Anda di halaman 1dari 1

BELIA KAMPUNG KIAU TABURI

Peti Surat 1125,


89307 Ranau
___________________________________________________________________________
Rujukan kami : PMM (SIBKT)/2017/01
Tarikh : 11 Februari 2017
Pengurus,
Taman-Taman Sabah
Kundasang, Ranau

Tuan,

MEMOHON PENGECUALIAN BAYARAN

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Program Belia Kampung Kiau Taburi, Kota Belud untuk melaksanakan program rekreasi di
Taman Air Panas Poring, Ranau yang sepatutnya dilaksanakan pada 11 Februari 2017 ditunda pada
ketetapan berikut atas masalah yang tidak dapat dielakkan :-

Tarikh : 18 Februari 2017 (Sabtu)


Masa : 7.00 am hingga 5.00 pm
Anggaran Bilangan Peserta : 60 orang
Kos makan dan minum : Tanggungan penganjur

3. Berikut adalah beberapa aktiviti yang akan kami laksanakan :-

i. Sukaneka (padang)
ii. Lawatan tempat-tempat menarik di dalam kawasan sekitar taman
iii. Mandi

4. Oleh yang demikian, kami memohon pengecualian bayaran masuk dan pengecualian bayaran
aktiviti lain seperti yang dinyatakan di atas. Untuk makluman, sebahagian daripada peserta program ini
adalah terdiri daripada anak-anak dan saudara pekerja taman-taman Sabah.

5. Besarlah harapan kami sekiranya permohonan ini dipertimbangkan untuk mendapat kelulusan
dari pihak tuan. Perhatian dalam perkara ini adalah amat dihargai. Pertanyaan lanjut, sila hubungi
Pengerusi Program, Encik Jones Dominic (011-26693660) atau Cik Dwinah Sinti (013-5482663).

Sekian, terima kasih.

Yang Menjalankan Tugas,

Wilson
----------------------------------------------
WILSON BIN IKAT
Setiausaha Program

s.k Fail
`Belia Kiau Taburi’

Anda mungkin juga menyukai