Anda di halaman 1dari 4

24/10/2016 Warga asing kahwin rakyat tempatan meningkat ­ Sinar Harian

SENTIASA
BERHUBUNG 
ENGLISH Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Kolumnis Rencana Wawancara Sinar TV

VIRAL FAKTA AUTA GPS BESTARI KAMPUS TURBO REHAL ULTRAS UMPAN WOW MAKAN DI MANA ENTRI BLOG PENDAPAT

Warga asing kahwin rakyat tempatan meningkat


Loading video ...
22 MEI 2013

KOTA
Like Share 77 Share Tweet

KINABALU ­ Jumlah perkahwinan warga asing dengan penduduk tempatan Sabah mencecah hampir 20,000
sejak tahun 2000 sehingga tahun ini, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) diberitahu hari ini.

Baharuddin Alwi, yang berkhidmat di Jabatan Agama Islam Sabah (JAIS) berkata statistik jabatan itu
menunjukkan 8,859 lelaki warga asing berkahwin dengan wanita di negeri ini dari tahun 2000 hingga Oktober 1:29
2012.
Following this weekend's Premier League
Beliau yang merupakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran Syariah, di JAIS berkata 10,922 wanita action, we look at what was said by some
Premier League managers.
warga asing pula berkahwin dengan lelaki  tempatan dalam tempoh sama.

Baharuddin berkata sejak tahun 2000 hingga 2013 jumlah perkahwinan warga asing yang direkodkan ialah + More Videos


19,781.

Saksi itu berkata perkahwinan warga asing juga meningkat daripada 399 pada tahun 2000 kepada 2,545 pada
Oktober 2012.

Menjawab soalan pegawai pengendali Datuk Azmi Arifin, saksi ke­78 itu berkata mengikut Undang­Undang Islam
Negeri Sabah setiap perkahwinan warga  asing mesti didaftarkan dengan JAIS.

Ketika ditanya pengerusi Suruhanjaya Tan Sri Steve Shim Lip mengenai relevan soalan perkahwinan warga asing
itu, Azmi menjawab ia bagi menunjukkan perkahwinan itu menyebabkan populasi penduduk Sabah meningkat.

Shim juga meminta Baharuddin mengemukakan statistik perkahwinan sebelum tahun 2000, di mana saksi itu
memberitahu bahawa pihaknya memerlukan  masa untuk berbuat demikian kerana rekod sebelum tahun itu
dibuat secara manual.

Baharuddin juga berkata warga asing itu termasuk Filipina, Bangladesh, Algeria dan Afganistan.

Saksi itu memberitahu Suruhanjaya bahawa warga asing yang hendak berkahwin dengan rakyat tempatan
mestilah mengemukakan dokumen pengenalan diri  yang sah seperti pasport, IMM13 iaitu resit pengenalan diri
sementara dan surat bancian.

Kepada soalan lain, Baharuddin berkata memang terdapat perkahwinan gadis di bawah umur 16 tahun di negeri
itu tetapi sebelum perkahwinan mereka  didaftar di JAIS, pemohon mesti mendapat kebenaran untuk berkahwin
dari Mahkamah Syariah terlebih dahulu.

Sementara itu, Penolong pengarah Unit Kanak­Kanak di Jabatan Kebajikan Masyarakat Sabah Mohd Azlan
Hussin berkata jabatan itu telah membantu kanak­kanak jalanan warga asing dengan menempatkan mereka di
Rumah Perlindungan Ihsan dengan menyediakan tempat tinggal, buku, alat tulis, makanan dan pakaian.

Saksi ke­77 itu berkata sejak Jun 2007 hingga Okt 2012, seramai 1,455 kanak­kanak jalanan berumur enam
tahun hingga 18 tahun tinggal di situ.

"Daripada jumlah itu, 1,119 adalah kanak­kanak lelaki manakala 336 lagi perempuan," katanya sambil COVER HARI INI


menambah kanak­kanak ini masuk ke Sabah bersama ibu bapa atau penjaga mereka tanpa sebarang dokumen
pengenalan diri.

