Anda di halaman 1dari 2

TUTORIAL

Ulasan Artikel Ketidakpuasan Kerja


Pekerja merupakan aset penting bagi sesebuah organisasi, oleh itu bagi memastikan pekerja dapat
menyumbangkan produktiviti yang tinggi majikan perlu memastikan agar pekerja mendapat kepuasan dan
keselesaan yang tinggi sewaktu mereka menjalankan tugas. Kepuasan kerja berhubung rapat dengan
pemikiran atau perasaan seseorang terhadap kerja yang mereka lakukan. Menurut Locke dan Latham
(1990), kepuasan kerja adalah cara seseorang melihat dan menghargai kerja yang dilakukan. Dalam erti
kata lain, kepuasan kerja adalah tahap diri seseorang sama ada suka atau tidak suka akan pekerjaan
mereka berdasarkan jangkaan dan tafsiran terhadap tugas yang dilaksanakannya. Berdasarkan artikel
yang diberikan, saya dapati bahawa terdapat beberapa faktor yang mendorong ketidakpuasan kerja dalam
bidang perguruan antaranya adalah keadaan persekitaran, beban kerja, rakan sekerja dan ganjaran (gaji
atau pangkat).

Keadaan persekitaran menjadi faktor utama dalam ketidakpuasan kerja adalah kerana melibatkan
beberapa aspek seperti kemudahan dan peralatan, ruang kerja, ketidakadilan dan konflik antara
pentadbiran. Melalui pembacaan artikel, dapat dilihat bahawa penulis mempunyai konflik dengan
pentadbiran di mana guru besar sekolah berkenaan bersikap perkauman, menghina orang serta pilih kasih.
Malah guru besar tersebut sanggup mengenakan guru tersebut dengan tidak memaklumkan kedatangan
PPD untuk melaksanakan pemerhatian malah turut tidak bersetuju dengan komen baik yang diberikan oleh
PPD kepada guru tersebut. Hal ini sangat membimbangkan kerana sebagai pentadbir menjaga kebajikan
seorang guru dalam meningkatkan prestasi mereka adalah tanggungjawab kedua pentadbiran selepas
murid-murid. Oleh itu sebagai seorang pentadbir hendaklah sentiasa berfikir secara rasional, bertimbang
rasa serta amanah dalam menjalankan tugas kerana setiap tindakan dan keputusan yang dilakukan
memberikan kesan terhadap guru-guru disekolah. Tambahan lagi, menurut Teori Jangkaan Vromm
kepuasan kerja tercapai apabila pekerja dilayan dengan adil dan saksama. Sekiranya layanan yang tidak
saksama, gaji tidak setimpal dengan usaha, amalan pentadbiran yang tidak berkesan dan sebagainya
menyebabkan pekerja akan merasa tidak puas hati, putus asa dan cuai dalam pekerjaannya.

Kemudian, faktor kedua adalah beban kerja guru. Berdasarkan luahan yang terdapat artikel dapat
dilihat bahawa beban kerja yang diberikan oleh pihak sekolah terhadap guru tersebut adalah sangat berat
sehinggakan menimbulkan ketidakpuasan kerja terhadap guru tersebut. Antara tugas yang diberikan
kepada guru tersebut adalah memegang pelbagai jawatan yang terdapat dalam sekolah, kemudian diminta
untuk menyertai setiap mesyuarat yang diadakan, perlu menjadi pengacaran majlis sewaktu mengandung
dan mempunyai alahan serta perlu berkhusus ditempat yang jauh walaupun baru habis berpantang bagi
mengantikan guru lain. Tugas utama guru di sekolah adalah untuk mendidik murid-murid dan bukan
melakukan kerja-kerja pengkeranian. Sesungguhnya kerja mengajar sudah cukup berat kerana guru perlu
merancang pengajaran, melaksanakan pengajaran, menilai murid serta perlu memahami setiap murid-
murid di sekolah. Maka dengan itu jika pihak sekolah ingin memberikan beban kerja yang lebih kepada
guru pihak sekolah haruslah menyediakan ganjaran yang setimpal dengan tugas yang diberikan kepada
guru supaya guru bermotivasi dalam melaksanakan tugas yang diberikan seperti yang disarakan dalam
Teori Jangkaan Vroom dimana mendapati bahawa individu akan melaksanakan tugas dengan sempurna
apabila terdapatnya hubungan yang signifikan antara usaha dengan prestasi.

Seterusnya, faktor rakan sekerja turut mendorong kepada ketidakpuasan kerja. Hal ini dapat dilihat
dalam artikel yang diberikan apabila guru berkenaan menyatakan bahawa beliau sukar mendapat
kerjasama daripada guru-guru lain. Malah mereka turut mengata belakang dan memfitnah guru tersebut
serta suka mengarah – arah. Rakan sekerja boleh menyumbang kepada kepuasan kerja dari segi
hubungan, interaksi dan berkongsi pandangan dan apa sahaja. Sebagai tambahan pergaulan bersama
rakan sekerja akan memberikan kepuasan kepada pekerja manakala menjauhi kerja berkumpulan mungkin
mewujudkan perasaan pentingkan diri sendiri, sombong, rasa dikecualikan dan sebagainya. Menurut Katz
(1964) simulasi, persetujuan dan sokongan yang diperolehi daripada berinteraksi sesama rakan sekerja
atau kumpulan kerja memberi kesan terhadap motivasi dan peningkatan tahap kepuasan kerja jika setiap
ahli kumpulan mempunyai sikap dan nilai-nilai yang sama.

Akhir sekali adalah faktor ganjaran, seperti yang terdapat di dalam artikel guru berkenanan tidak
pernah mendapat APC sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai guru di sekolah walaupun telah
berkhidmat selama sedekad. Walaupun mengetahui bahawa APC ini dinilai secara holistic namun adakah
guru berkenaan benar-benar tidak melakukan tugas dengan baik atau sebaliknya kerana guru yang baru
berkhidmat juga telah mendapat APC. Selain itu, guru tersebut juga pernah memberikan sumbangan
terhadap sekolah dalam menghidupkan perpustakaan sekolah tersebut serta berjaya melatih murid hingga
dapat mewakili negeri untuk pertandingan kebangsaan namun pihak lain yang mendapat nama. Perkara ini
sangatlah tidak adil dan memang memberikan ketidakpuasan kepada guru tersebut dalam melaksanakan
kerja yang diberikan. Ganjaran merupakan satu insentif dan elemen motivasi ektrinsik yang berkesan
dalam hubungannya dengan keupayaan kerja. Ianya berpotensi menjadi ketidakpuasan jika pekerja
merasakan yang mereka tidak menerima jumlah yang sesuai atau sepatutnya. Maka dengan itu pentadbir
hendaklah sentiasa cakna dengan hasil kerja guru tidak kira sama ada besar atau kecil, pentadbir haruslah
memberikan penghargaan kepada guru walaupun sekadar pujian.

(760 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai