Anda di halaman 1dari 8

KHUTBAH AIDILFITRI

TAJUK: “KITA MASIH BELUM MENANG”


TARIKH: 13 MEI 2021 / 01 SYAUWAL 1442

ُ َ َُْ ُ َ َُْ ُ َ َُْ


، ‫ هللا أكبر‬، ‫ هللا أكبر‬، ‫هللا أكبر‬
ُ َ َُْ ُ َ َُْ ُ َ َُْ
، ‫ هللا أكبر‬، ‫ هللا أكبر‬، ‫هللا أكبر‬
ُ.‫ َو هّلِل ْال َح ْمد‬، ‫هللا َأ ْك َب ُر‬ ُ ، ‫هللا َأ ْك َب ُر‬
ُ ، ‫هللا َأ ْك َب ُر‬
ُ
َ َ
ًْ ََ ً َ ْ ُ َ َ ْ ُ َ ً ْ َ ‫ُ ََُْ َ ًْ َ ْ َ ْ ُ ه‬
.‫هللا بكرة وأ َصيًل‬
َ ‫ وسبحان‬، ‫ّلِل ك َثيرا‬ َ َ ‫ والحمد‬، ‫هللا أكبر ٓك َبيرا‬
ُ ُ ُ ََ ُُ َ ً ‫َ َُ َ ّ َ َ ه ُ َ َُ َ َ َ َُ َ َُ ه ُ َ ه‬
َ َ
.‫ وأشهد أن محمدا عبدهو ورسولهو‬،‫أشهد أن ل َإل ـه َإل هللا وحدهو ل ش َريك لهو‬
َ ََ ََ َ َ َ ّ ‫ه‬
‫ص َ ّل َو َس َلم َعلى َس َّي َدنا ُم َح هم ٍد َو َعلى َآل َه وأصح َاب َهﮮ ومن ت َبعهم َب َإحس ٍان‬
َ ُ َ َ َ ‫الل ُه هم‬
ّ ‫إ َلى َيوم‬
َ.‫الدين‬
َ َ َ

َ‫َ َ َ ُ ُ ه ه َ َ ُ ُّ ُ ن‬ َُ ‫َ َ ه‬ ُ ‫ه‬ َ َ َ َ ُ َ ‫َه‬


. ‫ ول تموتن َإل وأنتم مس َلمو‬،‫ َاتقوا هللا حق تقا َت َهﮮ‬،‫ فيا َعباد هللا‬،‫أما بعد‬

MUSLIMIN MUSLIMAT YANG DIRAHMATI ALLAH 


Bertakwalah kepada Allah  dengan mentaati segala perintah-Nya dan
menjauhi segala larangan-Nya. Peliharalah diri, keluarga dan masyarakat
daripada sebarang perkara yang menimbulkan kemurkaan Allah yang
seterusnya mengundang musibah dan bala bencana. Khutbah pada hari
ini bertajuk “KITA MASIH BELUM MENANG.”
1

‫جابتن حال إحوال اڬام إسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص‬


ْ ‫ُ ََُْ َ ه‬ َ ‫هللا َأ ْك‬
ُ ، ‫هللا َأ ْك َب ُر‬
ُ
‫ّلِل ال َح ْمد‬
َ َ ‫و‬ ، ‫ر‬ ‫ب‬ ‫ك‬‫أ‬ ‫هللا‬ ، ُ
‫ر‬ ‫ب‬
MUSLIMIN MUSLIMAT YANG DIMULIAKAN,
Hari Raya Aidilfitri disambut bagi meraikan kemenangan melawan hawa
nafsu sepanjang bulan Ramadan. Nafsu makan, minum, hubungan
kelamin dan nafsu-nafsu lain dilawan sedaya upaya agar dapat mencapai
puncak kemenangan, iaitu takwa. Dalam suasana pandemik Covid-19
yang masih melanda negara kita dan dunia seluruhnya, kita wajib
bersyukur kerana diberi peluang untuk menghidupkan bulan Ramadan di
masjid dan surau dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan oleh
pihak berkuasa agama. Keadaan tahun ini berbeza dengan tahun lalu.
Segala puji bagi Allah  atas nikmat ini.
ُ‫ َو هّلِل ْال َح ْمد‬، ‫هللا َأ ْك َب ُر‬
ُ ، ‫هللا َأ ْك َب ُر‬
ُ ، ‫هللا َأ ْك َب ُر‬
ُ
َ َ

