Anda di halaman 1dari 24

TEORI SENI VISUAL : SLOT 1

1 ASAS SENI REKA :


GARISAN,RUPA ,BENTUK,RUANG,JALINAN ,WARNA

Garisan Rupa Bentuk Ruang jalinan

GARISAN : PANDUAN SOALAN


Gambar rajah di bawah menunjukkan sejenis objek alam.

1.Apakah jenis garisan yang terdapat pada objek tersebut ?

A Garisan beralun
B Garisan berpancar
C Garisan berlingkar
D Garisan putus-putus
CONTOH-CONTOH LAIN :

Garisan berlingkar Garisan berpancar

Garisan berserabut Garisan beralun/berombak


2. Ilustrasi di bawah menunjukkan bahawa

A garisan menghasilkan jalinan


B garisan menghasilkan warna
C garisan menghasilkan ruang
D garisan menghasilkan rupa

CONTOH-CONTOH LAIN :

Garisan menghasilkan rupa Garisan menghasilkan bentuk


Garisan menghasilkan ruang Garisan menghasilkan corak/motif

Garisan menghasilkan ton Garisan menghasilkan ton dan ruang

3.Garisan yang wujud dalam lukisan di bawah telah menghasilkan


A ilustrasi rupa
B olahan warna
C olahan rupa dan pergerakan
D ilusi bentuk dan bayang

4. Pilih pernyataan yang menghasilkan kesan pergerakan garisan yang paling hebat.

A pergerakan air di tasik


B pergerkan air kolam
C pergerakan air terjun
D pergerakan air laut

4. Berdasarkan gambar rajah di bawah, yang manakah menunjukkan rupa organik positif?
A B C D

RUPA GEOMETRI RUPA ORGANIK


RUPA POSITIF RUPA NEGETIF RUPA POSITIF NEGATIF

BENTUK : PANDUAN SOALAN


5. Apakah ciri-ciri bentuk konkrit ?

I Dapat disentuh
II Bersifat tiga dimensi
III Dapat dilihat dari pandangan hadapan sahaja
IV Dihasilkan dengan menggunakan teknik catan

A I dan II
B II dan IV
C III dan IV
D I dan IV

6.Manakah antara berikut yang menpunyai ruang konkrit?


A catan
B cetakan
C Arca
D lukisan
BENTUK KONKRIT BENTUK ILUSI

JUMLAH SATAH/PERMUKAAN PADA BENTUK-BENTUK GEOMETRI

I. Sfera - 1 satah
II. Kon - 2 satah
III. Kuboid - 6 satah
IV. Selinder - 3 satah
V. Pyramid - 5 satah
RUANG : PANDUAN SOALAN
7.Gambar rajah yang manakah menampakkan pemandangan perspektif yang ketara?

I II III IV

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Satu titik lenyap Dua titik lenyap


Tiga titik lenyap Kedudukan aras mata mempengaruhi bentuk objek yang dilihat
( Pastikan anda memahami kedudukan titik lenyap )

JENIS-JENIS RUANG YANG WUJUD

Ruang rata Ruang cetek Ruang dalam


JALINAN : PANDUAN SOALAN
8. Antara berikut, kraf manakah mempunyai jalinan tampak
A Kraf tekat
B Ukiran kayu
C Batik canting
D Anyaman rotan

Jalinan sentuh Jalinan tampak

Media menghasilkan jalinan tampak Bahan menghasilkan jalinan sentuh


9. Nyatakan fungsi jalinan berdasarkan gambar rajah yang ditunjukkan di bawah .

A Hiasan
B Keselamatan
C Kontra dengan alam
D Harmoni dengan alam
WARNA : PANDUAN SOALAN
10. Antara warna berikut yang manakah warna-warna sekunder?
I Jingga
II Merah
III Kuning
IV Hijau

A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D II dan IV

Menghafal roda warna dapat memberi banyak input dalam memahami bab ini.
Langkah menghasilkan Roda Warna :

Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3

Kelebihan jika dapat menghafal Roda warna :


I. Kenal Warna Asas, Sekunder dan Tertier ( Warna asas juga dikenali sebagai Warna Primer dan Warna Utama)
II. Warna harmoni (bersebelahan dalam roda warna)
III. Warna Penggenap/ komplimentari (bertentangan dalam roda warna
IV. Kedudukandan jenis warna panas dan sejuk
V. Warna Neutral yang tiada dalam roda warna (Hitam,Putih dan Kelabu)
11. Gubahan warna berikut sering digunakan untuk menggambarkan perspektif ruang .

A Warna asas
B Warna sewarna
C Warna neutral
D Warna penggenap

Warna sewarna Warna bertidak negatif Warna bertindak positif


(warna harmoni,sekeluarga,ton yang sama (Warna berkontra dan berbeza mudah
Kesan : sukar di baca ) dibaca dan menyampaikan mesej)
PRINSIP REKAAN :
HARMONI,PENEGASAN,IMBANGAN,KONTRA,KESATUAN
KEPELBAGAIAN, IRAMA DAN PERGERAKAN .

