Anda di halaman 1dari 2

GARIS PANDUAN KEPADA PEGAWAI YANG BEKERJA DARI RUMAH / WORK

FROM HOME (WFH) SEMASA PENULARAN WABAK COVID 19 (PKBB)


Semua pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan boleh dipertimbangkan untuk
bekerja dari rumah kecuali atas arahan dan pertimbangan Ketua Jabatan. Walau
bagaimanapun pegawai boleh dipertimbangkan bekerja dari rumah secara bergilir
atau tempoh yang sesuai oleh Ketua Jabatan.
Mana-mana pegawai yang bekerja dari rumah perlulah mematuhi peraturan-
peraturan Penjawat Awam seperti berikut :
i. sentiasa berada di rumah pada tempoh waktu pejabat/bekerja yang
ditetapkan Kerajaan.
ii. sentiasa bersedia ke pejabat atau mana-mana lokasi lain sekiranya
diarahkan oleh Ketua Jabatan.
iii. memastikan sentiasa boleh dihubungi dalam tempoh waktu bekerja.
iv. Memastikan punch/clock in dan out secara online pada hari bekerja
rasmi

Setiap Penjawat Awam layak untuk mohon cuti rehat dari 4 Mei semasa PKBB
dengan syarat mendapat kelulusan Ketua Jabatan.
Tugas Khusus Pensyarah semasa bekerja dari rumah (WFH)
1. Memastikan semua semakan kerja kursus dilakukan mengikut prosedur MS
ISO dan MQA.
2. Memastikan markah kerja kusus diisi dalam BKKP mengikut tarikh yang
ditetapkan oleh KU Unit Penilaian dan Peperiksaan.(30 April-12
Mei).Mesyuarat JK ialah pada 19 Mei jam 9am.
3. Memastikan semua data dalam sistem ITEMS diisi dengan tepat : Kehadiran
pelajar, markah selepas moderasi dll.
4. Memastikan kertas soalan Pentaksiran Alternatif (PA) disediakan dan
dihantar ke Unit Peperiksaan dan Penilaian dengan menepati SOP
Persediaan Soalan Peperiksaan sebelum 23 Mei 2020.
5. Memastikan Kuliah Dalam Talian (DT) bagi kumpulan PDPM PAKK berjalan
lancar setiap hujung minggu mengikut jadual yang diedarkan.
6. Mengikuti kursus-kursus dalam talian yang ditawarkan agar jam latihan
dalam SPLKPM dapat dipenuhi.
7. Sentiasa memberikan data dan maklumat yang diminta oleh Ketua Jabatan/
Unit.
8. Memastikan tahap kesihatan sentiasa dalam keadaan baik dan
memaklumkan Ketua Jabatan jika anda menghidapi Covid 19 atau Person
Under Investigation (PUI).

Anda mungkin juga menyukai