Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Selamat sejahtera. Bersyukur kehadarat Tuhan kerana dengan limpah kurniaNya


dapat juga kami menyiapkan kerja kursus yang telah diusahakan selama ini. Kerja kursus ini
amat penting buat kami memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja
khusus subjek.

Sekalung penghargaan untuk ENCIK SARUDIN BIN MD AMIN kerana memberikan


tunjuk ajar kepada kami sepanjang kami menyiapkan kerja kursus ini. Selain itu, kami juga
sangat menghargai jasa guru subjek kami kerana memberikan bimbingan dan nasihat yang
amat berguna untuk tugasan kami. Budi dan sikap tolak ansur beliau amat kami hargai.

Selain itu, setinggi-tinggi penghargaan juga ke atas kedua ibu bapa kami yang terlalu
banyak memberi sokongan dan dorongan terhadap kami untuk terus berusaha menyiapkan
tugasan ini. Terima kasih yang tidak terhingga juga kami ucapkan kerana memberikan
bantuan dari segi kewangan. Banyak yang telah kami pelajari sepanjang proses penyiapan
kerja kursus ini dijayakan. Ianya memberikan kami seribu satu pengalaman yang amat
bermakna.

Di samping itu, tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama
berhempas pulas dalam menyempurnakan kerja kursus masing-masing. Bantuan kalian dari
segi informasi terkini mengenai kerja kursus amat kami hargai. Budi kalian yang sanggup
meluangan masa untuk memberikan kami maklumat tidak akan kami lupakan. Kami
mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau
sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. Segala bantuan yang telah mereka hulurkan
amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini
mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

Akhir madah, kami berharap semoga hasil tugasan kami ini sedikit sebanyak dapat
memberi manfaat kepada semua orang khususnya kepada kami berdua sebagai bakal guru
kepada anak bangsa pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai