Anda di halaman 1dari 3

FAQ - TINDAKAN PENGOSONGAN BILIK PELAJAR

1. Adakah pelajar-pelajar yang berada di kawasan yang jauh dari negeri Johor
perlu mengosongankan bilik atau terdapat penyelesaian lain?

Ya perlu. Bagi pelajar yang tidak dapat kembali ke kolej-kolej kediaman atas sebab
yang munasabah, pelajar tersebut dikehendaki berhubung secara terus dengan
Pengetua Kolej Kediaman masing-masing untuk tindakan lanjut.

2. Menurut garis panduan tersebut, pelajar dimestikan membawa kad matrik


untuk tindakan pengosongan bilik pelajar. Apakah penyelesaian sekiranya
pelajar-pelajar yang tertinggal kad matrik di kolej kediaman mereka?

Boleh hadir dan bawa kad pengenalan (IC)

3. Bagi pelajar yang tergolong dalam kategori pelajar yang dibenarkan pulang
ke kampus bermula 1 Julai 2020. Adakah mereka terkecuali untuk melakukan
pengosongan bilik?

Tidak terkecuali. Pelajar ini juga perlu membuat pengosongan bilik.

Bagi pelajar yang tergolong dalam kategori tersebut dan telah bertukar kolej
kediaman pada semester seterusnya, adakah mereka dibernarkan untuk
memindahkan barang mereka dari kolej kediaman semasa ke kolej kediaman
yang baru?

Tidak boleh memindahkan barang ke kolej kediaman lain. Pelajar boleh simpan di
kolej kediaman semasa.

4. Adakah pelajar-pelajar yang masih dalam kontrak untuk tinggal di kolej


kediaman juga perlu melakukan pengosongan bilik pelajar?

Ya perlu, kerana setiap kolej akan berlakunya pelaksanaan norma baharu iaitu
pengurangan bilangan penghuni di dalam bilik seperti yang tertera dalam garis
panduan.
5. Setelah melakukan pengosongan bilik pelajar, adakah pelajar boleh ke terus
mendaftar kolej yang dimohon pada semester berikutnya kerana mempunyai
kapasiti barangan terlalu banyak?

Tidak boleh. Sebarang permasalahan sila berhubung dan maklumkan kepada


pengetua kolej kediaman masing-masing supaya barang tersebut dapat disimpan
di kolej kediaman semasa.

6. Bagi pelajar yang telah lulus permohonan menetap di kolej kediaman pada
semester berikutnya, adakah mereka juga perlu mengosongkan bilik?

Ya perlu, kerana setiap kolej kediaman akan berlakunya pelaksanaan norma


baharu iaitu pengurangan kapasiti pelajar seperti yang termaktub di dalam garis
panduan.

7. Bagi pelajar dari Sabah dan Sarawak, mereka memerlukan surat untuk
merentas negeri. Adakah surat tersebut akan disediakan? Dan
bagaimanakah untuk mendapatkan surat tersebut?

Pelajar dari Sabah dan Sarawak dicadang tidak perlu hadir kerana terlalu jauh dan
memerlukan kos yang tinggi. Sila berhubung dengan pengetua kolej masing-
masing untuk dibantu proses pengosongan bilik mereka dan penyimpanan
barangan mereka. Majlis Kepimpinan Pelajar (MKP) dan pembantu felo akan
bantu.

8. Adakah pelajar tanpa asrama perlu memohon permohonan kepada pengetua


pelajar tanpa asrama (PTA) untuk pulang ke rumah sewa bagi tujuan
mengambil barang peribadi?

Tidak perlu membuat sebarang permohonan. Boleh terus ke rumah sewa.


9. Setelah proses pengosongan bilik pelajar selesai, adakah pengurangan
kadar yuran kolej semester hadapan?

Pengurangan yuran sedang diusahakan. Hal ini telah diperaku dalam mesyuarat
Jawatan Kuasa Eksekutif (JKE) universiti dan perlu diluluskan dalam mesyuarat
Lembaga Pengarah Universiti (LPU). Sila rujuk pekeliling TNC HEPA yang telah
dikeluarkan sebelum ini.

Anda mungkin juga menyukai