Anda di halaman 1dari 6

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

TEKS KHUTBAH AIDILFITRI


(RUMAH)

Tajuk :

“AIDILFITRI DIRAI, KELUARGA DISANTUNI”

Tarikh Dibaca :

1 SYAWAL 1442H

Disediakan oleh :

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


‫)‪Khutbah Aidilfitri (Rumah‬‬ ‫‪Aidilfitri Dirai, Keluarga Disantuni‬‬

‫”‪“AIDILFITRI DIRAI, KELUARGA DISANTUNI‬‬


‫‪1 Syawal 1442H‬‬

‫الله ُ أَ كْ ب َر ُ ‪ ،‬ا َ َّلله ُ أَ كْ ب َر ُ‬


‫ا َ َّلله ُ أَ كْ ب َر ُ ‪َّ ،‬‬

‫الله ُ أَ كْ ب َر ُ ‪ ،‬ا َ َّلله ُ أَ كْ ب َر ُ‬


‫ا َ َّلله ُ أَ كْ ب َر ُ ‪َّ ،‬‬

‫الله ُ أَ كْ ب َر ُ ‪ ،‬ا َ َّلله ُ أَ كْ ب َر ُ‬


‫ا َ َّلله ُ أَ كْ ب َر ُ ‪َّ ،‬‬

‫الله بُك ْرَة ً و َأَ صي ْلًا‪ ،‬ل َا ِإلَه َ ِإ َّلا الله ُ وَل َا نَعْبُد ُ‬
‫ا َ َّلله ُ أَ كْ ب َر ُ كَبيْر ًا و َالْحم َْد ُ ل َّله كَثيْر ًا وَسُب ْح َانَ َّ‬

‫صد َقَ وَعْدَه ُ‪،‬‬ ‫ِإ َّلا ِإ َّياه ُ مُخ ْلصيْنَ لَه ُ الدينَ‪ ،‬و َلَو ْ ك َره َ الْك َافر ُ ْونَ‪ ،‬ل َا ِإلَه َ ِإ َّلا َّ‬
‫الله ُ وَحْد َه ُ‪َ ،‬‬

‫حز َابَ وَحْد َه ُ‪ .‬لآ ِإلَه ِإ َّلا َّ‬


‫الله ُ و ََّالله ُ أَ كْ ب َر ُ‪ ،‬ا َ َّلله ُ‬ ‫و َنَصَر َ ع َبْد َه ُ‪ ،‬و َأَ ع ََّز جُنْد َه ُ و َه َزَم َ الْأَ ْ‬

‫أَ كْ ب َر ُ وَل َّله الْحم َْد ُ‪.‬‬

‫ك لَه ُ و َأَ شْهَد ُ أَ َّن سَيد َنَا و َنَب َّينَا مُح ََّمدًا عَبْدُه ُ‬
‫أَ شْهَد ُ أَ ْن ل َا ِإلَه َ ِإ َّلا الله ُ وَحْد َه ُ ل َا ش َر ي ْ َ‬

‫ك عَلَى سَيدن َا مُح ََّمدٍ خ َات َم الْأَ ن ْبيَآء و َال ْمُرْسَليْنَ و َعَل َى آله‬
‫وَرَسُولُه ُ‪ .‬ا َ َّلله َُّم صَل وَسَل ْم و َب َار ْ‬

‫الله َّاتقُو ْا اللهَ‪ُ ،‬أوْصيْك ُ ْم و َِإ َّيايَ بتَقْو َى َّ‬


‫الله وَطَاع َته‬ ‫و َصَ ح ْبه أَ جْم َعيْنَ‪ .‬أَ َّما بَعْد ُ‪ ،‬فَيَا عبَاد َ َّ‬

‫لَع َ َّل ك ُ ْم تُرْحَمُوْنَ‪.‬‬


‫‪1‬‬
Khutbah Aidilfitri (Rumah) Aidilfitri Dirai, Keluarga Disantuni

Wahai keluargaku yang dikasihi,


Bertakwalah kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan
menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita sentiasa berada dalam rahmat dan
keredhaan Allah SWT di dunia mahupun di akhirat. Marilah kita menzahirkan rasa syukur
kepada Allah SWT atas segala nikmat dan kurniaan yang telah diberikan kepada kita
selama ini.

