Anda di halaman 1dari 9

FISIOLOGI AKTIVITI FIZIKAL

( QSU60104 )

TUGASAN 1 :
ACADEMIC WRITING

Disediakan Oleh:
Ahmad Najib Bin Azmi
M20191001015

Pensyarah:

Dr. Ruaibah Yazani binti Tengah

1
ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT


1.0. PENGENALAN 3

2.0 ULASAN KAJIAN 4

3.0. RUJUKAN 8

1.0 PENGENALAN

2
Latihan fizikal merupakan satu proses senaman yang dilakukan secara berulang ulang dan
beransur maju di mana ia melibatkan unsur-unsur pembelajaran dan penyesuaian diri.
Tujuan utama seseorang atlit menjalani latihan fizikal adalah membaiki dan meningkatkan
komponen-komponen dalam kecergasan dan dapat mengelakkan diri daripada mengalami
kecederaan. Peluang untuk tercedera hanya dapat dikurangkan apabila atlit memiliki
koordinasi otot saraf yang baik, otot rangka yang kuat serta imbangan badan yang stabil dan
tidak cepat lesu apabila menjalani aktiviti fizikal. Latihan fizikal yang dirancang dan
dijalankan secara bersistematik dapat membantu para atlit meningkatkan prestasi. Semasa
menjalani latihan fizikal ini atlit-atlit harus mengetahui secara mendalam prinsip-prinsip
latihan supaya apa yang dilaksanakan nanti berkesan dan memberi manfaat pada diri
sendiri.

Masa reaksi merujuk kepada seberapa cepat anda boleh bertindak balas terhadap
rangsangan luaran. Pikirkan tentang perlawanan tenis seketika-pesaing terbaik bertindak
balas seketika ketika bola keluar dari raket lawan mereka, berlari ke arah lokasi di mana
mereka mengharapkan bola melantun.

Masa reaksi sangat bergantung pada sambungan fikiran anda. Mata anda melihat
rangsangan, fikiran anda menafsirkan rangsangan, dan tubuh anda bertindak balas mengikut
tafsiran yang diberikan. Kebanyakan tindak balas fikiran ini berkaitan dengan pengetahuan
mengenai sukan atau aktiviti yang dipersoalkan.

2.0 ULASAN KAJIAN

3
Kesan latihan imageri modaliti melalui kaedah pita video dan pita audio untuk
meningkatkan prestasi kemahiran servis atas kepala dalam permainan bola tampar.
Rawatan imageri secara video menurut (Hardy & Callow, 1999; White & Hardy, 1995) dan
audio Ainscoe & Hardy (1987) adalah antara latihan imageri yang digunakan bagi
meningkatkan prestasi kemahiran servis atas kepala permainan bola tampar. Menurut
Shaharudin Abd Aziz (2001) penggunaan latihan imageri dikombinasikan dengann latihan
fizikal yang lain mampu meningkatkan prestasi atlet ataupun sesuatu tugasan yang
melibatkan kognitif. 45 subjek yang mengikuti kursus ikhtisas bola tampar Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah dipilih mengikuti ujian ini dan mereka dibahagikan
secara rawak kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan video, kumpulan audio dan kumpulan
kawalan. Sampel telah diagihkan secara rawak kepada kumpulan rawatan imageri video
(N=15), imageri audio (N=15) dan kumpulan kawalan (N=15). Keseluruhan sampel
mempunyai purata tahap kemahiran bola tampar yang rendah sebelum mengikuti kursus
ikhtisas bola tampar. Kajian eksperimen telah dijalankan selama 6 minggu yang
mengandungi sebanyak 3 sesi latihan. Pada awal sesi ekperimen dijalankan, tahap
kemahiran servis atas kepala subjek diuji terlebih dahulu dengan menggunakan instrumen
ujian Russel-Lange Volleyball. Kebolehpercayaan ujian Russel-Lange Volleyball ialah r=0.87
dan kesahan ujian ini ialah 0.677. Subjek melakukan ujian ini sebanyak 1 set dengan 10
percubaan. Analisis perbandingan prestasi kemahiran servis atas kepala sebelum menjalani
rawatan dan selepas menjalani rawatan imageri video dikalangan subjek kumpulan rawatan
video. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan pada prestasi servis
atas kepala sebelum (MIN=24.0,S.P=2.42) dan selepas (MIN=39.67, S.P= 5.23) peserta
didedahkan dengan kaedah imageri pita video apabila t(14)=-12.950, p=0.000, p<0.05.
Kumpulan rawatan audio, wujud perbezaan yang signifikan pada prestasi servis atas kepala
sebelum (MIN=27.67, S.P=3.52) dan selepas (MIN=38.07,S.P=4.11) pendedahan terhadap
pita audio. Hasil ujian ANOVA menunjukkan perbezaan yang signifikan pada prestasi servis
atas kepala antara kumpulan yang didedahkan dengan kaedah video (MIN=39.7, S.P=5.23),
kaedah audio (MIN=38.1, S.P=4.11) dan kumpulan kawalan (MIN=29.2, S.P=4.78), apabila
F(2,42)=21.290, p=0.000, p<0.05. Walau bagaimanapun, ujian pos hoc Tukey HSD hanya
mengesahkan perbezaan yang siginifikan wujud antara kumpulan video dengan kumpulan
kawalan, dan antara kumpulan audio dengan kumpulan kawalan sahaja, manakala prestasi
kumpulan video dan audio adalah sama.

