Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

BANDAR ENSTEK, NILAI


NAMA PENUH & MUHAMMAD SYAFIQ BIN ROSLAN

NO. K/P & 000816-10-1331


ANGKA GILIRAN 201816231065

RBT 1
KUMPULAN / UNIT
1PPISMP

KOD KURSUS GKB1053

KURSUS KEMAHIRAN BELAJAR

NAMA PENSYARAH PUAN ZURIDA BINTI HALID

Saya sedarakan peraturan institut bahawa seorang pelajar tidak boleh mengamalkan plagiat dalam
melaksanakan tugasan yang diberikan seperti yang termaktub dalam Buku Panduan Pelajar. Saya
yakin bahawa tugasan ini tidak mengandungi karya-karya yang diplagiat

Tandatangan : ______________________________________ Tarikh : 6.8.2018

KEGUNAAN PEJABAT SAHAJA

TARIKH HANTAR : 6 / 8 / 2018 DITERIMA OLEH :___________________

TARIKH DISEMAK : ____/____/____ DISEMAK OLEH :___________________

1
ISI KANDUNGAN

NO. PERKARA MUKA SURAT


1. PENGENALAN 3
2. GAYA PEMBELAJARAN KENDIRI 4-5
3. MODEL GAYA PEMBELAJARAN 6
4. JUSTIFIKASI 7
5. RUMUSAN 7
6. RUJUKAN 8

PENDAHULUAN

2
Pada era globalisasi ini , pembelajaran perlu dititik beratkan dalam diri setiap individu tanpa
mengira usia , jawatan dan pekerjaan . Kehidupan tanpa pembelajaran diibaratkan seperti
kehidupan yang sia-sia dan tidak bermakna kerana tiada proses penambahan ilmu berlaku
dalam diri individu tersebut . Individu seperti ini kebiasaannya tidak akan dapat
mengembangkan kemahiran dan bakat yang sedia ada dalam diri mereka . Setiap individu
seharusnya mengetahui cara-cara pebelajaran yang telah disenaraikan oleh tokoh ilmuan
seperti Howard Gardner . Kemungkinan ramai antara kita yang tidak mengetahui apakah
yang dimaksudkan dengan pembelajaran . Pembelajaran ialah kebolehan seseorang
mengambil maklumat , merekod dan mengfailkan maklumat tersebut supaya ia menjadi
mudah untuk digunakan. Menurut Dr Ragbir Kaur Joginder Singh(2012), gaya pembelajaran
merupakan pendekatan atau cara bagaimana seseorang itu belajar dalam meperolehi
pengetahuan. Gaya pembelajaran juga merupakan cara seseorang individu bertindak balas
terhadap dunia sekitarnya dan menggunakan gaya pembelajarannya untuk berinteraksi
dengan persekitarannya. Oleh itu , setiap individu perlulah menentukan gaya pembelajaran
masing-masing agar dapat memudahkan proses pembelajaran berlaku dengan lebih
berkesan seterusnya mampu untuk membantu individu tersebut mencapai kejayaan .

GAYA PEMBELAJARAN KENDIRI


3
Model gaya pembelajaran kendiri saya ialah pembelajaran visual . Pembelajaran visual
adalah semua alat peraga yang digunakan dalam proses pembelajaran yang boleh dinikmati
oleh panca-indera mata . Dalam proses pembelajaran saya , penggunaan anggota badan
amat penting dalam membantu saya untuk memahami maklumat yang ingin disampaikan
oleh pensyarah terutamanya mata . Mata memainkan peranan penting kerana mata ialah
anggota badan yang paling maksimum digunakan ketika belajar . Minat dan tahap
kefahaman saya akan lebih meningkat apabila saya melihat gambar mengenai tajuk
pembelajaran saya pada hari tersebut . Apabila saya melihat gambar tersebut , saya dapat
membuat gambaran dan andaian awal mengenai tajuk pembelajaran tersebut . Gambaran
awal terhadap sesuatu tajuk amat penting bagi merangsang perkembangan pemikiran
saya . Ia juga menguji tahap pengetahuan am saya mengenai tajuk yang ingin dipelajari .
Andaian yang dibuat tidak semestinya tepat dan betul sebaliknya pasti terdapat kesilapan
dan kekeliruan dalam proses memahami tajuk tersebut tetapi itu tidak memberikan masalah
yang besar kerana perkara tersebut akan diterangkan dengan lebih terperinci oleh
pensyarah .

