Anda di halaman 1dari 8

GARIS

PANDUAN

SISTEM

PEGAWAI

BERTUGAS

KEMENTERIAN/JABATAN/AGENSI/BADAN BERKANUN
TUJUAN
Garis Panduan ini disediakan sebagai satu panduan untuk digunapakai bagi
melaksanakan Sistem Pegawai Bertugas di Kementerian/Jabatan/Agensi/Kerajaan.
Sistem Pegawai Bertugas diwujudkan untuk membantu dari segi pemantauan
keselamatan fizikal di pejabat secara berterusan.
2.

Selain itu ia juga bertujuan untuk meningkatkan semangat kekitaan, kemesraan

dan kerjasama di antara pegawai dan kakitangan Kementerian/Jabatan/Agensi di


samping dapat membentuk satu pentadbiran yang cekap bagi memastikan kelancaran
pengurusan pejabat serta membudayakan keselamatan perlindungan.

LATAR BELAKANG
3.
semua

Jemaah Menteri melalui Arahan Keselamatan, Para 18 menyatakan bahawa


jabatan

yang

menguruskan

perkara-perkara

terperingkat

dikehendaki

mewujudkan Sistem Pegawai Bertugas. Sistem ini memerlukan lantikan pegawaipegawai di jabatan masing-masing untuk menjalankan tugas-tugas keselamatan secara
harian, mingguan atau bulanan. Pegawai Bertugas adalah bertanggungjawab terhadap
keselamatan kepada Pegawai Keselamatan Jabatan dan Ketua Jabatan.

PERKARA-PERKARA ASAS BAGI PELAKSANAAN SISTEM PEGAWAI BERTUGAS


4.

Perkara-perkara asas yang perlu diambil kira bagi pelaksanaan Sistem Pegawai

Bertugas adalah seperti berikut:


1

4.1.

Pegawai Bertugas hendaklah dilantik dari pegawai-pegawai Kumpulan


Pengurusan dan Profesional Gred 41 dan Kumpulan Sokongan Gred 17 ke
atas;

4.2.

Jadual tugas Pegawai Bertugas hendaklah disediakan secara harian,


mingguan atau bulanan, mengikut kesesuaian;

4.3.

Jadual tugas hendaklah disediakan oleh setiap bahagian dan diedarkan


kepada setiap pegawai-pegawai yang berkenaan bagi setiap bulan;

4.4.

Pegawai Bertugas adalah orang yang pertama hadir ke pejabat pada


waktu pagi dan orang yang terakhir meninggalkan pejabat;

4.5.

Sebuah Buku Laporan Pegawai Bertugas hendaklah disediakan bagi tujuan


penyediaan laporan Pegawai Bertugas;

4.6.

Sekiranya Pegawai Bertugas bercuti rehat atau tidak hadir atas sebabsebab yang tidak dapat dielakkan, maka beliau hendaklah mencari
pengganti bagi menggantikannya.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI BERTUGAS


5. Pegawai Bertugas hendaklah:5.1.

Memantau keadaan dan keselamatan pejabat.

5.2.

Mencatatkan di dalam Buku Laporan Pegawai Bertugas perkara-perkara


seperti berikut:5.2.1. Nama Pegawai Bertugas;
5.2.2. Tarikh dan Masa bertugas;
5.2.3. Menerima

tugas

dari

Pegawai

Bertugas

sebelumnya

dan

menyerahkan tugas kepada Pegawai Bertugas berikutnya;


5.2.4. Laporan mengenai aktiviti pejabat seperti mesyuarat, kursus,
taklimat atau lawatan rasmi;
5.2.5. Laporan mengenai keselamatan dan kebersihan pejabat;
5.2.6. Laporan mengenai sebarang insiden pelanggaran keselamatan;
5.2.7. Cadangan atau ulasan bagi meningkatkan lagi tahap keselamatan
pejabat; dan
5.2.8. Tandatangan Pegawai Bertugas.
5.2.9. Menentukan semua pintu pejabat terutamanya pintu utama jabatan
dikunci selepas waktu pejabat.
5.2.10 Selepas waktu pejabat, pegawai bertugas akan bertugas secara
on call sehingga keesokan hari.
5.3.