Satu lagi kajian mengenai tindak balas atlet terhadap latihan ialah program latihan
psikologi iaitu latihan imageri terhadap prestasi dalam sukan ragbi. Ia menilai kesan latihan
fizikal dan imageri audio terhadap prestasi conversion kick selama empat minggu dengan
kekerapan intervensi tiga sesi seminggu. Peserta yang terlibat terdiri daripada tiga puluh
orang ahli dari kelab ragbi sekolah. Penyelidikan dijalankan dengan membina intervensi
pada imageri audio yang dijalankan bersama latihan fizikal berasaskan kepada Imagery
Training Program (ITP). International Rugby Board (IRB, 2013) menjelaskan conversion kick
adalah aspek berguna dalam pungutan mata bagi permainan ragbi untuk menentukan
keputusan perlawanan. Terdapat pelbagai cara yang digunakan bagi meningkatkan prestasi

4
conversion kick atlet ragbi. Latihan psikologi ini adalah penting bukan sahaja menyediakan
prestasi terbaik atlet malah turut membantu meningkatkan self-efficacy, tumpuan dan
motivasi atlet menurut (William & Cumming, 2011; Malouff et al., 2008). Imageri menurut
Morris et al. (2005) adalah proses membina semula pengalaman lama atau baru sama
seperti keadaan sebenar sementara itu Roberts et al. (2008) mendefinisikan imageri sebagai
penggunaan pelbagai deria bagi mencipta semula pengalaman dalam minda. Kajian ini
dijalankan dengan menggunakan kaedah eksperimental ujian pra, intervensi dan ujian pasca
di mana terdapat satu kumpulan kawalan dan satu kumpulan rawatan. Kumpulan kawalan
adalah kumpulan yang hanya melakukan latihan fizikal sahaja iaitu latihan conversion kick
sementara itu kumpulan intervensi terdiri daripada kumpulan imageri. Kajian ini
berlangsung selama empat minggu dengan kekerapan intervensi tiga kali seminggu. Soal
selidik Sport Imagery Ability Measure (SIAM) oleh Watt dan Morris (1998) yang telah dialih
bahasa ke dalam Bahasa Malaysia ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian
pertama mengandungi maklumat berkaitan dengan demografi subjek manakala bahagian
kedua pula mengandungi empat aktiviti imageri yang mana setiap aktiviti mempunyai dua
belas soalan. Analisis ujian t sampel tidak bersandar digunakan bagi membandingkan skor
min ujian conversion kick bagi setiap kumpulan. Bagi kumpulan kawalan iaitu kumpulan
latihan fizikal percubaan conversion kick percubaan pasca menunjukkan skor min
conversion kick adalah (M= 28.33, SD = 8.41) adalah tidak berbeza daripada skor min
conversion kick percubaan pra (M= 28.00, SD = 10.35), t (14) = -0.26, p = .824. Pencapaian
adalah tidak signifikan. Bagi kumpulan intervensi (latihan imageri), dapatan skor ujian pasca
adalah (M = 30.13, SD = 9.89) berbanding dengan skor ujian pra iaitu (M = 27.73, SD = 9.83),
t (14) = - 2.10, p = .05 menunjukkan dapatan kumpulan ini juga mempunyai nilai yang tidak
signifikan tetapi terdapat peningkatan dalam min pencapaian keseluruhan kumpulan
berbanding dengan min kumpulan latihan fizikal.

