Anda di halaman 1dari 4

TAJUK: ASAL PADI

TEMA
·         Tema prosa tradisional ini adalah kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah.
Kebijaksanaan Si Bongsu menyelesaikan masalah dalam usahanya mendapatkan padi
dari kayangan untuk dibawa pulang ke bumi.

PERSOALAN
·Keberanian melakukan sesuatu tindakan.
o    Contoh: Si Bongsu dengan berani  memasukkan padi itu di dalam mulutnya dan
melarikan diri namun dapat ditangkap oleh penjaga dusun sehingga luka di tumitnya

·Kebijaksanaan mencari akal.


o    Contoh: Si Bongsu mencari akal agar dia dapat menyembunyikan tanaman padi itu
di dalam sebuah tempat yang tidak akan diketahui oleh yang empunya padi.

·Mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.


o    Contoh: Orang-orang jahat telah mengambil segala harta yang ditinggalkan oleh
suami isteri itu kepada anak-anak mereka yang masih kecil.

·Bersungguh-sungguh menjaga hak.


o    Contoh: Empunya padi benar-benar memastikan padi yang ditanamnya tidak dicuri
orang.

WATAK DAN PERWATAKAN


Watak utama
Si Bongsu

 Seorang anak yatim piatu.


 Anak bongsu daripada dua beradik.
 Seorang yang berani.
·         Contohnya: Si Bongsu telah menyembunyikan padi di dalam mulutnya untuk di
bawa pulang ke bumi.

 Seorang yang bijak mencari akal.


·         Contohnya :- Si Bongsu mendapat idea menyembunyikan beberapa butir padi di
dalam luka di tumitnya agar padi tersebut tidak dijumpai oleh empunya padi.

 Seorang yang gigih


·         Contohnya:- Si Bongsu gigih menjaga kolam ikan peninggalan ibu dan bapanya
sebagai sumber pendapatan walaupun dia masih kecil.

 Seorang yang rajin.


·         Contohnynya :- Si Bongsu rajin bekerja menjadi penjaga dan mengawasi jemuran
padi di kayangan.

Watak Sampingan
Si Sulung

 Abang kepada Si Bongsu


 Anak yatim piatu.
 Seorang yang setia.
o    Contohnya:- Si Sulung tetap menanti kepulangan adiknya yang kini berada di
kayangan.
 Anak yang cacat.
o    Contoh: Kakinya kerekot, jari-jari kakinya tumbuh melekat satu sama lain, seperti
kaki itik dan kedua tumitnya berlubang.
·         Seorang yang gigih.
o    Contohnya :- Si Sulung gigih menjaga kolam ikan peninggalan ibu dan bapanya
sebagai sumber pendapatan walaupun dia masih kecil.

Empunya padi ( orang kayangan )

 Seorang yang sangat berhati-hati


o    Contohnya: Setiap kali Si Bongsu ingin pulang ke bumi, dia akan memeiksa seluruh
badan Si Bongsu agar Si Bongsu tidak dapat membawa padi pulang ke bumi.

 Seorang yang bertimbangrasa.


o    Contoh: Empunya padi memaafkan kesalahan Si Bongsu yang menyembunyikan
padi di dalam mulut ketika dia ingin pulang ke bumi.

 Seorang yang baik hati


o    Contoh:  Empunyai padi telah memberi Si Bongsu makan padi yang ditanamnya.     

Burung Pipit
·         Seekor burung yang tidak jujur
o    Contoh:- Burung pipit telah menipu tuannya dengan melaporkan bahawa di bumi
tidak ada padi sedangkan dia telah memakan padi di bumi sehingga kenyang.
·        
LATAR
Latar Masa

 Waktu siang.
o    Contoh: Didapatinya dekat kolam itu ada tujuh orang wanita yang baharu sahaja
selesai mandi dan sedang bersiap-siap untuk berangkat pulang.

Latar Tempat

1.Di kampung
o    Contoh: Si Bongsu dan abangnya tinggal di kampung dan menguruskan ternakan
kolam ikan bagi menampung keperluan mereka.

2.Di Kayangan
o    Contoh: Si Bongsu memakan tanaman yang enak yang dipanggil padi di  
o    kayangan.

3.Di kolam
o    Contoh: Tujuh orang wanita dari kayangan mandi di kolam ikan Si Bongsu.

Latar Masyarakat

1.Masyarakat kampung
o    Contoh: Si Bongsu dan abangnya tinggal di kampung dan menguruskan ternakan
kolam ikan peninggalan orang tua mereka.

2.Masyarakat kayangan.
o    Contoh: Tujuh orang wanita yang mandi di kolam tinggal di kayangan.

3.Masyarakat yang patuh kepada arahan.


o    Contoh: Burung Pipit dan burung Tekuri patuh pada arahan empunya padi untuk
turun ke bumi bagi menyiasat akan kewujudan tanaman padi di bumi.

NILAI

 Nilai keberanian.
o    Contoh: Si Bongsu berani menyembunyikan padi di dalam luka di tumitnya untuk di
bawa turun ke bumi.
 Nilai kesetiaan
o    Contoh: Abang Si Bongsu setia menunggu kepulangan adiknya dari kayangan.

 Nilai kepatuhan.
o    Contoh: Burung Tekuri patuh akan arahan empunya padi untuk turun ke bumi bagi
menyiasat kewujudan padi di bumi.

 Nilai kebijaksanaan.
o    Contohnya: Si Bongsu bijak mencari akal agar dia dapat menyembunyikan tanaman
padi itu di dalam sebuah tempat yang tidak akan diketahui oleh yang empunya padi.

PENGAJARAN

1.Kita haruslah mempunyai sikap patuh pada arahan ketua.


o    Contoh: Burung Pipit patuh akan arahan empunya padi untuk turun ke bumi bagi
menyiasat kewujudan padi di bumi.

2.Kita hendaklah bertindak secara bijak dalam menyelesaikan masalah.


o    Contoh: Si Bongsu bertindak secara bijak apabila dia menyembunyikan beberapa
butir padi di dalam luka di tumitnya sehingga tidak dapat dikesan oleh empunya padi.

3.Kita wajar bersikap setia kepada ahli keluarga.


o    Contoh: Abang Si Bongsu setia menunggu kepulangan adiknya dari kayangan.

4.Kita hendaklah gigih berusaha untuk meneruskan kehidupan.


o    Contohnya:- Si Bongsu dan abangnya gigih menjaga kolam ikan peninggalan ibu
dan bapanya sebagai sumber pendapatan walaupun mereka masih kecil.

Anda mungkin juga menyukai