masa lalu
 Menyelesaikan masalah matematik dengan menggunakan
rumuskan yang sesuai
 Menggunakan pengetahuan dan pengalaman yang ada untuk
menyelesaikan masalah berkaitan dengan aspek-aspek
kognitif. Misalnya, memberikan cadangan berasaskan fakta
 kata tugas eksplisit yang digunakan ialah bina,cari,kira,
gambarkan, gunakan, kaitkan, kemukakan, laksanakan,
organisasikan, ramalkan, selesaikan, simulasikan, sesuaikan,
tentukan, terapkan dan tunjukkan
ITEM STRUKTUR

1. Bincangkan dua cara seseorang guru dapat meningkatkan keberkesanan


proses pengajaran dan pembelajaran melalui pengetahuannya tentang
gaya pembelajaran muridnya beserta dengan contoh.

2. Anda ditugaskan untuk mengajarkan mata pelajaran pengkhususan


kepada murid Tahun 4. Di dalam bilik darjah anda terdapat seorang murid
autistik, seorang murid hiperaktif dan 30 orang murid yang lain.

Bincangkan strategi pengurusan bilik darjah yang dapat anda laksanakan.


Strategi anda perlu mengambil kira keperluan kedua-dua murid autistik
dan hiperaktif, serta murid yang lain di dalam bilik darjah tersebut.
CIRI-CIRI UTAMA SOALAN BERDASARKAN
ARAS KOGNITIF BLOOM EDISI SEMAKAN (2001)

MENGANALISIS
o menguji kemahiran mencerakinkan/mengumpul maklumat atau
bahagian-bahagian dalam sesuatu set komunikasi sehingga
pertalian antara bahagian tersebut dapat ditunjukkan dengan
jelasnya.
o menguji kebolehan membanding dan menghuraikan fakta-fakta
kesamaan, perbezaan dan perhubungan antara satu sama lain.
o kata tugas eksplisit yang digunakan ialah bandingbezakan,
bandingkan, berikan sebab, bezakan, buat analisis, buat
eksperimen, buat infrensi, buat kiraan, buktikan, cerakinkan,
diagnosiskan,diskriminasikan, ilustrasi,inferensikan,
kategorikan, kesan, kritik, modelkan, perincikan, rangkakan,
simpulkan, teliti/periksa dan ubah suai
ITEM ESEI

1. Teori Kaunseling boleh membantu kaunselor semasa mengendalikan sesi


kaunseling sebagai kerangka utama proses kaunseling.

Berdasarkan Teori Rasional Emotif Tingkah Laku (REBT), bincangkan


dengan memberikan contoh yang jelas tentang pandangan teori
berkenaan terhadap sifat manusia.
CIRI-CIRI UTAMA SOALAN BERDASARKAN
ARAS KOGNITIF BLOOM EDISI SEMAKAN (2001)

MENILAI
o Menguji kebolehan membuktikan, menilai, mengesahkan,
mengkritik,merumuskan atau memberikan pendapat terhadap
sesuatu pernyataan.
o Memerlukan calon melihat fakta dari aspek ‘pro’ dan ‘kontra’
semasa membuat penilaian.
o Membuat pertimbangan atau memberikan grad dengan
menggunakan kaedah dan kriteria standard tentang
kesesuaian, ketepatan, kecekapan, keberkesanan dan
sebagainya.
 Menunjukkkan ketepatan, kecukup-cakupan dan kerelevanan
data
 Menyokong sesuatu dapatan atau kesimpulan yang dibuat
berdasarkan kaedah standard
 Mengenal pasti sifat bias dan emosi dalam persembahan
CIRI-CIRI UTAMA SOALAN BERDASARKAN
ARAS KOGNITIF BLOOM EDISI SEMAKAN (2001)

MENILAI
o kata tugas eksplisit yang digunakan ialah bahaskan, banding
beza, pertahankan, bandingkan, berikan hujah, berikan
justifikasi, berikan pendapat, berikan sokongan bincangkan,
buat anggaran, buat generalisasi, buat penghakiman, buat
ramalan, buat rumusan, buat verifikasi, buktikan, cantumkan,
diskriminasikan, gabungkan, hubungkait,huraikan,
interpretasikan, nilai, nilaikan, pertimbangkan dan taksir
ITEM ESEI

1. Pencemaran telah menyebabkan kerosakan yang teruk kepada


alam sekitar.

Bincangkan sejauh mana aktiviti manusia menyumbang kepada


masalah ini.
CIRI-CIRI UTAMA SOALAN BERDASARKAN
ARAS KOGNITIF BLOOM EDISI SEMAKAN (2001)

MENCIPTA
o Menguji kebolehan calon merancang, mereka /mencipta/
menghasilkan sesuatu yang kreatif dan penggabungan pelbagai
unsur (penghasilan sesuatu rancangan, rumusan, prosedur
atau cadangan).
o Menguji kemahiran menggabungkan elemen-elemen dan
bahagian-bahagian untuk membentuk suatu set maklumat.
o Melibatkan proses menyusun dan membuat kesimpulan.
o Melibatkan pemikiran bercapah dan kreatif
 Mencipta lagu
 Mereka bentuk bangunan berdasarkan spesifikasi yang
ditetapkan
 Menghasilkan penemuan matematik daripada pengolahan dan
perumusan maklumat matematik
CIRI-CIRI UTAMA SOALAN BERDASARKAN
ARAS KOGNITIF BLOOM EDISI SEMAKAN (2001)

MENCIPTA
o kata tugas eksplisit yang digunakan ialah bandingkan,
bentukkan, buktikan, cadangkan, ciptakan, gabungkan, gubal,
jana, perincikan, perjelaskan, putuskan, rancangkan, rumuskan,
sediaklan, sintesiskan, simpulkan, susun semula dan tafsirkan
ITEM ESEI

1. Satu pertandingan lagu bertema “Cuti-cuti di Malaysia” akan diadakan


dengan syarat lagu yang dicipta hendaklah dalam nada major
sepanjang 16 bar.

