Tajuk 4 Pengajaran Makro
Tajuk 4 Pengajaran Makro
SINOPSIS
Dalam topik ini anda akan didedahkan kepada konsep pengajaran makro dan prinsip-prinsip
pengajaran makro. Pendedahan juga akan diberi dalam prosedur pengajaran makro dimana ia
akan membantu anda dalam merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
dalam situasi kelas sebenar. Anda juga akan didedahkan dengan teknik dan kaedah
memerhati dan mengulas keseluruhan satu pengajaran yang telah dirakam. Bagi memantapkan
lagi proses pengajaran dan pembelajaran dalam situasi sebenar, pendedahan juga diberi dalam
cara-cara membuat refleksi pengajaran yang berkesan. Anda juga akan diberi aktiviti-aktiviti,
latihan-latihan serta topik-topik perbincangan yang boleh membantu anda memahami topik
pengajaran makro dengan lebih terperinci serta dapat melaksanakan sesi pengajaran dan
pengajaran dalam situasi sebenar dengan lebih yakin dan berkesan.
HASIL PEMBELAJARAN
1
SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah Modul DPLI (SM)
KERANGKA TOPIK
PENGAJARAN MAKRO
Membuat Refleksi
Pengajaran
ISI KANDUNGAN
Pengajaran Makro merupakan satu sesi pengajaran praktik yang lengkap bermula dari
pendahuluan, set induksi, perkembangan, penilaian dan penutup. Dalam erti kata lain,
pengajaran makro ialah satu sesi pengajaran yang lengkap bermula dari set induksi hingga
penutup. Pelaksanaannya perlulah mengandungi elemen-elemen berikut; dilakukan di kelas
yang besar, perlu murid sebenar, guru mengajar sepenuh waktu, tumpu kepada pelbagai
kemahiran mengajar dan situasi sebenar. Pengajaran makro juga merupakan kesepaduan
teknik-teknik pengajaran mikro yg disokong oleh perancangan pengajaran pembelajaran yang
sekian lama dipelajari.
Proses pengajaran makro yang dijalankan di Institut Pendidikan Guru umpamanya, mesti
dipraktikkan oleh guru pelatih dengan diperhatikan rakan pelatih yang lain. Pengajaran makro
tersebut berdasarkan masa pengajaran sebenar seperti yang ditetapkan sama ada
menggunakan masa 40 minit atau 80 minit. Ianya bertujuan membantu guru pelatih
2
SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah Modul DPLI (SM)
membiasakan diri melaksanakan pelbagai kemahiran dalam satu sesi pengajaran, di samping
mereka dapat memperbaiki kelemahan sebelum mereka menghadapi situasi pengajaran
sebenar di bilik darjah di sekolah.
Perbincangan
http://www.oecd.org/education/school/TalisCeri
http://www.ehow.com/info-differences-micri-macro-teaching.html
3
SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah Modul DPLI (SM)
Strategi Pengajaran
Dalam pengajaran makro, guru perlu mempelbagaikan teknik dan strategi pengajaran supaya
sesi pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menarik.
Bahan Pelajaran
Dalam pengajaran makro, guru perlu menyampaikan keseluruhan isi pengajaran yang telah
dirancang dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Oleh itu, guru perlu menguasai
sepenuhnya bahan yang hendak disampaikan dan tumpuan guru ketika menyampaikan adalah
menyeluruh.
Perbincangan dan Refleksi
Penilaian kendiri perlu dibuat selepas guru selesai melaksanakan pengajaran sebagai refleksi
atau muhasabah berkaitan pengajaran guru. Kekurangan dan kelemahan di dalam pengajaran
perlu diperbaiki dalam pelajaran akan datang. Antara perkara yang perlu dibuat refleksi ialah
4
SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah Modul DPLI (SM)
objektif, disiplin kelas dan penglibatan murid di samping keazaman guru untuk memperbaiki
pengajarannya.
Fikirkan
1. Dengan menggunakan peta i-think yang sesuai, banding dan beza pengajaran makro
dan pengajaran mikro.
