Anda di halaman 1dari 6

KULIAH 7: KESANTUNAN LISAN DAN

PENULISAN
Kesantunan Lisan
• Kesantunan dalam komunikasi lisan melibatkan:-
a. Penggunaan bahasa yang sopan, beradab dan halus
b. Penggunaan bahasa tubuh yang beradab dan bertatasusila

• Dalam komunikasi lisan penggunaan bahasa dan gerak balas


tubuh badan dapat didengar dan dilihat serta-merta

• Ini bermakna ia dinilai dengan serta merta, dan dapat


menimbulkan kesan yang serta-merta juga.

• Baik budi bahasa kita, baik pula budi bahasa orang yang
dilawan bercakap.

• Buruk budi bahasa kita, buruk pulalah kemungkinannya


tindak balas yang kita terima.

• Dari segi bahasa, aspek-aspek kesantunan yang perlu


diambil perhatian ialah:
a. Ciri-ciri sebutan yang sempurna menunjukkan sikap
yang sopan
b. Suara dan intonasi yang sopan
c. Pemilihan kata dan ayat yang sopan dan halus
d. Penggunaan kata sapaan yang betul dan sesuai
e. Penggunaan sistem panggilan yang betul
f. Gaya bahasa yang sesuai
d. Isi perbincangan yang tidak sensitif

• Dari segi bahasa tubuh badan, aspek-aspek kesantunan


yang perlu diambil perhatian ialah:
a. Gaya percakapan yang sopan
b. Pandangan mata yang sesuai
c. Gerak laku yang bertatasusila
d. Mimik muka yang positif
e. Hayunan tangan yang sesuai
f. Imej diri

•Komunikasi secara lisan terdapat dalam bentuk:


a. Rasmi/formal - mesyuarat, syarahan,ucapan, pidato,
forum dan lain-lain
b. Tidak rasmi/ tidak formal - perbualan telefon,
perbualan di kedai kopi, perbualan di majlis kenduri
dan lain-lain

• Komunikasi lisan secara formal dan tidak formal


mempunyai peraturan yang berbeza dari segi
penggunaan bahasa, kata panggilan, kata sapaan dan
gerak laku

• Sebagai contoh untuk urusan jual beli di pasar atau di kedai makan
masih perlu dijaga kesesuaian penggunaan kata sapaan dan budi
bahasa.

• Dalam keadaan itu lebih baik digunakan sahaja sapaan yang neutral
seperti `cik ’ atau `saudari ’ , `encik ’ dan `saudara ’ . Orang tua pula
belum tentu sesuai disapa dengan panggilan `pak cik’ atau `mak cik’
kerana ia mungkin tidak gembira disapa dengan cara itu. Maka
`encik ’ dan `puan ’ lebih wajar digunakan untuk menyapa orang
berumur yang tidak kita kenal.

• Pemilihan kata, ungkapan, ayat dan gaya hendaklah sesuai dengan


bentuk dan taraf sesuatu majlis atau urusan yang berkenaan.

• Ragam bahasa perlu dirancang supaya sesuai dengan majlis atau


urusan agar tujuan dan hajat tercapai dan pada waktu yang sama
kesantunan bahasa tetap terpelihara.

• Dalam semua suasana dan urusan rasmi, kesantunan bahasa


hendaklah berasaskan ragam bahasa rasmi, iaitu ragam bahasa yang
secara maksimumnya mematuhi peraturan-peraturan bahasa baik
daripada sudut linguistik, sosiolinguistik mahupun pragmatiknya.

• Penutur untuk majlis rasmi perlu menggunakan bahasa yang baik


susunannya serta mematuhi sistem bahasa.

• Bahasa yang digunakan hendaklah menepati adap sopan yang


berkaitan dengan sistem sosial.

• Sebagai contoh, penggunaan kata ganti dan kata panggilan hormat


serta pangkat hendaklah menurut sistem yang telah disahkan oleh
pihak berkuasa.
Kesantunan Penulisan
• Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan
pendapat dalam bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca
atau digunakan pada masa akan datang

• Komunikasi penulisan melibatkan penggunaan bahasa secara


bertulis sama ada dalam situasi rasmi/formal atau tidak rasmi/tidak
formal

• Bentuk komunikasi bertulis secara formal ialah:


a. Surat kiriman rasmi
b. Laporan
c. Kertas kerja
d. Ucapan rasmi
e. Pidato
f. Minit mesyuarat dan lain-lain

• Bentuk komunikasi bertulis secara tidak rasmi seperti


penulisan surat kepada sahabat, ibu bapa dan lain-lain.

• Dalam bentuk komunikasi bertulis aspek-aspek


kesantunan yang perlu diberikan perhatian ialah seperti:-
a. Penggunaan kata panggilan yang betul
b. Kata sapaan yang betul
c. Gaya bahasa yang tepat
d. Pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan konteks
e. Isi yang tidak sensitif

Anda mungkin juga menyukai