Beliau menerangkan selepas mereka berumur 19 tahun, sekiranya tiada ibu bapa atau penjaga datang menuntut,
mereka akan ditempatkan di penempatan tahanan sementara orang dewasa.

Saksi itu juga tidak menafikan berlakunya eksploitasi buruh kanak­kanak di samping masalah sosial lain
melibatkan kanak­kanak jalanan ini.  
Sementara itu, saksi ke­79 yang merupakan ketua jurutera Sabah Electric Sdn Bhd (SESB) Christiana Linus
Majail, berkata pihaknya menjalankan operasi secara bulanan di setiap kawasan setinggan di negeri itu bagi
membendung masalah kecurian talian elektrik.

http://www.sinarharian.com.my/warga­asing­kahwin­rakyat­tempatan­meningkat­1.162876 1/4
24/10/2016 Warga asing kahwin rakyat tempatan meningkat ­ Sinar Harian
Beliau berkata syarikat itu mencatat kerugian besar akibat kecurian elektrik yang berlaku di lima kawasan
setinggan di negeri ini iaitu di Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, Semporna dan Lahad Datu.

"Sebagai contoh di Kota Kinabalu dari tahun 2009 hingga tahun lepas jumlah kerugian direkodkan ialah #Kitalah Malaysia


RM3,717,720 membabitkan 33 kawasan setinggan dengan penghuni seramai 5,530," katanya.
Wanita Siam berjiwa besar

Memancing bersama erat hubungan


Kepada soalan sama ada tindakan mahkamah diambil terhadap mereka yang melakukan kesalahan ini,
Mahir cakap Mandarin kerana muzik
Christiana berkata beliau kurang pasti mengenai perkara itu.

Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Sabah Datuk Siti Aishah Mohd Asri pula menafikan jabatan itu tidak memberi
Koleksi Siri Wacana Sinar
peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan malah berkata peluang itu sentiasa terbuka kepada mereka.
‘ ’
Wacana Merdekakah Media Kita? Selasa
Beliau berkata jabatan itu telah menjalankan promosi dalam sektor pertanian, peladangan dan pembinaan yang
depan
banyak dimonopoli warga asing kepada rakyat tempatan tetapi majikan masih sukar menarik minat mereka ke Pemimpin kena jujur, jangan khianat

dalam sektor itu. Wacana: 'Politik Malaysia: Di Manakah

Melayu?'
Beliau bersetuju dengan cadangan pegawai pengendali Manoj Kurup bahawa sektor itu dianggap 'dull, dirty,
dangerous and difficult' (tidak menarik, kotor, bahaya dan sukar) oleh rakyat negeri itu.
PR1M
Siti Aishah juga berkata negeri itu tidak membenarkan majikan mengambil warga asing bekerja sebagai
pengawal keselamatan atas faktor keselamatan. Tak pernah putus asa hantar PR1M

Pinjam kereta hantar borang


Saksi ke­76 itu berkata jabatan itu bertanggung jawab dalam menguruskan permohonan lesen pengambilan Rezeki pertama kali mencuba

pekerja asing yang dikemukakan majikan.

Prosiding di hadapan lima anggota panel diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim DIALOG HARI INI


Lip Kiong bersambung esok.

Panel itu turut dianggotai bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Professor Datuk Seri Dr Kamaruzaman
Ampon, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Datuk Kee Mustafa dan bekas timbalan ketua menteri dan bekas peguam besar Sabah Tan Sri Herman J.Luping.
­ Bernama

ARTIKEL BERKAITAN

Sinar Harian
2,891,864 likes
YKKM bantu urus jenazah Angkasa akan serah kertas Rayu kerajaan buka semula
warga asing, hantar pulang cadangan urus kemasukan pengambilan pekerja asing
amah
Like Page Use App

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan

melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan

pandangan dan pendirian kami.

http://www.sinarharian.com.my/warga­asing­kahwin­rakyat­tempatan­meningkat­1.162876 2/4
24/10/2016 Warga asing kahwin rakyat tempatan meningkat ­ Sinar Harian

