Anda di halaman 1dari 7

SEGMEN 1.

1. (SL) Kawan-kawan jom pergi dewan.


2. (SR) Ada apa?
3. (SR) Pertandingann pentas anjuran Kelab Bahasa Melayu.
4. (SR)Jom…jom..jom
5. (SR) Shss…….
(SL) Acara diteruskan lagi dengan menjemput wakil tahun 6 untuk mendeklamasikan
sajak.
6. (Akif) Sajak Bumiku-
Bumiku
Bumiku bergelora
Bumiku kini tenat
Airnya, tanahnya, udaranya,pokoknya
Semuanya gelandangan,
Semuanya angkara manuasia.

7. (SR) Ish..ish..ish..
8. (SR) Kasihan bumi
9. (SL) Kita mesti lakukan sesuatu

10. (SR) Assalamualaikum salam sejahtera,


Murid Sidam Kiri mengalun bicara,
Membawa tahuk Bumiku Gelora,
Dengarlah semua sahabat saudara. * rentak boria
…… Ewah..
Bumi gelora musnah belaka,
Pagi dan petang, siang dan malam,
Marilah kita bersama-sama,
Sedarlah semua sahabat saudara

NHO SK SIDAM KIRI


11. (SR) Apa? Gelora?
12. (SP) Panas,panas,panas,panas cuaca kini.
13. (SR)Tapi bumi kata
14. (SR) Tolong! Tolong!Tolong! aku sakit!
15. (SP) Salah siapa semua ini..
16. (SL) Sudah terang lagi bersuluh
17. (Arif) Sedarlah wahai manusia bumi tenat sangat.
18. (SP) (bunyi binatang)
19. (SL) (bunyi pokok ditebang)…Tolong! Tolong! Jangan tebang aku..
20. (Shamsul) Berita tergempar, saya melaporkan dari tempat kejadian tanah runtuh. Ini
berpunca daripada penebangan pokok secara haram.
21. (SR) Tengok! Cuaca panas, tanah runtuh, banjir kilat.
Haish! Macam-macam ..
22. (SR) Tak patut… tak patut…tak patut
23. (SL) Tak sedar-sedar lagi ke..?
24. (SR) Semua ini berpunca daripada kita.

NHO SK SIDAM KIRI


SEGMEN 2

25.(SR) tika ini , saat ini, ingin kami berkongsi sesuatu


26.(SR)para hadirin dan juga tetamu
27.(SR)kami menyeru di sini
28.(SR)selamatkanlah bumi kita! dunia kita! alam kita!

29.(Arif)lihat dan pandanglah sekeliling kita,


30.(Arif)cantik sungguh tak dapat dikata
31.(Arif)awan dan laut berwarna biru
32.(Arif)pokok dan rumput kehijauan

33.(SR)tetapi.. kita tak pernah ambil tahu


34.(SR)tak pernah ambil peduli
35. (SR)tentang apa yang kita lakukan pada bumi ini
36. (SR)tentang kemusnahan yang kita lakukan hari ini

37.(SL) itu protes, ini protes,


38.(SP)jerebu kita protes, panas pun kita protes
39.(SL) kemarau kita protes, hujan pun kita protes….
40.(SR)Hairan...hairan
41.(SR)manusia zaman sekarang
42.(SR)tahu buat tak tahu nak tanggung.

SEGMEN 3

43. (Arif) Eh, kamu ada tengok berita semalam?

44. (Syamsul) Berita apa?

45. (Arif) Banjir di lembah Klang.

NHO SK SIDAM KIRI


46. SR) Apa puncanya.

47. (Arif) Mana tidaknya, kelmarin aku ke Kuala Lumpur, tak banyak pokok yang ditanam.

Bangunan pencakar langit. Wah, bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

48. (SR) Patutlah banjir..Itulah puncanya.

49.Pantun Ketandusan bumi

(SP) Pergi ke sekolah cepat-cepat,


Ilmu dicari jangan dipersia,
Tanah runtuh, banjir kilat,
Bumi tandus angkara manusia.

50. (Syamsul) Huk,huk,huk (batuk)

51. (Arif) Kamu kenapa?

52.(Syamsul) Saya sakit, cikgu.

53.(Arif) Kamu sedar tak jerebu menebal?

54.(SR) Semua berpunca daripada kilang, pembakaran dan asap kereta..Vroom,vroom,vroom

55.(SP) Semua daripada siapa?

56.(SL) manusia

57.(SP) Salah siapa?

58.(SL) manusia

59.(SP) siapa lagi kalau bukan….

60.(SL) manusia

61(SR) manusia,manusia,manusia

62.(B1) sedarlah
2x
63.(B2) sedarlah

NHO SK SIDAM KIRI


64.(B3) wahai manusia..

Tak sedar, tak sedar, lagi manusia ---2x

65.(SR) kitalah punca bumi tenat

66.(SR) lagu Hijau… Bumi yang tiada rimba

Seumpama hamba
Dia dicemari manusia
Yang jahil ketawa

SEGMEN 4

67.(Syamsul) Kita haruslah

68.(SR) bersatu teguh

69.(Syamsul)bagaikan aur

70.(SR) dengan tebing

NHO SK SIDAM KIRI


71.(SR) kalau semua, bekerjasama, bumi pasti selamat

72.(SR) Lagu

Tiada lagi yang kuharapkan


Tiada lagi yang kuimpikan
Biarkanlah bumiku
Suci dan gebu
(Arif)GEBU???
(Arif)Bukanlah suci dan BERSIH!

(SR) Ooooo… suci dan BERSIH!

Tiada lagi yang kuharapkan


Tiada lagi yang kuimpikan
Biarkanlah bumiku
Suci dan bersih

73.(Syamsul)Sajak

Hanya satu pintaku


Jagalahh bumi untuk kita

74.(SP) Kita, (SL) pencorak dunia

75.(SP) Perlu, (SL) melakukan transformasi

76.(SP) Untuk ,(SL) memiliki bumi yang indah

77.(SR) Buka mata, pasang telinga, luaskan minda

78.(SR) keputusan dan tindakan di tangan kita

79.(SR)Hargailah bumi kita

80.(SR) Sekian, wabillahitaufik walhidayah,

Assalamualaikum, warahmatullah hiwabarakatuh

NHO SK SIDAM KIRI


BICARA BERIRAMA
NHO SK SIDAM KIRI

Anda mungkin juga menyukai