MUSLIMIN MUSLIMAT YANG BERBAHAGIA,


Namun, marilah kita sama-sama bermuhasabah, adakah kita benar-benar
telah menang setelah melalui Ramadan selama 30 hari? Adakah nafsu
makan dan minum kita benar-benar telah dikekang? Jika selera makan
dan minum masih belum dikawal sepenuhnya sehingga kita makan dan
minum semahunya, malah membawa kepada pembaziran akibat
pembuangan makanan yang tidak diusik, maka kita masih belum menang.

Bagaimana dengan lidah kita dan tangan kita? Adakah masih mudah
berbicara yang kotor, keji dan menyakitkan hati orang lain? Tangan kita,
adakah masih lancar menaip perkataan dan komen-komen yang berbaur

‫جابتن حال إحوال اڬام إسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص‬


hasutan, kebencian, dendam dan pelbagai kekejian di laman media
sosial? Jika masih ada, maka kita masih belum menang.

Bagaimana dengan amal ibadah kita? Adakah terdapat peningkatan?


Adakah amal ibadah yang kita lakukan sepanjang Ramadan berjaya
memberi kesan dalam kehidupan kita sehingga kita benar-benar
menghayati takwa? Atau amal ibadah kita hanya membuatkan kita
bertambah riyak, ujub, dan bongkak seolah-olah orang lain masih kurang
beramal sebaliknya hanya kita yang banyak beramal? Jika ada
peningkatan dan kesannya, alhamdulillah kita diberi taufik oleh Allah .
Namun, jika sebaliknya, bererti kita masih belum menang.

Bagaimana pula dengan tahap kesabaran kita? Lebih-lebih lagi berpuasa


dalam keadaan pandemik Covid-19 masih melanda. Adakah kesabaran
kita berada pada tahap maksimum? Atau kesabaran kita hilang dek
karenah orang-orang tertentu dan suasana tertentu, lalu membuatkan kita
hilang kawalan terhadap lidah dan tangan kita? Jika begitu keadaannya,
kita masih belum menang.
ُ‫ َو هّلِل ْال َح ْمد‬، ‫هللا َأ ْك َب ُر‬
ُ ، ‫هللا َأ ْك َب ُر‬
ُ ، ‫هللا َأ ْك َب ُر‬
ُ
َ َ

MUSLIMIN MUSLIMAT YANG DIRAHMATI ALLAH ,


Hakikatnya kemenangan yang disambut ketika Hari Raya Aidilfitri
bukanlah semata-mata kemenangan zahir yang ditampilkan melalui
pakaian baharu, aksesori baharu atau perabot baharu. Kemenangan
sebenar ialah takwa. Ketakwaan yang mengalir dalam diri lalu terzahir
melalui gerak laku perbuatan kita.

‫جابتن حال إحوال اڬام إسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص‬


Hal ini demikian menuntut kita untuk terus bermujahadah bukan hanya
pada bulan Ramadan, malah sepanjang hayat sehinggalah kita dijemput
oleh Allah  pada suatu hari nanti. Allah  berfirman dalam Surah al-Hijr,
ayat 99:

ۡ ۡ َّ
َ ٩٩‫ي‬ُ ٰ ‫وََٱ ۡع ُب َۡدَر َّبكَح‬
َ ِ‫َّتَيأتِيكَٱۡلق‬
Maksudnya: Beribadahlah kepada Tuhanmu sehinggalah kematian
datang kepadamu.

Renung-renungkanlah doa Malaikat Jibril  yang diaminkan oleh


Rasulullah  sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Hakim dalam kitab
al-Mustadrak:

ُ‫ان َف َل ْم ُي ْغ َف ْر َله‬
َ ‫ض‬َ ‫ُب ْع ًدا ل َـم ْن َأ ْد َر َك َر َم‬
َ
Maksudnya: Semoga dijauhkan daripada rahmat Allah orang yang
sempat melalui Ramadan tetapi dosanya tidak diampunkan.

