Anda di halaman 1dari 2

Jelaskan peranan guru dalam merealisasikan FPK, FPG dan Falsafah Pendidikan Khas.

Falsafah Pendidikan kebangsaan, falsafah Pendidikan guru dan falsafah Pendidikan khas
merupakan merupakan satu garis panduan untuk membina insan guru dan murid yang
berkualiti dan memiliki sifat-sifat yang terunggul dalam diri untuk membangunkan negara.
Terdapat peranan guru dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan, Falsafah Pendidikan Guru
dan Falsafah Pendidikan khas.

Antaranya, guru perlu menunjukkan ciri kepimpinan dalam diri mereka. Seorang guru
perlu peka terhadap tanggungjawab mereka. Peranan guru dalam FPK meliputi tugas seperti
menjadi guru kelas dalam aspek kepimpinan. Apabila menjadi guru kelas, guru hendaklah
melaksanakan tanggungjawab seperti memilih ketua kelas, menyediakan jadual bertugas,
jadual waktu. Guru juga perlu memastikan bahawa kelas sentiasa berada dalam keadaan
yang bersih dan kemas. Guru juga perlu bersikap amanah dalam melaporkan kes-kes disiplin
pelajar dan ketidakhadiran pelajar kepada penolong kanan hal ehwal murid tersebut.
Setersunya, guru juga mungkin diberi tugas ketua panitia mata pelajaran. Ketua panitia
matapelajaran berperanan untuk memperbaiki murid dalam mata pelajaran tersebut. Dalam
hal ini guru boleh melaksanakan pelbagai alternatif seperti membelikan buku Latihan,
mengadakan kelas tambahan dan sebagainya. Seterusnya, guru juga boleh diberi
tanggungjawab untuk menjadi guru bertugas mingguan. Guru bertugas boleh menjalankan
tugasnya dengan mengelolakan perhimpunan, melaporkan perjalanan murid ke sekolah, dam
sebagainya.

Seterusnya, guru-guru juga perlu melaksanakan tugas berdasarkan aspek


pengurusan. Guru-guru bukan sahaja mendidik murid malah mereka juga perlu melibatkan
diri dalam pengurusan di bawah pentadbiran sekolah. Contohnya, guru perlu menyiapakan
Rancangan Pembelajaran Harian (RPH) berkenaan matapelajaran yang dajar. Hal ini dapat
memastikan penyampaian hasil pembelajaran yang sistematik dan teratur kepada para
pelajar. Secara tidak langsung, guru telah mencapai salah satu matlamat FPK iaitu
bertanggungjawab. Guru-guru dapat melaksanakan semua tugasan mereka mengikut masa.
Aktiviti pengurusan ini bukan untuk pengurusan pengajaran sahaja malah pengurusan
perabot di kelas juga dititikberatkan. Guru juga perlu Menyusun kerusi meja di sekolah serta
menyediakan sudut ilmu yang kotemporari untuk menggalakkan murid lebih aktif dalam aktiviti
pembelajaran dalam kelas.

Apabila dilihat dari segi aspek budaya sekolah, guru-guru perlu mengamalkan budaya
yang diamalkan oleh warga sekolah sepanjang mereka berada di sekolah. Sebagai contoh,
terdapat beberapa sekolah yang melaksanakan program ‘guru penyayang’. Program sebegini
bukan sahaja mengurangkan jurang perbezaan antara murid dengan guru malah ia juga
dapat mewujudkan suasana yang aman dan harmoni dalam kalangan warga sekolah. Guru-
guru juga bergiat dalam aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak sekolah.

Dari segi aspek kurikulum, guru perlu melengkapkan dirinya dengan ilmu pengetahuan
yang mendalam mengenai matapelajaran yang diajar dan mengaplikasikan ilmu tersebut
kepada murid-muridnya. Sebagai contohnya, guru perlu menyediakan alat bantu mengajar
untuk melaksanakan sesi pengajara serta muird-murid dapat memahami kandungan
pembelajaran dengan lebih teliti. Guru-guru juga boleh melaksanakan sesi soal jawab dengan
supaya murid-murid dapat memberi respon secara aktif dalam kelas.

Apabila dilihat dari segi kokorikulum, guru berperanan sebagai pencungkil


bakat dan potensi murid. Setiap murid mempunyai bakat tersendiri. Guru merupakan
agenperubahan kerana guru yang mengenalpasti dan memperkembang potensi
murid itu. Sesetengah murid yang berbakat berasa rendah diri untuk menonjolkan
bakat mereka kerana malu dan tidak mempunyai peluang untuk mengembangkan bakat
mereka. Pada masa yang sama, guru dapat melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
kokurikulum sertamemberikan khidmat sosial bagi kepentingan muridnya. Sebagai contoh,
bagi murid yang mempunyai potensi dalam acara sukan, guru boleh melatih dan
terus mengasah bakat murid tersebut sehingga menjadi atlet.

Secara kesimpulanya, guru merupakan insan yang penting dalam merealisasikan


falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, dan Falsafah Pendidikan Khas.
Hal ini kerana, guru memainkan peranan sebagai agen penting dari segia spek kepimpinan,
pengurusan, budaya sekolah, kurikulum, kokorikulum dan sebagainya. Falsafah- falsafah ini
akan dijadika sebagai landasan bagi kepada pembangunan sistem Pendidikan di negara kita.
Oleh itu, guru perlulah bersedia untuk menghadapi apa-apa cabaran dan sentiasa mempunyai
komitmen terhadap kerjaya yang dimilkinya.

Anda mungkin juga menyukai