Anda di halaman 1dari 7

KATA BANYAK MAKNA

LATIHAN 1

Pilih ayat yang betul penggunaan perkataan bergaris di bawah ini.

1. I Sebagai bekas askar dia mahir dengan keadaan dalam hutan.


II Pak Ali membersihkan tong besar untuk dibuat bekas air.
III Bekas rumah itu kelihatan usangn sekali.
IV Dia sudah bercerai tetapi masih menghubungi bekas isterinya.
A I dan III sahaja C I, II dan IV sahaja
B II, III dan IV D II dan III sahaja

2. I Kanak-kanak itu sedang main masak di bawah pokok.

II Ibu sedang masak ulam untuk makanan tengah hari.

III Cikgu Aizan sudah masak dengan perangai murid-muridnya.

IV Buah nangka yang diperamnya sudah masak.

A I dan II sahaja C II dan III sahaja

B I dan IV sahaja D III dan IV sahaja

3. I Gadis berkulit cerah itu anak Pak Sani.

II Perutnya cerah kerana salah makan ubat.

III Sejak anak sulungnya bekerja kehidupannya semakin cerah.

IV Berita kebakaran kilang itu telah mendapat liputan yang cerah


oleh pihak akhbar.

A I dan III sahaja C I, II dan III sahaja

B II dan IV sahaja D I, II dan IV sahaja

4. I Budak itu tidak baik-baik perangainya.


II Pandulah kereta baik-baik kerana jalan ini bengkang-bengkok.

III Buku itu disimpannya baik-baik di dalam almari.

IV Dia menghantar keretanya untuk baik-baik di bengkel.

A I sahaja C II dan III sahaja

B II sahaja D I, II dan IV sahaja

5. I Dia tidak lalu makan sejak jatuh sakit.

II Kakak tunduk ketika lalu di depan tetamu ayah.

III Isma lalu setelah membayar harga minuman di gerai itu.

IV Tiga malam yang lalu rumahnya dimasuki pencuri.

A I dan II sahaja C I, II dan IV sahaja

B III dan IV sahaja D I, II, III dan IV

6.I Dia berada sebuah banglo dan dua buah kereta mewah.

II Di kampung saya tidak banyak orang yang berada.

III Nafsiah pulang ke kampung setelah lima tahun berada di luar


negeri.

IV Ali berada cerita bahawa saya tidak mahu bersekolah lagi.

A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja

B II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja

7. I Kanak-kanak itu sedang bermain bola di padang yang


bidang itu.

II Dia boleh berjalan dengan cepat kerana langkahnya agak bidang.

III Kak Tinah membeli dua bidang tikar daripada penjaja itu.
IV Sejak kecil lagi dia berminat dalam bidang puisi.

A IV sahaja C III dan IV sahaja

B II dan III sahaja D II, III dan Iv sahaja

8. I Barang yang dijual di kedai itu tidak boleh tawar lagi.

II Masakan itu tawar kerana kurang garam.

III Dia berasa tawar hati hendak meneruskan pelajarannya kerana


dibelenggu

Kemiskinan.

IV Penyakitnya beransur tawar setelah makan ubat cap unta.

A I sahaja C II dan III sahaja

B II sahaja D I. II dan IV sahaja

9. I Badan ahli gusti itu nampaknya kuat-kuat.

II Lima orang pemuda terbunuh dalam kemalangan yang kuat-kuat


itu.

III Dia membaca buku itu kuat-kuat supaya dapat didengar oleh
semua murid.

IV Pegang tali ini kuat-kuat supaya awak tidak terjatuh.

A I dan II sahaja C II dan III sahaja

B I dan IV sahaja D III dan IV sahaja

10. I Dengan pantas pemuda itu meragut beg tangan wanita itu.

II Encik Wong asyik meragut kerana kerjanya banyak yang belum


beres.
III Beberapa ekor lembu sedang meragut rumput di tepi padang itu.

IV Hatinya meragut kebimbangan sejak anaknya hilang.

