Anda di halaman 1dari 3

Tugasan e-pembelajaran (Individu)

Perkembangan Sosiobudaya Di Sekolah

Bincangkan secara ringkas peranan anda sebagai agen sosiolisasi samada secara
peribadi, profesional, amalan dan juga tingkah laku.

JAWAPAN:

Sosialisasi ialah segala yang berkaitan dengan hubungan antara masyarakat,


bangsa, dan negara (Kamus Dewan). Maka, sebagai seorang guru secara tidak
langsung bertindak sebagai agen sosialisasi di sekolah. Berikut adalah peranan
seorang guru sebagai agen sosialis dari segi peribadi, profesional, dan amalan serta
tingkah laku.

PERIBADI

a) Senang untuk didampingi

Di setiap sekolah, pasti ada murid atau rakan guru yang mempunyai masalah keluarga
dan rakan sebaya. Sebilangan besar dari mereka takut untuk meluahkan perasaan dan
masalah. Maka, guru adalah insan yang boleh dijadikan sebagai tempat untuk
meluahkan perasaan mereka.

b) Bertanggungjawab

Sifat bertanggungjawab dalam diri seorang guru bukan sahaja dapat menghasilkan
kerja yang cemerlang pada peringkat individu, malahan juga sifat bertanggungjawab ini
juga pasti memberikan manfaat kepada individu yang lain seperti rakan guru dan murid-
murid.

c) Sabar
Guru berperanan sebagai agen sosialisasi dalam memupuk sifat sabar. Sifat sabar
bukan sahaja untuk mengelakkan konflik sekiranya berlaku ketegangan, bahkan sifat ini
akan mengelakkan dari melakukan kecuaian dan gopoh dalam melakukan apa sahaja
perkara di sesebuah institusi khususnya sekolah.

PROFESIONAL

a) Mahir dalam pertuturan dan penyampaian

Profesion seorang guru adalah berteraskan penyampaian dan pertuturan. Setiap guru
berperanan dalam memahirkan pertuturan dan penyampaian maklumat yang diberikan
kepada rakan guru dan murid agar efektif, senang difahami serta memberi semangat
dan inspirasi kepada para pendengar.

b) Bermasyarakat

Guru bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata tetapi juga


menanam sikap, nilai, dan sahsiah yang sempurna serta perlu mematuhi peraturan
masyarakat. Dalam hidup bermasyarakat, guru memainkan peranan untuk
memodenisasikan masyarakat dalam semua bidang perkembangan dan kemajuan. Ini
bermakna, guru yang berperanan sebagai penggerak masyarakat perlu mementingkan
nilai kemasyarakatan dan proses pembaharuan.

c) Sentiasa mencari ilmu baharu

Untuk menyampaikan pelajaran dengan yakin dan menyebarkan ilmu yang lengkap,
guru harus sentiasa menuntut ilmu dengan mendalam lagi. Objektif ini hanya boleh
tercapai apabila guru sentiasa bersifat cintakan ilmu. Justeru, sifat suka mencari ilmu
baharu merupakan kriteria yang penting untuk meningkatkan kualiti profesional
seseorang guru.
AMALAN DAN TINGKAH LAKU

a) Suri teladan

Kemenjadian murid bukan sahaja diukur dalam aspek akademik, bahkan dalam aspek
sahsiah. Guru sebagai agen sosialisasi perlu menerapkan norma dan nilai sosial yang
baik kepada murid-murid serta sentiasa menunjukkan contoh dan teladan yang baik.
Secara tidak langsung, dapat membentuk peribadi murid-murid.

b) Menepati masa dan janji

‘’Jika kerbau dipegang orang talinya, jika manusia dipegang mulutnya’’. Pepatah ini
sudah cukup untuk menggambarkan betapa pentingnya menepati janji dan masa.
Setiap kata dan aturan masa guru akan sentiasa diamati dan diingati oleh murid-murid.

c) Sentiasa bersifat positif

Guru yang memiliki sikap-sikap positif seperti amanah, dedikasi, komited pada tugas
akan membuatkan murid rasa kagum kepadanya dan secara tidak langsung akan
menimbulkan rasa hormat terhadap guru serta taat dengan setiap arahan yang
diberikan.

Anda mungkin juga menyukai