Wahai ahli keluarga yang kukasihi,


Pada hari ini, kita menyambut Aidilfitri yang menjadi simbolik kepada kembalinya kita
kepada keadaan fitrah setelah sebulan kita dilatih dalam Madrasah Ramadan. Kita telah
berjuang melawan hawa nafsu, mengawal amarah, kita juga telah bersungguh-sungguh
mendekatkan diri kepada Allah SWT, melaksanakan sebanyak mungkin kebaikan, dan
melaksanakan ibadah puasa dengan harapan tinggi agar kita menjadi hamba-Nya yang
bertakwa, diterima amalan, dan dimakbulkan doa kita. Kita telah melalui Ramadan
dengan solat berjemaah, makan bersama, bertadarus dan melaksanakan amalan-
amalan lain secara bersama. Maka suka untuk saya mengingatkan kepada ahli
keluargaku untuk kita meneruskan amalan-amalan tersebut bagi mengukuhkan lagi
hubungan kekeluargaan kita bersama Allah SWT.

،ُ ‫ وَل َّله ا ْلحم َْد‬،ُ ‫ الله ُ أَ كْ ب َر‬،ُ ‫ الله ُ أَ كْ ب َر‬،ُ ‫الله ُ أَ كْ ب َر‬

Wahai ahli keluarga yang kukasihi,


Aidilfitri merupakan hari untuk kita bergembira dan ia merupakan kegembiraan yang
dikhususkan untuk umat Islam. Sungguhpun suasana sambutan pada kali ini agak
berbeza seperti kebiasaan, kita tetap perlu mensyukuri nikmat ini dan menzahirkan
kegembiraan kita. Sememangnya kita masih lagi diuji dengan wabak ini. Kepada Allah
SWT jualah tempat kita memohon pertolongan agar Dia menghilangkan semua wabak
ini dan mengangkat ujian yang kita hadapi ini. Sesungguhnya tiada daya dan upaya kita
semua melainkan dengan kekuatan dan kekuasaan Allah SWT jua.

Wahai keluargaku yang dikasihi,

2
Khutbah Aidilfitri (Rumah) Aidilfitri Dirai, Keluarga Disantuni

Sempena Aidilfitri ini juga, marilah kita saling memaafkan antara satu sama lain.
Keluarga inilah “harta” kita dan kita wajib menjaganya sebaik mungkin. “Air dicincang
tidakkan putus”, “carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum jua”, itulah antara
ungkapan orang dulu-dulu bagi menggambarkan betapa kita sebagai ahli keluarga walau
apa jua yang berlaku, keluarga tetap keluarga. Sesungguhnya memaafkan orang lain itu
merupakan suatu keizzahan (kemuliaan) buat seseorang mukmin lebih-lebih lagi antara
sesama ahli keluarga kita sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW:

َّ ‫وَم َا ز َاد َ الله ُ ع َبْدًا بع َ ْفوٍ ِإ‬


‫لا ع ًّزا‬

Maksudnya: “Dan tidaklah Allah menambah seorang hamba dengan kemudahan untuk
memaafkan, kecuali Allah akan memberinya izzah (kemuliaan).” (Hadis riwayat Imam
Muslim)

