Anda di halaman 1dari 3

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN MENCIPTA POSTER

‘CABARAN KREATIF STEAM’ PERINGKAT KEBANGSAAN


TAHUN 2020

1 TEMA
• Tema poster adalah “ INOVASI STEM ”.
• Poster perlu selari dengan tema dan mengandungi perkataan berkenaan serta mempunyai
unsur STEAM.
2 TARIKH-TARIKH PENTING
• Tarikh mula pertandingan : 01 SEPTEMBER 2020 ( SELASA )
• Tarikh akhir penghantaran poster : 15 OKTOBER 2020 ( KHAMIS )
3 TERMA & SYARAT
PENYERTAAN
• Penyertaan TERBUKA kepada semua warga murid sekolah rendah dan sekolah menengah di
bawah KPM.
• Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar SATU (1) penyertaan sahaja untuk setiap
kategori pertandingan.
• Pertandingan ini terbahagi kepada DUA (2) kategori iaitu Poster Lukisan Tangan & Poster
Digital Berkomputer.
• Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan borang penyertaan yang lengkap dan
hendaklah dikepilkan bersama-sama poster semasa penghantaran.
• Penyediaan poster grafik yang menggunakan perisian komputer dengan reka bentuk
berukuran 29.7cm x 42cm.
Penyediaan poster lukisan yang menggunakan lukisan tangan hendaklah menggunakan kertas
berukuran A3 dan diimbas (scan) untuk penyerahan.
• Peserta bebas menggunakan sebarang bahan mewarna dan perisian untuk menghasilkan
poster.
• Poster yang layak bertanding mesti mempunyai unsur STEAM.
• Hasil cipta boleh dihasilkan secara melintang atau menegak di atas kertas tersebut di dalam
format JPEG / PNG / PDF.
• Sebarang kos yang dikeluarkan bagi tujuan penyertaan pertandingan ini adalah
ditanggung sepenuhnya oleh para peserta sendiri.
• Bahasa yang digunakan di dalam poster mestilah Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di
mana penggunaanya difahami oleh ahli masyarakat secara umum.
• Lukisan dan idea poster mestilah hasil cipta sendiri dan asli serta tidak boleh berplagiat.
• Pihak penganjur berhak untuk menolak penyertaan atau membatalkan
kemenangan yang diberikan sekiranya didapati hasil karya adalah tidak asli.
• Penyertaan akan terbatal dengan sendirinya sekiranya poster yang dihantar pernah
memenangi atau menyertai pertandingan-pertandingan yang lain.
KATEGORI POSTER

SEKOLAH RENDAH SEKOLAH MENENGAH


POSTER LUKISAN TANGAN TAHAP 1 TAHAP 1
( TAHUN 1 – TAHUN 3 ) ( TING 1 – TING 3 )
POSTER DIGITAL BERKOMPUTER
TAHAP 2 TAHAP 2
( TAHUN 4 – TAHUN 6 ) ( TING 4 – TING 5 )

PERSETUJUAN
• Dengan menghantar penyertaan ini, peserta atau ibubapa/penjaga atau pihak sekolah
bersetuju bahawa mereka adalah tertakluk di bawah syarat & peraturan yang telah
ditetapkan oleh pihak penganjur.

ETIKA
• Peserta harus memastikan hasil karya menghormati keharmonian masyarakat majmuk di
Malaysia.
• Panel juri berhak untuk menyingkir sesuatu hasil karya yang berunsur provokasi, politik, atau
menyentuh sensitiviti sesuatu kaum, agama dan fahaman rakyat Malaysia.

PENILAIAN
• Poster pertandingan akan dinilai berdasarkan pematuhan kepada tema pertandingan,
terma dan syarat mengikut kriteria pemarkahan.
• Penyertaan yang tidak mematuhi terma dan syarat tidak akan dinilai.
• Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.
• Sebarang bantahan dan surat menyurat tidak akan dilayan.

4 KRITERIA PENILAIAN

BIL. KRITERIA MARKAH


1. KEASLIAN 20 %
Poster yang dihasilkan memiliki rekabentuk asli dan disediakan khusus
untuk tujuan pertandingan ini. Plagiat atau menciplak secara langsung
atau tidak langsung dari segi reka bentuk dan
penggunaan templat sedia ada tidak dibenarkan.

2. KREATIVITI, UNIK DAN IMPAK POSITIF 15 %


Poster memiliki ciri-ciri unik STEAM, kreativiti baharu, inovasi, grafik &
illustrasi yang unik, paparan dan reka bentuk yang menarik serta mampu
memberi kesan penghayatan tema kepada pembaca.

3. KELESTARIAN BAHASA 20 %
Poster mempamerkan penggunaan istilah dan bahasa yang tepat, jelas
serta tersusun kemas bagi tujuan menyampaikan mesej dan maksud tema
dengan berkesan.

4. PERSEMBAHAN DAN KETRAMPILAN 15 %


Poster dinilai secara keseluruhan dari segi kandungannya ( kreatif / unik /
menarik / inovasi / berinformasi / jelas / asli / rupa bentuk visual / mesej
berkesan/ pemilihan warna )

5. KETETAPAN TEMA 30 %
Poster hendaklah dihasilkan mengikut tema yang ditetapkan
( mempunyai perkataan berkenaan dalam poster / unsur gambar,
perkataan, grafik & slogan yang selari dengan tema / menjelaskan tema
dengan maklumat yang sesuai dengan betul )
JUMLAH KESELURUHAN 100 %
5 YURAN PENYERTAAN
• Yuran penyertaan adalah PERCUMA.

6 HADIAH & SIJIL


• Markah 90% - 100 % : Sijil Pingat Emas + Diterbitkan dalam e-Book Cabaran
Kreatif STEAM PGSM.
• Markah 80% - 89% : Sijil Pingat Perak
• Markah 70% - 79% : Sijil Pingat Gangsa
• Semua penyertaan 69% dan ke bawah akan menerima sijil penyertaan yang diiktiraf oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ).

7 TARIKH TUTUP PENYERTAAN


• Borang penyertaan boleh didapati dari pautan http://gg.gg/daftarSTEAM atau imbas kod QR
dalam poster.
• Borang yang telah lengkap beserta poster penyertaan hendaklah dihantar sebelum atau pada
15 OKTOBER 2020.

8 Hakmilik Cipta
• Semua hasil cipta yang dihantar akan menjadi hakmilik penganjur dan tidak
boleh dituntut semula.
• Dengan menyertai pertandingan ini, setiap peserta bersetuju untuk memberi hakmilik cipta
kepada pihak penganjur, tidak boleh menuntut atau mengenakan sebarang bayaran royalti
terhadap sebarang penerbitan dan pihak penganjur berhak menggunakan hasil karya tersebut
dalam apa jua cara sekalipun termasuk dalam mana-mana media di seluruh dunia.
• Pihak penganjur berhak menggunakan informasi pemenang dalam membuat sebarang
laporan mengenai pertandingan ini dan untuk tujuan pengiklanan pada pertandingan yang
sama pada masa depan.

9 PINDAAN TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN


• Pihak penganjur berhak untuk meminda terma dan syarat pertandingan ini pada bila-bila
masa, sekiranya difikirkan patut dan perlu.

10 PERTANYAAN
• Hebahan pemenang akan diiklankan melalui Facebook Persatuan GURU STEM Malaysia /
Youtube Persatuan Guru STEM Malaysia.
• Sebarang kemusykilan atau pertanyaan, sila hubungi Puan Chiang Wei Luan di talian
0105088438 atau Cik Cheetalakchumy Balu di talian 011-2626 5396.

Anda mungkin juga menyukai