Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN KABAJANG,

PETI SURAT 167,


89808, BEAUFORT,
SABAH..
Tel /Fax:
e-mail : sk.kabajang@yahoo.com

Ruj. Kami :
Tarikh :

KENYATAAN SEBUT HARGA KANTIN SEKOLAH


SEKOLAH KEBANGSAAN KABAJANG, BEAUFORT
UNTUK TEMPOH 01 JANUARI 2018 HINGGA 31 DISEMBER 2019.

1. Tawaran ini adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berpengalaman


dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia untuk mengurus dan menjalankan
perniagaan kantin di Sekolah Kebangsaan Kabajang, Beaufort bagi tempoh 2 tahun mulai
01 Januari 2018 hingga 31 Disember 2019.

2. Borang-borang mengenai sebut harga tersebut boleh didapati di Pejabat Sekolah mulai
jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengahari mulai 09 Oktober 2017. Borang sebut harga yang
lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan ditulis SEBUTHARGA
KANTIN SEKOLAH di bahagian atas sudut kiri. Permohonan hendaklah sampai ke pejabat
sekolah tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada 09 November 2017.

3. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak mematuhi syarat dan lewat tidak akan
dipertimbangkan.

4. Setiap set borang sebutharga yang dihantar hendaklah disertakan bersama perkara-
perkara berikut:

i. Wang pertaruhan sebanyak RM100.00(Ringgit Malaysia: Satu Ratus sahaja)


dalam bentuk Kiriman Wang Pos / Draf Bank atas nama Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Kabajang. Wang pertaruhan ini akan dikembalikan selepas
proses pemilihan sebut harga. Petender yang berjaya dipilih dikehendaki
menyediakan deposit dalam bentuk Deraf Bank. Deposit ini akan dikembalikan
setelah tamat perjanjian dengan menolak kos-kos kerosakan dan kesulitan yang
mungkin berlaku.

ii. Salinan fotostat Sijil Akuan Pendaftaran Kewangan (yang telah disahkan) dari
Kementerian Kewangan Malaysia (bagi kadar sewa yang melebihi RM5,000.00
setahun sahaja).

iii. Sijil Kursus Pengendalian Makanan yang sah laku (3 tahun dari tarikh
menghadiri kursus)

5. Pihak Jawatankuasa Sebut Harga tidak terikat untuk menerima sebut harga yang
tertinggi atau sebaliknya. Jawatankuasa Sebut Harga berhak menolak mana-mana sebut
harga dengan tidak memberikan sebarang sebab dan keputusan Jawatankuasa Sebut
Harga adalah muktamat.

6. Jumlah anggaran murid pada tahun 2018 adalah seperti berikut:

Jumlah Murid 138 orang

Jumlah Guru 18 orang

7. Permohonan yang berjaya dipilih akan menerima surat tawaran daripada Guru Besar
untuk hadir menandatangani Surat Perjanjian Kantin dalam masa seminggu (7 hari) dari
tarikh surat dikeluarkan dan dianggap menolak tawaran ini jika tidak hadir dalam tempoh
berkenaan. Segala perbelanjaan perjanjian tersebut ditanggung oleh pemohon itu sendiri.

8. Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad dan sebarang bantahan


tidak akan dilayan.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

..
(Zulkepli Bin Osman)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kabajang,
Beaufort, Sabah.

Anda mungkin juga menyukai