Anda di halaman 1dari 2

Terima kasih pengerusi majlis ….

Yang dihormati Pn. Recelina Albert Tangau, ____________________________________________________


Yang dihormati, guru besar SK. Pinolobu, En. Kukung Emang …
Yang berbahagia PDP PIBG SK. Pinolobu, En. Suliah Bakaih dan barisan AJKnya …
Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Kuin Gumboyon, Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid, Pn. Nasah Lujum, Penolong
Kanan Ko-Kurikulum, En. Henry Damin, guru-guru, kakitangan bukan mengajar SK. Pinolobu, pemimpim-pemimpin
agama dan masyarakat, para ibu bapa, rakan-rakan murid seterusnya hadiran dan hadirat, tuan-tuan dan puan-puan
yang saya hormati sekalian.

Salam satu Malaysia, salam sejahtera dan selamat pagi …

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana diberi kesempatan mewakili semua
murid untuk menyampaikan sepatah dua kata pada majlis ini. Masa berlalu begitu pantas, tanpa disedari kita sudah
berada di penghujung tahun dan bertemu sekali pada Majlis Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah SK. Pinolobu
tahun 2015, khusus untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang telah mencapai kecemerlangan dalam
bidang akademik dan juga bko-kurikulum.

Dalam kesempatan ini, saya mewakili semua murid SK. Pinolobu ingin merakamkan ucapan berbanyak-banyak terima
kasih kepada semua guru dan kakitangan sekolah, yang tidak jemu-jemu, tanpa mengenal erti penat dan lelah memberi
bimbingan dan tunjuk ajar kepada semua murid demi mencapai kecemerlangan dan kejayaan khususnya, dalam
pelajaran. Sememangnya tanpa kalian sudah tentu hala tuju kami tidak akan kemana.

Bagi kami murid-murid Tahun 6, mulai tahun hadapan kami akan melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah
menengah. Sehubungan dengan itu, sudah tentu kesediaan kami adalah disebabkan oleh jasa, bimbingan dan tunjuk
ajar semua guru selama kami belajar di sekolah ini sejak 6 tahun yang lalu.

Oleh itu, saya mewakili semua murid Tahun 6 khususnya, dan semua murid SK. Pinolobu amnya, berjanji akan terus
berusaha, belajar bersungguh-sungguh dan terus berjuang demi mencapai kejayaan di kemudian hari.

Dalam kesempatan ini juga, saya mewakili semua murid menyusun jari sepuluh, memohon kemaafan dari hujung
rambut hingga hujung kaki di atas kesalahan yang telah kami lakukan. Kami sangat menyedari hakikat ini dan
maafkan kami cikgu …..
Kami akan sentiasa mengingati jasa-jasa semua guru dan kakitangan sekolah dan berdoa agar guru-guru dan
kakitangan sekolah terus diberkati Tuhan … Terima kasih Cikgu …..
Kepada semua ibu bapa kami, inilah luahan hati kami, kami sangat menyayangi kalian dan merasa amat bertuah
kerana mempunyai ibu bapa yang begitu prihatin dan sentiasa mengambil berat, begitu setia memperhatikan keperluan
dan keadaan kami. Semoga semua ibu bapa kami terus berbahagia dan diberkati Tuhan.

Saya tidak bercadang untuk memperpanjangkan lagi ucapan saya, sebelum mengundur diri, terimalah serangkap
pantun untuk renungan kita bersama ….
Pergi ke sekolah berjalan kaki,
Berjalan kaki dengan azam yang tinggi,
Walaupun susah beribu onak dan duri
Akan kami tempuhi dengan jiwa dan semangat yang jitu
Demi kejaya dan kecemerlangan di kemudian hari …

Sekian dan terima kasih ……

Anda mungkin juga menyukai