Jika beginilah keadaannya, nyata sekali kita masih belum menang. Hanya
kepada Allah  kita menaruh harapan agar Dia berkenan menerima
ibadah puasa dan amalan kita yang lain. Hakikatnya nilai ibadah kita
bukan terletak pada berapa banyak kuantitinya, tetapi yang utama ialah
kualitinya yang melayakkan ibadah itu diterima oleh Allah . Apabila Allah
 menerima amalan kita, itulah kemenangan yang nyata. Sebaliknya jika
amalan kita ditolak, bererti kita masih belum menang.

‫جابتن حال إحوال اڬام إسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص‬


MUSLIMIN MUSLIMAT YANG DIMULIAKAN,
Mengakhiri khutbah pada pagi ini, marilah kita memperbanyakkan syukur
kepada Allah  atas nikmat dan keizinan-Nya kerana kita masih lagi
diberikan peluang menunaikan ibadah di rumah Allah  ini. Rebutlah
peluang yang diberikan untuk mengimarahkan masjid dan surau
berhampiran kita sementara dikurniakan kesempatan. Khatib berpesan
kepada diri dan merayu kepada semua lapisan masyarakat, patuhilah
segala SOP yang telah ditetapkan. Semoga usaha yang kita lakukan ini
mendapat rahmat Allah  seterusnya mampu menghindarkan penularan
wabak yang melanda.

َ ۡ َ َ ۡ ُ َّ َ َ َ َ َ َ ۡ َۡ ُۡ ۡ ُ ََ ُ َ َ َ
‫ات‬ِ ‫ ونفع ِني و ِإياكم ِبما ِف ِيه ِمن اۡلي‬،‫بارك هللا ِلي ولكم ِفي القرء ِان الع ِظ ِيم‬
َ ُ ُ َ ُ َ ۡ ُ َّ َ ُ ُ َّ ُ َ َ َ ۡ ُ َ ََ ۡ ۡ َ
‫ أقول قو ِلي‬،‫ َوتق َّب َل ِم ِني و ِمنكم ِتالوته ِإنه هو الس ِميع الع ِليم‬،‫الذك ِرال َح ِك ِيم‬
ۡ
ِ ‫و‬
َ ۡ ُۡ َ َ ۡ ُۡ َ َ ۡ ُۡ ۤ َ َ ۡ ُ َ َ َ َ ۡ َ ُ ۡ َ ۡ َ َ َ َ
‫ واۡلؤ ِم ِنين‬،‫ات‬
ِ ‫ و ِلسا ِئ ِر اۡلس ِل ِمين واۡلس ِلم‬،‫هذا وأستغ ِفر هللا الع ِظيم ِلي ولكم‬
َ ۤ َّ َ َ َ َ َ َ ۡ َ ۡ ُ ۡ ‫َ ۡ َ ۡ ُ و ُ َ َ َ ۡ َز‬ َ ۡ ُۡ َ
. ‫ فاستغ ِفر ه فيا فو اۡلستغ ِف ِرين ويا نجاة التا ِئ ِبين‬،‫ات‬ ِ ‫واۡلؤ ِمن‬

،‫هللا أكبر‬،‫ هللا أكبر‬،‫هللا أكبر‬


،‫ال إله إال هللا وهللا أكبر‬
.‫هللا أكبروهلل الحمد‬

‫جابتن حال إحوال اڬام إسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص‬


‫‪KHUTBAH KEDUA AIDILFITRI‬‬

‫ُ‬ ‫َ‬ ‫َُْ‬ ‫ُ‬ ‫َ‬ ‫َُْ‬ ‫ُ‬ ‫َ‬ ‫َُْ‬


‫هللا أكبر ‪ ،‬هللا أكبر ‪ ،‬هللا أكبر ‪،‬‬
‫َُْ‬ ‫َُْ‬ ‫َُْ‬
‫هللا أك َب ُر ‪،‬‬ ‫هللا أك َب ُر ‪،‬‬ ‫هللا أك َب ُر ‪،‬‬
‫هللا َأ ْك َب ُر ‪َ ،‬و هّلِل ْال َح ْمد‪ُ.‬‬
‫هللا َأ ْك َب ُر ‪ُ ،‬‬
‫هللا َأ ْك َب ُر ‪ُ ،‬‬
‫ُ‬
‫َ َ‬
‫يك َل ُه ‪َ ،‬و َأش َهدُ‬ ‫ال َحم ُد ّٰلِل َحم ًدا َكث ًيرا‪َ ،‬أش َه ُد َأن هَّل إ َلـ َـه إ هل ُ‬
‫هللا َوح َد ُه َل َشر َ‬
‫و‬ ‫َ‬ ‫و‬ ‫َ َ‬ ‫َ‬ ‫َ َ‬
‫َ ه َ ّ َ َ ُ َ ه ً َ ُ ُ ََ ُ ُ ُ هُ ه َ ّ َ َ ّ ََ َ ّ َ ُ َ ه َ ََ‬
‫أن س َيدنا محمدا عبدهو ورسولهو‪ ،‬اللهم ص َل وس َلم على س َي َدنا محم ٍد وعلى‬
‫آله َو َأص َحابهۦ َأج َمعين‪َ.‬‬
‫َ‬ ‫ََ‬ ‫ََ‬
‫َ‬ ‫َ َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ه‬ ‫َ‬ ‫ُ‬ ‫هُ ْ هَ َُ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َه َ ُ َ‬
‫هللا وطاع َت َهۦ‪،‬‬ ‫ى‬
‫وصيكم و َإياي َبتقو َ‬ ‫أما بعد‪ ،‬فيا َعباد هللا‪ ،‬اتقوا َّللا‪ ،‬وأ َ‬
‫ن‬ ‫َ َ َ َ ُه ُ َ‬
‫فقد فاز اۡلتقو ‪.‬‬
‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ُ‬ ‫ْ‬ ‫ََ َ ََ َ‬
‫وقال تعالى َفي القرء َان الع َظ َيم ‪:‬‬
‫ۡ‬ ‫ُ ْ ُّ ْ‬ ‫َّ َٰٓ ُّ َّ‬ ‫َٰٓ ُ ُ ُّ‬ ‫َّ َّ‬
‫بيََيأيهاََٱَّلِينَََءامنواَ صلواَ عليهَِ‬
‫ّللََوملئِكت َهۥَََيصلونَ لَعََٱنل ِ َِ‬ ‫نََٱ َ‬
‫إِ َ‬
‫ً‬ ‫ۡ‬ ‫ُ ْ‬
‫وسلِمواَتسلِيماَ‪َ٥٦‬‬
‫َ‬
‫الت َاب َع َين َوت َاب َعى‬
‫صحبهۦ َو ه‬ ‫ص ّل َو َس ّلم َع َلى َس ّيد َنا ُم َح هم ٍد َو َع َلى آله َو َ‬ ‫الل ُه هم َ‬ ‫ه‬
‫ََ‬ ‫ََ‬ ‫ََ‬ ‫َ َ‬
‫َُ‬ ‫َ َ ه‬ ‫التابع َين َو َمن َتب َع ُهم بإح َسان إ َلى َيوم ّ‬
‫ض الل ُه هم َع َن الخل َف َاء‬ ‫ا‬‫و‬
‫َ َ َ ر‬ ‫‪.‬‬‫ين‬ ‫الد‬ ‫َ‬ ‫ٍ‬ ‫َ َ ََ‬ ‫َ‬ ‫َ‬
‫ه‬
‫الص َح َاب َة‬ ‫ان َو َعل ّي َو َع ْن َب َق هي َة ه‬ ‫ين َس َادات َنا أبي َبكر َو ُع َم َر َو ُعث َم َ‬ ‫الراشد َ‬
‫ٍَ‬ ‫ٍ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ه َ َ‬
‫َأج َمعين‪َ.‬‬
‫َ‬

