Anda di halaman 1dari 1

KABUKI

-Kabuki adalah sejenis teater tradisional Jepun

-Teater Kabuki dikenali ramai kerana gaya dramanya dan juga solekan yang dipakai oleh
pelakonnya

-Tulisan Kanji individual dari kiri ke kanan bermaksud menyanyi, menari dan kemahiran

Kabuki perempuan (1603-1629)


Sejarah Kabuki bermula pada tahun 1603 semasa Okuni ataupun lebih dikenali sebagai Izumo
No Okuni, seorang Miko (Perempuan muda yang berkhidmat di Kuil Shinto) dari kuil Izumo
Taisho mula mempersembahkan drama tarian baru di tebing sungai Kyoto.
Pelakon perempuan melakonkan kedua-dua watak lelaki dan perempuan tentang kehidupan
biasa. Gaya ini kemudiannya menjadi lebih popular dengan Okuni turut diminta melakukan
persembahan di hadapan golongan diraja.
Di dalam kebangkitan kejayaannya, banyak kumpulan Kabuki telah ditubuhkan dan seni ini
dilihatsebagai drama tarian yang dipersembahkan oleh perempuan, satu bentuk yang sangat
berbeza pada hari ini.
Apabila bilangan kumpulan Kabuki semakin bertambah, kebanyakan pelakon turut menawarkan
perkhidmatan pelacuran. Oleh kerana itu, Kabuki telah ditulis sebagai pelacur yang menyanyi
dan menari semasa di Zaman Edo.
Kabuki lelaki (Selepas 1653)

Dari tahun 1653, hanya lelaki matang saja boleh melakonkan Kabuki yang menjadi lebih sukar dan
semakin bergaya yang dipanggil Yaro Kabuki. Perubahan gaya ini dipengaruhi oleh teater Kyogen yang
diarahkan oleh shogunate. Kyogen pula pada masa itu sangat popular.
Yaro Kabuki semakin merosot tetapi semua peranan di dalam lakonan Kabuki tetap dilakonkan oleh
lelaki. Pelakon lelaki yang khusus melakonkan peranan perempuan dipanggil Onnagata ataupun Oyama
dan keluarga khusus Onnagata didirikan. Beberapa tahun kemudian, kebanyakan Onnagata datang dari
keluarga-keluarga ini.
Kemudian dua jenis peranan utama dihasilkan iaitu Aragoto, gaya kasar yang dicipta oleh Ichikawa
Danjuro (1660-1704) di bandar Edo dan Wagoto, gaya lembut oleh Sakata Tojuro (1647-1709) di kawasan
Kyoto-Osaka. Aragoto adalah gaya lakonan yang membuatkan pelakonnya memperbesar-besarkan kata-
kata, gerak badan dan juga kostum serta solekan. Namanya diambil dari perkataan yang bermaksud
pahlawan biadab dan lakonannya mementingkan aksi. Wagato pula menampilkan perkataan yang lebih
realistik dan biasanya memainkan lakonan romantik tragik.

Anda mungkin juga menyukai