Kajian seterusnya adalah mengenai kesan latihan kemahiran psikologi Progressive


Muscle Relaxation (PMR) ke atas tekanan emosi dalam kalangan pemain bola jaring
berumur 10 dan 11 tahun. Menurut (Anthony, Gucciardi, & Gordon, 2016; Connaughton et
al., 2010; Gucciardi & Gordon, 2011) individu hanya mampu mentafsirkan tekanan emosi
dalam sukan seperti mengalami kebimbangan kerana bertemu dengan lawan yang lebih
kuat, menjadi agresif kerana dikasari pihak lawan manakala kekuatan mental adalah cara
atlet menguruskan keperluan untuk mempamerkan prestasi tinggi dalam sesuatu sukan dan
dalam situasi yang tegang supaya dapat mencapai kejayaan. Kajian lepas telah mengenal
pasti latihan relaksasi yang berkesan dalam mengawal tekanan emosi menurut (Hashim &
Zainol, 2015). Peserta kajian terdiri daripada 20 orang pemain bola jaring berumur 10 tahun
(N=10) dan 11 tahun (N=10). Peserta kajian adalah terdiri daripada pemain bola jaring
sekolah rendah yang menyertai Karnival Tunas Mini Olimpik (KATMO) 2018 Daerah Hulu
Langat, Selangor. Keputusan analisis ujian mixed Anova menunjukkan terdapat perbezaan
yang signifikan secara keseluruhan, F(5, 90) = 107.307, p = .00, ηp 2 > .001 dalam skor stress
(M = 6.8, SD = 1.64), kebimbangan (M = 8.75, SD = 1.58) dan kemurungan (M = 4.05, SD =
1.31) ketika ujian pra dan pasca. Selain itu, terdapat perbezaan kesan yang signifikan antara

5
skor kumpulan kawalan dengan kumpulan rawatan, F(1, 18) = 50.22, p = .00, ηp 2 = 0.74)
dimana didapati kumpulan rawatan dapat menurunkan skor stress, kebimbangan dan
kemurungan dengan lebih banyak. Hasil skor saringan ujian kebimbangan dalam DASS-21
menunjukkan bahawa kebimbangan menjadi penyumbang utama kepada tekanan emosi
yang berlaku dalam kalangan pemain bola jaring yang berumur 10 dan 11 tahun. Seperti
yang ditunjukkan dalam Jadual 2, sebanyak 70% pemain dalam kumpulan kawalan yang
mengalami kebimbangan pada tahap teruk. Kebimbangan adalah satu tindak balas emosi
yang popular dalam sesuatu lakuan sukan. Hal ini berlainan dengan ujian kemurungan dan
stress di mana tiada pemain yang dilaporkan mengalami dua perkara ini pada tahap yang
teruk cuma hanya 10% pemain mengalami stress pada tahap sederhana. Kajian Gould et al.
(2002) merungkai ciri-ciri kemahiran mental atlet sukan Olimpik adalah terdiri daripada
keupayaan daya tindak balas, kawalan kebimbangan dan sebagainya. Kawalan kebimbangan
adalah salah satu kemahiran mental yang perlu dikuasai oleh atlet jika ingin mencapai
prestasi puncak dalam sukan yang diceburi

