Anda di halaman 1dari 43

Mari kita melihat sejarah, dengan mata hati…

Kata Imam Abu Al-Qasim Al-Junaid:


“Sejarah merupakan salah satu tentera Allah yang akan menguatkan hati…”

Allah s.w.t. berfirman:

َ‫ق َو َموْ ِعظَةٌ َو ِذ ْك َرى لِ ْل ُم ْؤ ِمنِين‬


ُّ ‫ِّت بِ ِه فُؤَ ادَكَ َو َجا َءكَ فِي هَ ِذ ِه ْال َح‬
ُ ‫َو ُكال نَقُصُّ َعلَ ْيكَ ِم ْن أَ ْنبَا ِء الرُّ س ُِل َما نُثَب‬

“Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, Kami ceritakan kepadamu (Wahai
Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya. Dan telah datang kepadamu Dalam berita
ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang Yang beriman.”
Surah Hud 11: 120

Objektif
“Memahami tanggung jawab kita yang paling utama mengikut waqi’.”

Kita akan menyoroti sejarah sebuah ummah yang pernah menguasai dunia. Melalui penilaian
sejarah dan pemahaman sunnah Allah dalam mengatur perjalanan sebuah ummah, kita akan dapat
membongkar rahsia kegemilangan ummah tersebut. Juga, kita akan meneliti titik-titik kelemahan
yang melemahkan kekuatan sebuah tamadun.

Mengenai Buku Ini


Buku ini ditulis dengan tujuan sebagai panduan kepada mereka yang mahu menyampaikan Ini
Sejarah Kita (ISK). Ini bukanlah menjadi pengganti kepada pengisian ISK untuk memahami
penyampaian ini, tetapi sebagai panduan semata-mata.

Setiap mereka yang mahu menyampaikan ISK perlulah berusaha mendalami sejarah Islam
bermula dengan Sirah Nabawiyyah dan seterusnya sejarah kerajaan-kerajaan yang berikutnya.
Pemahaman terhadap sejarah adalah lebih penting daripada mengetahui senarai tarikh peristiwa-
peristiwa bersejarah. Oleh itu, setiap penyampai perlulah memahami isi pokok setiap peristiwa dan
signifikasi sesuatu perkara dalam perjalanan sejarah. Tetapi, dengan mengetahui data peristiwa
(tarikh, tempat, orang yang terlibat) akan pasti membantu pemahaman dan pasti menambah
keyakinan si pendengar.
Muqaddimah

Erti ‘kita’ yang sebenar

Apabila ditanya ‘siapa kita?’ ramai yang mengaitkan ‘kita’ dengan ‘manusia’ , ‘pelajar’,
‘bangsa Melayu’, ‘warga Malaysia’, ‘seorang anak’ dan sebagainya. Ini mungkin timbul alhasil
dari perbezaan kaum yang terdapat di Malaysia, atau semangat kebangsaan yang timbul pada
rakyat Malaysia apabila berada di luar negara dan seterusnya. Secara umum ‘semangat-semangat’
ini telah dipropagandakan melalui media- media tempatan dan pengaruh terbesar berasal dari
media elektronik.

Hakikatnya makna ‘kita’ yang sebenarnya adalah kita sebagai umat Islam. Kita adalah
Muslim. Meletakkan diri kita yang terpenting untuk mewakili diri kita.Tapi sayang, ramai yang
tidak menyedari hakikat ini.

Allah hanya melihat hati dan perbuatan hambaNya  yakni Islam; bukan pada bangsa dan
rupa seseorang.

Jadi, apabila kita mengkaji sejarah kita maka kita membahaskan sejarah naik dan turunnya
Islam.

Islam dari segi bahasa membawa maksud tunduk, patuh dan menyerahkan diri kepada Allah.
Realitinya manusia ada yang Islam dengan sepenuhnya dan ada yang hanya Islam dari nama
sahaja. Ini dapat kita amati dari contoh berikut;

Saya Lari: nama saya Lari


Saya lari : saya sedang berlari

Begitu juga;

Saya Islam
Saya islam

Sesungguhnya Islam yang sebenarnya adalah kata kerja, bukan kata nama.
Menurut pendapat para Ulama’ ;

Islam di sisi Allah Islam di sisi manusia keterangan


√ √ Di terima di sisi Allah
X √ Munafiq
√ X i.e; org kafir yang tidak sempat mengisytiharkan
keiIslamannya
X X kafir

Perbincangan I

Kelebihan Manusia Kurniaan Allah

Manusia di kurniakan berbagai- bagai kelebihan seperti IQ yang tinggi, bentuk fizikal yang
sempurna dan kuat, suara yang merdu, kebolehan dalam bidang tertentu, EQ atau pengendalian
emosi yang baik.

Namun, tidak semua kelebihan di atas terdapat pada setiap orang. Setiap orang hanya
memperolehi kelebihan tertentu dan seharusnya manusia tidak merasa sombong apabila menyedari
hakikat tersebut. Dalam firman Allah;

ْ ‫ْض فِي ْال‬


...r‫رِّزق‬ َ ‫َوهّللا ُ فَض ََّل بَع‬
ٍ ‫ْض ُك ْم َعلَى بَع‬
“Dan Allah melebihkan sebagian kamu atas sebagian yang lain dalam hal rezeki”
(Surah An-Nahl 16:71)

Dari ayat di atas, perlu kita perhatikan bahawa rezeki adalah sesuatu yang dapat kita
manfaatkan pada satu waktu tertentu.

Dalam ayat lain, Allah menjelaskan bahawa kurniaan Allah adalah ujian (ibtila’) kepada manusia ;

‫ت لِّيَ ْبلُ َو ُك ْم فِي َما آتَا ُك ْم إِ َّن َربَّكَ َس ِري ُع‬


rٍ ‫ْض د ََر َجا‬ٍ ‫ق بَع‬ َ ْ‫ْض ُك ْم فَو‬ ِ ْ‫َوهُ َو الَّ ِذي َج َعلَ ُك ْم خَ الَئِفَ األَر‬
َ ‫ض َو َرفَ َع بَع‬
ِ ‫ْال ِعقَا‬
ِ ‫ب َوإِنَّهُ لَ َغفُو ٌر ر‬
‫َّحي ٌم‬

“Dan Dia-lah yang menjadikanmu sebagai khalifah-khalifah di bumi dan Dia mengangkat
(derajat) sebagian kamu di atas yang lain, untuk mengujimu atas (kurniaan) yang diberikan-Nya
kepadamu. Sesungguhnya Tuhan-mu sangat cepat memberi hukuman dan sungguh, Dia Maha
Pengampun, Maha Penyayang” (Surah Al-An’am 6:165)
Jadi persoalan yang perlu ditanyakan pada diri sendiri dari perbahasan- perbahasan di atas
adalah ‘apa hebat anda?’ dan ‘apakah kelebihan dia?’. Tapi sayang, ramai yang tidak menyedari
potensi diri masing- masing dah akhirnya menjadi sia-sia.
Sesungguhnya manusia yang sia-sia hanyalah menjadi lebihan di dunia ini. Seperti dalam satu
pepatah arab;

2/ :86 ‫وحى القلم‬ ‫ كنت أنت زائدًا على الدنيا‬:‫إن لم تزد شيئا على الدنيا‬
“Jika anda tidak menambah (menyumbang) kepada dunia, anda adalah lebihan pada dunia”

Lihatlah di sekitar kita dan perhatikan mereka yang berpotensi. Adakah mereka tahu
menggunakan potensi mereka? Adakah penggunaan potensi mereka pada jalan yang benar?

Pemimpin dunia dan potensi mereka

Adolf Hitler (1889-1945)

Pemimpin politik dan militer German dan merupakan salah satu diktator yang paling berkuasa
pada abad yang ke-20. Beliau berjaya mempengaruhi rakyat German untuk menyokong beliau di
bawah gerakan parti Nazi dan memulakan perang dunia kedua.

Lenin, Vladimir Ilich (1870-1924)

Pemimpin revolusi Rusia dan merealisasikan negara komunis (yang merupakan konsep dari Karl
Marx di dalam buku beliau Das Kapitalis). Beliau merupakan pemimpin parti radikal iaitu parti
Bolshevik ( yang akhirnya dinamakan parti komunis) dan berhasil memperoleh kuasa semasa
revolusi Rusia 1917.

Pendirian negara komunis oleh Lenin telah menginspirasikan banyak lagi negara lain di dunia ini
untuk menganut fahaman komunis seperti China, Cuba, Vietnam, Ukraine, Serbia dan sebagainya.

Mao Zedong

Pemimpin gerakan komunis di China pada tahun 1930-an dan 1940-an dan menjadi pemerintah
China pada tahun 1949. Walaupun beliau berfahaman komunis, beliau lari dari model Marx yang
sebenar dan berusaha mewujudkan masyarakat sosialis yang terdiri dari petani-petani.

Setelah di teliti tokoh- tokoh di atas, marilah kita renungkan kamahiran atau potensi yang kita
miliki. Selanjutnya renungkan juga bagaimana kita menggunakannya dan untuk apa sebenarnya
tujuan kita.
Perbincangan 2
HADIS 1

ِ ‫ ِخيَا ُرهُ ْم فِي ْال َجا ِهلِيّ ِة ِخيَا ُرهُ ْم فِي‬،‫الناس معادن‬
‫ إِ َذا فَقهُوا‬.‫اإل ْسالَ ِم‬
‫ كتاب األنبياء‬- ‫صحيح البخارى‬
ِ ) semasa jahiliah, mereka juga terbaik semasa Islam,
“ Manusia adalah logam, yang terbaik (‫خيَار‬
ُ
jika mereka faqih(faham).”

Logam: -ada mutu2 tersendiri, cth: emas 24 karat


-boleh digunakan utk kebaikan dan kejahatan(buruk)
-ada potensi tersendiri

Bahagian terakhir hadith ini, ”‫ ”إذا فقهوا‬mempunyai dua sebutan:


1. ‫ إذا فقِهوا‬: memahami ilmu Fiqh. (Contoh: Imam As-Syafie).
2. ‫ إذا فقُهوا‬: memahami Islam. (Contoh: Sumayyah).

Ramai yang mungkin mengetahui hukum Fiqh tetapi bukan memahami Islam itu sendiri.
Sedangkan memahami Islam itu sendiri lebih penting sebelum mengetahui perkara-perkara lain
termasuklah Ilmu Fiqh.

Mari kita melihat kembali apa yang berlaku semasa tahun 60-an, ramai pelajar-pelajar jurusan
agama di Universiti Al-Azhar (ustazah-ustazah) yang banyak mengetahui soal hukum-hakam
tetapi masih tidak memakai tudung menutup aurat. Mereka mengetahui hukum Fiqh tetapi masih
tidak memahami Islam. Berbeza pula pada tahun 80an, ramai pelajar-pelajar lepasan UK yang
pulang ke tanah air dengan keadaan bertudung menutup aurat (sebelumnya tidak). Mereka ini
memahami Islam tetapi tidak menguasai ilmu Fiqh. Mereka yang memahami Islam akan
mengamalkannya, sebaliknya yang tidak memahami akan meninggalkannya walaupun telah
datang hujah dan pengetahuan. Jadilah seperti Sumayyah…

Kita memahami hukum Fiqh melalui kuliyah-kuliyah ‘Fardhu ‘Ain’. Tetapi bagaimana kita
mahu memahami Islam itu sendiri? Didiklah jiwa kita melalui proses usrah dan tarbiyyah.

HADIS 11

ِ ‫َم ْن ي ُِر ِد هّللا ُ بِ ِه خَ يْراً يُفَقّ ْههُ فِي ال ّد‬


‫ين‬
‫صحيح البخارى ومسلم‬

“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Allah memberinya kefahaman dalam ad-Din.”
َ ْ‫فَ َم ْن ي ُِر ِد هَّللا ُ أَ ْن يَه ِديَهُ يَ ْش َرح‬...
ِ ‫ص ْد َرهُ لِإلس‬
‫ْالم‬

“Maka sesiapa Yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya ia
melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam…” (Surah Al-An’am 6: 125)

Kita perlu faham agama dulu, kemudian baru boleh faham feqah.

Din

Iman Fiqh Ihsan


Tauhid Islam Tasawur
Usul Syariah

Perbezaan antara Imam Syafi’e dan Sumayyah.


Imam Syafi’e –faham ilmu feqah
Sumayyah –faham agama

Islam tak datang sekejap. Oleh itu, iman(kepercayaan) memerlukan masa yang lama. Ia perlu
melalui pelbagai proses dan tidak boleh dipaksa.

ALAT UNTUK MEMAHAMI...

ِ ‫نس لَهُ ْم قُلُوبٌ الَّ يَ ْفقَهُونَ بِهَا َولَهُ ْم أَ ْعي ٌُن الَّ يُب‬
ٌ ‫ْصرُونَ ِبهَا َولَهُ ْم آ َذ‬
‫ان‬ ِ ‫اإل‬ ِ ‫َولَقَ ْد َذ َر ْأنَا لِ َجهَنَّ َم َكثِيرًا ِّمنَ ْال ِجنِّ َو‬
َ‫ضلُّ أُوْ لَـئِكَ هُ ُم ْالغَافِلُون‬
َ َ‫الَّ يَ ْس َمعُونَ بِهَا أُوْ لَـئِكَ َكاألَ ْن َع ِام بَلْ هُ ْم أ‬

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang
mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang
mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keEsaan Allah) dan yang
mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu
seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.”
(Surah Al-Araf 7:179)

Dalam ayat ini, diterangkan bahawa nikmat telah ada diberikan oleh Allah dan perlu digunakan
dengan betul, Allah juga telah menegaskan penggunaan hati untuk memahai (ayat-ayat Allah).

KEHEBATAN HATI

ُ‫ أَالَ َو ِه َي ْالقَ ْلب‬،ُ‫َت فَ َس َد ْال َج َس ُد ُكلُّه‬


ْ ‫ َوإِ َذا فَ َسد‬،ُ‫صلَ َح ْال َج َس ُد ُكلُّه‬ َ ‫أَالَ َوإِ َّن فِي ْال َج َس ِد ُمضْ َغةً إِ َذا‬
ْ ‫صلَ َح‬
َ ‫ت‬
‫رواه البخاري ومسلم‬

“Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah
seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.”
(Hadith ke-6, Hadith 40 An-Nawawi)
Proses pemahaman;
Input

Proses *

Output

*dalam proses, perlu ada hati(raja bagi manusia) yang digunakan utk memahami. Kemudian,
barulah terhasil output. Ini barulah dikatakan sebagai proses pemahaman yang sebenar.
Oleh itu, kita perlu faham Din dengan menggunakan hati. Dari situ, jalan hidup manusia dapat
ditentukan.

input output
Proses (otak)

output
hati

DIMANAKAH QALBU?

