Anda di halaman 1dari 7

JURNAL PENYELIDIKAN

TEMENGGONG
PENDIDIKAN SENI VISUAL

Tidak dibenarkan mengeluar hak cipta Jurnal Penyelidikan Temenggong Jilid 1(1) tahun
2020 dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, rujukan dan susunannya
serta bahan-bahannya ialah kepunyaan Kerajaan Malaysia kecuali dinyatakan sebaliknya.
Tiada mana-mana bahagian Jurnal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula,
disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan
komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas
terlebih dahulu daripada Kerajaan Malaysia dan IPGK Temenggong Ibrahim, Johor selaku
penerbit.

Diterbitkan Secara Tahunan


© Hak Cipta Terpelihara
ISSN 2716-7194

i
KATA ALU-ALUAN
PENGARAH
IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Bersyukur saya ke Hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya, IPG Kampus Temenggong
Ibrahim telah berjaya menghasilkan Jurnal Penyelidikan untuk tahun 2020 dan saya
berpeluang menyampaikan kata-kata aluan dalam Jurnal Penyelidikan Temenggong
(Pendidikan Seni Visual) Jilid 1(1) tahun 2020. Pendokumentasian hasil penyelidikan para
pelajar Semester 8 ini merupakan satu inisiatif yang penting dalam memartabatkan budaya
penyelidikan di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim (IPGKTI). Usaha
berkenaan merupakan satu usaha ke arah merealisasikan hala tuju Kementerian Pelajaran
Malaysia dan Pelan Tranformasi IPG Kampus Temenggong Ibrahim 2016-2020. Penerbitan
jurnal ini adalah merupakan kompilasi penulisan penyelidikan para pelajar Semester 8 hasil
yang telah dinilai dan disunting (refereed) dengan teliti oleh pakar-pakar dalam bidang
pendidikan di IPGKTI. Adalah menjadi objektif utama semua kajian yang diterbitkan dalam
jurnal ini akan menjadi rujukan oleh semua pihak khususnya para pelajar IPGKTI.
Kemunculan jurnal penyelidikan ini diharap dapat membantu menjayakan Pelan Tranformasi
IPG 2016-2020 iaitu menjadikan IPG Kampus Temenggong Ibrahim sebagai Perintis
Pendidikan Global. Penerbitan jurnal ini juga selari dengan bidang Keberhasilan Utama
(KRA) ke 16 Pelan Tranformasi IPG 2016-2020 iaitu menjadikan IPG Kampus Temenggong
Ibrahim sebagai IPG Penyelidikan kelak. Saya juga menyokong penuh terhadap sebarang
usaha ke arah memartabatkan lagi budaya penyelidikan, penulisan dan penerbitan jurnal yang
bermutu tinggi. Semoga perkongsian ilmiah ini dapat menjadi perangsang dan ikhtibar
kepada para pelajar dan penyelidik untuk mengkaji isu pendidikan negara dalam usaha untuk
mencapai sebuah negara maju. Juga diucapkan syabas dan tahniah kepada semua pelajar
Semester 8 yang berjaya menyelesaikan penyelidikan dan berkongsi dapatan dalam pelbagai
bidang pendidikan.
Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengkaji
yang terdiri pelajar Semester 8 dan barisan jawatankuasa atas usaha gigih dalam
merealisasikan penerbitan jurnal penyelidikan kali ini. Teruskan usaha dan inisaitif yang
murni ini dalam penyumbangan kertas penyelidikan demi memartabatkan profesionalisme
keguruan di negara ini.

Sekian, terima kasih.

