Anda di halaman 1dari 3

JIHAD CINTA BUMI

KENYALANG
“TAHNIAH !Anda Berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaysia Sarawak(UNIMAS)”

Alhamdulillah. Senyuman terukir di bibir Humaira setelah sekian lama menunggu,surat tawaran

belajar.Walaupun terbit rasa kecewa kerana cita-citanya untuk melanjutkan pelajaran di

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIA) tidak tercapai ,sekurang-kurangnya dirinya masih

bernasib baik kerana masih berpeluang melanjutkan pelajaran walaupun suasana islamik yang di

impikan di UIA mungkin tidak ada di UNIMAS.

“Berita baik ini lebih baik aku kongsikan bersama umi,abi dan sahabat.” Humaira bermonolog

seorang diri.

“Syukur Alhamdulillah padaMU Ya Allah.Sesungguhnya apa yang diatur olehMU penuh

berhikmah.Berikan hambaMU ini petunjuk dan keazaman untuk tidak pernah berhenti dari

dakwah dan permudahkanlah setiap urusanku disana” ,doa Humaira usai solat istikharahnya.

Dari jauh kelihatan sahabat-sahabat Humaira yang datang ke Lapangan Terbang Sultan Ismail

Petra untuk mengucapkan selamat tinggal kepadanya sebelum dia berangkat ke Sarawak

beberapa jam lagi.

“Humaira,awak jangan risau.Kami disini akan sentiasa mendoakan awak supaya kuat dalam

menjalani liku-liku hidup sebagai pelajar. Jangan lupakan kami disini dan ingatlah Allah sentiasa

bersama awak disaat senang mahupun susah” ,ucap Sofea sebak.

“Kakak Humaira ,jaga diri baik-baik di sana.Umi dan Abi doakan anak ibu dapat menjaga diri

dengan baik dan tidak terikut-ikut dengan gejala yang tidak elok. “

Mereka bersalaman dan berbual sebelum Humaira memasuki pesawat dan berlepas. Masing-

masing memanjatkan doa semoga semuanya selamat .


“LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUCHING”

Pertama kali menjejakkan kaki ke Sarawak seorang diri cukup mengajarnya erti

berdikari.Mereka di jemput oleh fasilitator minggu orientasi terus ke universiti dengan bas.Sesi

pendaftaran berlangsung dengan lancar pada pagi itu.

Anda mungkin juga menyukai