Anda di halaman 1dari 4

MAKTAB MAHMUD

POKOK SENA (SABK)

HARI PENDAFTARAN
PELAJAR ASRAMA
TINGKATAN 1, 4 & 5

18 & 19 JANUARI 2021 |


9:00 - 12.00 TENGAH HARI
DEWAN MAKAN AS-SYAKIRIN

MOTTO SEKOLAH:

'Sahsiah Terpuji, Pencapaian Tertinggi'


PENGENALAN:

Selamat datang kepada semua pelajar baharu Tingkatan 1 dan selamat kembali
kepada semua pelajar asrama lama ke asrama MMPS. Tahniah kerana anda telah
dipilih dan terpilih oleh Allah S.W.T. sebagai salah seorang daripada warga
asrama MMPS. Bagi pelajar baharu, cubalah untuk menyesuaikan diri dengan
kehidupan asrama dengan sebaik mungkin walaupun agak sukar. Ingatlah
selepas setiap kesukaran, akan ada kesenangan. Terdapat banyak kebaikan dan
keburukan tinggal di asrama dan ia amat bergantung kepada keteguhan jati diri
para pelajar itu sendiri. Berikut adalah senarai kebaikan tinggal di asrama; lebih
masa untuk belajar, Lebih masa untuk merujuk kepada rakan sekelas dan guru-
guru bagi mendapatkan maklumat dan nasihat, Menjadi lebih berdikari dan Lebih
masa untuk aktiviti ko-kurikulum. Manakala keburukan hidup di asrama pula ialah
terpaksa berjauhan daripada ibubapa, Pendedahan kepada rakan-rakan yang
negatif, perhubungan yang semakin renggang dengan ibubapa dan keluarga
sendiri dan masalah untuk Menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling yang
baru. Jadi,elakkan daripada kawan-kawan yang tingkah laku berisiko, Menjalin
persahabatan yang baik dan mendalam, Belajarlah dengan tekun dan ambil
bahagian dalam aktivitiko-kurikulum. Kehidupan di sekolah berasrama memberi
lebih banyak manfaat jika seseorang itu sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni
dalam mengharungi kehidupan di asrama. Anda akan menjadi seorang pelajar
yang lebih berdisiplin, mempunyai jati diri yang tinggi dan berjaya menyesuaikan
diri hidup bermasyarakat. Sunggguh pun ibubapa atau pun penjaga anda berada
jauh dari anda, anda masih dapat menghargai dan mengamalkan nilai-nilai murni
yang mereka telah ajar kepada anda sekarang dan di masa hadapan.

OBJEKTIF :

Medium interaksi antara pihak pentadbiran, para warden, penyelia asrama dan
ibu bapa/waris.
Mengukuhkan jalinan ukhuwah sesama penghuni asrama.
Menjelaskan peraturan asrama kepada para pelajar asrama dan ibu bapa/waris.

TENTATIF:

7.30 – 8.00 pg : Persiapan tempat & persediaan bahan pendaftaran


8.00 - 12.00 tgh : Pendaftaran pelajar tingkatan 1, 4 & 5
Pembelian barang keperluan asrama
Penempatan katil & dorm
12.00 tgh : Bersurai

NOMBOR UNTUK DIHUBUNGI:

GPK HEM : 013-2090421 (Us. Mohd. Alawi)


Ketua Warden : 017-4894340 (Us. Thalib)
Murobbi : 017-5514409 (Saudara Zikri)
Pejabat Sekolah : 04-7870624
Fax Sekolah : 04-7876934
E-Mel Sekolah : kft2004.ppdkotasetar@gmail.com
JK PENGURUSAN ASRAMA:

Pengetua : Pn. Aishah binti Abdullah


GPK Pentadbiran : Us. Mohammad Yusri bin Yahaya
GPK HEM : Us. Mohd. Alawi bin Abdul Kudus
GPK Kokurikulum : Ust. Asmawiah binti Om
GPK Tingkatan 6 : Us. Khairuzi bin Abu Bakar
Ketua Warden : Us. Thalib bin Md. Rejab
Setiausaha : Ust. Masyitoh binti Yaacob

Ahli Jawatankuasa :
Ust. Ilmi Musfiroh binti Ahmad Halimi Warden
Ust. Najwa binti Musa@Ghazali Warden
En. Kodir bin Othman Warden/Penyelia Asrama
Pn. Noraini binti Musa Penyelia Asrama
En. Mohammad Zikri bin Zulkifli Murobbi

PERATURAN KHAS ASRAMA:

Waktu melawat: Jumaat (2.00 - 6.00 petang)


Sabtu (2.00 - 6.00 petang)
Hari Cuti Umum

Selain daripada hari dan waktu ini, para ibu bapa/waris tidak dibenarkan
melawat anak masing-masing melainkan terdapat hal kecemasan sahaja.
Para ibu bapa/waris perlu melapor diri & menandatangani buku pelawat setiap
kali berjumpa dan membawa pelajar keluar dari asrama.