Prosedur Pengajaran Makro (Sebelum, Semasa dan Selepas)
Sebelum melaksanakan sesuatu sesi pengajaran makro, guru pelatih perlulah merancang dan
menyediakan persediaan mengajar yang lengkap dan baik. Perancangan yang lengkap dan
baik merupakan satu aspek penting dalam sesuatu pengajaran yang berkesan. Pengajaran
yang berkesan akan meningkatkan pencapaian akademik murid dan mengurangkan masalah-
masalah disiplin. Berikut ialah aspek-aspek penting dalam persediaan sebelum pengajaran.
1. Perancangan pendahuluan
Penentuan topik
Kebolehan sedia ada murid-murid
Objektif/hasil pembelajaran
5
SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah Modul DPLI (SM)
2. Perancangan penyampaian
Penentuan strategi pengajaran dan pembelajaran
Penentuan masa
Pemeringkatan isi
Pemilihan sumber
3. Perancangan penilaian
Pencapaian
Penganalisisan maklum balas
Pengubahsuaian
Semasa hendak melaksanakan pengajaran makro ini guru pelatih perlulah merancang set
induksi pengajaran yang baik dan menarik perhatian serta minat murid kepada pengajaran yang
hendak disampaikan dan dapat menggalakkan pembelajaran. Set induksi juga digunakan bagi
mengaitkan pelajaran yang lepas atau dengan pengetahuan sedia ada murid. Jangka masa
yang baik bagi set induksi adalah antara tiga hingga lima minit.
Seterusnya, perkembangan pengajaran yang merujuk kepada langkah-langkah mengajar yang
disusun berperingkat-peringkat berdasarkan prinsip-prinsip pengajaran. Guru pelatih juga perlu
merancang langkah-langkah pengajaran yang berturutan, disusun dengan baik dan mencatat
anggaran masa yang sesuai. Langkah-langkah yang dirancang ada kaitannya dengan objektif
khusus yang sudah dicatatkan.
Guru pelatih juga perlu memilih dan menyusun isi pelajaran yang hendak disampaikan. Ia
perlulah sesuai dengan kebolehan serta minat murid. Isi pelajaran tersebut perlu
6
SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah Modul DPLI (SM)
dipertingkatkan dan diperkembangkan dengan teliti supaya situasi pembelajaran yang unggul
dapat diwujudkan. Ketika melakukan pemeringkatan isi, guru pelatih hendaklah menyenaraikan
semua topik yang hendak diajar, kemudian fikirkan sub topik atau isi yang manakah yang perlu
diawalkan dan yang boleh diajar kemudiannya. Untuk itu guru pelatih perlulah melihat prinsip-
prinsip berikut:
Bagi menyampaikan sesuatu isi pelajaran dengan berkesan, guru pelatih hendaklah memikirkan
strategi yang akan digunakan. Pemilihan strategi yang bijaksana akan menjamin kelicinan serta
keberkesanan penyampaian sesuatu pelajaran, strategi pengajaran yang sesuai bukan sahaja
dapat meningkatkan mutu penyampaian malahan akan menjadikan satu-satu pelajaran itu lebih
bermakna serta menyeronokkan murid-murid.
Selain itu, guru pelatih juga harus menjalankan aktiviti untuk mengukur sejauh mana objektif
pengajaran dan pembelajaran telah tercapai. Aktiviti penilaian boleh dijalankan secara
pemerhatian terhadap aktiviti susulan, pemeriksaan kerja murid atau melalui ujian lisan atau
tulisan. Maklumat-maklumat yang didapati dari pentafsiran penilaian ini akan menjadi asas
untuk membuat pengubahsuaian terhadap pengajaran seterusnya.
Bahagian penutup yang merupakan bahagian terakhir dalam satu-satu pengajaran dan
pembelajaran di mana guru membantu murid menyimpul dan membuat rumusan yang berkaitan
isi-isi penting serta memberi latihan atau aktiviti pengukuhan kepada murid-murid. Guru juga
perlu memberikan rasa kepuasan belajar dan menggerakkan murid-murid supaya bersedia
untuk pelajaran akan datang. Hal ini bertepatan dengan pernyataan Ee Ah Meng (2001) yang
membahagikan penutup kepada dua bahagian, iaitu penutup kognitif dan penutup sosial.