Kajian seperti mengenal pasti di antara tiga keadaan kumpulan (fokus luaran, fokus
dalaman dan kawalan) yang membawa prestasi yang terbaik dalam angkatan „Press Behind
Neck‟. Sejumlah 30 atlet pelapis angkat berat Selangor melakukan ujian pra terlebih dahulu
sebelum dibahagikan kepada kumpulan rawatan (fokus luaran dan fokus dalaman) dan
kumpulan kawalan. Menurut Wulf, Shea, dan Lewthwaite (2010) mendefinisikan fokus
dalaman adalah arahan lisan yang mengarahkan terus kepada tumpuan peserta terhadap
perincian perlakuan mereka manakala fokus luaran adalah arahan lisan yang mengarahkan
tumpuan peserta kepada kesan ke atas pergerakan yang mereka lakukan. Menurut (An,
Wulf, & Kim, 2013) penekanan dalam fokus luaran juga dapat menggunakan tenaga secara
lebih optimum semasa melakukan pukulan fullswing dan meningkatkan tahap prestasi jarak
pukulan berbanding fokus dalaman dan kumpulan kawalan dalam sukan golf. Lima belas
orang peserta, terdiri daripada atlet angkat berat Selangor yang berumur 15 hingga 17
tahun telah dipilih untuk kajian ini. Semua atlet yang terlibat dalam kajian ini
berpengalaman 2 hingga 3 tahun dalam sukan angkat berat. Peserta kajian terlebih dahulu
mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa/penjaga sebelum menyertai program kajian
yang akan dijalankan. Terdapat kesan utama untuk ujian, F (2, 54) = 1671.065 p=0.001
bermaksud terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra, ujian pasca dan ujian
pengekalan. Terdapat kesan utama untuk kumpulan, F (2, 27) = 16.646 p=0.001. Sementara
itu, terdapat interaksi yang signifikan antara kumpulan dengan ujian, F (4, 54) = 378.732
p=0.001. Tiada perbezaan yang 58 signifikan antara ketiga-tiga kumpulan semasa ujian pra.
Namun demikian, dalam ujian pasca didapati kumpulan fokus luaran (M=51.5kg, SP=7.4)
dan kumpulan fokus dalaman (M=49.5kg, SP=6.6) adalah lebih baik dan mempunyai
perbezaan yang signifikan terhadap kumpulan kawalan (M=30.5kg, SP=6.9). Manakala
dalam ujian pengekalan kumpulan focus luaran (M=59.5kg, SP=6.0) adalah lebih baik dan
mempunyai perbezaan yang signifikan berbanding kumpulan fokus dalaman (M=43.2kg,
SP=5.9) dan kumpulan kawalan (M=30.1kg, SP=6.3). Kajian ini juga membuktikan bahawa
dengan memberi arahan fokus luaran, tenaga yang dikenakan kepada objek (barbell) yang

6
sedang bergerak adalah bermanfaat untuk menghasilkan prestasi angkatan yang lebih
maksimum berbanding dengan arahan fokus dalaman iaitu memberi tumpuan kepada
pergerakan dan otot untuk menghasikan tenaga yang maksima, selaras dengan dapatan
kajian terdahulu (Vance et. al., 2004; Marchant et. al., 2009; Marchant et al., 2011).

Kajian seterusnya melihat berkaitan keberkesanan input prestasi kecergasan


terhadap tahap kecergasan dalam kalangan pelajar yang berumur 13-17 tahun di Langkawi,
Kedah. Pencapaian sukan daerah Langkawi adalah lemah dan ini mungkin disebabkan oleh
kurangnya input yang berkaitan dengan prestasi dan tahap kecergasan. Menurut (Cooper &
Collingwood, 1984) input ini dapat digunakan sebagai panduan untuk memperbaiki dan
berusaha bagi mengekalkan atau meningkatkan prestasi pelajar dalam kemahiran asas
motor dan kecergasan fizikal. Subjek kajian ini terdiri daripada 120 orang pelajar lelaki dan
perempuan yang terlibat dengan kelas Pendidikan Jasmani. Ujian Prudential Fitnessgram
diguna sebagai intrumen ujian yang melibatkan lima item ujian iaitu Pacer, Bangun Tubi,
Lentik Belakang, Tekan Tubi dan Indeks Jisim Tubuh. Jangkamasa ujian pra dan pasca adalah
8 minggu dan dibekalkan dengan input prestasi kecergasan sebagai panduan. Ujian pacer
menunjukkan skor min ujian pasca (M=27.1, SD=6.4) adalah lebih tinggi (lebih ulangan)
secara signifikan berbanding skor min pra (M=26.1, SD=5.9), Ujian bangun tubi
menunjukkan skor min pasca (M=31.3, SD=8.1) adalah lebih tinggi (lebih ulangan) secara
signifikan berbanding skor min pra (M=30.1, SD=8.2), Ujian lentik belakang menunjukkan
skor min pasca (M=32.5, SD=8.0) adalah lebih tinggi (lebih tinggi lentikan) secara signifikan
berbanding skor min pra (M=31.9, SD=8.3), Ujian tekan tubi menunjukkan skor min pasca
(M=22.9, SD=9.0) adalah lebih tinggi (lebih ulangan) secara signifikan berbanding skor min
pra (M=21.1, SD=8.9) dan Ujian Indeks Jisim Tubuh menunjukkan skor min pasca (M=20.5,
SD=4.0). Secara keseluruhan hasil ujian pra dan pasca setiap ujian menunjukkan
peningkatan prestasi berlaku melalui nilai min dan ini menunjukkan keberkesanan input
prestasi kecergasan mempengaruhi tahap kecergasan pelajar.