َ ‫ان يَ ْس َمعُونَ ِبهَا فَإِنَّهَاﻻ تَ ْع َمى اﻷَب‬


‫ْصا ُر َولَ ِكن‬ ٌ ‫ض فَتَ ُكونَ لَهُ ْم قُلُوبٌ يَ ْعقِلُونَ ِبهَا أَوْ آ َذ‬
ِ ْ‫أَفَلَ ْم يَ ِسيرُوا فِي اﻷَر‬
ِ ‫تَ ْع َمى ْالقُلُوﺐﺍلَّتِي فِي الصُّ ُد‬
‫ور‬

“Maka tidak pernahkah mereka berjalan di Bumi, sehingga hati(akal) mereka dapat memahami,
telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya, bukan mata itu yang buta, tapi yang buta itu ialah
hati yang ada di dalam dada.” (Surah Al-Hajj 22:46)

Dari ayat di atas, dapat kita ketahui bahawa hati ini tidak diketahui tempatnya, dan tidak dapat
terdeteksi tempatnya. Tapi yang penting, hati itu ada di dalam dada.

Kebiasaannya, hati kita digunakan sebagai organ untuk merasa dan fiqh/akal utk menyelesaikan
masalah. Manakala, otak pula pula digunakan utk mentafsir dan menjalankan proses maklumat.
Contoh: al-Quran VS text book ATAU novel VS buku anatomi. Kita dapat rasa sendiri perbezaan
pemahaman kita bila kita memahami sesuatu benda mengikut kehendak kita.

Persoalannya di sini, bilakah masanya kita perlu menggunakan hati dan bila pula kita perlu
menggunakan otak? Walau apa pun jawapan yang diberi, setiap umat Islam harus mempunyai
rasa bertanggungjawab utk membaca al-Quran dan memahaminya dengan hati.

َ‫ور َوهُدًى َو َرحْ َمةٌ لِّ ْل ُم ْؤ ِمنِين‬


ِ ‫يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَ ْد َجاء ْت ُكم َّموْ ِعظَةٌ ِّمن َّربِّ ُك ْم َو ِشفَاء لِّ َما فِي الصُّ ُد‬
“ Sesungguhnya, al-Quran adalah ubat di dalam dada(hati)”. (Surah Yunus 10:57)
Menurut Ahmad Deedat (guru kepada Dr. Zakir Naik);
Al-Quran adalah – Book of signs  hati
- Book of sciences  otak

Kesimpulan:
i. Potensi dan kehebatan kita tidak akan dapat berfungsi tanpa tahu menggunakannya.

ii. Penggunaan dalam hidup adalah banyak bergantung kepada apa yang mempengaruhi hati
manusia.

IQ VERSUS EQ

IQ - the ability to apply knowledge to think abstractly as measured by objective criteria (as tests);
mental acuteness; logic and analytical skills.

EQ - Emotional intelligence competencies include empathy, intuition, creativity, flexibility,


resilience, coping, stress management, leadership, integrity, authenticity, intrapersonal skills and
interpersonal skills.

Perbezaan IQ dan EQ: EQ gets you through life vs. IQ gets you through school.
Appealing to reason and emotions to convince someone vs. Trying to convince someone by facts
alone. Your EQ has more to do with your success and happiness in life than your IQ.

Dari sini juga, kita dapat melihat perbezaan antara mereka yang ambil sains sosial dan kita yang
bergiat dalam bidang sains tulen. Manusia yang lahir ke dunia untuk sains tulen akan
menggunakan otak yang dicipta utk berfikir bila disuruh oleh org lain. Manakala, org yang bergiat
dalam bidang sains sosial selalunya akan menggunakan org2 sains utk kepentingan mereka.

Sunnah Allah

Salah satu perkara yang perlu difahami oleh kita untuk memahami Islam adalah memahami
Sunnatullah. Ini merangkumi dua aspek:
1. Sains Tulen (Sunnah Kauniyah)
2. Sains Sosial (Sunnah Ijtima’iyyah)

Otak Kiri Otak Kanan


(Sains Tulen) (Sains Sosial)
 Matematik  Law
 Sains Alam  Business
 Biologi  Ethics
 Physiology  SEJARAH
 …  …
Kedua-dua bidang ilmu ini menceritakan sunnah-sunnah yang bersifat pasti dan tidak berubah.
Bidang ilmu Sians tulen Sains sosial
contoh Fizik, kimia, biologi, Psikologi, mass com,
engineering, farmasi, IT, marketing, antropologi, sosial,
akaun, ... seni, sastera, ...
Alat yang digunakan otak hati
sifat Rigid, kaku Boleh berubah- ubah sesuai
keadaan dan keperluan
sumber Harus berusaha mencari Di peroleh dari ketetapan Allah

Sunnah Allah adalah ketentuan dan peraturan yang digariskan oleh Allah s.w.t. sebagai panduan
bagi manusia dalam menjalani kehidupan.

‫ت ِم ْن قَ ْب ُل َولَ ْن ت َِج َد لِ ُسنَّ ِة هَّللا ِ تَ ْب ِديال‬


ْ َ‫ُسنَّةَ هَّللا ِ الَّتِي قَ ْد خَ ل‬
"Sunnatullah (peraturan Allah) yang telah berlaku semenjak dahulu lagi; dan engkau tidak akan
mendapati sebarang perubahan bagi cara dan peraturan Allah itu.” (Surah Al-Fath 48: 23)

‫ُسنَّةَ َم ْن قَ ْد أَرْ َس ْلنَا قَ ْبلَكَ ِم ْن ُر ُسلِنَا َوال ت َِج ُد لِ ُسنَّتِنَا تَحْ ِويال‬
“(Demikianlah) peraturan (Kami yang tetap mengenai) orang-orang yang telah Kami utuskan
sebelummu dari rasul-rasul Kami; dan engkau tidak akan dapati sebarang perubahan bagi
peraturan Kami yang tetap itu.” (Surah Al-Isra’ 17: 77)

Rujukan tambahan:
i. Ahzab 33:38
ii. Ahzab 33:62
iii. Ghafir 40:85

‫ئ إِاَّل بِأ َ ْهلِ ِه فَهَلْ يَ ْنظُرُونَ إِاَّل ُسنَّةَ اأْل َ َّولِينَ فَلَ ْن‬
ُ ِّ‫ق ْال َم ْك ُر ال َّسي‬ ِ ْ‫ا ْستِ ْكبَارًا فِي اأْل َر‬
ُ ‫ض َو َم ْك َر ال َّسي ِِّئ َواَل يَ ِحي‬
ُ‫ض فَيَ ْنظُرُوا َك ْيفَ َكانَ عَاقِبَة‬ ِ ْ‫) أَ َولَ ْم يَ ِسيرُوا فِي اأْل َر‬43( ‫ت َِج َد لِ ُسنَّ ِة هَّللا ِ تَ ْب ِدياًل َولَ ْن ت َِج َد لِ ُسنَّ ِة هَّللا ِ تَحْ ِوياًل‬
ِ ْ‫ت َواَل فِي اأْل َر‬
ُ‫ض إِنَّه‬ ِ ‫الَّ ِذينَ ِم ْن قَ ْبلِ ِه ْم َو َكانُوا أَ َش َّد ِم ْنهُ ْم قُ َّوةً َو َما َكانَ هَّللا ُ لِيُع‬
َ ‫ْجزَ هُ ِم ْن َش ْي ٍء فِي ال َّس َم‬
ِ ‫اوا‬
)44( ‫َكانَ َعلِي ًما قَ ِديرًا‬
“kerana kesombongan(mereka) di Bumi dan kerana rencana(mereka) yang jahat. Rencana yang
jahat itu hanya akan menimpa orang yang merencanakannya sendiri. Mereka hanyalah
menunggu(berlakunya) ketentuan kepada orang-orang yang terdahulu. Maka kamu tidak akan
mendapatkan perubahan bagi Allah, dan tidak(pula) akan menemui penyimpangan bagi
ketentuan Allah itu. Dan tidaklah mereka berpergian di Bumi lalu melihat bagaimana kesudahan
orang-orang sebelum mereka(yang mendustakan Rasul), padahal orang-orang itu lebih besar
kekuatannya dari mereka? Dan tidak ada sesuatupun yang dapat melemahkan Allah baik di
langit maupun di Bumi. Sungguh, Dia Maha Mengetahui, Maha Kuasa” (Surah Fatir 35:43-44)

Sejarah termasuk dalam bidang ilmu Sains Sosial. Ia membicarakan perjalanan kehidupan
manusia, bagaimana mereka berinteraksi dan bermasyarakat. Allah s.w.t. menetap sunnah-
sunnahNya ini sebagai pengajaran kepada manusia.

َ‫ض فَا ْنظُروا َك ْيفَ َكانَ عَاقِبَةُ ْال ُم َك ِّذبِين‬ ْ َ‫قَ ْد خَ ل‬


ِ ْ‫ت ِم ْن قَ ْبلِ ُك ْم ُسن ٌَن فَ ِسيرُوا فِي األر‬

“Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-


peraturan Allah Yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah
Bagaimana akibat orang-orang Yang mendustakan (Rasul-rasul).” (Surah Ali ‘Imran 3: 137)

Allah telah menetapkan sains sosial sebagai matlamat dan sains tulen sebagai alat dan cara
mencapai matlamat.

Allah memberi keizinan kepada manusia untuk menggunakan ‘akal’ atau ‘otak’ untuk sains tulen
(cara mencapai matlamat) tetapi tidak untuk sains social (matlamat), contohnya manusia tidak
berjaya untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh manusia(eg. Rompak, curi,
bunuh) dengan menggunakan undang-undang yang dicipta oleh manusia sendiri. Ini kerana Allah,
Pencipta manusia, lebih tahu kepada masalah dan penyelesaian kepada setiap perkara yang
berhubung kait dengan manusia.

Penguasaan manusia terletak kepada mereka yang menguasai bidang Sains Sosial. Mereka yang
hanya mengetahui Sains Tulen akan dipergunakan oleh golongan Sains Sosial.

Tujuan Penurunan Al-Quran: Menyelesaikan permasalahan hati atau jasad?


(Hati = Sains Sosial, Jasad = Sains Tulen)
Al-Quran memberi faham kepada hati (Surah Al-A’raf 7: 179)
Al-Quran meletakkan tujuan hidup (Surah Az-Zariyat 51: 56-58, Surah Al-Baqarah 2: 30), hala
tuju (Surah Al-Baqarah 2: 112) dan jalan hidup (Surah Yusuf 12: 108)

Kenapa rasul-rasul diutuskan?

Sebagai contoh, Rasulullah tidak mengajar sains tulen kepada kita kerana Allah telah memberi
akal kepada kita utk berfikir.

« : ‫ ما يصنع هؤالء ؟ قالوا‬: ‫ قال‬، ‫أن النبي صلى هللا عليه وسلم مر على قوم في رءوس النخل‬
‫ » ما كان من أمر دنياكم فأنتم أعلم‬: ‫ فقال‬، ‫ فشيص‬، ‫ فتركوه‬، ‫ لو تركوه لصلح‬: ‫ قال‬، ‫يؤبرون النخل‬
‫ وما كان من أمر دينكم فإلي‬، ‫« بأمر دنياكم‬

Pada suatu hari, Rasulullah melalui suatu kaum yang sedang mengahwinkan bunga-
bunga(melakukan pendebungaan) pohon-pohon kurma. Lalu baginda bersabda; “Kalau mereka
tidak melakukannya, pohon-pohon itu akan berbuah juga.” Mereka pun tidak melakukan proses
pendebungaan tersebut pada tahun itu kerana menyangka ia adalah perintah wahyu. Hasilnya,
pohon-pohon itu mengeluarkan buah yang tidak elok, pahit dan tidak boleh dimakan. Apabila
Rasulullah melihat keadaan itu, Baginda bertanya apa yang berlaku. Mereka menjawab; “Engkau
telah bersabda dengan sekian sekian…” Maka Rasulullah bersabda; “Kamu lebih mengetahui
tentang urusan dunia kamu.”

Kesimpulannya, pengetahuan Rasulullah adalah dalam bidang sains sosial manakala kemahiran
pemuda tersebut adalah dalam bidang sains tulen. Kedua-dua bidang ini tidak boleh disamakan
kerana terdapat perbezaan pemikiran antara orang-orang yang bergiat dalam bidang tersebut. Kita
juga telah dilahirkan ke dunia dan ditakdirkan memiliki kemahiran dalam bidang masing-masing.
Perbincangan 3

Matlamat setiap dari kita diciptakan dan dilahirkan di Bumi ini

Kenapa? Ini merupakan soalan yang lebih penting utk dibincangkan. Bagaimana? Kita dapat
menjawab soalan ini dengan menggunakan otak.

Tugas untuk beribadah.

‫)إِ َّن هَّللا َ هُ َو‬٥٧( ‫ون‬ ْ ‫ق َو َما أُ ِري ُد أَ ْن ي‬


ِ ‫ُط ِع ُم‬ ٍ ‫) َما أُ ِري ُد ِم ْنهُ ْم ِم ْن ِر ْز‬٥٦( ‫ون‬ َ ‫ت ْال ِج َّن َواإل ْن‬
ِ ‫س إِال لِيَ ْعبُ ُد‬ ُ ‫َو َما خَ لَ ْق‬
)٥٨( ‫ين‬ ُ ِ‫ق ُذو ْالقُ َّو ِة ْال َمت‬
ُ ‫ال َّر َّزا‬

“ Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah
dan beribadat kepada-Ku. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari
mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepada-Ku. Sesungguhnya
Allah, Dialah sahaja Yang memberi rezeki (kepada sekalian makhluk-Nya, dan Dialah sahaja)
Yang mempunyai kekuasaan Yang tidak terhingga, lagi, Yang Maha kuat kukuh kekuasaan-
Nya”( Surah Adz-Dzariyat 51: 56-58)

Sewaktu kita berumur 120 hari(di dalam rahim ibu), ada 4 perkara yg Allah sudah tetapkan utk
kita. Semua perkara tersebut telah ditulis oleh malaikat.

((... ْ‫ب ِر ْزقِ ِه َوأَ َجلِ ِه َو َع َملِ ِه َو َشقِ ٌّي أَو‬ ٍ ‫ك فَيَ ْنفُ ُخ فِ ْي ِه الرُّ وْ َح َوي ُْؤ َم ُر بِأَرْ بَ ِع َكلِ َما‬
ِ ‫ت؛ بِ َك ْت‬ ُ َ‫ثُ َّم يُرْ َس ُل إِلَ ْي ِه ال َمل‬
‫ع‬ ٌ ‫لجنَّ ِة َحتَّى َما يَ ُكوْ نَ بَيْنـَهُ َوبَ ْينَهَا إِالَّ ِذ َرا‬ َ ‫ فَ َوهللاِ الَّ ِذي ال إلهَ َغ ْي ُرهُ إِ َّن أَ َح َد ُك ْم لَيَ ْع َم ُل بِ َع َم ِل أَ ْه ِل ْا‬.‫َس ِع ْي ٌد‬
ُ‫ار َحتَّى َما يَ ُكوْ نَ َب ْينَه‬ ِ َّ‫ َوإِ َّن أَ َح َد ُك ْم لَيَ ْع َم ُل بِ َع َم ِل أَ ْه ِل الن‬.‫ار فَيَ ْد ُخلُهَا‬
ِ َّ‫ق َعلَ ْي ِه ْالكتِاَبُ فَيَ ْع َم ُل بِ َع َم ِل أَ ْه ِل الن‬ُ ِ‫فَيَ ْسب‬
َ ‫ق َعلَ ْي ِه ال ِكتَابُ فَيَ ْع َم ُل بِ َع َم ِل أَ ْه ِل ْا‬
‫لجنَّ ِة فَيَ ْد ُخلُهَا‬ ٌ ‫)) َوبَ ْينَهَا إِالَّ ِذ َرا‬. ‫رواه البخاري ومسلم‬.
ُ ِ‫ع فَيَ ْسب‬

“…kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan
dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan
adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkan-Nya, sesungguhnya
salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak
antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas
dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang
dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan
neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia
mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.”
(Hadith ke-4, Hadith 40 An-Nawawi)

Jika kita belajar disebabkan kerana perintah Allah (ibadah) dan bukan kerana utk mendapatkan
keputusan yg cemerlang, maka kita akan mendapat pahala atas ibadah tersebut.