Melalui penerangan tersebut , barulah saya dapat menilai gambaran awal yang telah saya
lakukan di awal pembelajaran saya tadi sama ada ianya betul atau bertentangan dengan
keterangan yang telah dilakukan oleh pensyarah . Jika ianya bertentangan , pasti saya akan
lebih mengingati kesalahan yang telah saya lakukan agar perkara tersebut tidak berulang
kembali pada masa akan datang .

Seterusnya , pembelajaran visual yang saya terapkan dalam diri saya ialah melalui tontonan
video mengenai pembelajaran saya pada hari tersebut . Hal ini demikian kerana video
mampu mempersembahkan sesuatu imej dalam keadaan realistik atau menyerupai keadaan
yang sebenar . Ini membolehkan saya seolah-olah saya berada atau turut serta dalam
suasana yang digambarkan . Keadaan ini akan membantu saya dalam proses pemahaman
pembelajaran saya . Selain itu , video juga merupakan satu media dinamik hasil jalinan
pelbagai media lain seperti audio , grafik dan sebagainya .

4
Ini secara tidak langsung mampu meningkatkan lagi keberkesanan proses penyampaian
sesuatu mesej kerana media yang bersifat dinamik serta mempunyai jalinan pelbagai media
mampu merangsang pelbagai deria dengan lebih mudah dan berkesan . Dalam erti kata lain
, video menggunakan pelbagai deria seperti deria penglihatan dan deria pendengaran .
Penggabungan deria ini semestinya akan membantu saya untuk lebih mudah memahami
tajuk pembelajaran . Disamping itu , penggunaan video dalam pembelajaran visual dapat
membantu saya untuk melakukan proses pengulangan pada bila-bila masa sahaja .

Sesuatu penerangan yang dilakukan secara berulang-ulang boleh dilakukan dengan lebih
mudah . Sebagai contoh , penerangan mengenai sesuatu proses kerja di makmal boleh
dirakam dan dipaparkan kembali sekiranya terdapat kemusykilan dan ketidakfahaman
mengenai proses kerja tersebut . Saya juga boleh menonton klip video tersebut bagi
membentuk kefahaman yang mendalam apabila diperlukan . Oleh itu , jelaslah bahawa
pembelajaran visual melalui tontonan video adalah gaya pembelajaran saya yang saya
amalkan dan terapkan dalam diri saya .

Saya sebagai seorang yang mempunyai gaya pembelajaran visual juga gemar untuk belajar
menggunakan bahan yang bersifat 3 dimensi (3D) . Bahan 3D merujuk kepada bahan yang
mempunyai panjang, lebar dan ketinggian. Bahan 3D mendeskripsi sesuatu imej sebagai
mempunyai persepsi kedalaman. Objek 3D terdiri daripada pelbagai bentuk seperti kuboid,
kon, kiub, sfera , model-model, diorama, dan realia.Bahan 3D dibina dan digunakan untuk
membantu saya memahami dunia kini dan dahulu. Bahan ini memberikan pelbagai jenis
pengetahuan berbanding dengan bahan-bahan bertulis atau lisan.

Objek 3D boleh menyokong bahan lain seperti buku rujukan dan menyumbang kepada
pengalaman konkrit selain memberikan rangsangan untuk kreativiti dan ekspresi .
Contohnya untuk mempelajari sistem gerak, pencernaan, pernafasan, peredaran darah,
sistem perkumuhan, dan saraf pada haiwan , saya akan mudah memahami sekiranya
mempunyai model yang berkaitan . Melalui model tersebut , saya dapat menggambarkan
gambaran sebenar tentang situsi yang berlaku seterusnya dapat meningkatkan tahap
kefahaman saya tentang tajuk tersebut.

Model 3D ini juga mampu untuk menarik perhatian saya , memperjelas sajian pelajaran
yang akan saya pelajari dan menggambarkan suatu fakta atau konsep yang mudah
dilupakan jika hanya dilakukan melalui penjelasan lisan.  

