Anda di halaman 1dari 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor


Jalan Jambu Bol 4/3E, Seksyen 4
40604 Shah Alam, Selangor
Ruj. Kami : SJKCHP.700-7/3/10
Tarikh : 1 OGOS 2020

KENYATAAN SEBUT HARGA KANTIN SEKOLAH


SJK (C) HAI PING UNTUK TEMPOH 01 DISEMBER 2020 HINGGA 30 NOVEMBER
2022.

1. Tawaran ini adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berpengalaman dan
berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia untuk mengurus dan menjalankan
perniagaan kantin di SJK (C) HAI PING bagi tempoh 2 tahun mulai 01 Disember 2020
hingga 30 November 2022.

2. Borang-borang mengenai sebut harga tersebut boleh didapati di Pejabat SJK (C) Hai Ping
jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang mulai 01 Ogos 2020 hingga 31 Ogos 2020. Borang sebut
harga yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan ditulis
‘TENDER KANTIN SEKOLAH’ di bahagian atas sudut kiri. Borang permohonan hendaklah
sampai ke pejabat sekolah tidak lewat daripada jam 12.00 tengah hari pada 1 September 2020.

3. Borang permohonan yang tidak lengkap, tidak mematuhi syarat dan lewat tidak akan
dipertimbangkan.

4. Setiap set borang sebut harga yang dihantar hendaklah disertakan bersama Wang
pertaruhan sebanyak RM80.00 (Ringgit Malaysia: Lapan Puluh sahaja) dalam bentuk Kiriman
Wang Pos / Draf Bank atas nama Guru Besar SJK (C) HAI PING. Wang pertaruhan ini akan
dikembalikan selepas proses pemilihan sebut harga. Pemohon yang berjaya dipilih dikehendaki
menyediakan deposit dalam bentuk Draf Bank. Deposit ini akan dikembalikan setelah tamat
perjanjian dengan menolak kos-kos kerosakan dan kesulitan yang mungkin berlaku.

5. Pihak Jawatankuasa Sebut Harga tidak terikat untuk menerima sebut harga yang tertinggi
atau sebaliknya. Jawatankuasa Sebut Harga berhak menolak mana-mana sebut harga dengan
tidak memberikan sebarang sebab. Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamat dan
sebarang bantahan tidak akan dilayan.

6. Jumlah anggaran murid pada tahun 2020 adalah 70 orang.

7. Permohonan yang berjaya dipilih akan menerima surat tawaran daripada Guru Besar
untuk hadir menandatangani Surat Perjanjian Kantin dalam masa seminggu (7 hari) dari tarikh
surat dikeluarkan dan dianggap menolak tawaran ini jika tidak hadir dalam tempoh berkenaan.
Segala perbelanjaan perjanjian tersebut ditanggung oleh pemohon itu sendiri.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

YONG YENE PIEN


Guru Besar

Anda mungkin juga menyukai