Tugas sebagai khalifah

ُ ِ‫ض خَ لِيفَةً قَالُوا أَتَجْ َع ُل فِيهَا َم ْن يُ ْف ِس ُد فِيهَا َويَ ْسف‬


‫ك ال ِّد َما َء َونَحْ ُن‬ ِ ْ‫اع ٌل فِي اأْل َر‬ ِ ‫ال َربُّكَ لِ ْل َماَل ئِ َك ِة إِنِّي َج‬
َ َ‫َوإِ ْذ ق‬
َ‫ال إِنِّي أَ ْعلَ ُم َما اَل تَ ْعلَ ُمون‬
َ َ‫نُ َسبِّ ُح بِ َح ْم ِدكَ َونُقَدِّسُ لَكَ ق‬

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan seorang khalifah di bumi." Mereka berkata, “Apakah Engkau hendak menjadikan
orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan
menyucikan nama-Mu?” Dia berfirman, “Sungguh, Aku Mengetahui apa yang tidak kamu
ketahui.”(Surah Al- Baqarah 2:30)

‫نزَلنَا ْال َح ِدي َد فِي ِه بَأْسٌ َش ِدي ٌد‬


ْ َ‫ْط َوأ‬ِ ‫َاب َو ْال ِميزَ انَ لِيَقُو َم النَّاسُ بِ ْالقِس‬ َ ‫نزَلنَا َم َعهُ ُم ْال ِكت‬ ْ َ‫ت َوأ‬ِ ‫لَقَ ْد أَرْ َس ْلنَا ُر ُسلَنَا بِ ْالبَيِّنَا‬
‫َزي ٌز‬ ِ ‫ص ُرهُ َو ُر ُسلَهُ ِب ْال َغ ْي‬
ِ ‫ب إِ َّن هَّللا َ قَ ِويٌّ ع‬ ُ ‫اس َولِيَ ْعلَ َم هَّللا ُ َمن يَن‬
ِ َّ‫َو َمنَافِ ُع لِلن‬

“Sungguh, Kami telah Mengutus rasul-rasul Kami dengan bukti-bukti yang nyata dan Kami
Turunkan bersama mereka kitab dan neraca(keadilan) agar manusia dapat berlaku adil. Dan Kami
Menciptakan besi yang mempunyai kekuatan hebat dan banyak manfaat bagi manusia, dan agar
Allah Mengetahui siapa yang menolong(agama)-Nya dan rasul-rasul-Nya walaupun(Allah) tidak
dilihatnya. Sesungguhnya, Allah Maha Kuat, Maha Kuasa. (Surah al-Hadid 57:25)

Besi (‫ح ِديد‬ ْ pada ayat di atas secara zahir memang diketahui memberi banyak manfaat
َ ‫)ال‬
kepada manusia. Namun dapat juga kita tafsirkan sebagai kekuasaan (yakni khalifah atau
seseeorang yang memegang kekuasaan). Dalam ayat di atas Allah menciptakan besi sebagai suatu
manfaat kepada manusia supaya dapat membantu agama.

Tugas Khalifah mungkin disalah ertikan sebagai satu tanggung jawab politik atau sekadar
memakmurkan bumi Allah. Sedangkan Islam menyarankan supaya semua manusia agar tunduk
kepada Allah dan memenuhi tujuan penciptaan mereka. Oleh itu, tugas khalifah adalah
memastikan manusia terus berada dalam landasan Ibadah kepada Allah. Tugas seorang khalifah
ialah menarik orang lain ke jalan yang baik(berdakwah). Oleh itu, kita perlu hidup utk mencapai
matlamat.
‫خليفة‬
‫خليفة‬

‫عبادة‬
Kandang: Ibadah
Lasso: Khalifah

Perumpamaan matlamat dan peralatannya;

Telur Kuning: Matlamat.


Telur Putih: Alat dan cara mencapai
matlamat.

Tanpa memahami matlamat hidup, maka akan berlakulah suatu kitaran bodoh. Contohnya, ia
berlaku dalam kisah ini.
Pada satu ketika di zaman robot sudah banyak di dunia, terdapat seorang engineer robot yg ingin
mencipta satu robot yg paling power skali di dunia. Dia membayangkan akan membuat satu robot
yg boleh menandingi kehebatan robot Asimo yg bercap HONDA yang mampu menari-nari
mengikut rentak muzik nasyid jiwang.
Maka dibuatlah robot itu seteliti mungkin, Daripada sekecil-kecil sel hinggalah sebesar-besar
organ-organ robot itu dibuat sangatlah teliti. Setelah usai bahagian pembuatan robot itu, kini
tibalah masa untuk robot itu diprogramkan. Inilah antara programming yg dibuat ke dalam CPU
robot itu.

Nama: MAN-u-SIA LayCar


Kerja:
1. cucuk plag 3 pin 13 ampere di suis2 utk Makan Letrik.
2. if 1. is accomplished: pusing-pusing bazirkan letrik utk cari suis utk cucuk plag
3. ulang 1 dan 2 sampai mati.
Maka MAN-u-SIA LayCar itu pun menjalankan kerja yg diprogramkan dalam otaknya itu.
Cucuk, jalan, cucuk, jalan, cucuk, jalan. Cucuk utk charge bateri dan jalan utk cari tempat lain utk
charge balik. Begitulah kehidupan robot itu utk 64 tahun, 8 bulan, 16 hari, 13 jam, 35 minit, 43
saat. Pada saat yang berikutnya, wayar-wayar dalam badan robot MAN-u-Sia LayCar pun rosak
akibat penggunaan yang beterusan tanpa menservisnya selalu.
Maka tamatlah riwayat MAN-u-Sia LayCar tanpa menyumbang apa pun untuk
kemaslahatan sejagat. Dia juga gagal untuk mengalahkan Asimo yang mampu menari-nari
mengikut rentak muzik nasyid jiwang.
Contoh lain ialah, kisah Pak Mat si nelayan.

Imam Ghazali berkata bahawa manusia mempunyai 3 nafsu:

i. Nafsu ‫(ﺑﻂﻦ‬perut) –makan

ii. Nafsu faraj(seks)

iii. Nafsu ego

Ketiga-tiga nafsu ini berguna untuk meneruskan hidup, tapi ia mempunyai had tertentu. Manusia
akan rosak sekiranya mereka melampaui had tersebut.
Perbincangan 4

Memahami tugas kita

Apa kata Moche Dayan1?

3 kelemahan umat islam: -tidak mengkaji sejarah islam dahulu


-tidak membuat perancangan dgn teliti
-malas

Menurut Ibnu Khaldun (ahli sosiologi), dalam kehidupan kita sehari- hari kegiatan kita terbahagi
kepada;

*ibadat/ ta’abudi
(haram bida’ah,ikut dgn kaedah yg ditetapkan)
*adat
(wajib bida’ah utk manusia majukan diri dgn mencipta
benda baru)

Sejarah umat islam

Sebelum Kenabian (Jahiliyah)

Tanah Arab:
- sembah berhala
- bunuh anak
- gaduh puak 5 tahun:
Penyucian Uzlah di gua Hira’
Jahiliyah di - tindas wanita sebelum kenabian
seluruh dunia - hormat tetamu hati

Ker’tuhan 570M - dipelihara Allah dari


akhlak kelahiran Nabi terjebak dalam kerosakan
Rom Parsi Muhammad SAW masyarakat
- digelar al-amin
- mengembala kambing
- berdagang
_____________________________________
1
Menteri pertahanan Israel 1973 semasa perang Israel- Mesir dan merupakan engineer yahudi yg ingin membina
Negara di tempat orang lain iaitu Israel sekarang Sebelum kerasulan:
Mekah:

-merupakan kawasan yg amat kecil pada zaman Rasulullah


-penduduknya pada waktu itu ialah 10 000 orang sahaja.Ini dianggarkan melalui;

bilangan tentera Musyrikin Makkah yang menyertai Perang Uhud iaitu seramai -3000 orang.
Kemungkinan yang tidak dapat menyertai (uzur) -1000 orang.
Wanita -4000 orang
Anak -2000 orang
_______________________________

Jumlah= 10 000 orang

o Sebelum kelahiran nabi s.a.w. – seluruh dunia berada dalam keadaan jahiliyah, bukan sahaja di
Mekah.
o Jahiliyah? Dinamakan jahiliyah bukan kerana mundur dari segi ilmu pengetahuan (padahal
tamadun Rome dan Parsi telah wujud pada ketika itu); tetapi kerana mereka semua tidak
mengenal tuhan yang sebenarnya.
o Penduduk Mekah pada asalnya mengikut ajaran nabi ibrahim dan ismail a.s. tetapi telah
terpesong kepada penyembahan berhala dan nenek moyang.
o Perbalahan sesama kaum sangat berleluasa. Begitu juga dengan zina, judi, membunuh anak

Peristiwa tahun gajah – tahun kelahiran Rasulallah (570M)

Peristiwa ini sesuai dengan wahyu Allah dalam surah Al- Fiil (105).Surat ini mengemukakan
cerita pasukan bergajah dari Yaman yang dipimpin oleh Abrahah yang ingin meruntuhkan Ka'bah
di Mekah. Kemudian pasukan bergajah tersebut diazab oleh Allah s.w.t. dengan mengirimkan
sejenis burung yang menyerang mereka sampai binasa.

Peristiwa ini terjadi pada tahun Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan dan disaksikan oleh seluruh
penduduk Mekah ketika itu. Implikasi dari peristiwa ini adalah penduduk Mekah meyakini
bahawa keyakinan mereka adalah benar dan diberkati.

- da’wah 24/7, 100% energy


Mekah: - teliti rumah ke rumah, kenal semua orang
- penanaman, pengukuhan aqidah & iman (teori)
- tiada hukum syara’ diturunkan
- diseksa & pulau
Dakwah sulit
- sikit yg terima Islam
- dapat ‘logam’ – 3%
of total population

610M 613 623


turunnya bermula hijrah
wahyu pertama dakwah
terang2
Sasaran: Menyatakan peranan dan tugas utama yang dibawa oleh Muhammad s.a.w. sebagai Rasulullah, iaitu
untuk berdakwah. Beberapa perkara lain yang perlu ditekankan adalah kesungguhan Rasulullah s.a.w. dan
para sahabat dalam berdakwah dan isu utama yang diselesaikan oleh para pendakwah pada era ini (persoalan
aqidah tauhid).

Era ini berlansung selama 13 tahun (610 – 623M).

Wahyu:
pertama> iqra’(surah Al-Alaq),kepada Nabi
kedua> Suruhan berdakwah dan persiapan berdakwah(surah Al- Muddathir/Muzammil)
Dakwah Rasulullah: -60 org secara rahsia
-300 org secara terangan

Adakah berbaloi?
-Ya,merupakan pati (cream of the cream).Mampu menarik dan mempengaruhi orang lain
memeluk islam.

Mengapa orang Mekah tidak boleh menerima islam walaupun Rasulullah digelar Al-Amin?
-Kerana islam itu tidak dipraktikkan seperti yang berlaku di Madinah di mana islam itu
dipraktikkan contohnya dalam sistem pemerintahan,undang-undang,dan cara hidup sehingga
orang-orang madinah dengan mudah tertarik dan menerima islam ,tidak hanya melalui kata-kata..

Adakah akhlak baik membantu dakwah?


-Akhlak yang baik membantu dalam kejayaan dakwah tapi dakwah tidak akan berjaya hanya
melalui akhlak yang baik.Akhlak yang buruk pula pasti tidak akan membawa kepada kejayaan
dakwah.

Penurunan Wahyu: Permulaan Misi Dakwah

Apabila Muhammad s.a.w. menghampiri umur 40 tahun. Baginda mula pergi ke Gua Hira’ di
Bukit Nur. Kisah penurunan wahyu diterangkan dalam hadith diriwayat Aisyah r.a.:

“…Jibril menemui baginda dan memerintah baginda membaca dengan katanya: Bacalah (‫)ا ْق َرأ‬,
jawab baginda: Daku tidak tahu membaca (‫)مـا أنـا بقـارئ‬, dipeluknya baginda sehingga
kepenatan dan diperintah sekali lagi dengan katanya: Bacalah, jawab baginda: Daku tidak tahu
membaca, maka dipeluknya hingga baginda kepenatan, diseru lagi dengan katanya, bacalah! dan
jawab baginda daku tidak tahu membaca, dipeluknya Baginda kali ketiga kemudian dilepaskan
dengan katanya:

‫)عَلَّ َم‬٤( ‫)الَّ ِذي عَلَّ َم ِب ْالقَلَ ِم‬٣( ‫)ا ْق َر ْأ َو َربُّكَ األ ْك َر ُم‬٢( ‫ق‬ ٍ َ‫ق اإل ْن َسانَ ِم ْن َعل‬ َ َ‫ا ْق َر ْأ بِاس ِْم َربِّكَ الَّ ِذي خَ ل‬
َ َ‫)خَ ل‬١( ‫ق‬
)٥( ‫اإل ْن َسانَ َما لَ ْم يَ ْعلَ ْم‬

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia
dengan segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Paling Pemurah, Yang mengajar
(manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak
diketahuinya.” (Surah Al-'Alaq 96: 1-5)...”

Kemudian baginda s.a.w. pulang kepada Khadijah r.a. dan seterusnya bertemu Waraqah bin
Naufal, mengesahkan kenabian baginda. Berlaku penangguhan wahyu selama 40 hari.

Wahyu kedua: Surah Al-Muddastsir: 1-7

َ ٤( ْ‫)وثِيَابَكَ فَطَهِّر‬
)٥( ْ‫)والرُّ جْ زَ فَا ْهجُر‬ َ ٢( ْ‫)قُ ْم فَأ َ ْن ِذر‬١( ‫يَا أَيُّهَا ْال ُم َّدثِّ ُر‬
َ ٣( ْ‫)و َربَّكَ فَ َكبِّر‬
“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat
manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaran-Nya! Dan pakaianmu, maka
hendaklah engkau bersihkan. Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.”