Penutup kognitif biasanya digunakan apabila guru menyenaraikan isi-isi penting sesuatu
pelajaran dengan tujuan mengukuhkan apa yang telah dipelajari. Manakala penutup sosial pula
bertujuan memberikan suatu perasaan pencapaian kepada murid-murid di hujung pengajaran
satu-satu topik.
7
SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah Modul DPLI (SM)
Di sepanjang proses pengajaran makro ini dilaksanakan pelbagai kemahiran dapat diterapkan
dan dikuasai oleh para guru pelatih setelah mereka melalui proses pengajaran mikro sebelum
ini. Ini sejajar dengan tujuan pengajaran makro itu sendiri iaitu untuk membantu guru pelatih
membiasakan diri melaksanakan pelbagai kemahiran dalam satu sesi pengajaran. Antara
kemahiran-kemahiran tersebut ialah kemahiran penyampaian set induksi; kemahiran menerang
dengan menggunakan contoh, ilustrasi dan sumber pengajaran dan pembelajaran; kemahiran
penggunaan penyoalan; kemahiran pengelolaan variasi rangsangan; kemahiran penggunaan
papan hitam/putih; kemahiran pengurusan aktiviti pengukuhan; dan kemahiran pelaksanaan
penutup.
Setelah selesai sesi pengajaran, guru mestilah membuat penilaian kendiri sebagai refleksi atau
muhasabah berkenaan pengajaran guru. Kekurangan dan kelemahan di dalam pengajaran
tersebut perlu dibaiki dalam pelajaran akan datang. Antara perkara yang boleh dibuat refleksi
ialah pencapaian objektif, disiplin kelas dan penglibatan murid serta keazaman guru bagi
membaiki pengajarannya.
Fikirkan :Think-Pair-Share
8
SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah Modul DPLI (SM)
Latihan
9
SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah Modul DPLI (SM)
LAMPIRAN 1
10
SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah Modul DPLI (SM)
Pencetusan idea
( minit)
Penstrukturan semula
idea
( minit)
Aplikasi
( minit)
Refleksi
( minit)
LAMPIRAN 2
11
SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah Modul DPLI (SM)
Topik :____________________
1. Orientasi
1. Adakah topik tersebut diperkenalkan
dengan jelas?
2. Adakah ia menarik perhatian pelajar?
3. Adakah ia menggalakkan kemahiran
berfikir?
2 Pencetusan Idea
1. Apakah teknik yang digunakan?
2. Adakah teknik-teknik tersebut digunakan
dengan jayanya?
3. Penstrukturan Semula Idea
1. Adakah aktiviti yang digunakan menarik?
2. Adakah pelajar berfikir semasa aktiviti?
3. Adakah pengalaman pembelajaran ini
bermakna? Mengapa?
4. Adakah kawalan kelas berkesan?
4. Aplikasi Idea
1. Apakah jenis masalah yang
dikemukakan?
2. Adakah idea pelajar boleh diguna pakai?
5. Refleksi
1. Adakah soalan-soalan tersebut
menggalakkan pemikiran reflektif?
2. Adakah pelajar bermotivasi?
. Keseluruhan
1. Adakah pengajaran ini berjaya?
2. Mengapa?
………………………… ……………………………
12
SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah Modul DPLI (SM)
Rujukan
Arends, R.I. (2007). Learning To Teach. 7th Edition. New York: McGraw Hill Higher Education.
Cruickshank, D.R., Jenkins, D.B. & Metcalf, K.K. (2003). The Act of Teaching. 3rd Edition. New
York: McGraw Hill Higher Education.
Ee Ah Meng (2001). Pedagogi II: Semester II. Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Jacobsen, D., Eggen, P. & Kaucahak, D. (1993). Methods for teaching. New York:
Macmillan Publishing Company.
Ryan, K. & Cooper, J. M. (1998). Those Who Can Teach. Boston: Houghton Mifflin Co.
13