Anda di halaman 1dari 1

Apakah kepentingan ilmu terhadap pembangunan negara Malaysia?

Ilmu merupakan aset yang utama dalam perlaksanaan pembangunan negara kita.
Mengabaikan kepentingan ilmuini bererti mengekang pencapaian negara dan menyekat
keperluan ind ividu sama ada untuk kepentingan peribadi mahupun masyarakat. Kepentingan
dalam ilmu ini dapat dilihat dengan jelas apabila peruntukkan terhadap perbelanjaan dalam
bidang pendidikan mencatatkan jumlah yang tinggi dan tindakan berani kerajaan dalam
mengambil risiko asalkan dapat menghasilkan modal insan yang berguna pada masa hadapan.

Pendidikan penting untuk melahirkan insan yang lengkap dengan nilai-nilai murni
dan moral yang baik dalam kehidupan bermasyarakat. Hal ini kerana, sesuatu pembangunan
negara akan lebih terjamin dengan adanya asas kehidupan yang baik dalam diri setiap
individu apatah lagi kepada perintis masa hadapan negara. Di samping itu, kemahiran dalam
bidang lain juga diterapkan untuk mencapai dan memenuhi keperluan tenaga kerja negara
yang permintaannya semakin tinggi dek kerana arus pembangunan negara yang pesat.

Peranan pendidikan penting untuk memenuhi keperluan negara dalam membekalkan


tenaga kerja yang progresif,berintegriti dan mempunyai tahap kognitif yang tinggi adalah
penting agar Malaysia dapat bersaing seiring dengan negara-negara maju. Dalam pada itu,
strategi tranformasi ke arah negara maju juga menjadi lebih efisen dan berkesan.

Justeru itu, jelaslah di sini bahawa ilmu mampu menjana masa depan negara yang
lebih membangun.

Anda mungkin juga menyukai