Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN KABAJANG

PS 167, 89808 BEAUFORT


E-mail : sk.kabajang@yahoo.com

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN ASET BIL 1/ 2017

Tarikh : 25 Januari 2017                                             Masa : 1.45 petang        


Hari : Selasa                                                                Tempat : Bilik Mesyuarat SK. Kabajang

Kehadiran : 

1. En. Zulkepli B. Osman   Guru Besar


2. Tuan. Hj. A. Rosli B. Aliamat PK Pentadbiran
3. En. Hasnal B. Ali PK HEM
4. En. Lisa B. Duraman            PK Kokurikulum
5. En. Abdullah B. Zuhari                Pegawai Aset/ Setiausaha
6. Pn. Salinah Bt. Sahad Pegawai Pemeriksa Harta Modal & Inventori
7. En. Mohd Hafiz B. Ismail Pegawai Pemeriksa Harta Modal
8. Pn. Jabaidah Bt. Dullah Pegawai Penerima Aset
       
           
       
Tidak Hadir :

            TIADA
               
             
1.      Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru pada Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset
Alih Kerajaan kali pertama hari ini dan memulakan mesyuarat dengan meminta semua yang hadir
membaca Ummul Kitab.
1.2 Memaklumkan bahawa tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk menerangkan tentang Dasar
Pengurusan Aset Kerajaan dan perlantikan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan
peringkat sekolah bagi tahun 2017.

(Pengerusi)
2. Perlantikan AJK Pengurusan Aset Alih Kerajaan 2017

2.1       Membentangkan AJK Pengurusan Aset Alih Kerajaan SK. Kabajang 2017 seperti berikut :
Penasihat           : Pn. Tamina Bt. Hj. Rasnih Pegawai Pengawal
Pengerusi           : Tuan. Hj. A. Rosli B. Aliamat PK Pentadbiran
Setiausaha : En. Abdullah B. Zuhari                Guru Aset        

              AJK                  :


1. Pn. Salinah Bt. Sahad Pegawai Pemeriksa Harta Modal & Invento
2. En. Mohd Hafiz B. Ismail Pegawai Pemeriksa Harta Modal
3. Pn. Jabaidah Bt. Dullah Pegawai Penerima Aset

2.2       Edaran bahan tentang Dasar Pengurusan Aset Kerajaan (Rujuk Edaran)

            Tajuk    :          Dasar Pengurusan Aset Kerajaan.


           

                                                                                                                         (Semua guru)         

           
3. Pengurusan Harta Modal dan Inventori

3.1  Pengerusi memaklumkan  bahawa Harta Modal bermaksud Aset Alih yang harga perolehan
asalnya RM2,000.00 dan ke atas setiap satu atau Aset Alih yang memerlukan penyelenggaraan
secara berjadual merujuk kepada aset yang memerlukan penyelenggaraan seperti yang telah
disyaratkan dalam manual / buku panduan pengguna.
                                                                                                                         (Makluman)

3.2 Inventori pula bermaksud Aset Alih yang harga perolehaan asalnya kurang daripada RM2,000.00
setiap satu dan tidak memerlukan penyelenggaraan berjadual. Bagi perabot, hamparan, hiasan,
langsir dan pinggan mangkuk pula tidak perlu mengambil kira harga perolehan asal.

                                                                                                                         (Makluman)

3.3 Pengerusi memaklumkan semua Harta Modal dan Inventori didaftarkan dalam kad dengan segera
agar tidak berlaku kehilangan. Tempoh yang ditetapkan bagi pendaftaran Aset Alih mengikut
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 adalah 2 minggu dari tarikh pengesahan
penerimaan. Rekod Harta Modal adalah pada KEW.PA-2 dan Inventori pada KEW.PA-3.

                                                                                                                       (Makluman)
4.    Hal-hal lain

4.1       Pengerusi menjelaskan tentang tanggungjawab guru-guru stok untuk melaksanakan tugasan yang
diberi dengan sebaiknya.

                                                                                                                         (Semua Guru)


5.    Penutup

5.1 Tuan Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Mesyuarat yang hadir dan
berharap agar semua Ahli Mesyuarat memberi kerjasama dalam menjaga kecemerlangan urusan
Aset Alih sekolah untuk memberi imej yang baik kepada sekolah.
           

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh,

.................................................
(Abdullah Bin Zuhari)
Setiausaha/ Guru Aset,
 SK Kabajang,
Beaufort, Sabah.
                        
                                                                                    

Anda mungkin juga menyukai