A I dan III sahaja C I, II dan III sahaja

B II dan IV sahaja D I, II dan IV sahaja

LATIHAN 2

Pilih ayat yang betul penggunaan perkataan yang bergaris di bawah.

1. I Gaji yang ditawarkan oleh syarikat itu sungguh lebat.


II Pokok rambutan itu berbuah lebat sekali.
III Rambut adik saya sungguh lebat.
IV Dia bergaya dengan pakaian yang lebat itu.
A I dan II sahaja C III dan IV sahaja
B II dan III sahaja D I, II dan III sahaja

2. I Budak itu tiga tahun lebih tua daripada adik saya.

II Barang-barang tua itu dijualnya dengan harga yang mahal.

III Mereka telah melantik Adilah sebagai tua rombongan


perkhemahan itu.

Iv Buah mangga yang belum cukup tua enak dimakan dengan sambal
belacan.

A I dan II sahaja C II dan IV sahaja

B I dan IV sahaja D I, II, III dan IV

3. I Kakak saya gemar membaca buku-buku roman.

II Roman muka perompak itu menakutkan saya.

III Penyapu roman itu dibelinya di kedai Pak Utih.


IV Bulu roman Mat tegak ketika dia disergah oleh jaga itu.

A I dan III sahaja C III dan IV sahaja

B I dan IV sahaja D I, II, dan III sahaja

4. I Pendapatnya tidak lulus pada akal saya.

II Kakinya lulus ke dalam lumpur.

III Barang-barang kemas emaknya telah lulus kerana dia tidak dapat
menebusnya.

Iv Dia telah lulus dalam peperiksaan UPSR dengan cemerlang.

A IV sahaja C I, II, III dan IV

B II dan III sahaja D I dan IV sahaja

5. I Terdapat kesan cap jari pada cermin keretanya.

II Sebelum dia meninggal dia meninggalkan kesan yang banyak.

III Layanan mesra akan memberi kesan yang baik kepada


perniagaan.

Iv Encik Abu telah dapat kesan penyelewangan dalam syarikatnya.

A I dan III sahaja C I, II dan III sahaja

B II dan IV sahaja D I, II da IV sahaja

6. I Nelayan itu sedang mengayuh perahu berjalur.

II Umurnya sudah berjalur tetapi dia belum insaf lagi.

III Bendera itu berjalur hitam putih.

IV Kain itu dipotong berjalur.


A IV sahaja C III dan IV sahaja

B II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja

7. I Pokok durian itu goyang kerana ditiup angin kencang.

II Ayah membeli kerusi goyang di kedai perabot itu.

III Kedudukannya sebagai menteri goyang akibat tidak ada


kepercayaan rakyat.

IV Adik menangis kerana buainya goyang dengan kuat.

A I dan II sahaja C II dan III sahaja

B III dan IV sahaja D I, II dan III sahaja

8. I Adik mencucuk rama-rama itu dengan jarum peniti.

II Ibu membeli beberapa mencucuk sate di gerai itu.

III Dia mencucuk orang itu hingga mereka bergaduh.

IV Bau nasi hangit itu mencucuk hidung.

A III dan IV C II dan IV sahaja

B I dan III sahaja D I, III dan IV sahaja

9. I Dia memburu waktu dengan menaiki teksi untuk ke pejabat.

II Kami tidak memburu Tuk Udin yang pantas berjalan itu.

III Orang kampung itu telah memburu pencuri itu.

IV Dia bekerja siang dan malam untuk memburu kesenangan hidup.

A I dan II sahaja C I, III dan IV sahaja

B II dan III sahaja D III dan IV sahaja


10. I Dia mengangkat bahu apabila disoal guru.

II Encik Bujang meletakkan keretanya di bahu jalan.

III Orang kampung bahu untuk menyiapkan jambatan itu.

IV Bahunya sakit setelah memikul seguni padi.

A I dan II sahaja C I, II dan IV sahaja

B III dan IV sahaja D II dan IV sahaja

Anda mungkin juga menyukai