MOHD ZAIN BADUI


PENGARAH
IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ii
SETINTA BAHASA
KETUA JABATAN PERANCANGAN, PENYELIDIKAN & INOVASI

Assalamualaikum W.B.T, Salam Sejahtera

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dengan izin-Nya Jurnal Penyelidikan


Temenggong (Pendidikan Seni Visual) Jilid 1(1) tahun 2020 berjaya diterbitkan.
Penyelidikan sememangnya bagus untuk memberi pengalaman baru kepada guru-guru
pelatih khususnya yang telah berada di Semester 8 kerana berpeluang membentangkan
penyelidikan mereka. Kursus Penyelidikan yang mereka ikuti dapat mendedahkan mereka
kepada cara dan kaedah penyelidikan dalam pelbagai isu pendidikan. Umum mengetahui
bahawa penyelidikan merupakan jantung kepada perkembangan pendidikan sesebuah negara.
Matlamat penyelidikan pendidikan adalah untuk melahirkan insan pendidikan yang boleh
meningkatkan kualiti diri dan memberi sumbangan yang positif kepada komuniti, masyarakat
dan pendidikan negara. Melalui penyelidikan yang holistik, guru mampu dibimbing agar
mencapai kecemerlangan, berdaya saing dan mempunyai nilai yang tinggi seiring dengan
kehendak pendidikan global. Aktiviti penyelidikan adalah roh gerakan dalam pembangunan
pendidikan yang bertaraf dunia yang perlu sentiasa dihidupkan bahkan dikembangkan dari
semasa ke semasa. Dalam usaha memperkasakan pendidikan negara selaras dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, budaya penyelidikan perlulah sebati dengan
jiwa para guru di semua peringkat pendidikan bermula dari peringkat akar umbi iaitu di
institut latihan perguruan lagi. Justeru, saya ingin menyarankan kepada semua guru pelatih
agar memilki pengetahuan dan kemahiran menjalankan penyelidikan terutama dalam
pedagogi. Hasil kajian kemudiannya disebarluaskan dalam mana-mana seminar untuk
rujukan umum. Aktiviti penyelidikan amat penting kepada guru-guru bagi menjadikan
pengajaran dan pembelajaran (PdP) lebih bermakna. Melalui penyelidikan, pelbagai isu dan
cabaran dalam dunia pendidikan dapat ditangani, dan tidak mustahil matlamat untuk
melahirkan “Anak Yang Baik lagi Cerdik (ABC)” akan tercapai. Secara tidak langsung,
aspirasi pendidikan negara turut menjadi kenyataan.

Akhir kata, >>>>>>>>>>>>>>>

Sekian. Terima kasih.

DR ROS ELIANA AHMAD ZUKI


KETUA JABATAN
JABATAN PERANCANGAN, PENYELIDIKAN & INOVASI
IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR

iii
SEKAPUR SIRIH
KETUA JABATAN SAINS SOSIAL

Assalamualaikum W.B.T, Salam Sejahtera

Ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa Penyelidikan dan Penerbitan IPGKTI kerana sudi
memberi ruang kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam Jurnal
Penyelidikan Temenggong (Pendidikan Seni Visual).
Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas juga kepada barisan penyelidik yang terdiri
daripada pelajar major Pendidikan Seni Visual IPGKTI bagi Ambilan Jun 2016. Semoga
perkongsian hasil kajian dalam penerbitan ini memberi manfaat kepada semua pihak.
Walaupun kajian-kajian ini dijalankan pada skala kecil, namun sebenarnya dapat membantu
institut dan pelajar dalam menambahbaik mutu perkhidmatan pendidikan yang ditawarkan
kerana isu yang dibincangkan berkisar tentang hal ehwal dunia pendidikan itu sendiri.
Harapan saya agar penyelidikan yang telah dilaksanakan tidak berhenti pada setakat ini
sahaja dan diteruskan dengan fokus kajian yang lebih mendalam pada masa akan datang.
Sememangnya dalam sesebuah institusi pendidikan, penyelidikan merupakan faktor
terpenting dalam menjadikan institusi tersebut sebagai satu badan yang dinamik, progresif
dan inovatif. Justeru, saya berharap agar penyelidikan ini akan menjadi budaya dalam
kalangan warga Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim.
Terima kasih saya ucapkan juga kepada para pensyarah pembimbing yang telah
banyak membantu para pelajar ini dalam menyiapkan penyelidikan mereka. Tanpa bantuan
dan kerjasama tuan-tuan, sudah pastilah para pelajar kita akan menghadapi kesukaran untuk
menyiapkan tugasan mereka. Saya juga mengucapkan terima kasih juga kepada Tuan Haji
Mohd Zain Bin Badui, Pengarah IPGKTI dan Timbalan-Timbalan Pengarah IPGKTI atas
galakan dan sokongan dalam pelbagai bentuk bagi menggerakkan pembudayaan penyelidikan
dalam kalangan guru pelatih. Tidak terlupa juga atas kerjasama yang diberikan oleh Ketua
Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi serta para pensyarah di Jabatan Sains Sosial
dalam pendokumentasian artikel penyelidikan para siswa guru.
Akhir kata, saya ingin mendoakan kesejahteraan semua pihak untuk terus berusaha
bagi memartabatkan penyelidikan dalam bidang pendidikan di negara kita. Mudah-mudahan
usaha anda ini mendapat keberkatan di sisi Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