Dakwah Sirriyah: 3 tahun yang tersembunyi

Rasulullah s.a.w. kemudiannya memulakan seruan dakwahnya kepada mereka yang terdekat dan
dipercayainya. Ini termasuk Khadijah, Zaid bin Haritsah, Ali bin Abi Thalib dan Abu Bakr r.a.
(golongan pertama). Melalui Abu Bakr r.a. : ‘Uthman bin Affan, Zubair bin Al-‘Awwam, Abdul
Rahman bin ‘Auf, Saad bin Abi Waqas dan Thalhah bin ‘Ubaidillah r.a.. Seterusnya, Abu Ubaidah
Al-Jarrah, Said bin Zaid dan Fatimah Al-Khattab, Bilal bin Rabah, Abdullah bin Jahsy dan Suhaib
Ar-Rumi. Selama 3 tahun, seramai 40 orang (anggaran) yang memeluk Islam.

Rasulullah tidak berlengah dalam memulakan seruannya. ( ْ‫ )قُ ْم فَأ َ ْن ِذر‬sudah cukup untuk
menyedarkan manusia yang selama ini tertidur. “Sudah berlalu masa tidurku”

Dakwah Jahriyyah: Seruan terbuka

Bermula dengan keluarga (Surah As-Syu’ara’ 26: 214),

َ ‫َوأَ ْن ِذرْ ع َِش‬


َ‫يرتَكَ األ ْق َربِين‬

“Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.”

Nabi menyeru kepada kaum keluarganya (2 majlis kenduri). Pertama: Rasulullah s.a.w
berdiam diri dan langsung tidak berkata apa-apa pun kerana Abu Lahab membuat kecoh.
Kedua: Abu Talib menyatakan kebersediaan dia untuk menyokong Nabi s.a.w.

Kemudian, seruan kepada masyarakat umum (Surah Al-Hijr 15: 94),


َ‫فَاصْ َد ْع بِ َما تُ ْؤ َم ُر َوأَ ْع ِرضْ ع َِن ْال ُم ْش ِر ِكين‬

“Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu (wahai
Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu.”

Nabi menyeru kepada penduduk Makkah di Bukit Safa. Rasulullah berkata: Bagaimana
kalau ku katakan kepada kamu kalian, bahawa di sebalik bukit sana ada musuh berkuda
akan menyerang kamu, apakah kamu boleh percaya cakap ku itu? Jawab mereka: Ya kami
percaya, sebab selama ini belum pernah kami berpengalaman, selain dari kebenaranmu.
Maka sambung Rasulullah dengan kata-katanya: Sesungguhnya aku hendak memberi
peringatan kepada kamu kalian bahawa azab sengsara sedang menanti kamu! Maka kata
Abu Lahab: Binasalah kau diseluruh hari ini, apakah untuk ini maka kamu mengumpul
ٍ َ‫دَا أَبِي لَه‬rَ‫َّت ي‬
kami semua, dengan itu turunlah ayat Allah yang bermaksud: ( َّ‫ب َوتَب‬ ْ ‫)تَب‬
"Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab ".

Nabi Muhammad s.a.w. meneruskan usaha menyebarkan Islam selama 13 tahun kepada setiap
manusia di Makkah dan sekelilingnya. Dakwah Islamiyyah tetap diteruskan walaupun
mengharungi pelbagai mehnah dan tribulasi.
1. Penentangan oleh Kaum Quraisy dan juga Bani Tha’if.
2. Tuduhan [Tenung nasib, Gila (Surah Al-Hijr 15: 6), Penyair, Sihir (Surah Shad 38:4)]
3. Siksaan [Nabi, Mus’ab bin Umair, Bilal 1, Ammar dan Keluarga Yasir2, Khabbab bin
Al-‘Arts]
4. Boikot selama 3 tahun pada tahun 7 Nubuwwah [Bani Hasyim dan Bani Muthalib]
5. Diplomasi [Gilir-gilir sembahan (Surah Al-Kafirun), ‘Utbah bin Rabi’ah: Harta,
Kehormatan, Raja atau bagi tabib]

Kisah Abu Dzar Al-Ghifari: Mahu mendalami Islam lalu pergi Makkah sendiri. Bertemu dengan
Ali r.a. dan dibawa bertemu Muhammad s.a.w.. Dia mengisytiharkan keislamannya di tengah-
tengah Masjidil Haram dan dibelasah (Al-Abbas tolong mempertahankannya).

Selama 13 tahun baginda s.a.w. melakukan dakwah di Makkah, hanya 300 orang yang menerima
Islam (anggaran). Sedangkan, Nabi s.a.w. mempunyai masa yang cukup panjang untuk berdakwah
dan penduduk Makkah hanyalah dalam lingkungan 10 000 orang sahaja 3 (anggaran diambil dari
Perang Uhud). Rasulullah ‘sepatutnya’ telah bertemu dan berdakwah kepada setiap orang di
Makkah. Kenapa dakwah Nabi tidak diterima sedangkan baginda dikenali sebagai Al-Amin?
Pada permulaan ini, seruan Nabi s.a.w. menyeru manusia mentauhidkan Allah s.w.t. dan kembali
beriman dengan kehidupan Akhirat. Secara keseluruhannya, seruan ini berkisar mengenai Aqidah.
Tidak banyak syariat Islam yang ditetapkan pada era ini. Allah tidak membenarkan umat Islam
pada ketika itu mengangkat senjata dan membalas penentangan (Surah An-Nisa’ 4: 77):

...‫يل لَهُ ْم ُكفُّوا أَ ْي ِديَ ُك ْم‬


َ ِ‫أَلَ ْم ت ََر إِلَى الَّ ِذينَ ق‬

1 1
Bilal bin Rabbah: Dijemur dan ditindih dgn batu besar. Dia mengulang-ulang, “Ahad…Ahad.”
2
Yasir dan Sumayyah (ditusuk pada jantung) mati dibunuh oleh Abu Jahal. ‘Ammar dijemur dan ditindih dgn batu
besar serta ditenggelamkan berulang-ulang ke dalam kubang…akhirnya dia tumpas…Abu Jahal suruh dia puji Lata
dan ‘Uzza…Surah An Nahl: 106.
3
Ini dianggarkan melalui bilangan tentera Musyrikin Makkah yang menyertai Perang Uhud iaitu seramai 3000 orang.
Dengan itu, dianggarkan terdapat 3000 orang perempuan di Makkah dan seramai lebih kurang 4000 orang lagi terdiri
daripada kanak-kanak, orang tua dan mereka yang tidak turut serta dalam perang itu.
“Tidakkah Engkau (hairan) melihat (Wahai Muhammad), akan orang-orang Yang (pernah)
dikatakan kepada mereka: "Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang Yang
belum diizinkan)…".”

Kualiti manusia yang menerima Islam: ‫ جريء‬،‫ عامل‬،‫ منتج‬،‫مفكر‬ (berani, bekerja, produktif,
berfikir).

Penghijrahan ke Madinah: Anugerah daripada Allah

Allah telah memberikan anugerah kepada Rasulullah s.a.w. dengan pengislaman beberapa orang
Madinah semasa kedatangan mereka ke Makkah untuk menunaikan haji. Bermula dengan 6 orang
pertama pada tahun 11 Nubuwwah dan seterusnya:
Baiatul Aqabah I (tahun 12 Nubuwwah) 4: 12 orang dan penghantaran Mus’ab bin Umair
Baiatul Aqabah II (tahun 13 Nubuwwah)5: 73 orang lelaki dan 2 orang perempuan, dan
perlantikan 12 orang naqib untuk mewakili kabilah masing-masing

Kini setiap pintu rumah di Madinah telah diketuk dan diseru kepada Islam. Islam diterima baik
oleh penduduk Madinah.

Kemudian turun arahan Allah untuk berhijrah ke Madinah. Kaum muslimin terpaksa
meninggalkan kampung halaman, harta dan ladang-ladang.

Madrasah Nabi: Pembinaan Manusia selama 13 tahun

Jangka masa yang cukup panjang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. untuk pembentukan generasi
pertama Islam. Segala ujian berupa fitnah dan penyiksaan yang berlaku kepada para sahabat telah
menyediakan mereka dengan ciri-ciri pendokong dakwah yang mempunyai ketahanan yang kuat
dan rela berkorban apa sahaja demi Allah. Manusia yang tidak mampu menampung risalah ini
tumbang dan kembali semula kepada kekufuran. Berlakulah proses pembersihan…

Madrasah Nabi s.a.w. melahirkan generasi yang bersih daripada sebarang rawasib jahiliyyah6 dan
bebas daripada kepentingan peribadi. Mereka tetap tekad dalam perjuangan Islam walaupun tiada
harta dan perlindungan yang akan menjamin keselamatan mereka. Mereka menyerahkan diri
sepenuhnya kepada Allah.

Merekalah Qaedah Sulbah7 kepada perjuanagn Islam seterusnya.

Madinah:

4 - Pembinaan
Baiatul Aqabah I: Tidak akan mempersekutukan Allah, tidak akan mencuri, tidakNegara
akan berzina, tidak akan
- Perlaksanaan
membunuh anak-anak kami, tidak akan berdusta untuk menutup apa yg ada di depan system islam
atau di belakang kami dan tidak
akan membantah baginda dalam hal kebajikan. - teori kepada praktikal
5 - banyak
Baiatul Aqabah II: Janji bahawa akan melindungi diri baginda seperti peranganak isteri mereka sendiri.
melindungi
6 636
Rawasib jahiliyyah bermaksud karat-karat jahiliyyah.
7 (uhud)
Qaedah Sulbah bermaksud asas kukuh.

623M 625 633M


penubuhan Negara (badar) kewafatan
islam pertama nabi saw
Sasaran: Menjelaskan kepentingan daulah dalam usaha dakwah Muhammad s.a.w.. Islam perlu
diperlihatkan sebagai sebuah sistem hidup manusia. Apabila Islam berkuasa segala syariat Islam
dapat dilaksanakan dan manusia dapat melihat keindahan Islam secara keseluruhan.

Era ini berlangsung selama 10 tahun (623 – 633M).

Kuasa di Tangan Islam

Rasulullah s.a.w. diangkat menjadi pemimpin di Madinah dan disepakati oleh seluruh
penduduknya dalam Piagam Madinah.

Dengan adanya kuasa, pelbagai syariat telah diturunkan dan dilaksanakan dalam sistem negara.
Manusia dapat melihat Islam daripada sudut aqidah, sosial, ekonomi dan perundangan. Dalam
suasana ini, Allah s.w.t. telah mensyariatkan pelbagai hukum kepada ummat Islam:

(Makkah) 10/11 Nubuwwah – Solat


(Madinah) 2 Hijriyyah – Jihad, Azan, Puasa, Zakat
3 – Larangan Arak (i) , Riba, Perkahwinan
4 – Hijab, Arak (ii)
5 – Tayammum, Zina, Tuduhan
6 – Perincian hal munakahat
7 – Arak (iii), Riba’
8 – Jizyah, Haji

Beberapa peristiwa penting yang berlaku sepanjang era Madinah:

1. Pembinaan Masjib Nabawi.


2. Persaudaraan Aus dan Khazraj.
3. Piagam Madinah (Ibnu Ishaq): Ini
menyatakan tanggung jawab
Muslimin, ahli Madinah dan juga
Kaum Yahudi. Pembukaan kota Mekah
- masuk islam berbondong2 (120000 org)
Seruan Jihad :
4. Penghantaran kumpulan- kumpulan
Sariyah, seperti peristiwa Nakhlah
(Abdullah bin Jahsy8)
5. Perang Badar 2 Hijriyyah
a. Perang pertama umat Islam. Peperangan yang tidak dijangka. (Surah Al-Anfal)
8
Peristiwa yang berkait dengan Surah Al-Baqarah 2: 217. Kumpulan Abdullah bin Jahsy telah menyerang kafilah
dagangan orang Quraisy Makkah dalam bulan haram (Bulan Rejab).
b. Bani Qainuqa’ dihalau (kerana mengungkit cerita Bu’ath yang menyebabkan
pergaduhan orang Ansar)
6. Perang Uhud 3 H (Syawal)
a. Peristiwa Raji’ (10 sahabat), Bir Ma’unah (70 sahabat pilihan hafaz Al-Quran)
b. Bani Nadhir dihalau
7. Perang Khandaq 5 H (Zulqaedah)
a. Kemudian Rasulullah berkata: ”Sekarang kitalah yg akan menyerang mereka, dan
mereka tidak akan menyerang kita. Kitalah yg akan mendatangi mereka.”
b. Perang Bani Quraizah
8. Perjanjian Hudaibiyah 6 H (Zulqaedah)
a. Nabi Muhammad s.a.w. bersama 1400 atau 1500 orang Muslim pergi untuk
mengerjakan umrah.
b. Baiat Ridwan (Surah Al-Fath 48: 18)
Selepas Perjanjian Hudaibiyah (perdamaian 10 tahun)
9. Dakwah kepada Amir/Raja (diplomasi)
1- Najasyi (Habsyah) Ashamah b Al Abiar
2- Muqauqis (Mesir)
3- Kisra (Persia)
4- Kaisar (Rom)
5- Mundzir b Sawa (Bahrah)
6- Haudzah b Ali Al-Hanafy (Yamamah)
7- Al Harith (Damsyik)
8- Raja Uman
10. Perang Khaibar 7 H
a. Serangan terhadap kubu kuat Kaum Yahudi di Khaibar.
b. Bilangan tentera Muslim : 1400 orang
11. Perang Mut’ah 8 H
a. Tentera Islam menuju ke Syam dan sampai ke suatu tempat yang jaraknya 2 hari
berjalan ke Baitulmaqdis. Ketua tentera: Zaid Haritsah → Ja’afar → Abdullah bin
Rawahah
12. Fathul Mekah 8 H
a. Dirahsiakan daripada pengetahuan Makkah
b. Kisah Hathib b Abi Balta’ah (ahli Badar) yang cuba memberitahu keluarganya di
Makkah tetapi dimaafkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
c. Abu Sufyan bersama isterinya Hindun memeluk Islam setelah pembukaan Makkah.
13. Perang Hunain 8 H
a. Pertama kalinya tentera Islam melebihi tentera musuh.
14. Perang Tabuk 9 H
a. Tentera Islam pergi menyerang tentera Rom di Tabuk. Mereka menawarkan
perdamaian dan membayar Jizyah. (Surah At-Taubah)
15. Haji Wida’ 10 H
a. Disertai seramai 124000 atau 144000 orang.

Peningkatan yang Mendadak

Setelah 10 tahun di Madinah, seramai 124 000 orang (atau 144 000 orang) telah menerima Islam.
Jumlah ini merangkumi seluruh Jazirah Arab dan dianggar berdasarkan Haji Wada’ pada tahun 10
Hijriyyah. Kenapa ini boleh berlaku?
Hakikatnya dakwah Islamiyyah akan dapat diterima oleh ramai manusia sekiranya kebenaran dan
keadilan Islam dipersembahkan sebagai sebuah model masyarakat dan negara. Dakwah tidak
memadai dengan hanya menyatakan teori-teori dengan kata-kata indah.