5
MODEL GAYA PEMBELAJARAN

Gaya pembelajaran saya ini mempunyai kaitan dengan model pembelajaran VARK
( Visual , Aural , Reading-Writing , Kinesthetic Learning ) yang telah diasaskan oleh Neil
Fleming pada tahun 2011 . Beliau menakrifkan pembelajaran visual sebagai satu
pembelajaran melalui penglihatan iaitu seperti menggunakan poster , carta , grafik dan
penggunaan multimedia dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran . Ini amat bersesuaian
dengan cara pembelajaran yang lebih gemar melihat gambar mengenai sesuatu tajuk yang
dipelajari . Seterusnya , pembelajaran audio yang lebih menekankan pembelajaran melalui
pendengaran . Ini dapat dikaitkan dengan cara pembelajaran saya yang lebih gemar
mendengar penjelasan memalui video-video yang ditayangkan semasa proses
pembelajaran . Beliau juga ada menakrifkan pembelajaran kinestetik dimana pelajar lebih
banyak belajar melalui pengalaman atau penglibatan melakukan aktiviti pembelajaran iaitu
seperti menggunakan kaedah hands-on . Semestinya gaya pembelajaran ini bersesuaian
dengan saya kerana saya memerlukan bahan yang bersifat 3 dimensi (3D) untuk memahami
sesuatu perkara dengan lebih mudah .

6
JUSTIFIKASI
Melalui penulisan saya yang berkaitan dengan gaya pembelajaran visual saya ini , saya
dapat membuat satu justifikasi pemilihan gaya pembelajaran saya menggunakan alat berfikir
CoRT 1 iaitu PMI ( Plus , Minus , Interesting ) . Dengan menuggunakan cara ini , saya akan
menyenaraikan kesemua kebaikan dan keburukan serta tentang apa yang menarik
berkaitan dengan pembelajaran visual saya ini . Antara kebaikan yang saya peroleh melalui
pembelajaran ini ialah saya dapat mengembangkan tahap pemikiran saya agar pemikiran
saya lebih kritis dan kreatif untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan yang dikemukakan
oleh pensyarah . Hal ini dapat dibuktikan apabila saya cuba untuk memahami terlebih
dahulu gambar atau rajah yang telah diberi oleh pensyarah . Setelah itu , barulah saya
mendengar penjelasan daripada pensyarah mengenai perkara tersebut .

Mengenai keburukan pula , gaya pembelajaran visual ini memerlukan penyediaan bahan
yang mencukupi agar proses penyampaian maklumat berlaku dengan berkesan .
Penyediaan bahan juga memerlukan masa yang agak panjang . Sebagai contoh ialah
penggunaan bahan yang bersifat 3D dalam proses pembelajaran . Bahan ini perlu
disediakan lebih awal agar dapat digunakan semasa proses pembelajaran sedang
berlangsung .

Berkaitan tentang apa yang menarik mengenai pembelajaran visual ini ialah pembelajaran
ini mampu untuk menghilangkan rasa bosan saya semasa proses pembelajaran kerana
melibatkan pelbagai anggota badan seperti mata dan tangan . Kombinasi antara anggota
badan ini dapat mengaktifkan lagi penggunaan otak seterusnya membantu saya untuk
mengemukakan idea-idea yang kreatif dan bernas.

RUMUSAN

Tuntasnya , setiap individu perlulah mengenal pasti gaya pembelajaran masing-masing agar
ianya dapat dijadikan satu medium untuk kita lebih mudah memahami sesuatu perkara yang
dipelajari . Langkah bijak ini semestinya membantu individu tersebut termasuklah saya untuk
mencapai kejayaan yang diimpikan selama ini . Oleh itu , jelaslah bahawa gaya
pembelajaran kendiri amat membantu seseorang dalam proses pembelajaran .

7
RUJUKAN

Ismail Mustapa , Subki Miskon dan Aliza Adnan , 2015 . Kemahiran Belajar . Sasbadi
Sdn.Bhd

Rosinah Edinin , 2014 . Kemahiran BELAJAR . Freemind Horizons Sdn. Bhd .

Zainab Ahmad , 2004 . Pembelajaran Aktif . Johan Interlink Sdn . Bhd.

Norasiah Abdullah , Rosnah Ahmad Zain , Mazilah Abdullah , 2011 . Teknologi Maklumat
dan Komunikasi . Penerbitan Multimedia Sdn . Bhd .

Syazlin Amira Mohd Radzuan , Nurin Ilyana Hishamuddin , Nor Fazlin Ilyani Bt Jamaluddin .

Kemahiran Berfikir . Diperoleh pada 29 Julai 2018 daripada :

http://pendakwahcantik.blogspot.com/

Khairul Ameera , Kemahiran Pemilihan Dan Aplikasi Alat Bantu Mengajar (ABM). Diperoleh
pada 28 Julai 2018 daripada

https://khairulameera.wordpress.com/kemahiran-pemilihan-dan-aplikasi-alat-bantu-
mengajar-abm/

Anda mungkin juga menyukai