Anda di halaman 1dari 3

PENGENALAN

Guru merupakan individu yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan hasrat


serta wawasan negara dapat dicapai. Pada asasnya tugas utama seorang guru ialah
menyampaikan ilmu pengetahuan, memperkembangkan kemahiran dan membentuk nilai-
nilai murni dan modal insan yang seimbang dan harmoni daripada segi jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial. Peranan serta tanggungjawab ini menjadi semakin mencabar dan
sudah pasti menuntut seorang guru yang mempunyai daya tahan serta jati diri yang tinggi.
Ismail Sabri et. al., (2011) menyatakan bahawa seorang guru seharusnya mempunyai daya
tahan dan mampu berdepan dengan perkembangan semasa dalam sistem pendidikan di
Malaysia.

Istilah profesional pada umumnya adalah orang yang mendapat upah atau gaji dari
apa yang dikerjakan, baik dikerjakan secara sempurna maupun tidak. (Martinis Yamin,
2007). Dalam konteks ini bahwa yang dimaksuddengan profesional adalah guru.
Pekerjaan profesional ditunjang oleh suatu ilmu tertentu secara mendalam yang hanya
mungkin diperoleh dari lembaga-lembaga pendidikan yang sesuai sehingga kinerjanya
didasarkan kepada keilmuan yang dimilikinya yang dapat dipertanggungjawabkan secara
ilmiah (Wina Sanjaya, 2008). Dengan demikian seorang guru perlu memiliki
kemampuan khusus, kemampuan yang tidak mungkin dimiliki oleh orang yang bukan
guru ”a teacher is person sharged with the responbility of helping othersto learn and to
behave in new different ways” (Cooper, 1990).Guru merupakan tunjang kepada sistem
pendidikan di mana mereka merupakan pelaksana segala dasar dan matlamat
kurikulum yang telah digariskan oleh pihak kerajaan. Tanpa penglibatan dan
sokongan kaumguru, segala perancangan pendidikan yang telah disediakan akan
terbengkalai begitu sahaja. Justeru itu, kualiti bidangperguruan adalah aspek yang
signifikan bagi menjamin kegemilangan sesebuah negara. Guru merupakan
perlaksana kurikulum dan menjaditerasdalam menentukan piawaian, mutu dan
keberkesanan sistem pendidikan. Pendidikan pula merupakan proses penyampaian
ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperturunkan dari satu generasi kepada satu
generasi yang lain(Othman, 2007)

Profesion keguruan pada abad ke-21 terdedah kepada pelbagai cabaran baharu yang
berbentuk kebendaan, intelektual, pemikiran, kerohanian, kebudayaan, ideologi baharu dan
isu-isu yang berkaitan dengan masalah etika.Secara konseptual guru sebagai golongan
profesional perlu memenuhi pelbagai keperluan kompetensi untuk melaksanakan tugas
dan kuasa mereka secara profesional, sementara keadaan sebenar sangat
membimbangkan, samada dalam bentuk kuantiti, kualiti dan profesionalisme para
guru. Isu ini terus tular dari semasa ke semasadan sangat kompleks pada era
globalisasi ni.Khair, (2017) bagi mendepani cabaran tersebut para guru perlu membina
dan membentuk pelajar agar mampu bangkit dan membina

kekuatan untuk menentukan masa depan yang lebih cerah.Tanggungjawab


melahirkan generasi masa hadapan yang gemilang dipikul bersama-sama seluruh warga
pendidik melalui tugasan mengajar, mentadbir, memantau, menyelia, mengurus,
merancang, menggubal dasar, serta menjalankan penyelidikan dan penilaian.Aristotle
menyatakan, “to become an able man in any profession, there are three things
necessary –nature, study and practice”. Bagi memastikan guru mempertingkatkan kualiti
dan keterampilan daripada segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai positif,
pembelajaran berterusan perlu sentiasa dilakukan terutama melalui inisiatif kendiri
seperti dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (Guru dan
Pemimpin Sekolah). Tahap profesionalisme warga pendidik di sekolah perlu
mampan sehingga menepati Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM).
Perubahan ini amat perlu kerana dengan pelbagai cabaran abad ini, latihan untuk bakal-
bakal gurujuga perlu sentiasaditambah baikdari semasa kesemasa.Dalam meningkatkan
tahap profesionalisme guru, aspek kecekapan kendiri atau efikasi kendiri (Self
Efficacy) perlu ada pada setiap guru. Efikasi kendiri adalah merujuk secara saintifik
kepada sejauh mana individu memilih keyakinan terhadap kemampuan dirinya dalam
mencapai satu-satu matlamat. Ianya merupakan penilaian terhadap kebolehan untuk
mengorganisasi dan menyempurnakan urutan persembahan tingkah laku yang
diperlukan untuk memperolehi matlamat yang dituju. Mustaqim (2008), menyatakan
efikasi kendiri adalah keyakinan terhadap kemampuan seseorang untuk menggerakkan
motivasi, sumber-sumber kognitif, dan serangkaian tindakan yang diperlukan untuk
memenuhi tuntutan-tuntutan dari situasi yang dihadapi. Kecekapan kendiri menentukan
pilihan kita ke atas aktiviti, kesungguhan usaha kita, dan kecekalan kita dalam
menghadapi rintangan dan pengalaman yang pahit, sebahagiannya dengan
mengurangkan kebimbangan yang boleh mengganggu apabila terlibat dalam aktiviti.
Manusia yang tinggi kecekapan kendirinya akan bertindak dalam situasi yang baru
dengan cara yang lebih yakin, meletakkan matlamat yang tinggi, dan berterusan dalam
usaha kerana percaya bahawa kejayaan akan diperolehi. Mereka kurang kecekapan
kendiri pula akan cenderung mengalami tekanan dan kemurungan kerana mereka
percaya mereka boleh menangani ancaman atau situasi yang menyukarkan. Bagi
mereka yang kurang atau rendah kecekapan kendiri pula, akan merasakan atau
menjangkakan kegagalan dan mengelakkan cabaran, mudah putus asa apabila menghadapi
kesukaran, lambat pulih daripada masalah, dan mudah menjadi mangsa kepada tekanan
dan kemurungan

Dalam mengkaji peringkat perkembangan dan profesionalisme guru, setiap satuperingkat


mempunyai kriteria dan asas yang tersendiri yang menerangkan dan mendefinisikan ciri
peringkat tersebut. Guru yang berada di peringkat tersebut harusmempunyai dan memenuhi
kriteria yang dijelaskan kerana ini menunjukkan tahap dankedudukan guru tersebut dari
sudut perkembangan profesionalisme dan kemahiran guruitu sendiri. Asas peringkat
perkembangan guru boleh dihuraikan seperti yang dinyatakandi bawah ini.

Anda mungkin juga menyukai