Anda di halaman 1dari 2

Rujukan Puan:

Rujukan Kami :SMHE/800/6/9/


Tarikh : 11 Julai 2018

Penolong Kanan Kokurikulum


SMJK Heng Ee,
99, Jalan Hamilton.
11600 Pulau Pinang.

Melalui:
En. Chong Kok Hin
Pasukan Bola Tampar
SMJK Heng Ee

Tuan,

Permohonan Menggunakan Gelanggang Bola Tampar Untuk Mengadakan Latihan Tambahan

Dengan segala hormat dan takzimnya dimaklumkan bahawa Pasukan Bola Tampar berhasrat untuk
mengadakan latihan tambahan tarikh dan masa seperti berikut :

23 August 2018 : 9:00a.m. hingga 11:30a.m. (Hari Khamis)


24 August 2018 : 9:00a.m. hingga 11:30a.m.(Hari Jumaat)

2. Latihan tambahan ini bertujuan untuk membuat persediaan untuk menghadapi


pertandingan bola tampar yang akan datang dan juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran
serta teknik-teknik asas ahli.

3. Sehubungan itu dan dengan penuh harapan, saya bagi pihak Pasukan Bola Tampar SMJK
Heng Ee ingin memohon pertimbangan tuan supaya membenarkan kami mengadakan latihan
tambahan ini di gelanggang bola tampar SMJK Heng Ee.

4. Keesanan dan jasa bakti tuan dalam mempertimbang dan meluluskan permohonan ini
amat dihargai dan disanjung tinggi.
Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK KECEMERLANGAN PERSATUAN”

Yang menjalankan tugas,

(DOUGLAS LIM LIK PHANG)


Setiausaha Pasukan Bola Tampar,
b.p. Pengerusi Pasukan Bola Tampar

s.k. Guru Penasihat Pasukan Bola Tampar

Anda mungkin juga menyukai