Jangkamasa Pegawai Bertugas ialah dari jam 7.30 pagi 6.00 petang.
3

5.3.1. Pegawai Bertugas boleh meninggalkan pejabat selepas jam 6.00


petang;
5.3.2. Sekiranya masih terdapat pegawai di pejabat, maka beliau
hendaklah menunggu sehingga jam 6.30 petang;

5.3.3. Sekiranya masih terdapat lagi pegawai selepas jam 6.30 petang,
Pegawai

Bertugas

bolehlah

memaklumkan

kepada

pegawai

berkenaan dan pegawai tersebut mestilah bertanggungjawab


penuh ke atas keselamatan pejabat pada hari itu.
5.4.

Sebarang masalah berbangkit semasa melaksanakan tugas sebagai


Pegawai Bertugas hendaklah dirujuk kepada Pegawai Keselamatan
Jabatan (PKJ) / Penolong Pegawai Keselamatan Jabatan (PPKJ).

5.5.

Memastikan semua bilik dan pintu utama dikunci selepas waktu pejabat.

5.6.

Memastikan

lampu-lampu

dan

suis

utama

dipadamkan

sebelum

meninggalkan pejabat.
5.7.

Memastikan tahap kebersihan pejabat dan bilik-bilik pegawai berada di


tahap memuaskan.

5.8.

Memastikan semua dokumen rasmi, rahsia rasmi dan bahan rasmi


disimpan mengikut

peraturan

yang terkandung di dalam Arahan

Keselamatan.

5.9.

Memastikan bahan buangan terperingkat dilupuskan mengikut peraturan


yang telah ditetapkan.

PENGECUALIAN

6.

Semua pegawai Gred 44/48 dan ke atas adalah dikecualikan daripada

menjalankan tugas sebagai Pegawai Bertugas.

PENUTUP
7.

Garis Panduan ini adalah sebagai asas kepada pelaksanaan Sistem Pegawai

Bertugas di sesebuah Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan. Kaedah pelaksanannya


mungkin

berlainan

bagi

Kementerian/Jabatan/Agensi

yang

berbeza.

Sebarang

penambahbaikan atau kemusykilan boleh dirujuk kepada Pejabat Ketua Pegawai


Keselamatan Kerajaan Malaysia.

Disediakan oleh:
Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
5

Lampiran A

CONTOH JADUAL PEGAWAI BERTUGAS


BIL

LOKASI PEJABAT

1.

NAMA BAHAGIAN

2.

ARAS

3.

BLOK

JADUAL BERTUGAS
BULAN :
MINGGU
MINGGU 1

MINGGU 2

MINGGU 3

MINGGU 4

TARIKH

MAKLUMAT PEGAWAI BERTUGAS


NAMA :
NO TEL:
NAMA :
NO TEL:
NAMA :
NO TEL:
NAMA :
NO TEL:

PENYELIA

Lampiran B

Contoh Format Laporan Pegawai Bertugas

TARIKH

PEGAWAI
BERTUGAS

KUNCI DITERIMA

KUNCI DISERAH

Laporan
1.

Kebersihan Pejabat
Pekerja pembersihan menjalankan tugas seperti biasa. Kebersihan pejabat adalah
dalam keadaan memuaskan.

2.

Keselamatan
Tiada perlanggaran keselamatan yang telah dilaporkan atau dijumpai.

3.

Aktiviti pejabat
3.1
Semua urusan rasmi pejabat berjalan lancar seperi biasa. Tiada sebarang
kejadian tidak diingini dilaporkan atau dijumpai.
3.2

(Mesyuarat ______________ telah berlangsung di ________ pada _________

3.3
4.

Hal-hal lain.
4.1

Rondaan pertama dilakukan pada ____________

4.2

Rondaan kedua dilakukan pada 6.00 petang dan menemukan perkaraperkara berikut:
4.2.1

Semua pegawai di aras 1 dan 2 telah meninggalkan pejabat.

4.2.2

Di aras -1, _______________ masih berada di pejabat. Puan Raha


memaklumkan akan mengunci pintu utama Bahagian ___________

4.2.3

Kabinet keluli di Bahagian ______________ tidak dikunci.

4.2.4
7

5.

Saya meninggalkan pejabat pada jam 6.35 petang setelah memastikan semua
pintu kaca dan pintu kecemasan dikunci.
Saya telah membuka semula kunci pada 18 Oktober 2013 jam 7.15 pagi.
Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

__________________________

_________________________

(NAMA :

(NAMA :

(JAWATAN :

(JAWATAN :

)
)

Anda mungkin juga menyukai