Anda di halaman 1dari 1

PENGISIAN MASA RELIEF KE ARAH MEMPERKASAKAN MASA

INSTRUKSIONAL

Ros Eliana Binti Ahmad Zuki, Ph.D1, Mazlan Bin Arif, Ph.D2, Sanif Bin Sapaat3

1,2,3
Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim
Johor

Email : eliana_pmm@yahoo.com

ABSTRAK

Ketiadaan guru mengikut jadual waktu kelas kerana menjalankan tugas rasmi di luar sekolah
atas arahan PPD, JPN dan KPM serta ada juga yang cuti sakit menyebabkan waktu
pengajaran dan pemudahcaraan (pdpc) di ganti oleh guru lain,. Bila mana guru lain diarahkan
masuk ke kelas mengganti guru asal, masa itu diistilahkan sebagai masa relief. Masa relief
merupakan masa instruksional yang perlu dipastikan dapat digunakan oleh guru secara
berkesan di dalam bilik darjah. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji pengisian masa relief
ke arah memperkasakan masa instruksional. Reka bentuk kajian kuantitatif ini melibatkan
guru-guru yang sedang berkhidmat di Daerah Johor Bahru. Persampelan adalah secara rawak.
Instrumen soal selidik yang digunakan dibina khas bersesuaian dengan keperluan mencapai
objektif kajian yang digariskan. Data-data yang diperolehi di proses menggunakan SPSS dan
di analisis berdasarkan min dan peratusan. Jangkaan dapatan: pelbagai aktiviti dilaksanakan
bagi mengisi masa relief. Di akhir kajian, beberapa cadangan diutarakan untuk menegaskan
peri pentingnya pengisian masa relief ke arah memperkasakan masa instruksional.

kata kunci : masa relief, masa instruksional, waktu mengajar

Anda mungkin juga menyukai