Anda di halaman 1dari 5

KATA ALU-ALUAN PENASIHAT PIBG

SK JALAN PEGAWAI

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh


Salam sejahtera diucapkan kepada guru, waris, ibu bapa serta seluruh warga
SK Jalan Pegawai.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurnia dan izinNya
kita dapat mengadakan Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke 37 khusus bagi
Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih pada semua ibubapa yang dapat
hadir pada Mesyuarat Agung PIBG kali ke 37 ini. Kehadiran ibubapa
menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi Sekolah
Kebangsaan Jalan Pegawai untuk mencapai kecemerlangan di bidang
akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar.

Untuk muncul sebagai sebuah sekolah terbilang, seluruh warga termasuk ibu
bapa SK Jalan Pegawai mesti bekerja kuat dengan mengamalkan ciri dan
semangat kerja secara berpasukan. Kerja buat kita hendaklah sentiasa berada
di tahap cemerlang dan terbaik selaras dengan langkah kerajaan untuk
melahirkan pelajar yang seimbang daripada segi jasmani, emosi dan juga
rohani.

Saya sangat yakin bahawa dengan dedikasi, usaha yang bersungguh-sungguh,


semangat kerja berpasukan serta komitmen yang tinggi di kalangan ibu bapa
dan guru serta seluruh warga sekolah, kita mampu mengharungi persaingan
yang mencabar kini dan dalam masa yang sama dapat “Melestarikan
Pendidikan Terbilang”.
Visi SK Jalan Pegawai adalah untuk menjadi sebuah sekolah cemerlang
kurikulum, kokurikulum dan sahsiah murid. Sehubungan itu, pihak sekolah
berazam untuk memastikan sekolah ini mampu mencapai matlamat untuk
menjadi sebuah Institusi Pendidikan yang boleh dibanggakan melalui:-

• Meningkatkan prestasi kurikulum yang cemerlang.


• Meningkatkan kokurikulum yang cemerlang.
• Membentuk generasi yang mempunyai sahsiah dan berakhlak mulia serta
mempunyai daya ketahanan yang tinggi.
• Mengembeling seluruh tenaga dan sumber yang ada dalam suasana
sekolah yang selamat, kondusif dan ceria.
• Mengurus dengan cekap dan berkesan serta meningkatkan semangat
bekerja secara berpasukan.
• Menguasai Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).
• Mengurus kewangan secara akauntabiliti.
• Mencungkil dan mengasah bakat pelajar sehingga mampu mencapai tahap
yang tertinggi
• Menjamin hubungan baik dengan komuniti.

Sekalung terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada pihak PIBG sekolah
ini yang sentiasa menyokong segala usaha dan program sekolah demi
memastikan kejayaan para pelajar di sekolah ini. Hubungan mesra dan saling
bertolak ansur di kalangan ibu bapa dan warga sekolah telah berjaya
memupuk semangat permuafakatan yang baik ke arah kecemerlangan dan
kemenjadian murid di SK Jalan Pegawai ini.

Saya mengucapkan terima kasih kepada YDP PIBG telah banyak menabur
jasa buah fikiran dan juga sumbangan bagi menjayakan aktiviti serta pelbagai
program sekolah. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua
ibubapa yang telah memberi pelbagai sumbangan terhadap sekolah serta
memberi kepercayaan kepada guru-guru di sekolah ini untuk mendidik anak-
anak tuan-tuan dan puan-puan agar menjadi insan yang cemerlang dalam
semua bidang.
Sesungguhnya setiap kejayaan memerlukan pengorbanan dan usaha yang
bersungguh-sungguh daripada semua pihak. Setiap dugaan masalah yang
dihadapi perlu diselesaikan dengan cara yang terbaik dan berhemah. Selagi
prinsip hidup kita berada di landasan yang betul, usah digusar dengan
anugerah Tuhan. Sekiranya ada sebarang dugaan daripadaNya anggaplah itu
untuk mematangkan kita dan mengajar kita untuk bangun menjadi insan yang
sempurna.

Sekianlah wabilahi taufiq walhidayah wassalamu’alaikum warahmatulahi


wabarakatuh.

Sekian, terima kasih


TUAN HJ. MOHD FAUZI B. CHE BAKAR
Guru besar
Sekolah kebangsaan Jalan Pegawai
SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN PEGAWAI
PERSIARAN SULTAN ABDUL HAMID
05050 ALOR SETAR KEDAH DARUL AMAN

LAPORAN KEGIATAN PIBG SESI 2017 - 2019


1. Mesyuarat Agung PIBG kali ke-35.
2 Mac 2017
2. Mesyuarat AJK PIBG Kali Pertama 2017
15 Mac 20177
3. Mesyuarat AJK PIBG Kali Kedua 2017
09 Mei 2017
4. Mesyuarat AJK PIBG Kali Ketiga 2017
23 Julai 2017
5. Mesyuarat AJK PIBG Kali Keempat 2017
23 Oktober 2017
6. Mesyuarat AJK PIBG Kali Pertama 2018
27 Disember 2018
7. Mesyuarat AJK PIBG Kali Kedua 2018
1 Febuari 2018
8. Mesyuarat Khas AJK PIBG sempena Mesyuarat Agung PIBG.
21 Febuari 2018
9. Mesyuarat Agung PIBG kali ke-36.
2 Mac 2018
10. Mesyuarat AJK PIBG Kali Ketiga 2018
25 Mac 2018
11. Mesyuarat AJK PIBG Kali Keempat 2018
2 julai 2018
12. Mesyuarat AJK PIBG Kali Kelima 2018
21 November 2018
13. Mesyuarat AJK PIBG Kali Pertama 2019
15 Januari 2019
14. Mesyuarat AJK PIBG Kali Kedua 2019
25 Febuari 2019
15. Mesyuarat khas AJK PIBG semperna Mesyuarat Agung PIBG ke37
12 Mac 2019
AKTIVITI DAN SUMBANGAN
1. Sumbangan Hari Anugerah Cemerlang 2018.
2. Mesyuarat Agung PIBG SKJP 2018 - 2019
3. Mesyuarat AJK PIBG Mac 2018 hingga Mac 2019.
4. Sumbangan Kepada Pasukan Squash 2018
5. Sumbangan Jamuan Akhir Tahun Badan Kebajikan Guru SKJP 2018
6. Program KEM Kepimpinan Pengawas di KEM SALA 2018.
7. Sumbangan kepada Program Motivasi Tahun 6 2018
8. Sumbangan Temasya Sukan Sekolah SKJP 2018
9. Sumbangan Sambutan Hari Raya 2018
10. Program KEM Kepimpinan Pengawas di KEM SALA 2018.
11. Sumbangan Gotong-Royong Pedana 2018
12. Sumbangan Kejohanan Merentas Desa 2018
13. Mesyuarat Agung PIBG SKJP 2017 - 2018

Cadangan-Cadangan Aktiviti 2018

1. Pembinaan surau sekolah. ( dalam proses)


2. Program Motivasi dan Teknik menjawab UPSR format baru
3. Karnival PIBG / sekolah dan BSN
4. Ceramah Keibubapaan

Anda mungkin juga menyukai