Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

PROGRAM ROAD TO PT3


TINGKATAN 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUSA


PENGGAL 3 2021/2022

TARIKH: 7 – 11 FEBUARI 2022 (KUMPULAN A)


14 – 18 FEBUARI 2022 (KUMPULAN B)
TEMPAT: KELAS MASING-MASING
SASARAN: SEMUA MURID TINGKATAN 1 SESI
2021

ANJURAN: TASKFORCE TINGKATAN 1


PROGRAM ROAD TO PT3
SMK PUSA
PENGGAL 3 2021/2022

1.0 PENGENALAN

Setiap murid sekolah menengah akan menduduki dua peperiksaan penting sepanjang
lima tahun persekolahan iaitu PT3 dan SPM. Oleh itu, amat penting bagi mereka supaya
mengenali dan memahami jenis-jenis kertas peperiksaan yang akan diduduki nanti serta
format-formatnya supaya mereka tidak terkapai-kapai menjawab soalan peperiksaan
sekolah dan seterusnya peperiksaan umum. Mengenali dan memahami kertas
peperiksaan dengan lebih awal dapat membantu murid menyediakan diri dengan
kemahiran yang diperlukan untuk menjawab soalan peperiksaan dengan berkesan.

2.0 RASIONAL

Covid-19 yang melanda negara dan seluruh dunia pada hujung tahun 2019 telah
menyebabkan beberapa siri Perintah Kawalan Pergerakan di negara kita yang
menyebabkan sekolah-sekolah di seluruh negara terpaksa ditutup. Ini telah
menyebabkan ramai murid ketinggalan dalam pelajaran walaupun PdPR secara dalam
talian diadakan. Ramai murid tidak dapat pendedahan yang secukupnya kepada soalan-
soalan peperiksaan dan kurang pemahaman tentang cara menjawab dan sebagainya.

Oleh itu, program ini dijalankan supaya murid berpeluang mengenali, memahami, dan
bertanya sendiri kepada guru tentang peperiksaan yang akan mereka duduki.

3.0 MATLAMAT

Program ini dijalankan sebagai inisiatif memperkenalkan murid Tingkatan 1 kepada


sistem peperiksaan subjek teras sekolah menengah iaitu Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Sejarah, Sains, Matematik dan Pendidikan Islam yang berlainan format dengan
peperiksaan sekolah rendah. Guru Matapelajaran akan menerangkan bahagian soalan
yang terdapat dalam peperiksaan matapelaran masing-masing. Dengan ini, murid
berpeluang bertanya sendiri kepada guru supaya mereka dapat memantapkan lagi
pemahaman tentang cara-cara menjawab soalan peperiksaan.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Menjadikan program ini sebagai batu loncatan kepada guru matapelajaran
teras PT3 untuk memperkenalkan sistem peperiksaan PT3 kepada murid
sejak dari Tingkatan 1 lagi
4.2 Memastikan setiap murid Tingkatan 1 2021 sudah mempunyai asas
pemahaman tentang peperiksaan subjek teras PT3 dan akan dimantapkan
lagi semasa Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 nanti

5.0 SASARAN
Semua murid Tingkatan 1 sesi 2021 adalah diwajibkan untuk mengikuti program ini.

6.0 BUTIRAN PELAKSANAAN

TARIKH: 7 – 11 FEBUARI 2022 (KUMPULAN A)


14 – 18 FEBUARI 2022 (KUMPULAN B)

MASA: Semasa PdPC GMP masing-masing dan


menggunakan 2-4 waktu di dalam jadual waktu
bergantung kepada keperluan
TEMPAT: Kelas masing-masing
SASARAN: Semua murid tingkatan 1 sesi 2021
PANITIA YANG Panitia subjek teras (BM, BI, SEJ, SN, MAT, PAI)
TERLIBAT:
EVIDENS: GMP merekod evidens dalam bentuk RPH dan
gambar dan menghantar kepada Penyelaras
Akademik Tingkatan 1

7.0 JAWATANKUASA INDUK

Penaung: Dr. Nasir Bin Len (Pengetua)


Penasihat: Tuan Haji Kulana Bin Nansi @ Nancy (PK1)
Encik Aben Bin Mantali (PKHEM)
Encik Musa Bin Tuah (PKKo)
Encik Chambai Anak Mancha (S/u Kurikulum)

8.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


Jawatankuasa Nama Perincian Tugas
Penyelaras Program Pn. Dayang Fauziah 1. Mengawalselia perancangan
Binti Abang Yusuf program dan pemantauan
2. Menyediakan kertas kerja
3. Menyediakan dokumen
setelah program selesai
Pelaksana Program Panitia Bahasa Melayu 1. Merancang, mengendali dan
Panitia Bahasa Inggeris memantau aktiviti sepanjang
Panitia Sejarah program berlangsung
Panitia Sains 2. Memastikan keadaan terurus
Panitia Pendidikan dan berjalan lancer
Islam 3. Menyediakan RPH bergambar
Panitia Matematik

Anda mungkin juga menyukai