5 Comments Sort by  Oldest Tweets by  @SinarOnline


SinarOnline 
@SinarOnline
Add a comment...
Negara jangan bergantung sumber petroleum 
sahaja ow.ly/yfKG305sysH 

Arizam Shaila · Polisas
PANDANGAN PERIBADI : maklumat dari Jabatan Agama Islam Sabah (JAIS) orang
beragama Islam berkahwin dengan orang asing dari tahun 2 000 ­ kini hampir 20 000
orang.yang bukan beragama Islam belum tahu lagi.maklumat perkahwinan sebelum
tahun 2 000 ambil masa lama kerana rekod dibuat secara manual.warga asing yang
berkahwin dengan rakyat tempatan ada yang berasal dari
Bangladesh,Afganistan,Algeria selain Filipina dan Indonesia.barangkali ada juga dari
Pakistan sebab pernah dengar cerita ini dari orang berasal dari Sabah.kenapa hal ini
hanya berlaku di Sabah.adakah kedudukan geografinya stategik.adakah senang untuk
mendapatkan Kewarganegaraan Mudah........
Like · Reply ·  1 · 23 May 2013 04:57
  1m
Mohd Din Ahmad · Maktab Tentera Diraja Malaysia
Cegah sebelum parah. Masalah ini jika tidak ditangani dengan baik pasti menggugat SinarOnline 
negara dan penduduk Sabah. Jangan biarkan pewrkara ini berlarutan dan tindak perlu @SinarOnline
diambil kenapa hal ini boleh berlaku. Tak pernah putus asa hantar PR1M 
Like · Reply · 23 May 2013 08:38 ow.ly/uRhj305synj 

Ahmad Nordin · Universiti Kebangsaan Malaysia
Dapat kahwin satu kejayaan...Kalau dapat kerakyatan kejayaan berganda
lagi..bertambah2nya bilangan rakyat segera Sabah dan Malaysia kita................
Like · Reply ·  1 · 23 May 2013 12:40
Embed View on Twitter
Aravinthan Marimuthu · Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)
kalo krajaan x menggubal undang2 dan juga tiada penguatkuasaan yg betul..maka x
Kerjaya @ Karangkraf
hairan la kalo rakyat asal sabah sarawak akan menjadi kaum minority suatu ketika
Lagi Kerjaya >>
nanti........kalo rakyat asli sabah srawak sendiri pon x heran dan buat tak kisah jer....biar
padan muka mereka nanti ......hahahahah
Like · Reply · 23 May 2013 13:29
Sinar TV  
Sulhan Mohamed Sinar TV
org pompuan malaysia nk tukar taste international gitu.... yg bukan islam pulak berapa
ramai boss? data atas tu utk org islam jek kan? mau ratusan ribu pulak.... dirgahayu
malaysiaku
Like · Reply · 3 July 2013 14:53

Facebook Comments Plugin

SinarOnline 
@SinarOnline

Negara jangan bergantung sumber


2m   

   

SYARAT & PENAFIAN | PENGIKLANAN | HUBUNGI KAMI | KERJAYA

               
BUKU RESEPI NOVEL FAMILI BUSANA STAILO PERSONALITI

'You tak solat, tak Nasi campur Sayangku Cik Sahkah cerai sms, POPLOOK Dua Model baharu Bidang guaman

solat bermakna RM2.50 Tiramisu: Bab 4 luar mahkamah? perkenal koleksi Citroen jadi pilihan

tak patuh agama' Occasion Zizaleena

Resolusi terbaik pada 1024 x 768

http://www.sinarharian.com.my/warga­asing­kahwin­rakyat­tempatan­meningkat­1.162876 3/4
24/10/2016 Warga asing kahwin rakyat tempatan meningkat ­ Sinar Harian

© 2012 All Rights Reserved • Karangkraf Media Group

© 2012 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf

http://www.sinarharian.com.my/warga­asing­kahwin­rakyat­tempatan­meningkat­1.162876 4/4

Anda mungkin juga menyukai