Ciptakan melodi dan lirik lagu mengikut tema yang ditetapkan supaya
sesuai dinyanyikan oleh murid sekolah rendah.

2. Isu murid kurang minat, tidak memberikan fokus dan lemah dalam
penguasaan isi pelajaran sering dihadapi oleh guruguru di dalam bilik
darjah.

Berdasarkan kefahaman anda berkaitan dengan motivasi, cadangkan


bagaimana motivasi intrinsik boleh ditingkatkan dalam mata pelajaran
pengkhususan di dalam bilik darjah.
BAHAGIAN A
Pilih Peribahasa yang paling sesuai.

Semua peribahasa yang berikut sesuai bagi menggambarkan situasi di


atas, kecuali

A hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga


B orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa
C jika kerbau dipegang talinya, jika manusia dipegang mulutnya
D hutang emas boleh dibayar, hutan budi dibawa mati

Aras : Kefahaman
11 I Penceramah itu berjaya mengupas tajuk yang disampaikan
dengan jelasnya.

II Beberapa orang pemuda sedang sibuk mengupas buah kelapa


untuk kenduri di rumah Pak Salim.

III Dinding papan rumah itu mengupas kerana sudah terlalu lama.

IV Penduduk kampung bergotong-royong mengupas daging lembu


yang baru disembelih itu.
 
 

A I dan II
B III dan IV sahaja
C I,II, dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja

Aras: Aplikasi
12 I Kasut adik terlucut ketika berlari kerana ikatan tali kasutnya longgar.

II Seluar panjang yang baru dibeli oleh ayah untuk adik itu agak longgar.

III Perhubungan antara Yazid dengan Othman mulai longgar setelah


mereka bertukar sekolah.

IV Langkahnya yang longgar ketika memperagakan fesyen menyebabkan


orang ramai tidak meminatinya.
 

  A I dan II sahaja

B III dan IV sahaja

C I, II dan III sahaja

D II, III dan IV sahaja

Aras: Aplikasi
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir
dengan ayat yang bercetak tebal.

Kegagalan institusi keluarga mendorong berlakunya gejala jenayah dalam


kalangan remaja.
 
A.Gejala jenayah dalam kalangan remaja menyebabkan kegagalan institusi
keluarga.
B.Institusi keluarga yang terlibat dengan gejala jenayah menjadikan remaja
gagal.
C.Peningkatan gejala jenayah dalam kalangan remaja berpunca daripada
institusi keluarga.
D.Gejala jenayah yang terjadi dalam kalangan remaja didorong oleh kegagalan
institusi keluarga.

Aras: Analisis
ITEM STRUKTUR

Lengkapkan kata hubung yang sesuai berdasarkan pilihan jawapan yang


diberi.

walaupun supaya jika kerana


apabila untuk lalu agar

Masyarakat Malaysia perlu bersyukur (i) __________________________


kerajaan terutamanya di bawah kelolaan Kementerian Kesihatan Malaysia
amat mengambil berat dalam menyediakan prasarana dan kemudahan
perkhidmatan kesihatan bertaraf dunia.

Aras: Analisis
ITEM STRUKTUR

BAHAGIAN B
Soalan 1 (a)
Dalam setiap ayat dibawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan
kesalahan Bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan
yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
 
(i) Tania berasa amat terharu apabila semua rakan-rakan sekelasnya membuat
kejutan pada hari lahirnya.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

Aras: Analisis
ITEM STRUKTUR

Soalan 1 (b)

Dalam setiap ayat dibawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti
kesalahan tersebut dan tersebut dan ejaan yang betul pada ruang jawapan yang
disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
 
(i)Drama kekeluargaan yang disiarkan di kaca televisen itu cukup menyentuh hati
para penonton.

Aras: Analisis
CONTOH SOALAN (BMM3109)
1. “ Pagi itu cuaca redup. Suasana berkabus putih memenuhi
seluruh perkampungan.Menteri belum memperlihatkan
senyumnya, seolah-olah masih berselimut di sebalik kabus
tebal.”
( Novel ‘ Tangisan bangsaku ‘, Ariffin Ngah: 2004)

ARAS MEMAHAMI
a. Perihalkan secara operasional bentuk kata ‘berkabus’
dan ‘berselimut’ yang terdapat dalam pernyataan di atas.
[ 4 markah ]

ARAS ANALISIS
b. Huraikan proses morfologi Bahasa Melayu yang berlaku

terhadap pembentukan perkataan yang bergaris condong


dalam pernyataan di atas.
[ 6 markah ]
CONTOH SOALAN (BMM3101)
ARAS APLIKASI
1. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu mengandungi
matlamat, objektif, organisasi kurikulum, penerangan huraian
sukatan pelajaran, dan strategi pengajaran dan pembelajaran.

a. Cadangkan aktiviti membaca dan cara pelaksanaannya


bagi memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah
membina budaya pembelajaran berterusan.
[ 4 markah ]

ARAS ANALISIS
b. Sistem bahasa merupakan salah satu elemen penting dalam
Organisasi Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
Huraikan fokus pengajaran sistem bahasa.
[ 6 markah ]
SESI TUTORIAL
SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai