Anda di halaman 1dari 2

AKTIVITI 2

Islam dan ilmu pengetahuan

i) Perkembangan dan ilmu pengetahuan

Ilmu merupakan pengetahuan yang diperoleh melalui pengalaman dan dapat


dianalisis secara impirikal. Manakala ilmu berdasarkan pandangan Islam
merupakan ketibaan maklumat yang benar dan bermakna dalam diri insan
melalui kaedah analisis, sintesis dan hipotesis. Oleh itu, berdasarkan kedua-dua
pandangan ini dapat dirumuskan bahawa ilmu diperoleh atau terbentuk apabila
manusia berusaha untuk berfikir lebih mendalam mengenai pengetahuan yang
dimilikinya.

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu banyak membawa pengaruh kepada


orang Melayu itu sendiri. Antaranya, amalan yang bertentangan dengan agama
Islam seperti animisme dan kepercayaan terhadap nenek moyang terhakis
sedikit demi sedikit. Selain itu, penyerahan diri kepada Allah merupakan satu
daripada amalan yang dilakukan oleh kebanyakan orang Melayu.

Kedatangan Islam sedikit sebanyak telah mengubah cara pemikiran orang


Melayu seperti berfikir untuk menerapkan unsur-unsur rasionalisme dalam
pemikiran mereka. Pengaruh Islam turut mengembangkan sistem pendidikan
orang Melayu. Misalnya, madrasah dibina untuk menyebar dan meluaskan
pengetahuan tentang ajaran Islam kepada masyarakat Melayu sehingga
melahirkan masyarakat yang berpendidikan dan celik ilmu.

Perkembangan ilmu pengetahuan juga telah menghasilkan tulisan jawi yang


telah mengubah suai huruf Arab dengan menambahkan titik diakritis pada huruf
sedia ada supaya dapat membunyikan perkataan Melayu yang tiada dalam
tulisan Arab seperti huruf ‘p’ dan’g’. Pengetahuan tentang tulisan jawi ini telah
menyebabkan kitab islam yang menggunakan tulisan ini dapat difahami oleh
kebanyakan masyarakat. Justeru, kedatangan Islam ke Tanah Melayu membawa
kesan yang besar kepada perkembangan ilmu pengetahuan.
ii) Perkembangan persuratan

Persuratan Melayu mula berkembang pada zaman kerajaan Melayu dahulu iaitu
di Melaka. Pada masa tersebut, beratus-ratus jenis persuratan Melayu yang telah
dibukukan dan bertulisan Melayu huruf Arab yang masih dapat dilihat sehingga
ke hari ini. Sulalatu’s-Salatin atau dikenali dengan nama Hikayat Sejarah Melayu
merupakan hasil karangan Tun Sri Lanang pada tahun 1612 merupakan salah
satu contoh persuratan Melayu.

Selain itu, Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Hanafiyyah yang
mengisahkan tentang semangat perjuangan mendapat tempat yang istimewa di
istana raja-raja Melayu Melaka. Pada kurun ke- 20, Pejabat Karang Mengarang
di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) ditubuhkan. Pendeta Za’ba merupakan
tokoh yang bertanggungjawab mengembangkan persuratan Melayu.

Perkembangan persuratan ini juga dapat dilihat melalui pengaruh dan kesan
akhbar serta majalah Melayu yang diterbitkan. Contohnya, akhbar mingguan
Jawi Peranakan yang diterbitkan di Singapura merupakan akhbar Melayu
pertama di Tanah Melayu. Pada tahun 1926, Syed Sheikh al-Hadi telah berjaya
melancarkan majalah al-Ikhwan di Pulau Pinang dan melancarkan akhbar
Saudara selepas dua tahun.

Pada masa itu, wartawan yang terkenal dalam sejarah persuratan Melayu
ialah Abdul Rahim Kajai. Beliau berkhidmat sebagai wartawan di akhbar
mingguan Edaran Zaman di Pulau Pinang. Kemudian, beliau berpindah ke
akhbar Saudara di bawah pimpinan Syed Sheikh al-Hadi. Beliau menjadi
pengarang untuk akhbar Majlis pada tahun 1931 dan berpindah ke akhbar Warta
Malaya sebagai pengarang. Beliau ditugaskan untuk menulis rencana pengarang
dan cerita-cerita humor bagi majalah Warta Ahad dan Warta Jenaka. Sepanjang
hidupnya, beliau pernah mengarang sebanyak 48 buah cerpen dengan pelbagai
tema dan terkenal dalam dunia wartawan sehingga digelar Bapa Kewartawanan
Melayu. Berdasarkan huraian di atas, menjelaskan persuratan Melayu telah
mengalami perkembangan dari zaman kerajaan Melaka hingga kini.

Anda mungkin juga menyukai