Justeru, saya ingin mengingatkan kepada ahli keluargaku semua agar kita menjaga
batas-batas hukum yang telah ditetapkan Islam antaranya mendirikan solat, menutup
aurat, saling menghormati dan menyayangi antara satu sama lain. Saya juga ingin
mengingatkan kepada semua untuk kita saling membantu lebih-lebih lagi jika ada dari
kalangan ahli keluarga atau adik beradik kita yang diuji sama ada diuji dengan
kemiskinan, penyakit dan lain-lain lagi. Seterusnya, saya ingin mengingatkan kepada
semua untuk terus bersabar menghadapi situasi pandemik ini. Marilah sama-sama kita
bertaubat dengan bersungguh-sungguh, bermunajat dengan penuh pengharapan
kepada Allah SWT agar Dia mengampunkan segala dosa kita, dosa ahli keluarga, dan
dosa seluruh umat Islam di dunia ini seterusnya melimpahkan rahmat dan berkat kepada
kita semua serta menghilangkan wabak penyakit ini dengan segera.

Allah SWT berfirman:


ۡ ‫ۡه‬ ‫َٰ ه‬ ۡ َّ
َ٨٨ََ‫فَٱ ۡستج ۡبناَ هلَۥَوَن ۡينَٰ ههَمِنَٱلغ َِمَوكذل ِكَنَۨ ِِجَٱلمؤ ِمنِي‬

3
‫)‪Khutbah Aidilfitri (Rumah‬‬ ‫‪Aidilfitri Dirai, Keluarga Disantuni‬‬

‫‪Maksudnya: “Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan dia dari‬‬
‫‪kesusahan yang menyelubunginya; dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami‬‬
‫”‪akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami).‬‬

‫ل قَو ْلي هَذ َا و َأَ سْ تَغْفر ُ الله َ ال ْع َظيم َ لي و َل َك ُ ْم‬


‫الله ُ أَ كْ ب َر ُ الله ُ أَ كْ ب َر ُ الله ُ أَ كْ ب َر ُ وَلله ا ْلحم َْد ُ‪ .‬أَ ق ُو ُ‬
‫فَاسْ تَغْفر ُوه ُ ِإ َّنه ُ ه ُو َ ال ْغَف ُور ُ َّ‬
‫الرحيم‬

‫‪KHUTBAH KEDUA‬‬

‫الله ُ أَ كْ ب َر ُ الله ُ أَ كْ ب َر ُ الله ُ أَ كْ ب َر ُ الله ُ أَ كْ ب َر ُ الله ُ أَ كْ ب َر ُ الله ُ أَ كْ ب َر ُ الله ُ أَ كْ ب َر ُ وَلله ا ْلحم َْد ُ‬

‫الرسُول الأَ مين سَيدن َا مُح ََّمدٍ و َعلَى آله‬


‫َالسلَام ُ عَلَى َّ‬
‫َالصلَاة ُ و َّ‬
‫ا َ ْلحم َْد ُ ل َّله ر َب ال ْع َالم َينَ و َّ‬

‫ك لَه ُ و َأَ شْهَد ُ أَ َّن سَيد َنَا مُح ََّمدًا‬


‫و َصَ ح ْبه أَ جْم َعينَ أَ شْهَد ُ أَ ن َّلا ِإلَه َ ِإ َّلا الله وَحْد َه ُ ل َا ش َر ي َ‬

‫ك وَسَل ْم ‪ .‬أَ َّما بَعْد ُ فَيَا‬


‫الله َُّم صَل عَلَى سَيدن َا محمد و َعَلَى آله و َصَ ح ْبه و َب َار ْ‬
‫عَبْد ُه ُ وَرَسُولُه‪َّ .‬‬

‫عبَاد َ الله َّاتق ُوا الله َ ُأوصيك ُ ْم و َنَفْسي بتَقْو َى الله فَق َ ْد فَاز َ ال ْم َُّتق ُون‪ .‬قَا َ‬
‫ل الله ُ تَع َالَى‪:‬‬
‫ه ْ‬ ‫ۡ‬ ‫ه ْ ُّ ْ‬ ‫َّ َٰٓ ُّ َّ‬ ‫َٰٓ ه ه ُّ‬ ‫َّ َّ‬
‫ب َيأيها َٱَّلِينَ َءامنوا َصلوا َعليهِ َوسلِمواَ‬
‫ّلل َومَلئِكت َهۥ َيصلون َلَع َٱنل ِ َِ‬
‫ن َٱ َ‬
‫إِ َ‬