Seterusnya, melihat kesan melihat kesan program intervensi latihan taktikal


terhadap tahap pengetahuan, ketepatan membuat keputusan dan prestasi aksi taktikal
dalam kalangan pemain hoki remaja lelaki. Pembolehubah yang diukur adalah tahap
pengetahuan taktikal, ketepatan membuat keputusan taktikal dan prestasi aksi taktikal.
Menurut Warrington (2010), gabungan yang baik keempat-empat komponen tersebut
adalah penentu kepada kejayaan sesebuah pasukan atau pemain. Menurut Clemente &
Rocha (2013) membincangkan betapa pentingnya komponen taktikal dalam program latihan
yang perlu disediakan oleh jurulatih. Tahap pengetahuan taktikal diukur dengan
menggunakan Tactical Skills Inventory for Sports (TACSIS) yang diterjemahkan kepada
Bahasa Malaysia, manakala ketepatan membuat keputusan diukur dengan Soalan Taktikal
Video Klip (SOTAVlK) dan aksi taktikal pula diukur dengan Prestasi Aksi Taktikal Hoki (PATH)
(situasi mini perlawanan 3 lawan 3). Data dianalisis dengan menggunakan ujian SPANOVA.
Dapatan kajian mendapati bahawa kumpulan rawatan yang menjalani program intervensi
latihan taktikal selama lapan minggu, berlakunya perbezaan yang signifikan di antara skor

7
ujian pra dan skor ujian pasca dari segi tahap pengetahuan taktikal (Skala A=mengetahui
tentang tindakan bola [F(1,28)=86.86,p<0.05], (Skala B= Mengetahui tentang orang lain
[F(1,28)=22.95,p<0.05], (Skala C= Kedudukan dan Membuat keputusan
[F(1,28)=18.51,p<0.05], Skala D=Tindakan dalam perubahan. Program Intervensi Latihan
Taktikal satu program yang menggalakkan peningkatan tahap pengetahuan deklaratif dan
prosedural subjek dalam kalangan kumpulan rawatan. Begitu juga berlaku peningkatan yang
baik dalam ketepatan dalam membuat keputusan serta peningkatan dalam prestasi aksi
taktikal (situasi penyerang dan situasi pertahanan). Kesedaran taktikal perlu diterapkan
dalam kalangan pemain hoki untuk memastikan pemain memahami kepentingan taktikal
dalam peningkatan prestasi dan keperluan dalam perlawanan. Selain daripada itu, dapat
disimpulkan bahawa faktor utama bagi pembangunan kemahiran taktikal yang baik adalah
bimbingan dari pakar latihan (jurulatih) dan program latihan yang bersesuaian untuk
pemain-pemain hoki.

3.0 RUJUKAN

8
Noorzaliza Binti Osman (2016). Pembangunan Program Intervensi Latihan Taktikal Dan

Kesannya Dalam Kalangan Pemain Hoki Remaja Lelaki.

Yusop Ahmad, Nur Haziyanti Mohamad Khalid, Trevor Glen Philip (2012) , Kesan Latihan

Imageri Modaliti Ke Atas Prestasi Kemahiran Servis Atas Kepala Permainan Bola

Tampar.

Wan Nur Najiah Wan Abd Ghani, Nur Ilyani Ishak, Nelfianty Mohd Rasyid (2019), Kesan

“Progressive Muscle Relaxation” (Pmr) Ke Atas Tekanan Emosi Dalam Kalangan

Pemain Bola Jaring 10 Dan 11 Tahun.

Ahmad Najib Bin Abd Razak & Ahmad Bin Hashim (2017), Hubungan Komponen Kecergasan

Fizikal Berasaskan Sukan Terhadap Prestasi Lari Pecut 100 Meter.

Ahmad Fazlan bin Ghazalli, Mahamad Yusof bin Abdul Rani & Jeffrey Low Fook Lee (2016),

Kesan Fokus Luaran Dan Dalaman Ke Atas Angkatan ‘Press Behind Neck’ Atlet Angkat

Berat.

Zainol Rashidi Bin Md. Noor (2017), Kesan Input Prestasi Kecergasan Terhadap Tahap

Kecergasan Dalam Kalangan Murid Berumur 13 -17 Tahun Di Langkawi, Kedah,

Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai