Anda di halaman 1dari 1

%

___
NASIONAL

Tokoh sejarawan Kedah


meninggal dunia
Disember 19, 2020 @ 11:38pm

TOKOH sejarawan Kedah yang juga bekas Pengerusi Persatuan


Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Datuk Dr Wan
Shamsuddin Mohd Yusof.

ALOR SETAR: Tokoh sejarawan Kedah yang juga


bekas Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia
Cawangan Kedah (PSMCK), Datuk Dr Wan
Shamsuddin Mohd Yusof, meninggal dunia
dipercayai kerana sakit tua di Pusat Perubatan
Kedah (KMC), hari ini.

Pengerusi PSMCK, Dr Ibrahim Bakar, berkata


Wan Shamsuddin, 88, meninggal dunia jam 6.15
petang tadi dan jenazah telah dibawa pulang ke
kediaman keluarga arwah, di sini.

Beliau berkata, difahamkan jenazah


Allahyarham akan dikebumikan pada pagi esok.

Ad

Sifat "cekal" adalah faktor penentu yang


mendorong anak ke arah kecemerlangan
bermakna
by Milo

Find Out More

"Saya amat terkejut apabila menerima berita


kematian beliau kerana baru saja bersembang
dengan Allahyarham ketika berjumpa, baru-baru
ini.

"Pemergian Allahyarham adalah kehilangan


sangat besar bukan saja kepada persatuan
tetapi juga seluruh Kedah.

"Allahyarham diibaratkan khazanah ensiklopedia


sejarah kerana sangat mencintai dunia sejarah,"
katanya ketika dihubungi Bernama, malam ini.

Setiausaha Kehormat PSMCK, Mohd Faisal


Mustaffa, menyifatkan Allahyarham yang mesra
dengan panggilan 'Tok Wan' ketika hayatnya,
sebagai seorang yang mesra dan memiliki
minat mendalam dalam bidang sejarah.

"Selepas meninggalkan jawatan Pengerusi


PSMCK, kita telah melantiknya sebagai
Penasihat persatuan kerana beliau adalah
seorang yang berpengetahuan.

"PSMCK juga selalu memanggil beliau ke


seminar dan program anjuran kita untuk
menyampaikan mengenai sejarah negara,
terutama Kedah," katanya.

Sementara itu Menteri Besar Kedah,


Muhammad Sanusi Md Nor, turut merakamkan
ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham
dan menyifatkan pemergian tokoh itu sebagai
kehilangan besar yang sukar dicari ganti.

Beliau berkata, legasi ditinggalkan Allahyarham


sepanjang tempoh menerajui PSMCK telah
memberikan impak besar dalam penerokaan
minat terhadap aktiviti persejarahan dan
kebudayaan masyarakat negeri ini.

Katanya, Allahyarham membuktikan


kesungguhan serta minat amat mendalam
terhadap bidang kaji selidik dan penghasilan
artikel, jurnal serta buku berkaitan sejarah
Kedah yang bernilai tinggi.

"Semoga usaha bakti Allahyarham dibalas


dengan sebesar-besar ganjaran pahala di sisi
Allah SWT," katanya dalam satu kenyataan,
malam ini. – BERNAMA

Ad

Asap rokok punca kemudaratan kesihatan

by Philip Morris

Find Out More

BERITA BERKAITAN

NASIONAL
Feb 22, 2019 @ 5:44pm

Kekangan kewangan punca


terusan tidak dipulihara

SASTERA
Mei 6, 2020 @ 7:13am

Mahsuri bukan kisah dongeng

BHPLUS
Mei 6, 2015 @ 12:03am

Sejarah Selangor terbengkalai

NASIONAL
Nov 18, 2020 @ 2:55pm

Tokoh politik Kedah, Khalid


Abdullah meninggal dunia

Disyorkan untuk anda

Start planning your next Sungai Petani: Get


family trip with these 7 Unsold cars from 2019
meaningful vacations. For A Fraction of Their
Tourism Australia Value
New Cars | Search Ads

International Dating Site See Everything from


With Thousands Of Miles Away with This
Singles $47 Monocular
EuroDate.com Smart Tech Trend

See dental implant prices Do you want to move to


in 2020 - Don't overpay Canada but don’t have a
Dental Implants | Search Ads job offer? NP - there’s a
Way!
CanadianVisa.Org

Iklan oleh

TERKINI PILIHAN PEMBACA DISYORKAN

3h Pekerja Myanmar maut dihempap


kren terbalik

4h Amaran cuaca peringkat kuning di


beberapa negeri

4h Kes kartel daging: Syarikat terbabit


akan diumum selepas pendakwaan
selesai

5h Tokoh sejarawan Kedah meninggal


dunia

5h Keputusan aksi Crystal Palace-


Liverpool

5h SDP beri keutamaan tinggi kepada


kebajikan pekerja

6h Jadikan pandangan TMJ sebagai


cabaran buat Selangor

6h Helmi ungguli pusingan 5 Cub Prix


Malaysia PETRONAS

6h 9 pesakit COVID-19 maut dalam


kebakaran

6h Faiz Subri mungkin gantung but


tahun depan

TRENDING

KES 8 jam yang lepas

Lelaki parah ditetak, 6 ditahan

BOLA 8 jam yang lepas

Safawi dijangka pulang dalam


tempoh terdekat

NASIONAL 9 jam yang lepas

Dua beranak selamatkan


pemandu hanyut bersama
kereta

ASIA 11 jam yang lepas

20 tahun meringkuk di penjara


sebelum didapati tidak
bersalah

SELEBRITI
Dis 19, 2020 @ 4:00pm

AJL35 : Isu disiplin punca


Yonnyboii gagal?

KES Dis 19, 2020 @ 11:20am

Misteri bau busuk bawa


penemuan mayat, suami isteri

IKUTI KAMI DI:

! " # $

BERITA MULTIMEDIA
BHPLUS Foto

Nasional BHTV

Kes Infografk

Politik
LANGGAN
Pendidikan
Akhbar Digital
Wilayah
Akhbar BH

SUKAN
PERKHIDMATAN
DUNIA Iklan Web

1Klassifeds
HIBURAN
NSTP KLiK
BISNES

RENCANA

WANITA

HUJUNG MINGGU

2020 © BH, New Straits Times Press (M) Bhd. A part of


Media Prima Group

Redaksi Disclaimer

Notis Perlindungan Data Peribadi

Anda mungkin juga menyukai