‫‪6‬‬

‫جابتن حال إحوال اڬام إسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص‬


‫ُ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ ُ َ َ ُ‬ ‫َ‬ ‫َ َ ُ‬ ‫ُ‬ ‫ه‬ ‫ُ‬ ‫ه‬
‫ات‪ ،‬اۡلحي َاء َمنهم‬ ‫ات‪ ،‬واۡلؤ َم َنين واۡلؤ َمن َ‬
‫اللهم اغ َفر َللمس َل َمين واۡلس َلم َ‬
‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ه‬ ‫ُ‬ ‫ُّ‬ ‫ٌ‬ ‫ه َ َ ٌ َ‬ ‫َ‬ ‫َ َ‬
‫ات‪.‬‬‫اض ي الحاج َ‬ ‫ات‪ ،‬يا ق َ‬‫ات‪َ ،‬إنك س َميع ق َريب م َجيب الدعو َ‬ ‫واۡلمو َ‬
‫انصر اۡلس ًَل َم َواۡلُسلم َين‪َ ،‬واج َعل َكل َم َتكَ‬ ‫الل ُه هم َأع هز اۡلس ًَل َم َواۡلُسلم َين‪َ ،‬و ُ‬ ‫ه‬
‫َ‬ ‫ََ‬ ‫َ َ‬ ‫ََ‬ ‫َ َ‬
‫الدين‪َ ،‬واخ ُذل ال َك َف َر َة َواۡلُشرك َين َواۡلُ ـلحد َ‬
‫ين َواۡلُب َتدعين‪َ،‬‬ ‫ه َي ال ُعل َيا إ َلى َيوم ّ‬
‫َ َ‬ ‫َ َ‬ ‫ََ‬ ‫َ‬ ‫َ َ َ َ‬ ‫َ‬
‫َ ََ‬ ‫َ‬ ‫ُ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ّ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬
‫صًل ٌح َل َْل ْسًل َم َواۡلس َل َم َين‪َ ،‬وأه َلك َمن َفي هًل َك َهۦ‬ ‫صًلحهۦ َ‬
‫َ َ‬
‫َوأص َلح َمن في َ‬
‫َ‬
‫ص ًَل ٌح ّل ْْل ْس ًَلم َواۡلُسلمين‪َ.‬‬ ‫َ‬
‫ََ‬ ‫َ َ َ‬
‫َ ه‬
‫الل ُه هم َيا هللا َيا َر ْح َمن‪،‬‬
‫‪Kurniakanlah taufik dan hidayah dengan penuh ri’ayah dan ‘inayah‬‬
‫‪kepada raja kami Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri‬‬
‫‪Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir,‬‬
‫‪*Yang Teramat Mulia Dato’-dato’ Undang Yang Empat, *Yang Teramat‬‬
‫‪Mulia Tunku Besar Tampin serta *Yang Teramat Mulia Tunku Besar Seri‬‬
‫‪Menanti (*DISEBUT MENGIKUT LUAK MASING-MASING),‬‬ ‫‪dan‬‬
‫‪pemimpin mukmin sekalian. Penuhilah hari-hari pemerintahan mereka‬‬
‫‪dengan keadilan yang mendatangkan kemakmuran dan kebajikan.‬‬

‫َ ه ُ ه ْ ُ َْ َ َ َ ُْ ْ ْ َ َ َ ه ً ُ‬
‫اۡل هم َة اۡلَ ًَل ُيو هي َة َو ْاهد َنا َو َس ّد ْد َنا ب َخيرْ‬
‫َ َ َ‬ ‫َ‬ ‫َ َ‬ ‫اشر اۡلس َل َمين وخاصة‬
‫اللهم انصرنا مع َ‬
‫ين أ ْن َع ْم َت َع َل ْيه ْم َغ ْير اۡلَ ْغ ُ‬ ‫اط هالذ َ‬ ‫َ ه َ ْ َ َ َ َ ُْ َ َ َ َ‬
‫وب‬‫َ‬ ‫ض‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫الب َري َة واه َدنا َصراطك اۡلسـت َقيم‪َ ،‬صر‬
‫َع َل ْيه ْم َو َل ه‬
‫الض َآل َين‪.‬‬ ‫َ‬