SUFIAN SUKHAIRI
KETUA JABATAN
JABATAN SAINS SOSIAL
IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR
PRAKATA
KETUA EDITOR

iv
Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Jurnal Penyelidikan Temenggong


(Pendidikan Seni Visual) Jilid 1(1) tahun 2020 atas kejayaan menerbitkan jurnal ini seperti
yang dirancangkan. Justeru, selaku Ketua Editor, saya bersyukur dan berasa bangga dengan
kebolehan, kemahiran dan komitmen yang ditunjukkan oleh warga siswa pendidik dalam
penyelidikan sehingga berjaya menghasilkan artikel bagi Jurnal Penyelidikan Temenggong.
Warga siswa guru Temenggong telah membuktikan bahawa mereka bukan sahaja mempunyai
jati diri yang mantap dan mempunyai pemikiran global, tetapi juga memiliki fikiran kritis
yang mampu membawa idea yang segar dan baharu dalam penyelesaian masalah pendidikan.
Ini jelas daripada artikel- artikel kajian yang dihasilkan dalam jurnal ini yang
membincangkan dan mengutarakan pelbagai teknik, dan solusi untuk permasalahan dalam
dunia pendidikan khasnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Adalah diharapkan ini dapat
menjadi asas untuk kelahiran generasi pendidik yang baharu yang akan mendalami
kecenderungan mereka serta menyelami dunia penyelidikan ini sehingga dapat membantu
dalam menyelesaikan permasalahan negara pada masa akan datang.
Jurnal Penyelidikan Temenggong (Pendidikan Seni Visual) untuk tahun 2020 ini
memuatkan sebanyak 14 artikel, yang meliputi pelbagai aspek kajian sama ada secara
kuantitatif atau kualitatif di dalam bidang pendidikan. Kesemua artikel berkisarkan kepada
persoalan dan isu-isu yang wujud dalam pendidikan khasnya dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Dapatan serta cadangan dari setiap artikel kajian di
dalam jurnal ini pastiny Pendidikan Seni Visual a akan menjadi rujukan dan pemangkin
untuk pelaksanaan perubahan dalam bidang Pendidikan Seni Visual yang sejajar dengan
aspirasi Revolusi Industri 4.0
Akhir kata, sekali lagi saya ucapkan terima kasih, syabas dan tahniah kepada semua
pengkaji yang menyumbangkan kertas kajian untuk diterbitkan dalam jurnal ini. Teruskan
usaha anda dalam bidang penyelidikan demi memartabatkan profesionalisme keguruan.
Ucapan jutaan terima kasih juga ditujukan kepada barisan Lembaga Penerbitan,
Jawatankuasa Penyelidikan dan Penerbitan, para pensyarah, para pelajar Semester 8/2020
serta semua pihak yang secara langsung dan tidak langsung membantu dalam penerbitan
jurnal ini.

Sekian. Terima kasih.

DR SANTHANAMARY R ANTHONY
KETUA EDITOR
JABATAN PERANCANGAN, PENYELIDIKAN & INOVASI
IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR

No TAJUK & PENULIS ARTIKEL HALAMAN

v
1 Meningkatkan Pengetahuan Dan Kemahiran Asas Tenunan Bagi Murid 1
Tahun 5 Dengan Menggunakan Weaving Kit
Carriy Tham Siaw Hui & Kamarudin Bin Yusof

2 Penggunaan Template Komik Dalam Meningkatkan Kreativiti Dalam 13


Lukisan Murid-Murid Tahun 3
Cheah Yan Min 1& Kamarudin bin Yusof 2

3 Penggunaan Templat Rupa Untuk Meningkatkan Kemahiran Dan 19


Kreativiti Menghasilkan Lakaran Objek Bagi Murid Tahun 3
Chow Yuet Mun1 & Kamsiah Omar2

4 Pengunaan Aplikasi Colouring And Learning (C&L) Dalam Penguasaan 28


Kemahiran Mewarna Teknik Lukisan Murid Tahun 2
Heng Hui Min1 & Kamarudin Yusof2

5 Peningkatan Pengetahuan Dan Kemahiran Teknik Picitan Dalam Aktiviti 37


Tembikar Tahun 2 Dengan Menggunakan E-Pdpc Tembikar Dwibahasa
Lee Yuin Ai¹ & Kamsiah Omar²

6 Penguasaan Aktiviti Lukisan Teknik Titik Dalam Bidang Menggambar 49


Tahun 5 Dengan Menggunakan Aplikasi Sketchbook
Lily Wong Soon Jing1 & Sia Keng Yek, PHD2

7 Pengetahuan Dan Amalan Inovasi Guru Pendidikan Seni Visual Daerah 58


Johor Bahru
Noor Adibah Rubaai1 & Kamsiah Omar2

8 Penglibatan Rakan Sebaya Semasa Pelaksanaan Sesi Apresiasi Seni 69


Dalam Pendidikan Seni Visual
Nurul Afiqah Binti Norddin¹ & Kamarudin Bin Yusof²

9 Penggunaan Kit Mudah Anyam Dalam Meningkatkan Kemahiran 77


Anyaman Siku Keluang Murid Tahun 3
Oktovyanti Koh1 & Sia Keng Yek, PHD2

10 Penggunaan Multimedia Interaktif Untuk Meningkatkan Pencapaian 86


Pembelajaran Bidang Menggambar Aktiviti Catan Murid-Murid Tahun 2
Rowena Roland¹ & Kamsiah Binti Omar²

11 Penguasaan Roda Warna Menggunakan Kit Warna Dalam Aktiviti Catan 98


Teknik Cat Air Murid Tahun 4
Syarifah Farah Syazleen Said Zaidi1 & Kamarudin Yusof2

12 Penggunaan Colour Maze Untuk Membantu Murid Tahun 2 Meningkatkan 107


Penguasaan Prinsip Harmoni Dan Kontra Dalam Warna
Song En Ying1 & Sia Keng Yek, PhD2,

13 Kit Kiub: Meningkatkan Penguasaan Prinsip Kontra Dan Harmoni 115


Berdasarkan Unsur Seni Rupa Murid Tahun Dua

vi
Teo Xuin Er1 & Sia Keng Yek, PHD2

14 Peningkatan Kemahiran Melakar Objek Mengikut Komposisi Dengan 126


Menggunakan Template Grid Dalam Aktiviti Lukisan Tahun 3
Thung Wei Fong1 & Kamsiah Binti Omar2

vii

Anda mungkin juga menyukai