Anda di halaman 1dari 1

SELASA MUHAMMAD AIMAANI BIN ABD WAHID• 2017272340175 19/1/2021

TAJUK : MENJADI GURU EFEKTIF

Jawapan:

Berdasarkan video yang telah diberikan, video tersebut telah menimbulkan satu
persoalan dalam diri saya iaitu adakah saya ingin menjadi seorang guru yang hanya
mengajar atau guru yang mendidik. Ternyatalah guru yang mendidik itu lebih bagus dan
mulia kerana guru yang mendidik ini tugasnya bukan sahaja menyampai ilmu, tetapi
membentuk akhlak dan jati diri murid juga. Guru yang mendidik ini juga dapat menyentuh
setiap hati murid dan sentiasa memberi dorongan dan bimbingan kepada murid-muridnya.
Saya telah membuat refleksi terhadap diri saya berdasarkan video tersebut. Terdapat
beberapa kekuatan dan kelemahan dalam diri sebagai bakal guru.

Kekuatan yang terdapat pada diri saya ialah saya suka memberi panduan dan
dorongan dalam pengajaran saya. Saya tidak memberi jawapan secara terus kepada murid-
murid saya tetapi saya memberi bimbingan dalam mencari jawapan supaya murid dapat
berfikir dengan sendiri. Nilai berdikari dan berusaha dapat dibentuk dalam diri murid. Saya
juga mengutamakan kerja berpasukan dalam pengajaran saya. Nilai kerjasama sangat
penting bagi saya terutama dalam membentuk sahsiah diri murid. Nilai ini dapat
mempertingkatkan kemahiran bertutur dan bekerja dalam satu pasukan.

Seterusnya, kelemahan yang ada pada diri saya sebagai bakal guru ialah saya masih
kurang pengetahuan dan pengalaman. Pengetahuan dan pengalaman sangat penting
kerana ia merupakan salah satu ciri-ciri guru yang profesional. Tanpa ilmu yang cukup, guru
tidak dapat mengajar dengan sempurna di dalam kelas. Maka, persediaan yang perlu saya
lakukan ialah saya perlu mempelajari dengan lebih banyak ilmu terutamanya ilmu pedagogi
untuk mengatasi cabaran di dalam kelas. Ilmu tentang pembelajaran yang diajar juga perlu
saya kuasai dan saya perlu mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran untuk kesesuaian
dalam kelas. Setiap murid mempunyai cara pembelajarannya yang tersendiri, jadi saya
perlulah peka dan bijak dalam menarik perhatian mereka.

Kesimpulannya, saya masih terdapat kekurangan yang perlu dibaiki untuk menjadi
seorang guru yang efektif. Masih terdapat ruang untuk saya perbaiki dan saya perlu
menambah ilmu yang secukupnya sebagai persediaan sebelum menjadi guru yang
kompeten.

Anda mungkin juga menyukai