Khulafa’ Ar-Rasyideen:

-Buka Armenia,
khurasan, Utara
- pusat pemerintahan di
Africa
Baitul maqdis -bukukan Quran
- pemerintahan sistematik
- Buka Syria, Palestin,
Mesir
Khalifah dilantik Selesaikn nabi palsu,
sebelum uruskan murtad & enggan
-
jenazah nabi bayar zakat
islam sampai ke
pengukuhan daulah, pemantapan daulah sempadan china
dan penyebaran daulah. dan utara afrika
(andalus belum)

633 635 Umar 645 Uthman RA 656 Ali RA 660


Abu Bakr alKhatab
2thn setengah

Abu Bakar As-Siddiq r.a.


Perlantikan di Tsaqifah Bani Saadah (disertai oleh Umar dan Abu Ubaidah)
Pemerintahan beliau berlangsung selama 2 ½ tahun
Menyelesaikan masalah murtad dan keengganan untuk membayar zakat. Beliau mengutuskan 11
batalion askar untuk memerangi golongan-golongan ini.
Perang Yarmuk (diketuai Khalid Al-Walid): Tentera Islam berjaya mengalahkan tentera Rom.

Umar Al-Khattab r.a.


Menggantikan Khalid dengan Abu Ubaidah Al-Jarrah sebagai Ketua Tentera.
Syam(Rom): Abu Ubaidah Al Jarrah. Khalid dibawah Abu Ubaidah menawan Palestin. Peristiwa
penyerahan kunci kepada Umar Al-Khattab.
Iran (Parsi): Cubaan pertama – Abu Ubaid b Mas’ud gagal, Cubaan kedua – Saad Abi Waqas
berjaya (Perang Qadisah 636 M).
Mesir: Amr Al As. Beliau juga menawan sebahagian Palestin.
Islam telah berkembang daripada Iran(Parsi), Iraq, Jazirah, Khurasan, Baluchistan, Syira, Palestin,
Mesir ke Armenia.

’Uthman Al-Affan r.a.


Islam telah sampai ke Iskandariah dan berkembang lagi di Armenia.
Afrika: Telah berjaya sampai ke Tripoli. Kemudian cuba memasuki Gregory tetapi gagal.
Cyprus dan Rhodes: Misi pembukaan menggunakan jalan laut pada 28 atau 29 H. Ini adalah
sebahagian usaha untuk menakluki Constantinopole.
Usaha mengadakan Mushaf ’Uthmani untuk menyelesaikan perbezaan dari segi bacaan Al-Quran.

Ali Abi Talib r.a.


Mengalami konflik dalaman mengenai isu pembunuhan ’Uthman r.a.
Mengalami konflik dengan Muawiyah dalam isu kepimpinan.
Dalam keadaan ini, tentera Kristian cuba ambil kesempatan ingin menyerang umat Islam tetapi
Muawiyah menulis surat kepada maharaja Kristian itu: ”Kau jangan tertipu dengan perbalahan
kami. Sekiranya kau menentang Ali, kau akan dapati orang pertama mara menghukummu di
bawah Ali adalah Muawwiyah.” Akhirnya, tentera Kristian itu mundur ketakutan.

Sepanjang era Khulafa’ Ar-Rashidin, berlaku pengukuhan dan perluasan Daulah Islamiyyah.
Bertentangan dengan pendapat pemikir barat yang mengatakan Islam tersebar dengan mata
pedang, sebenarnya proses perluasan kuasa Islam adalah menurut langkah- langkah seperti
berikut;
1. Menawarkan raja atau pemimpin setempat untuk menganut agama Islam. Jika enggan;
2.Meminta membayar jizyah kepada pemerintah Islam yang berkuasa pada waktu
tersebut sebagai tanda tunduk pada pemerintahan Islam (dan sebagai langkah
menghindari perang). Jika enggan;
3 Mengisytihar perang sebagai bentuk penetangan terhadap kezaliman pemimpin yang
menghalang hak rakyat untuk mendapat petunjuk kebenaran.

Umayyah:

Misi ke Africa utara &


andalus: ‘Utbah Nafiq &
Menguasai syam – cuba Tariq Ziad
bermula kuasai constantinople
tentera laut or
armada ketika
zaman Perluasan kuasa & penyebaran da’wah
mu’awiyah
(pusat
damsyik)
661 725 (95H) 750
Bermula system monarchy ie Umar Abd Aziz Andalus jatuh islam telah kuasai 2/3
pengwarisan takhta kerajaan (tokoh terkenal) dunia (berdasarkan
(diasaskan oleh Muawiyah yg population manusia,
mewariskan kuasa kpd anaknya bukan kawasan area)
Yazid)

Khalifah pertama adalah Muawwiyah bin Abi Sufyan. Bermula era pemerintahan berbentuk
dinasti. Kerajaan Bani Umayyah berpusat di Damsyik, Syam. Antara tokoh pemerintah dalam era
ini adalah Umar bin Abdul Aziz.

Dalam era ini, berlaku perluasan kuasa Islam secara besar-besaran:

Misi ke Constantinople
Tahun 48 Hijriyyah, kumpulan tentera Islam yang pertama dihantar oleh Muawwiyah ke
Constantinople (diketuai oleh Sufyan bin Auf). Usaha ini tidak berjaya. Antara sahabat yang pergi
adalah Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas, Husain bin Ali dan Abu Ayyub Al-Ansari r.a.
(syahid dan dikebumikan di tepi tembok kota itu).

Misi ke Afrika Utara


Tahun 50 Hijriyyah, kumpulan tentera Islam yang diketuai oleh ’Utbah bin Nafi’ memulakan misi
perluasan kuasa ke kawasan utara Afrika. Usaha ini berjaya sampai ke Maghribi. Beliau
kemudiannya turun ke Laut Atlantik bersama kudanya sehingga kudanya hampir lemas dan
berkata: ”Sekiranya aku tahu di hujung sana masih tanah, aku akan teruskan.”
Tetapi masalah murtad dan pemberontakan timbul selepas itu kerana kurangnya pentarbiyyah
kepada masyarakat setempat.
Musa bin Nusair menyambung usaha ini dan melakukan perluasan kuasa yang lebih perlahan dan
menyelesaikan masalah yang sebelum ini timbul melalui pentarbiyyahan kepada masyarakat
setempat. Lahirlah Tareq bin Ziyad yang merupakan bekas hambanya yang berbangsa Baybar
(Afrika Utara) bersama Musa untuk menawan Andalus.
Misi ke Andalus
Misi ini dilakukan oleh Musa bin Nusair dan juga Tareq bin Ziyad pada tahun 92 – 94 Hijriyyah.9
Dengan itu, Islam telah sampai ke Eropah dan juga menguasai pintu masuk Perairan
Mediterrenean. Tertubuhlah sebuah kerajaan Islam di Andalus (Tetapi Islam dihalau pada tahun
892 H bersamaan 1492 M).

Misi ke Sempadan India


Berlaku pada tahun 50 H.

Dalam era ini, tumpuan utama umat Islam adalah untuk menyebarkan Islam dan memperluaskan
penguasaan kerjaan Islam. Abdullah Ibn Al Mubarak (seorang ahli hadith) mengutuskan surat
kepada kawannya, Al-Fudhail bin Iyadh (seorang ahli ibadah yang zuhud dan ahli hadith):
“Tidak akan aku temui debu kuda pada seseorang dengan asap neraka yang menyala.”

Tamadun Islam

Sasaran: Menyatakan perubahan yang dibawa oleh tamadun Islam dalam Era Abbasiyyah.
Menekankan kesan tamadun Islam kepada dunia daripada aspek ilmu pengetahuan, sosial, politik
dan ekonomi. Islam menjadi Ustaziyatul ‘Alam, dunia menjadikan Islam
Menjadi sebagai
world sumber rujukan.
order :
- perlu belajar arab utk menguasai
sesuatu bidang
Era ini bermula pada 750 hingga 1265 Masihi. Dibahagikan kepada 2 zaman iaitu Zaman
- pakaian ditiru
Keemasan dan Zaman Kejatuhan. - digeruni seluruh dunia
- terpaksa tunduk pada sistem Islam
walau tak masuk islam
Abbasiyah Awal:
Harun Ar-Rasyid:
-‘hai awan, pergilah kemana Ilmu falsafah
engkau nak pergi tetapi hasilnya Ilmu sains
tetap akn kembali kpd aku jua «  (ibn sina etc)
Kerajaan Abasiyah Imam2 hadith
diasaskan oleh Al- tetap akan kembali Imam2
pada aku juga’
feqah
Abbas Abdulllah dan
berpusat di Kota
Baghdad Wilayah terlalu luas, tiada lagi kawasan utk dibuka, tiada kerja perluasan
kuasa tumpu pada pembinaan tamadun

750 813 988


Khalifah Al-Makmun: Mesir: Universiti Al-
9
- baitpembukaan
Sila rujuk sejarah al-hikmah Andalus
(terjemah(Daurah
& kumpul buku2)
Andalus). Azhar
- hantar org2 belajar bahasa lain
- tapis tamadun2 dulu Tamadun Islam
- system pendidikan islam
- universiti & tokoh2 ilmu & industri/sains etc
Kerajaan Abassiyyah diasaskan oleh Abu Al-Abbas Abdulllah dan berpusat di Kota Baghdad
(Iraq). Zaman keemasan kerajaan Abassiyyah berlangsung ketika:
Khalifah Harun Ar-Rasyid: Beliau menandatangani perjanjian dengan Empayar Tang China.
Khalifah Al-Makmun: Terkenal dengan perkembangan ilmu dan teknologi.
Tentera Islam di bawah pimpinan Abdul Rahman Al Ghafiqi mara hingga ke selatan Perancis.
Beliau mengalami kekalahan di Touluse dan kempen peperangan ini dikenali sebagai Balad
Syuhada’.
Raja Tibet menganut Islam ketika Zaman Abassiyyah.

Perkembangan Tamadun

Terutamanya pada zaman pemerintahan Khalifah Al-Makmun yang bermula pada tahun 813
hingga 833 Masihi.

Sistem yang diperkenalkan:


1. Institusi penterjemahan dan pengumpulan yang dinamakan sebagai Baitul Hikmah.
a. Buku buku dikumpul dari Rome, Greek, Mesir Kuno, Mesir
Parsi, India dan China untuk diterjemahkan ke dalam Greek Parsi
Rom India
Bahasa Arab. Penterjemah-penterjemah buku
diberikan ganjaran emas atau perak seberat buku
yang diterjemahnya.
b. Kesannya, lahir tokoh-tokoh Islam yang mahir dalam penapisan
sesuatu bidang ilmu contohnya Ibn Batuttah yang
mahir dalam ilmu Geografi (1304 hingga 1369 M).
c. Di bidang astronomi, orang Islam Berjaya mengira Tamadun
Islam
ukur lilit bumi sebelum manusia pernah membuat
ekspedisi mengelilingi bumi.
d. Ibnu Nadhir pada kurun ke 3 hijrah menulis buku Fihrasat: Senarai buku-buku di
Baitul Hikmah.
e. Dengan adanya teknologi pembuatan kertas (794 M) dari China, ilmu dapat
disebarkan dengan mudah dan murah.

2. Sistem pendidikan
Umur Silibus
4 – 5 tahun Hafal Al-Quran, diajar membaca dan
menulis di dalam Bahasa Arab
7 tahun Tafsir Hadith, Fiqh, Aqidah
15 tahun Bidang khusus

Perbandingan system pendidikan dahulu dan sekarang;

dahulu Tingkat pendidikan sekarang


Kolej, universiti
Sekolah menengah atas
Sekolah menengah bawah
Sekolah rendah
tadika

= jumlah jam untuk pendidikan agama

3. Perkembangan ilmu pengetahuan


a. Diniyah
i. Ilmu Fiqh
699 Imam Abu Hanifah 767
Imam Malik
Imam Syafie

780 Imam Ahmad 850

ii. Ilmu Hadith

Imam Bukhari 810 – 870 M (196 – 256 H)


Imam Muslim 821 – 875 M (206 – 261 H)
Imam Tirmizi 824 – 892 M (209 – 279 H)
Imam An-Nasaie 829 – 915 M (215 – 303 H)
Imam Abu Daud 817 – 888 M (202 – 275 H)
Imam Ibn Majah 824 - 887 M (207 – 273 H)

b. Sains dan Falsafah

Khawarizmi 780 – 850 Matematik (Algebra)


Al Farabi 873 – 950 Falsafah
Al Biruni 973 – 1050 Bahasa Sanskrit, Astronomi
Ibnu Sina 980 – 1037 Perubatan (Canon of Medicine,
digunakan selama 700 tahun), Falsafah
Omar Khayyam 1050 – 1122 Matematik
Al Ghazali 1058 – 1111 Falsafah, Tasawwuf
Ibnu Rusyd 1128 – 1298 Perubatan, Falsafah
Ibnu Nafis 1205 – 1288 Perubatan

c. Penubuhan Universiti

Andalus: Universiti Cordoba 968 M (begitu juga di Seville, Malaga, Lisbon dan
Toledo)
Mesir: Universiti Al-Azhar 988 M
(Universiti-universiti di Eropah hanya bermula pada 1088 Universiti Bologna, 1150
Universiti Paris dan 1167 Oxford University)

Abbasiyah akhir:

Kemewahan mula melalaikan umat islam (bibit2


kejatuhan dapat dilihat)

1255 Kerajaan berpusat di Mesir 1265


serangan Hulagu setelah kejatuhan Baghdad kejatuhan
ke Baghdad Abasiyah

Kerajaan ini berpusat di Mesir selepas kejatuhan Baghdad.


Peralihan daripada Dinasti Ubaidi (Fatimiyyah)10 ke Dinasti Ayyub dan kemudiannya Dinasti
Mamluk.

Salahudin Al-Ayyubi merupakan tokoh pemimpin yang terkenal pada ketika itu. Berjaya
mengalahkan tentera Kristian di Mesir dan juga membebaskan Baitul Maqdis.

Pada era ini tidak banyak perkembangan tamadun berlaku. Hanya beberapa ilmuwan yang terkenal
seperti: Ibnu Khaldun (1332 – 1406 M) dalam bidang Sains Sosial dan tulisan beliau yang terkenal
ialah Muqaddimah dan Kitab Al-Ibar.
Secara keseluruhan era ini menyaksikan kejatuhan kerajaan Islam.

10
Kerajaan Ubaidi bermula sebelum kejatuhan Baghdad (Abbasiyyah ). Dikuasai oleh golongan Syiah dan mulai
lemah semasa serangan Kristian di Mesir. Kemudian menyerahkan kekuasaan kepada Dinasti Ayyub.
Uthmaniyah:

Sultan Sulaiman
(Magneficient):
-kuasai Balkan, Turki,
Hungary
Beberapa jajahan Kerajaan
Islam diambil alih Barat,
Negara islam miskin,
perang pemikiran

Kerajaan Islam mula


lemah & Barat
semakin berkembang

Perang dunia
1 – jatuh
khalifah

1265 1290 M 1453 1900an 1924


Uthman Gazi mengasas Sultan Baybar I telah Sultan Muhammad Tamatnya system
Uthmaniyah di Turki mengalahkan tentera AlFateh membuka khilafah ditangan
Monggol Constantinople Kamal Attartuk

Kerajaan ini bermula pada 1265 hingga 1924 M.