‫‪7‬‬

‫جابتن حال إحوال اڬام إسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص‬


‫ۡ‬ ‫ۡ ۡ ۡ ٗ ۡ ۡ ِ َّ ٰ‬
‫نناَ بِر ۡۡحتِكَ مِنََٱلق ۡو َمَِ‬
‫ِ‬ ‫و‬ ‫ََ‬ ‫َ‬‫‪٨٥‬‬ ‫ََ‬‫ي‬
‫َ‬ ‫م‬
‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ل‬ ‫لظ‬ ‫ٱ‬‫ََ‬‫م‬‫و‬‫ق‬‫ِل‬ ‫ل‬ ‫َ‬‫ة‬ ‫ن‬ ‫ِت‬ ‫ف‬ ‫اَ‬‫ن‬ ‫ل‬ ‫ع‬‫َت‬ ‫َ‬‫َل‬ ‫اَ‬‫ن‬‫ب‬‫ر َّ‬
‫ٰ‬ ‫ۡ‬
‫ٱلكفِ ِرينََ‪َ َ٨٦‬‬
‫ٗ‬ ‫ٗ‬ ‫ۡ‬ ‫َّ ٓ‬
‫ارَِ‪َ٢٠١‬‬ ‫اَِفَٱ ُّدلنياََحسنةَو ِِفَٱَٓأۡل ِ‬
‫خرةَ َِحسنةَوق ِناَعذابَٱنلَّ َ‬ ‫ِ‬ ‫ِن‬ ‫ت‬ ‫ا‬‫َء‬ ‫ربنا‬
‫هللا‪،‬‬ ‫ع َب َ‬
‫اد‬
‫ِ‬ ‫ِ‬
‫ۡ‬ ‫ۡ‬ ‫ُ‬ ‫ۡ‬ ‫ٓ‬ ‫ٰ‬ ‫ۡ‬ ‫ۡ‬ ‫ۡ‬ ‫َّ َّ ۡ ُ ُ ۡ‬
‫بََوين ٰ‬
‫َهَ ع ِنَ‬ ‫نََِإَويتا ِٕيَ ذِيََٱلقر َٰ‬
‫ّللََيأمرَ َب ِٱَلعد َِلََوَٱ ِۡلحس َِ‬
‫۞إِنََٱ َ‬
‫ُ‬ ‫ُ ُ ۡ َّ ُ ۡ َّ‬ ‫ۡ ۡ‬ ‫ُ‬ ‫ۡ ۡ ٓ ۡ‬
‫غَي ِعظكمَلعلكمَتذكرونَ‪َ َ٩٠‬‬ ‫ٱلفحشاءََِوَٱلمنك َِرَوَٱۡل ِيَ‬
‫ُ‬ ‫َ ُ َ َُ‬ ‫َ‬ ‫َ ُ ُ ْ َ َ َ َ ُ ُ َ ُ ُ ُ ََ‬
‫فاذكروا هللا الع َظيم يذكركم‪ ،‬واشكروه على َنع َم َهۦ ي َزدكم‪ ،‬واسألوه َمن‬
‫ُ ُ ََ ُ َ َُ َ ُ َ َ ُ َ َ َ ُ َ‬
‫ن‬
‫َ‬
‫هللا أكبر‪ ،‬وهللا يعلم ما تصنعو ‪.‬‬ ‫فض َل َهۦ يع َطكم‪ ،‬ول َذكر َ‬

‫‪*(Khatib hendaklah membaca doa untuk D.Y.M.M. Tuanku dan‬‬


‫‪doa untuk Y.T.M. Dato’ Undang atau doa untuk Y.T.M. Tunku‬‬
‫‪Besar Tampin atau doa untuk Y.T.M Tunku Besar Seri Menanti‬‬
‫)‪mengikut luak masing-masing‬‬

‫‪8‬‬

‫جابتن حال إحوال اڬام إسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص‬

Anda mungkin juga menyukai