‫ت ۡسل ِ ً‬
‫يماَ‪ََ٥٦‬‬

‫ك عَلَى سَيدن َا محمد و َعَلَى آل سَيدن َا محمد كَمَا ص ََّلي ْتَ وَس ََّلم ْتَ‬
‫الله َُّم صَل وَسَل ْم و َب َار ْ‬
‫َّ‬

‫مجيدٌ‬ ‫و َبَارَكْ تَ عَلَى سَيدن َا ِإ ب ْر َاهيم و َعَلَى آل سَيدنَا ِإ ب ْر َاهيم في ال ْع َالم َينَ ِإ َّن َ‬
‫ك حَميدٌ َ‬

‫‪4‬‬
Khutbah Aidilfitri (Rumah) Aidilfitri Dirai, Keluarga Disantuni

ِ َ‫اللَّهُ َّم ا ْغ ِف ْر ِللْ ُم ْس ِل ِم َني َوالْ ُم ْس ِل َمات َوالْ ُم ْؤ ِم ِن َني َوالْ ُم ْؤ ِمن‬
‫ات ْ َاْل ْح َيا ِء ِم ْْنُ ْم َو ْ َاْل ْم َوات‬
َّ ‫التو ْفي ْق و َال ْهد َايَة و َالص َّحة و‬
‫َالسلَام َة م َل كَ نَا ك باوه د ُولي يڠ مَهَا م ُوليا‬ َّ ‫الله َُّم أَ ي ْد بدَو َام‬
َّ

‫ الس ُلطَان ع َبْد ُ الله رعَايَة ُ الدي ْن ال م ُصْ طَفَى‬، ‫سري ڤدوك بڬيندا يڠ دڤرتوان اڬوڠ‬

.‫بالله شَاه اب ْن المرحوم سُلْطَان ح َاج أَ حْم َد شَاه ال مُسْت َعي ْن بالله‬

،‫ك ك باوه د ُولي يڠ مَهَا م ُوليا سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ‬
َ ‫وَك َذل‬

‫حو ْم ال م ُت َوَكلْ عَلَى‬


ُ ْ ‫( حاجه ع َز ي ْزَةْ أَ مي ْنَة ْ م َيْمُو ْنَة ْ ِإسْ كَنْد َر يَة ْ بن ْت ال مَر‬Tunku)‫تُونكو‬

.‫الله سُلْطَان ِإسْ كَنْد َ ْر الحَاج‬

Ya Allah, Kau ampunkanlah segala dosa kami, ibu bapa kami, kaum
keluarga kami, para pemimpin kami dan semua kaum muslimin dan
muslimat yang masih hidup dan yang telah meninggalkan kami. Ya Allah,
Kau terimalah semua amal ibadah kami dan rahmatilah kami dengan
keampunan-Mu dan kasih sayang-Mu. Ya Allah, Kau hilangkanlah wabak
Covid-19 dari negara kami serta negara-negara lain di seluruh dunia supaya
kami dapat meneruskan kehidupan kami sebagai khalifah-Mu di muka bumi
ini.

َّ َ‫حسَن َة ً و َقنَا عَذ َاب‬


.‫النار‬ َ ‫حسَن َة ً و َفي الْآخر َة‬ ُ ‫ر ََّبنَا ءاتنَا في‬
َ ‫الدنيَا‬ َ

.ُ ‫الله ُ أَ كْ ب َر ُ الله ُ أَ كْ ب َر ُ الله ُ أَ كْ ب َر ُ وَلله ا ْلحم َْد‬

Anda mungkin juga menyukai