Kerajaan Turki ‘Uthmaniyyah diasaskan oleh ‘Uthman Gazi. Kerajaan menguasai Austria,
Hungary, Romania, Bulgaria, Czech, Yugoslavia dan Albania.

Sultan Muhammad II Al-Fateh

Peristiwa yang paling terkenal pada era ini ialah pembukaan Kota Constantinople oleh Sultan
Muhammad II (Muhammad Al-Fateh) berlaku pada 857 H (1453 M). Beliau mengarahkan Arban,
baru memeluk Islam, (sebelum ini berkhidmat dengan Constantine) untuk membina meriam jarak
jauh. Beliau mengarahkan 14 buah kapal diangkat melalui jalan darat dari Selat Bosphorus ke
Golden Horn. Menjadikan Aya Sofia sebagai masjid.

Beliau juga menguasai Selatan Greek (kemudiannya, seluruh Kepulauan Greek), Albania dan
Crimea (Ukraine). Beliau mengarahkan misi ke Rom dan tentera Islam berjaya menawan Otranto.
Tetapi misi ini terbantut dengan kematiannya pada 886 H (1481 M).

Sultan Sulaiman Azzam (The Magnificent).

Beliau menguasai Belgrade, sebuah kota kerajaan Hungary (kini di dalam Serbia). Pada 1526,
beliau menawan Hungary.
Kejatuhan Khalifah

Kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah

Era kejatuhan bermula pada ketika Perang Dunia I

Kekalahan kerajaan Uthmaniyyah dalam peperangan tersebut memberi peluang kepada orang
Eropah menguasai orang Islam. Sultan Abdul Hamid II11 (1876 – 1909 M) merupakan sultan
kerajaan Turki ‘Uthmaniyyah yang terakhir yang betul-betul mengamalkan sistem khilafah.
Kerjaan Turki ‘Uthmaniyyah mula menjadi semakin sekular selepas itu.
Kemunculan Mustafa Kamal Attartuk, seorang jeneral tentera, yang ditonjolkan oleh British
sebagai tokoh kepimpinan yang hebat. Dia telah Berjaya mengalahkan tentera British (tentera
Bersekutu – Perancis, Australia dan New Zealand)12 di Gallipoli, Turki.
Kejatuhan sebenar berlaku pada 1924 M, apabila Mustafa Kamal Attartuk mengumumkan secara
rasmi pemansuhan sistem khilafah di Turki. Umat Islam kehilangan sistem khilafah yang
menaungi umat Islam secara global.
Malangnya kejatuhan ini tidak begitu diketahui oleh umat Islam secara umum. Kenapa ini boleh
berlaku?

Tidak lain tidak bukan kerana kejatuhan negara-negara Islam. Tanah umat Islam di timur tengah
dipecah-pecah mengikut citarasa penjajah. Wilayah Islam dipecah-pecahkan mengikut geografi
dan mengikut kawasan. Contohnya Palestin dan Mesir berada di bawah pemerintahan British.
Manakala Algeria, Maghribi, Tunisia dan Syria jatuh ke tangan Perancis13.

Bagaimana pula dari perspektif negara-negara di nusantara?

Kebangkitan Eropah:
Perang dunia lebih
Ilmu pelayaran Islam membuka peluang
kini dipelajari oleh penguasaan Barat
orang Eropah di
Andalusia  bermula
era penjajahan oleh
Barat
Tentera Salib
Eropah di zaman gelap menawan B.Maqdis
11
Beliau pernah menolak tawaran Theodor Herzl untuk mendapatkan
Kebangkitan BaratPalestin daripada
selari dengan Kerjaan Turki
pengasingan ‘Uthmaniyyah.
Gereja
12
Ini adalah satu perancangan yang dilakukan oleh daripada
British untuk
kehidupan  secularism & materialism berpemikiran
mengangkat Mustafa Kamal (seorang
sekular).
13
Untuk penjajahan orang Barat ke atas negara umat Islam yang lain boleh dirujuk dari risalah “Antara Semalam dan
Hari Ini”1095
oleh Imam As-Syahid Hasan1453
1099 Al-Banna. 1511 – Melaka ditawan
mulanya bangkit dgn Perang Islam Andalusia telah Portugis
Salib, dipelopori Pope Urban jatuh ke tangan Ratu Vasco Da Gama – jumpe
Isabela dan Raja Cape Town, Goa, & jalan
Ferdinand III ke Timur, Asia Tenggara
Kebangkitan Tamadun Barat

Kebangkitan Eropah yang bermula dengan semangat Perang Salib membawa kepada
perkembangan tamadun Barat yang bersumber kepada ilmu dan teknologi umat Islam. Eropah
mula membina kekuatan tamadun dan keluar daripada kegelapan. Kebangkitan yang dulunya
bersumberkan ruh Kristian kini mulai beralih kepada sumber humanisme dan materialisme.
Peralihan ini merupakan bibik pemisahan pengaruh agama dalam perkembangan manusia di Barat.
Reformation14 pada kurun ke16 membawa kepada Revolusi Perancis (1789 – 1799 M). Revolusi
Perancis yang dipelopori golongan Bourgeoisie atau Borjuis (pertengahan) menjatuhkan Sistem
Raja dan penguasaan pihak gereja dalam pemerintahan. Bermula era sekularisme dalam
pemerintahan Barat.

Kesan Perang Salib

Ketika Perang Salib yang pertama, tentera Salib mengalami kekalahan. Mereka terkejut melihat
kehebatan tamadun Islam pada ketika itu. Orang Eropah mula terdedah dengan kemajuan orang
Islam ketika Perang Salib. Mereka membawa pulang buku-buku dan teknologi yang mereka
peroleh. Buku-buku diterjemah daripada Bahasa Arab ke Bahasa Latin dan kemudiannya dikaji
oleh orang Eropah. Universiti-universiti di Eropah mula membuka fakulti Bahasa Arab untuk
menyediakan penterjemah-penterjemah buku (termasuklah Oxford University). Ini merupakan
usaha yang penting bagi mereka mengembangkan penguasaan dalam ilmu dan ketamadunan.

Revolusi Perancis
Revolusi Perancis (1789 – 1799 M). Revolusi Perancis yang dipelopori golongan Bourgeoisie atau
Borjuis (pertengahan) menjatuhkan Sistem Raja dan penguasaan pihak gereja dalam
pemerintahan. Bermula era sekularisme dalam pemerintahan Barat. Semangat Kristian yang
sebelum ini menjadi punca kebangkitan telah dibuang dan diganti oleh kekuatan materialisme dan
kemanusiaan semata-mata.

Rennaissance
Pada tahun 1962, perkembangan ilmu pengetahuan berlaku dengan pesat di Eropah dan mereka
banyak melakukan eksperimen.Ilmu ini mereka kumpul dari tamadun Islam.Apabila eksperimen
mereka berjaya,mereka mula membuat mesin2 dan membangunkan dunia industri maka
tercetuslah revolusi perindustrian.Apabila perkembangan industri bertambah pesat,mereka mula
kekurangan bahan mentah.Dari sini mereka mula melakukan pejajahan ke atas negara2 luar untuk
mendapatkan bahan mentah.Dan satu persatu Negara Islam mula dijajah begitu juga negara2 lain
untuk memenuhi keperluan mereka.
14
Dicetuskan oleh Martin Luther. Ini menggambarkan penentangan terhadap amalan gereja yang menyeleweng.
Kemajuan ilmu pengetahuan telah pun menunaikan tugasnya. Sejak dari zaman kebangkitan di
dalam abad keenam belas Masihi dan telah mencapai puncak kemajuannya di dalam abad
kelapan belas dan abad kesembilan belas. Sesudah itu tamadun Eropah sudah kehabisan bahan
simpanan, untuk disumbangkan kepada umat manusia15

Sistem Feudal
Salah satu peristiwa penting yang berlaku setelah renaissance ialah sistem feudal
dimansuhkan.Jika suatu ketika dahulu tuan tanah berkuasa (mengarahkan orang2 berperang untuk
mereka dan mengutip cukai), dan perkara ini disokong oleh paderi2 pada ketika itu. Masyarakat
mula sedar akan hal ini. Setelah renaissance, timbul kesedaran untuk memusnahkan sistem ini
dikalangan orang2 barat. Mereka ingin menegakkan hak mereka dan mereka mencipta slogan
‘menggantung tuan tanah dengan usus paderi’.

Kebangkitan
Barat

Selepas Kejatuhan
Perang Kerajaan
Salib Islam

Ekoran kejatuhan kerajaan Byzantine di Constantinople, orang Kristian tidak lagi menguasai jalan
perdagangan ke Timur. Jalan perdagangan melalui Kota Constantinople telah dikuasai oleh
kerajaan Turki Uthmaniyyah pada tahun 1453 M16.
Pada masa yang sama, kerajaan Islam Andalusia telah jatuh ke tangan Ratu Isabela dan Raja
Ferdinand III17. Ilmu pelayaran Islam kini dipelajari oleh orang Eropah di Andalusia. Selepas itu
bermulalah era penjelajahan dan penjajahan Eropah terhadap negara-negara Islam
Christopher Columbus memulakan ekspedisi pelayaran ke bahagian Barat pada 1492 M.
1. Vasco da Gama (Portugal) memulakan ekspedisi pelayaran ke selatan pada 1497 M.
a. Menjumpai Cape Town. Keistimewaan Cape Town: pertemuan 2 lautan
b. Menjumpai Goa, India. Menawan Goa dan kerajaan-kerajaan Islam di sekitar.
c. Penemuan jalan ke Timur melalui Cape Town membuka jalan kepada Eropah untuk
menjajah umat Islam di bahagian Asia Tenggara.
2. Alfonso de Albuquerque menawan Melaka pada 1511 M.
a. Bertujuan kononnya ingin mencari rempah. “Gold, Glory, Gospel”
b. Tujuan sebenarnya ingin melanjutkanPerang Salib ke atas umat Islam.
Semangat Kristian yang sebelum ini menjadi punca kebangkitan telah dibuang dan diganti oleh
kekuatan materialisme dan kemanusiaan semata-mata. Mereka telah kehilangan matlamat dan
sibuk dalam pembinaan bersumberkan kebendaan. Telur kuning telah tiada dan yang tinggal hanya
telur putih.

15
Kata-kata Syed Qutb dalam buku Petunjuk Sepanjang Jalan.
16
Kota Constantinople ditawan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh.
17
Ini berlaku pada tahun 1492 M. Orang Islam dan orang Yahudi dipaksa memeluk Kristian atau dihalau atau
dibunuh.
Kini tamadun Barat kekeringan ruh dan hilang hala tuju walaupun kelihatan gah zahirnya.
Kejatuhan moral dan kerosakan jiwa masyarakat terus berlarutan walaupun mereka sedang
membina tamadun yang tinggi melangit.

Tidak cukup dengan itu, pembinaan tamadun yang berasaskan perkara ini telah berkembang
kepada umat Islam, mengikis nilai keimanan dan keislaman yang selama ini menjadi pendorong
perkembangan tamadun Islam.

Kejatuhan Islam di Tanah Melayu

Kejatuhan Islam pertama bermula dengan kejatuhan Kesultanan Islam Melayu Melaka18 ke tangan
Portugis pada tahun 1511. Selepas lebih kurang 130 tahun kejatuhan Melaka ke atas
Portugis, Melaka kemudiannya ditawan dan diambil alih oleh Belanda pada tahun 1641 dengan
bantun kesultanan Johor. Seterusnya, pada tahun 1786, Francis Light datang membuka dan
menjajah Pulau Pinang. Perselisihan yang berlaku antara Francis Light dan Belanda (disebabkan
oleh persaingan untuk merebut, mengawal dan menguasai pintu masuk ke Selat Melaka) berakhir
dengan termeterainya Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824 menyebabkan kepulauan
Melayu terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:

1. Semenanjung Tanah melayu dan Borneo di bawah pemerintahan Inggeris.


2. Kepulauan Indonesia di bawah pemerintahan Belanda

Sebelum penjajahan British, penduduk Tanah Melayu masih berpegang kepada pemerintahan
Islam, walaupun tidak secara keseluruhan. Ternyata, semenjak penjajahan Britishlah Tanah
Melayu mula menerapkan undang-undang kufur penjajah. Perundangan kufur Brtitish bermula
dengan pengenalan ‘the Royal Charter of Justice’ pada tahun 1807.

Charter (Piagam) ini melakar sejarah penting di dalam sistem perundangan Malaysia kerana ia
menandakan bermulanya undang-undang berkanun Inggeris di negara ini dan dari sinilah
ditubuhkan ‘the Court of Judicature of the Prince of Wales' Island’' (nama lama Pulau Pinang).
Kemudian, setelah Singapura dan Melaka jatuh ke tangan British, maka dibentuklah Negeri-negeri
Selat (the Straits Settlement) pada tahun 1826, lalu diperkenalkan pula the Charter of Justice yang
baru dan diwujudkan sebuah mahkamah baru yang dinamakan ‘the Court of Judicature of Prince
of Wales’ Island, Singapore and Malacca'. Dengan ini, penerapan undang-undang kufur British
menjadi semakin luas dan rasmi. Walaupun Charter baru telah dilaksanakan, namun pentadbiran
undang-undang British masih amat tidak memuaskan. Maka, pada tahun 1855 the Charter of
Justice yang ketiga pula diperkenalkan yang membolehkan penstrukturan semula sistem
mahkamah.

Pada tahun 1937, British mengukuhkan cengkaman undang-undang mereka di Tanah Melayu
dengan menggubal Civil Law Enactment 1937 yang berkuatkuasa ke atas Negeri-negeri Melayu
Bersekutu (Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan). Setelah Negeri-negeri Melayu Tak
Bersekutu (Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu) bergabung membentuk Federation of
Malaya pada tahun 1948, British terus membuat pindaan, menjadi Civil Law (Extension)
Ordinance, 1951, bagi memastikan undang-undang sivil mereka ini diterapkan di kesemua negeri
yang telah bergabung tadi. Ia kemudian diganti dengan Civil Law Ordinance, 1956 dan apabila
Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963 (setelah penggabungan Sabah dan Sarawak), Ordinan
18
Kesultanan Islam Melayu Melaka merupakan kerajaan yang bernaung di bawah Kerjaan Turki ‘Uthmaniyyah.
Sistem perundangan Islam dilaksanakan dan juga sistem perniagaan walaupun agak terhad.
tersebut ditukar sekali lagi menjadi Civil Law Act, 1956 (revised 1972) berkuatkuasa pada 1 April,
1972 hinggalah sekarang.

Negeri-negeri selat Negeri-negeri melayu Negeri-negeri melayu tidak


bersekutu bersekutu
Negeri Melaka, pulau pinang, Pahang, perak, selangor, Johor,
singapura negeri sembilan kelantan,terengganu,kedah,
Perlis
Sistem Gabenor Residen Penasihat
pentadbiran
Tahun 1826 1895-1946 1909
berlangsung
pentadbiran
Kuasa british Bertanggungjawab Bertanggungjawab Bertanggungjawab dalam
dalam semua hal ehwal dalam pentadbiran, pentadbiran, kutip cukai
luar mengharamkan
negeri,keselamatan, penghambaan,kutip
Pentadbiran cukai
Kuasa sultan Hal ehwal agama islam Hal ehwal agama islam Haj ehwal agama islam dan
dan adat resam dan adat resam adat resam
Faktor Sultan bagi pulau Pembunuhan tun perak, Perebutan sungai-sumber
kelemahan pinang, tanda pengkhianatan orang penggalian timah
perjanjian melayu
Populasi Ramai penduduk Cina Pendudk Cina dan India Ramai penduduk Melayu.
penduduk dan India tidak sebanyak yang di Penduduk Cina dan India
NNS adalah minority.
Sekolah yang Terdapat banyak Sekolah Convent tidak Terdapat banyak sekolah
wujud sekolah Convent dsb. senbanyak yang di NNS, pondok
manakala terdapat juga
sekolah pondok dalam
bilangan yang sedikit.

Kawasan-kawasan Asia Tenggara lain yang dijajah :

1. Portugis – Pulau Timur Timor (Timor Leste)


2. Perancis – Kemboja, Vietnam
3.Sepanyol – Filipina

Serangan Pemikiran
Setelah penjajah menguasai politik umat Islam, mereka beralih kepada penguasaan minda dan
budaya masyarakat tempatan. Pihak penjajah menyediakan pendidikan bermodelkan sistem
pendidikan mereka contohnya pihak Inggeris menubuhkan Penang Free School dan Malay
College Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1905 bagi mendidik anak-anak Melayu Islam
terutamanya anak-anak raja dan pembesar supaya mewarisi tradisi kepimpinan bercirikan barat.
Akibatnya, ramai pemimpin-pemimpin Malaysia yang pertama telah di’barat’kan oleh penjajah
dan kesannya dapat dilihat sehinga hari ini (contohnya dari segi perlembagaan dan undang-undang
negara). Begitu juga dengan sistem sosial masyarakat Islam turut dihancurkan dan digantikan
dengan gaya hidup barat yang lebih menjurus kepada hiburan dan keseronokan (hedonism).
Semangat nasionalisme dan kebangsaan ditanam di kalangan masyarakat Islam supaya umat Islam
berpecah-belah, bercakaran sesama sendiri dan tidak dapat disatukan atas dasar kesatuan aqidah.

Kejatuhan: Titik-titik Kehancuran

Imam As-Syahid Hasan Al-Banna telah menggariskan 7 faktor-faktor kejatuhan umat Islam19
bermula daripada serangan Monggol, seterusnya penjajahan wilayah-wilayah Islam satu demi satu.

1. Percakaran politik, asobiyyah, perebutan kuasa dan kepimpinan.


2. Perselisihan soal agama dan hukum Fiqh (mazhab-mazhab), penyelewengan aqidah dan
ibadah dalam Islam sehingga hilang kosong dan kehilangan ruh.
3. Bergelumang dengan kemewahan dan kesenangan terutama di kalangan pemerintah . Umat
Islam mulai suka berhibur dan berseronok.
4. Peralihan kuasa kepada golongan bukan Arab yang kebanyakan tidak menghayati Islam
yang sebenar kerana tidak dapat memahami Al-Quran dengan maksud yang tepat.
5. Mengabaikan ilmu-ilmu teknologi dan sains sebaliknya menghabiskan masa dengan teori
falsafah dan ilmu-ilmu khayal yang mandul.
6. Sikap pemerintah yang tertipu dengan kekuatan sendiri dan cuai untuk mengkaji
perkembangan masyarakat lain sehingga mereka ketinggalan dalam persiapan.
7. Tertipu dengan helah musuh-mush Islam. Mengagumi hasil usaha golongan Kafir dan
mulai meniru mereka.

Pasca 1924: Usaha Pengembalian Khilafah

Ekoran kejatuhan Khalifah Uthmaniyyah pada tahun 1924, umat Islam seluruh dunia
kehilangan seorang khalifah. Kehilangan ini tidak dibiarkan begitu sahaja oleh umat Islam. Di
kalangan golongan yang menyedarinya dari serata dunia berjuang di tempat masing masing bagi
menegakkan semula Khilafah Islamiyah di muka bumi. Antara gerakan20 yang muncul ialah
gerakan Mahadi di Sudan, Ikhwan Al-Muslimin di Mesir, As-Sanusi di Libya hingga ke Maghribi,
dan Gerakan Wahabi di Semenanjung Arab.
Setiap gerakan mempunyai pendekatan mereka yang tersendiri dalam mengembalikan
khilafah. Mereka semua berkongsi ruh Islam yang sama dan berjihad bersungguh-sungguh dalam
usaha mereka ini.

19
Ini dikupas di dalam risalah “Antara Semalam dan Hari ini” bab 5.
20
Gerakan-gerakan ini tidak semestinya muncul selepas 1924. Ada yang muncul apabila kerajaan Turki ‘Uthmaniyyah
mulai lemah dan berlaku penjajahan oleh pihak Barat.
Analisa

Peranan Kita
 Sedarkah kita di mana diri kita berada di dalam timeline tersebut?
 Islam telah naik selama 600 tahun dan turun dalam tempoh masa yang sama iaitu 600 tahun
 Bermula dengan nabi s.a.w. bersungguh-sungguh berdakwah dan akhirnya dikurniakan Allah
Madinah, sebuah Negara Islam – diikuti seterusnya dengan khalifah islamiyah (penguasaan
politik) – dan akhirnya menatijahkan sebuah tamadun / hadhari (penguasaaan hati-hati
manusia)
 Apabila islam dan dakwah berada di klimaksnya, Allah menjatuhkan islam melalui
masyarakat-masyarakat yang mundur seperti mongol dan eropah yang ketika itu masih berada
dalam zaman gelap mereka (dark ages)
 Semuanya berpunca dari kesalahan umat islam sendiri. Putih (alat dan cara mencapai
matlamat) kuat tetapi Kuning (matlamat) lemah
 Menurut jumhur ulama’; semua umat islam berdosa dan bersalah apabila khalifah islamiyah
dijatuhkan pada 1924.
 Kecuali mereka yang berfikir dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menghidupkan kembali
khalifah.
 Kerana tiada satu kuasa yang menegakkan islam, al-Quran tinggal separuh; kerana hukum-
hakam tidak dapat ditegakkan (eg hudud, ekonomi)
 Malah, umat-umat islam memberi wala’ kepada orang kafir.
 Ketika nabi s.a.w. wafat, perkara pertama yang menjadi fokus utama umat islam adalah
bermesyuarat melantik seorang khalifah dan bukanlah menguruskan mayat baginda s.a.w.
yang disanyangi mereka (malah Ali, Fatimah dan ‘Aisyah radiallahu anha yang bertindak
menguruskan mayat rasul terakhir tersebut)
 Umat islam pada ketika itu faham bahawa setiap saat tanpa seorang khalifah, maka semua
umat berdosa.

Realiti Kita

Kembali melihat kepada sejarah yang panjang ini. Sebagaimana sunnah-sunnah yang lain, sejarah
pasti melalui perjalanan yang sama sepertimana yang diatur oleh Allah s.w.t. Bangkit dan jatuh
umat Islam pada zaman lalu melalui sebuah perancangan Allah yang tetap, dan Allah sebaik-baik
perancang.
Kita sewajarnya menilai kembali realiti umat Islam kini. Dimanakah kita berada sekarang?

Adakah kita berada di Era Abassiyyah yang mempunyai tamadun Islam yang hebat?
atau, di Era Umayyah yang mempunyai kerajaan Islam yang luas?
atau, di Era Madinah yang mempunyai sebuah negara Islam yang kuat?
atau, di Era Makkah…?
Era Jahiliyyah Makkah Madinah Khulafa’ Umawiy Abbasiy ‘Uthmaniy Kini

Dakwah ?
Daulah ?
Tamadun ?
Penilaian mestilah dibuat mengikut realiti umat. Penilaian ini menentukan tindakan dan hala tuju
kita selepas ini. Pada setiap era, umat Islam mempunyai peranan mereka yang tersendiri. Peranan
dan tanggung jawab ini ditentukan oleh suasana pada masa tersebut. Sepertimana usaha Nabi
Muhammad s.a.w. yang melalui fasa-fasa yang tertentu (seperti Dakwah Sirriyyah dan Dakwah
Jahriyyah atau Dakwah Fardiyyah dan Dakwah Dauliyah), kita sewajarnya mengambil iktibar
untuk bertindak dan berperanan mengikut tuntutan semasa:

Era Peranan
Makkah Dakwah Pembinaan Manusia
Madinah Permulaan Kuasa
Khulafa’ Ar-Rasyidin Daulah Pengukuhan dan Perluasan
Umayyah Perluasan
Abbasiyyah Tamadun Ustaziyatul ‘Alam

Hakikatnya, kita berada di dalam era Makkah. Tamadun Islam telah lama jatuh dan dikambus oleh
kemajuan Barat yang menguasai dunia kini. Tiada sebuah negara pun yang mampu mewakili
Islam dalam memperjuangkan keadilan dan kesejahteraan umat Islam. Sistem Khilafah sudah lama
hancur oleh tangan nasionalis dan imperalis. Islam telah kembali dagang dalam dunia yang dulu
mengenalinya…

Tidakkah Nabi Muhammad s.a.w. memulakan usahanya menyebarkan Islam dalam keadaan
dagang. Islam tidak dikenali, masyarakat hanya memahami agama melalui nenek moyang, moral
masyarakat dikuasai hawa dan jiwa mereka menderita di dalam ‘keseronokan dunia material’.

ANALISA…
Apabila kita menganalisa kembali graf yang menunjukkan kenaikan dan kejatuhan tamadun
Islam,kita akan menyedari sesuatu yang penting yang sepatutnya kita hayati dan menjadi
peringatan bagaimana Islam bangkit dan apakah yang menyebabkan Islam jatuh.

Pada awal kebangkitan Islam,dakwah Islam dilakukan secara individu oleh nabi dan para
sahabat.Setelah sebuah Negara Islam(madinah ) terbentuk, kita mula memiliki kuasa politik dan
perluasan kuasa ke atas negara2 luar madinah bermula dengan pesatnya.

Apabila Islam mencapai tahap kemajuan dalam tamadun,Negara arab(islam) dipandang tinggi oleh
negara2 lain.Disini,tamadun memainkan peranan terbesar dalam mempengaruhi kuasa sosial,dan
Islam lebih mudah diterima dan dilaksanakn oleh ramai orang pada masa tersebut.

Sebagai contoh kesan kuasa sosial yang dapat kita lihat sekarang adalah dari pengaruh penjajahan
Spanyol ke atas Amerika Selatan, di mana mereka lebih menngunakan Bahasa Spanyol dalam
perbualan sehari-hari dan majoriti penduduk di sana menganut agama Kristian,sedangkan mereka
dahulu mempunyai tamadun tersendiri iaitu tamadun Aztec, Inca dan Maya. Kini, tamadun-
tamdun tersebut hanyalah menjadi sejarah buat mereka.
Apabila kita telah menyedari maksud ‘kita’ dalam erti kata sebenar,maka kita akan menyedari
hakikat sebenar kita berada di atas muka bumi ini.Bagaimana caranya kita dapat mengembalikan
semula zaman kegemilangan islam sebagaimana suatu ketika dahulu?

Tanggung Jawab Kita

Setiap zaman akan mempunyai tuntutan prioriti yang tersendiri mengikut keadaan dan suasana
tertentu. Sekiranya Ibnu Sina atau Khawarizimi dilahirkan pada era Makkah tidaklah mereka
melainkan bersungguh-sungguh melaksanakan dakwah sepertimana Rasulullah s.a.w. dan para
sahabat telah lakukan ketika itu. Begitu juga, jika Imam As-Syafie hidup di era daulah, pastinya
beliau akan turut sama dalam usaha perluasan kuasa kerajaan Islam.

Rata-rata manusia keliru dalam meletakkan kepentingan kepada sesuatu perkara. Sedangkan,
Prioriti dalam Islam adalah;

1. Deen
2. Nyawa
3. Keturunan
4. Akal
5. Harta

Lantaran itu, mereka mula berfikir di luar realiti dan merancang mengikut angan-angan dan
imaginasi. Mungkin sebahagian lagi mula mengambil langkah yang tergesa-gesa untuk mencapai
kembali kegemilangan ummah.

Sebilangan umat Islam menyangka dengan membangunkan ilmu dan teknologi umat Islam dapat
mengembalikan keagungan tamadun Islam…lalu mereka mengambil asas dan nilai dari Barat
dalam mencorak ‘tamadun baru Islam’.

Sebilangan umat Islam sudah bosan dengan penindasan terhadap Islam…lalu mereka terus
mengangkat senjata mengadakan penentangan terhadap golongan Kuffar.

Sebilangan lagi sudah lama menanti, bilakah negara Islam akan muncul kembali…?
Sebilangan lagi sudah lama menanti, bilakah tamadun Islam akan muncul kembali…?

Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. juga mempunyai impian dan cita-cita yang sama, mahu
melihat Islam menguasai dunia dan seluruh manusia tunduk kepada sistem Ilahi. Namun
Rasulullah s.a.w. tidak tergesa-gesa untuk mengejar kekuasaan atau keagungan, kerana bukanlah
itu menjadi tujuan perutusan baginda s.a.w.. Ar-Rasul diutuskan untuk mengajak manusia untuk
kembali sujud kepada Allah, melenturkan hati yang selama ini keras membatu.

Ar-Rasul s.a.w. memulakan dakwah dengan mendidik insan untuk mengenal Allah. Mendidik
insan untuk mengabdikan sepenuh jiwanya kepada Allah. Akhirnya, insan yang terdidik di dalam
madrasah tarbiyyah Nabi ini telah berjaya membawa risalah ini ke serata dunia. Insan-insan inilah
yang mendokong sebuah ummah dan membawanya ke arah kegemilangan kuasa dan tamadun
dunia.

Adakah kita bermula daripada membina batu-batu…?

Seorang Ulamak dan Daie Islam yang agung, Syakib Arsalan pernah berkata:
“Kita wajib memulakan usaha Islam ini dari bawah. Kita perlu mendidik individu.”