HARMONI : PANDUAN SOALAN


12. Cara paling mudah mewujudkan harmoni pada sesuatu rekaan

A Menggunakan warna –warna penggenap


B Susunan bentuk-bentuk yang bervariasi
C Ulangan unsur seni yang seimbang
D Rupa positif dan negetif disusun bersama

Definisi Harmoni : ulangan unsur seni yang sesuai dan seimbang

Harmoni bentuk Harmoni warna Harmoni rupa


PENEGASAN : PANDUAN SOALAN
13.Prinsip penegasan dapat menarik perhatian sesebuah karya. Tujuan
lain penegasan ialah

A Memberi titik tumpu


B Menunjukkan kemahiran
C Menambah rasa bosan
D Menimbulkan kesan tidak tentu

Definisi : Penegasan : unsur yang menonjol,kontra ganjil dalam sesuatu gubahan

Contoh penegasan Penegasan bentuk (saiz) Penegasan rupa


IMBANGAN : PANDUAN SOALAN
14. Di antara gambar yang ditunjukkan di bawah, yang manakah menekankan tentang imbangan simetri dalam penghasilannya

I II III IV
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Definisi Imbangan : kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan

Imbangan simetri Imbangan tidak simetri/asimetri (ruang tamu) Imbangan tidak simetri

KONTRA : PANDUAN SOALAN


15. Bendera Jalur Gemilang kelihatan menarik kerana

A Kontra dari segi ruang


B Kontra dari segi warna
C Kontra dari segi jalinan
D Kontra dari segi garisan

16. Poster wayang gambar di bawah amat menarik dan memberi kesan kerana _____________
A Kesan imbangan simetri
B Irama dan pergerakan air
C Warna harmoni pada laut
D Kesan kontra pada tajuknya

Definisi Kontra : unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan

Kontra warna Kontra Garisan Kontra Bentuk

KESATUAN : PANDUAN SOALAN


17. Prinsip rekaan yang jelas kelihatan pada catan di bawah ialah ________________

A Kesatuan dan harmoni


B Kesatuan dan penegsan
C Harmoni dan imbangan
D Imbangan dan kontra

18. Pilih kumpulan objek yang menunjukkan wujudnya kesatuan ?


A Baju, seluar dan bola
B Kasut, selipar dan setokin
C Manggis, durian dan buku
D Motosikal, kereta dan durian

Definisi Kesatuan : Gubahan kesemua unsur seni, prinsip rekaan, media dan teknik di dalam karya mempunyai satu tema atau idea yang
sama dan menyeluruh. (menimbulkan suasana tenteram ,teratur dan selesa)
Contoh kesatuan dalam karya seni visual

KEPELBAGAIAN : PANDUAN SOALAN


19. Kepelbagaian dalam gambarajah berikut menggabungkan elemen berlainan dari segi

A Rupa
B Bentuk
C Jalinan
D Ruang

Definisi Kepelbagaian : penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan. 
Contoh Prinsip Kepelbagaian

IRAMA DAN PERGERAKAN : PANDUAN SOALAN


20. Ilusi irama dan pergerakan dapat dilihat melalui
A seni lakon
B seni visual
C seni silat
D seni tari

21. Berdasarkan gamba rajah di bawah. Prinsip rekaan apakah yang ingin ditunjukkan ?

A Kontra
B Penegasan
C Pergerakan
D Kepelbagaian
22. Penggunaan prinsip pergerakan dalam penghasilan karya seni visual bertujuan untuk

I Mengelakkan kebosanan
II Menimbulkan kepelbagaian dalam karya
III Mengurangkan perhatian dalam penggunaan warna pada karya
IV Membolehkan karya seni kelihatan bergaya dan hidup

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

INFO : KEBANYAKAN SOALAN DALAM PRINSIP REKAAN MERUPAKAN GABUNGAN KEPADA BEBERAPA PRINSIP REKAAN

23. Ilustrasi di bawah menunjukkan gabungan prinsip rekaan yang jelas menunjukkan ciri-ciri

A Imbangan dan harmoni


B Imbangan dan kesatuan
C Penegasan dan pergerakan
D Penegasan dan kepelbagaian
24. Gambar di bawah merupakan sebuah karya lukisan . Apakah prinsip rekaan yang diabaikan dalam karya tersebut ?

A Perspektif
B Imbangan
C Kesatuan
D Kontra

25. Kraf tekat dimensi baru di bawah menekankan dua prinsip rekaan dalam penghasilannya.

I Harmoni
II Kepelbagaian
III Imbangan
IV Pergerakan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

“ manusia yang tidak merancang sebenarnya sedang merancang untuk gagal ”


aminuddinrohani

Anda mungkin juga menyukai