Waktu outing: Sabtu (2.00 - 6.00 petang) dan bergilir-gilir antara putera dan puteri

Keluar kawasan atas urusan penting : ibu bapa/waris perlu menghantar surat
permohonan kepada PK HEM sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh
permohonan.

Kawasan larangan: Kawasan asrama merupakan kawasan larangan kepada


semua waris.

JADUAL BALIK KAMPUNG:

Peraturan Keluar Masuk/Outing/Balik Kampung:


Pakaian rasmi sekolah/asrama semasa pulang ke rumah & kembali ke asrama
Wajib isi buku rekod asrama dengan lengkap (serah kepada AJK Asrama)
Sila patuhi standard operasi pengawal keselamatan
Tidak dibenarkan menumpang kawan atau keluar kawasan asrama tanpa
kebenaran pengetua, GPK HEM, ketua warden atau warden bertugas
Tindakan disiplin akan diambil kepada pelajar yang gagal mematuhi peraturan
keluar dan masuk asrama.

Masa:
Sebulan sekali
Cuti Umum
Cuti Perayaan
Cuti Pertengahan Penggal 1&2
Cuti Akhir Tahun
LAGU TEMA ASRAMA:

‫( ﺑﺴﻢ رﺑﻨﺎ اﻟﻮاﺣﺪ اﻷﺣﺪ‬DenganNama Tuhan Yang Wahid dan Esa)


‫( ﻋﲆ ﻫﺪي رﺳﻮﻟﻨﺎ ﺣﺒﻴﺒﻨﺎ أﺣﻤﺪ‬Atas petunjuk Rasul dan Kekasih kita Muhammad)
‫( ﻋﲆ ﻧﻬﺞ دﻳﻨﻨﺎ ﺗﻮﺣﻴﺪ و اﺗﺤﺎد‬Atas manhaj agama kita iaitu Tauhid dan penyatuan)
‫( ﻳﻌﻠﻮ وﻻ ﻳﻌﲆ ﻋﻠﻴﻪ‬Tertinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya)
‫( ﺧﺎﻟﺪ إﱃ اﻻﺑﺪ‬Kekal hingga selamanya)
Wahai saudara, kini masanya, Kita bersatu, hindar sengketa

‫ﺷﻌﺎرﻧﺎ ﺷﻌﺎرﻧﺎ اﻟﺤﻞ ﻓﻲ اﻻﺳﻼم‬


‫دﺳﺘﻮرﻧﺎ دﺳﺘﻮرﻧﺎ اﻟﺤﺐ واﻟﺴﻼم‬
Syiar kita, syiar kita
Islam, Penyelesaian
Dustur kita, dustur kita
Cinta dan keamanan (Corus)

‫( ﻧﺤﻮ ﻣﺠﺪ ﺗﻠﻴﺪ‬Menuju keagungan yang mendatang)


‫( واﻟﻨﻬﻀﺔ ﻣﻦ ﺟﺪﻳﺪ‬Dan kebangkitan semula)
‫( ﺑﺎﻟﺠﻬﺪ واﻟﺪﻋﺎء‬Dengan kesungguhan dan doa)
‫( ﺑﺎﻟﻌﺰم واﻟﻔﺪاء‬Dengan keazaman dan pengorbanan)
Wahai saudara, kini masanya, Kita bersatu, hindar sengketa

Umat kini, sengsara ditindas bagai


hidangan diratah semahunya
Laksana buih, di lautan tiada harga
Walau jutaan, namun hanyut, dek arusnya
(Ulang Corus)

Here we are, standing together (Di sini kita berdiri bersama)


To prove to the world (Untukmembuktikan kepada dunia)
That we are still here (Bahawa kita umat Islam masih ada)
Islam is peace and harmony (Islam ialah keamanan dan keharmonian)
The only remedy (Satu-satunya penawar)
To heal the sorrow world (Untuk merawat dunia yang menderita)
Regain the glory (Dan untuk mengembalikan kegemilangan)
(Ulang Corus)

Anda mungkin juga menyukai