Marilah kita sahut seruan:

“Usaha dakwah mestilah dimulakan dari bawah sepertimana kata Syakib. Tiada cara lain. Ianya
adalah dengan khemah tanzim dan penyusunan barisan yang terdidik dengan tarbiyah Islam yang
sejati. Bukan dewan-dewan perhimpunan dan seminar. Ia adalah dengan api semangat yang
merdeka, bukan sinaran bintang. Dirikanlah khemah kamu di padang pasir jahiliyah kurun kedua
puluh ini dan nyalakanlah apimu supaya ia dilihat oleh orang yang sesat dan terputus dari
hidayah, supaya mereka menuju kepadanya dan bernaung di dalam khemah kamu.”21

Definisi Dakwah

Dakwah boleh diertikan dengan pelbagai interpretasi. Namun secara adilnya, sewajarnya kita
memerhati sejarah dakwah baginda s.a.w. dalam memahami pengertian dakwah yang sebenar.
Jelasnya, dakwah baginda s.a.w. bukanlah dakwah yang berlegar kepada isu-isu remeh dan
persoalan Fiqh yang far’i tetapi seruan dakwah Islam adalah mengajak manusia untuk patuh
kepada Allah (menyelesaikan persoalan pokok).
Dakwah baginda s.a.w. tidak terhenti sekadar mendidik individu, mereka yang telah diseru kepada
Islam dikumpulkan dan dibentuk dalam aspek aqidah, akhlak dan ibadah. Kemudiannya lahirlah
keluarga-keluarga Islam yang mencorak sebuah masyarakat Islam. Bermula daripada pembinaan
batu-bata yang kecil, kini bahan binaan itu membentuk sebuah bangunan yang kukuh. Tanpa
bahan-bahan yang tahan dan kuat, bangunan tersebut akan mudah bergoyang dan akhirnya roboh.

Ustaziyatul
Empayar Alam
Kerajaan Islam
Daulah Islam
Mujtama’ Islam
Baitul Muslim
Fardu Muslim
Muslim

Sesungguhnya dakwah Rasulullah s.a.w. menuju ke arah pembinaan sebuah daulah yang akan
menjadi asas kepada perkembangan Islam dalam era seterusnya. Asas-asas yang dibina
mempunyai peranan dalam menampung sebuah daulah di Madinah. Seterusnya usaha penyebaran
dan pengembangan Islam berlarutan sehingga mencapai kemuncak dalam masa 600 tahun. Jangka
masa yang panjang dan jauh ini bukanlah satu kebetulan. Bahkan, ini merupakan satu ketentuan
Allah s.w.t. dalam aturan sunnah. Pastinya ‘Teori Kebetulan’ bercanggah dengah akidah kita.

Ini Peranan Pelajar

Majoriti pelajar akan mengatakan peranan mereka pada ketika ini adalah untuk menuntut ilmu.
Mereka mungkin akan berhujah dengan hadith-hadith yang tertentu mengenai kelebihan menuntut
ilmu dan sebagainya. Adakah para sahabat tidak pernah mendengar hadith-hadith itu? Kenapa
mereka tidak dihantar oleh Nabi s.a.w. ke Rom atau Parsi atau China untuk menuntut ilmu seperti
kita? … Hakikatnya mereka memahami tuntutan semasa dan bertindak mengikut keperluan
ummah ketika itu iaitu untuk berdakwah.

21
Kata-kata daripada Abdul Wahab Azam.
Sekali lagi ingin dikatakan, setiap penilaian perlu dibuat dengan mengambil kira soal waqi’
(realiti) semasa. Seorang pelajar yang dalam bahaya kebakaran tidak akan meneruskan
pembelajaran walaupun dia tahu pelajarannya itu sangat penting, kerana dia mengetahui yang
nyawanya lebih penting. Dalam contoh yang mudah ini, kita dapati manusia sebenarnya
memahami konsep Fiqh Keutamaan dan Fiqh Waqi’ (Realiti). Permasalahannya timbul apabila
mereka tidak meletakkan kedudukan Islam pada tempatnya. Sekiranya Islam diletakkan pada
maqam yang selayak baginya, manusia akan kembali mengutamakan kepentingan Islam
berbanding kepentingan peribadi mahupun kepentingan keluarga, masyarakat dan negara.

Antara dakwah dan belajar, manakah yang lebih penting? Bukankah tuntutan kini adalah untuk
berdakwah?

Mungkin juga, ada yang berkata, “buat masa ini saya perlu belajar, nanti apabila selesai belajar
barulah saya berdakwah, saya mempunyai tanggung jawab kepada penaja…” Alasan ini mungkin
akan diteruskan semasa bekerja, “buat masa ini saya perlu bekerja, nanti bila selesai bekerja
barulah saya berdakwah, saya mempunyai tanggung jawab kepada majikan dan keluarga…” dan
seterusnya, apabila pencen, mungkin dia boleh berkata yang pencen lebih penting daripada
dakwah…!!! Bagaimana apabila dia mati? Apakah yang paling penting ketika itu?

Mengambil perumpamaan telur, seorang pelajar sewajarnya menentukan matlamat hidupnya.


Tanpa matlamat, segala perkara menjadi sia-sia. Dalam setiap amalan, matlamat merupakan
perkara yang terpenting.

)Hadith 1 dalam Hadith 40 Imam An-Nawawi(...‫ن ََوى‬ ‫ئ َما‬ ِ ‫إِنَّ َما األَ ْع َما ُل ِبالنِّيَّا‬
ٍ ‫ت َوإِنَّ َما لِ ُكلِّ ا ْم ِر‬
“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi
setiap orang apa yang dia niatkan…”
 Belajar untuk mendapat peluang pekerjaan?
 Belajar untuk mendapat gaji?
 Belajar untuk mendapat kedudukan?
 Belajar untuk memenuhi kehendak ibubapa?

Kemanakah tujuan-tujuan ini akan membawa kita? Pastinya sejauh umur manusia tidak lebih dari
itu. Hakikatnya kita perlu meletakkan tujuan yang pasti dan jauh, iaitu tujuan kepada Allah dan
untuk menyeru kepadaNya.

Mungkin ada yang akan menjawab: “Saya belajar pun dakwah juga.”

Penyataan ini boleh memberi dua tujuan, pertama, memang benar-benar untuk-untuk tujuan
dakwah, atau kedua, sekadar menenangkan hati yang sentiasa mencari alasan. Bagaimana untuk
menjadikan pernyataan ini sebagai satu jawapan yang benar-benar menjadi hujah kita di hadapan
Allah nanti?

Kita mempunyai peluang untuk mendekati golongan tertentu yang mungkin tidak dapat didekati
oleh orang lain dengan kita menguasai sesuatu bidang. Kita mempunyai misi membawa
pengislahan kepada golongan ini khususnya. Selain itu, dengan mempunyai kedudukan dalam
masyarakat, kita akan lebih mudah diterima umum.
Ini Peranan Pelajar (hadis ghulam)
Di pertengahan jalan menuju ke tempat
Ghulam, Sihir dan Rahib….. belajarnya, terdapat seorang rahib. Budak tersebut
telah duduk sebentar mendengar ajaran rahib tersebut
dan merasa seronok dengannya. Selepas kali tersebut,
Persis perjalanan hidup kita yang setiap kali melalui tempat rahib, budak tersebut akan
bukannya ‘kebetulan’ …… kerana berhenti dan mendengar ajarannya. Ahirnya bila tiba
‘kebetulan’ bertentangan dengan kepada tukang sihir, ia dipukul (kerana terlambat).
aqidah kita! Tetapi adalah sunnah Lalu ia mengadu kepada rahib. Rahib berkata
Allah yang akan terus berlaku.Dari kepadanya: “Jika kamu takutkan tukang sihir, katakana
Suhaib bahawa Rasulullah SAW pernah kepadanya bahawa ububapaku menahanku (di rumah).
bercerita: Jika kamu takutkan ibubapamu (kerana lewat pulang),
katakana kepada mereka berdua tukang sihir telah
menahanku.
Di zaman sebelum kamu dahulu ada seorang raja yang Waktu berlalu dan pada suatu hari budak
mempunyai seorang tukang sihir. Bila tukang sihir tersebut telah bertemu dengan seekor binatang besar
merasa dirinya telah tua, dia berkata kepada raja yang menghalang laluan orang ramai. Budak tersebut
tersebut: “aku telah tua. Carilah seorang budak (yang berkata di dalam hatinya, “Pada hari ini, aku akan tahu
paling cerdik) yang boleh aku ajarkan kepadanya siapakah yang lebih hebat, tukang sihir atau rahib.
sihirku. Lalu dicari seorang budak dan tukang sihir Lalu diambilnya seketul batu dan dibaca: Ya Tuhan,
tersebut mengajarkan kepadanya ilmu sihirnya. jika sekiranya rahib lebih Engkau cintai dari tukang
sihir, maka bunuhlah binatang ini dan berilah laluan digergaji. Tubuhnya terbelah dua dan keduanya
kepada orang ramai.” melerai jatuh ke bumi.
Lalu dilontar batu tersebut dan binatang tersebut Budak tersebut lalu dibawa lagi kepada raja.
pun mati (orang ramai sangat kagum dengan budak Raja berkata: “Balik semula kepada agama asalmu.”
tersebut dan mengatakan dia mempunyai ilmu yang Budak menolak lalu raja memanggil sebahagian dari
kita semua tidak mengetahuinya). kumpulannya dan dikatakan kepada mereka: “Bawa
budak ini ke bukit sekian-sekian dan jika sekiranya ia
Perkara tersebut diceritakan kepada rahib. Rahib
tetap enggan, campakkan dari atas bukit. Tiba di sana,
berkata kepadanya: “Engkau pada hari ini telah
budak berdoa kepada Allah: “Ya Allah, tolonglah
menjadi lebih hebat dariku. Engkau telah sampai ke
aku dengan cara yang Engkau kehendaki.”
peringkat yang aku dapat lihat sekarang. Tapi ingat,
engkau akan diuji nanti. Apabila engkau diuji oleh Tiba-tiba bukit bergegar dab jatuh kesemua
Allah, maka jangan sekali-kali engkau memberitahu orang-orang raja tersebut. Budak balik berjalan kepada
tentang ku. raja. Raja bertanya: “Mana dia kawan-kawanku?”
Jawab budak: “Allah telah menolongku menghadapi
Budak tersebut berjaya mengubati penyakit
mereka.” Lalu raja memanggil sebahagian lagi
kusta dan sopak. Dan juga dapat mengubat semua
kumpulannya dan berkata: “Bawa budak ini ke tengah
penyakit yang dihadapi oleh orang ramai. Suatu ketika
laut. Jika ia enggan, campakkan ia ke dalam laut.”
seorang yang dekat dengan raja telah terkena satu
penyakit hingga buta matanya. Apabila mendengar Bila tiba di tengah laut, budak tersebut berdoa
tentang kehebatan budak tersebut, dia telah membawa dengan doa yang sama. Tiba-tiba perahu tenggelam
hadiah yang banyak. Dia berkata kepada budak dan semua kumpulan raja mati lemas. Budak balik
tersebut: “semua ini untukmu jika engkau dapat semula kepada raja. Raja terkejut dan bertanya: “Mana
menyembuhkan mataku.” kawan-kawanku?” Jawab budak: “Allah telah
menolongku menghadapi mereka.”
Budak berkata kepadanya: “Aku tidak mampu
menyembuhkan sesiapa. Hanya Allah yang dapat Lalu budak tersebut berkata kepada raja: “Kamu
menyembuhkan. Jika engkau beriman dan percaya tidak mungkin akan dapat membunuhku sehinggalah
kepada Allah, aku akan berdoa dan Allah akan kamu menurut apa yang aku minta.” Tanya raja: “Apa
menyembuhkan penyakitmu.” Lalu si pembesar buta dia?” Kata budak: “Engkau kumpulkan semua
tersebut percaya dan beriman kepada Allah. Budak orang ramai di satu padang, kamu ikatkan aku di
tersebut mendoakan untuknya dan matanya pun pohon kurma. Kemudian engkau ambil satu dari
sembuh seperti sedia kala. panahku dan letakkan panah tersebut pada
busurnya. Kemudian engkau baca: Dengan nama
Pembesar tersebut datang seperti biasa kepada
Allah, tuhan budak ini. Kemudian engkau
raja. Raja terkejut dan bertanya kepadanya: “Siapa
panahlah aku. Kalau engkau melakukan begitu,
yang mengembalikan penglihatanmu?” Kata pembesar
kamu akan dapat membunuhku.
tersebut: “Tuhanku.” Raja sangat marah dan
mengatakan: “Ada ke tuhan lain selain dariku?” Lalu raja pun mengumpulkan orang ramai di
satu padang. Budak itupun diikat pada sebatang pohon
Lalu pembesar tersebut ditangkap dan diseksa
kurma. Kemudian diambil satu panah dan diletakkan
hingga dia pun membonngkarkan ajaran budak
pada busurnya. Lalu raja membaca: Dengan nama
tersebut. Budak tersebut dibawa kepada raja lalu raja
Allah, tuhan budak ini dan terus dipanahnya. Panah
bertanya: “Aku telah mengetahui kehebatanmu,
tersebut mengenai bawah telinganya. Perlahan-lahan
sekarang kamu dapat menyembuhkan penyakit itu dan
budak meletakkan tangannya pada tempat panah
ini dan dapat melakukan itu dan ini.”
tersebut dan terus meninggal dunia. (Tiba-tiba orang
Lalu budak itu menjawab: “Aku tidak dapat ramai berkata: “Budak ini mengetahui perkara yang
menyembuhkan sesiapa. Hanya yang dapat kita tidak ketahui)* “Kami percaya kepada Tuhan
menyembuhkan ialah Allah.” Lalu iapun ditangkap budak ini.”
dan terus diseksa sehinggalah ia pun membongkarkan
Raja menjadi kelam kabut dan mengatakan:
rahsia rahib (kerana tidak tahan dengan seksaan).
“Telah berlaku apa yang aku tidak mahu ianya
Lalu rahib pun ditangkap. Ia diserahkan supaya berlaku.” Lalu raja menyuruh digali parit-parit di
meninggalkan agamanya tetapi rahib menolak. Lalu laluan-laluan orang ramai dan dinyalakan api di
dibawa gergaji dan diletakkan di atas kepalanya dan dalamnya. Sesiapa yang lalu akan diarahkan supaya
kembali semula kepada agama asal. Jika tidak, akan
dicampakkan ke dalam parit tersebut.
*di dalam kurungan ialah beberapa tambahan yang ada
Lalulah seorang wanita dengan seorang anak dalam riwayat Tarmizi.
kecilnya (bayi). Wanita tersebut gementar takut
dicampakkan ke dalam api tersebut. Tiba-tiba bayinya
bercakap dan berkata kepada ibunya: “Wahai ibu, Di akhir riwayat, Imam Tarmizi menyatakan bahawa:
sabarlah. Engkau berada di atas kebenaran!” Budak tersebut kemudiannya dikebumikan. Pada
zaman Sayyidina Omar r.a telah ditemui mayatnya
Hadis riwayat Muslim (No.5327 Kitab Zuhud dan dalam keadaan tangannya masih diletakkan di bawah
Raqa’iq), Tarmizi (No.3263 Kitab Tafseer al-Quran) telinganya yang masih luka. ALLAHU AKBAR
dan Imam Ahmad. Hadis disebutkan oleh Imam al-
Nawawi dalam Kitab Riyadhus Solihin di bawah bab
Sabar.

Anda mungkin juga menyukai