Anda di halaman 1dari 56

KULIAH MINGGU 5:

PERTOLONGAN CEMAS
EN. SHAFIQ AIZATULLAH BIN SHAHARUDDIN
STRUKTUR TUBUH BADAN
FUNGSINYA
PERNAFASAN DAN ASFIKSIA
ASFIKSIA
• Pernafasan menjadi lemah disebabkan oleh:
• Salur udara tersekat
• Pertukaran oksigen dan karbon dioxida dalam paru-paru terjejas
oleh asap
• Kecederaan dada menjejaskan fungsi paru-paru
• Mekanisme pernafasan terjejas oleh asma
• Perlukan pertolongan serta merta kerana boleh mengancam nyawa.
• Jika tidak dirawat, keadaan akan menjadi lebih bahaya dan sampai ke
tahap “hypoxia”.
• Hypoxia boleh mengancam nyawa kerana paras oksigen tidak
mencukupi untuk tisu tubuh berfungsi secara normal.
• Hypoxia yang tidak teruk boleh menggurangkan keupayaan mangsa
untuk berfikir secara waras.
• Namun, jika bekalan oksigen kepada sel otak terputus walaupun
hanya selama 3 minit, sel-sel otak akan mati.
KEADAAN PUNCA
Oksigen yang tidak cukup • Lemas disebabkan oleh asap
dalam udara • Perubahan dalam tekanan atmosfera, contohnya
dalam pesawat
Salur udara yang tersekat • Salur udara tersengkang dan membengkak
• Tergantung atau terjerut
• Mulut dan hidung yang dipekap
• Lelah
• Tercekik
• Anaphylaxis
Keadaan yang • Terhimpit
menjejaskan dinding dada • Tulang retak
• Tertusuk
• Luka terbakar
KEADAAN PUNCA

Fungsi peparu lemah • Kecederaan pada peparu


• Peparu yang menguncup
• Jangkitan pada peparu, cth: pneumonia
Kerosakan pada otak atau • Kecederaan pada kepala
saraf yang mengawal • Strok
pernafasan • Keracunan
• Urat saraf yang mengawal otot pernafasan menjadi
lumpuh
Pengambilan oksigen yang • Keracunan sianida atau karbon monoksida
tidak mencukupi oleh tisu • renjatan
CARA MERAWAT
PUNCA CARA MERAWAT
Salur udara tersengkang • Buang sengkangan
• Jika mangsa sedar dan bernafas normal, berikan
keyakinan kepadanya.
• Awasi keadaannya. Perhatikan tanda-tanda vital dan
catat (tahap gerak balas, kadar denyutan nadi,
pernafasan).
• Bersedia untuk beri pernafasan bantuan dan tekanan
dada jika perlu.
• Jika mangsa kelihatan pulih, panggil doktor atau bawa
mangsa ke hospital.
CARA MERAWAT
PUNCA CARA MERAWAT
Tergantung dan terjerut • Tanggalkan sebarang alat yang mencerut dari leher
mangsa dengan pantas.
• Baringkan mangsa di atas tanah.
• Bersedia untuk beri bantuan pernafasan.
• Telefon 999 bagi mendapatkan bantuan.
Mati lemas • Jika menyelamatkan mangsa dari dalam air, kekalkan
kepalanya ke bawah bagi mengurangkan risiko
mengsa menelan air.
• Baringkan mangsa dalam keadaan telentang. Buka
salur udara dan periksa pernafasan.
• Rawat mangsa bagi hipotermia.
• Telefon 999 bagi mendapatkan bantuan.
CARA MERAWAT
PUNCA CARA MERAWAT
Tersedut asap • Dial 999 bagi mendapatkan bantuan.
• Jika perlu, pindahkan mangsa ke tempat yang
mempunyai udara yang bersih dan segar.
• Sokong tubuh mangsa dan beri kata-kata peransang.
• Teman mangsa hingga bantuan tiba.
Luka tertembus ke dalam • Pakai sarung tangan pakai-buang jika ada.
dada • Beri kata-kata peransang kepada mangsa.
• Mengiringkan ke arah bahagian yang cedera.
• Guna tapak tangan mangsa untuk menutup luka.
• Letakkan pembebat atau pad bersih.
• Telefon 999 dan dapatkan bantuan.
CARA MERAWAT
PUNCA CARA MERAWAT
Hiperventilasi • Cakap dengan lembut tetapi tegas kepada mangsa.
• Bawa mangsa ke tempat sunyi dan tenang.
• Jika pernafasan masih tidak dapat dikawal, beri
karung atau beg kertas untuk menghembus perlahan-
lahan.
• Bernafas sebanyak 10 kali dan cuba bernafas tidak
gunakan karung selama 15 saat.
• Bernafas selang-seli menggunakan beg dan tidak
menggunakan beg.
• Nasihatkan mangsa berjumpa doktor.
CARA MERAWAT
PUNCA CARA MERAWAT
Lelah (asma) • Tenteramkan dan beri keyakinan kepada mangsa.
• Minta mangsa ambil sedutan dari alat sedut pelega.
• Biarkan mangsa duduk dalam keadaan yang dia
selesa.
Krup • Pangku dan tenteramkan mangsa.
• Bentuk satu suasana yang berwap.
• Jika bertambah teruk, telefon 999.
• Apabila dibaringkan di atas katil, buatkan satu
suasana dingin di dalam bilik.
KECEDERAAN TERBAKAR
PENGELASAN TERBAKAR
• Luka terbakar dikelaskan mengikut tahap kedalaman kerosakan kulit
mangsa.
• Tiga jenis darjah kedalaman:
• Ringan (luaran atau permukaan)
• Separa-tebal
• Tebal sepenuhnya
• Luka terbakar atau selaran ringan hanya melibatkan pada lapisan luar
atau epidermis.
• Kecederaan ini mudah sembuh jika pertolongan cemas diberikan
serta merta dan lecur tidak terbentuk.
• Luka terbakar ringan ini dicirikan oleh kulit yang merah, lembik dan
bengkak.
• Luka terbakar separa-tebal merosakkan kulit dan mangsa berasa
terlalu sakit. Kulit menjadi merah dan melecet.
• Luka ini biasanya boleh pulih tetapi boleh terjejas sekiranya banyak
kawasan yang terjejas.
• Jika selaran melebihi 20 peratus, maka mangsa boleh menghadapi
ancaman kematian.
• Luka terbakar tebal sepenuhnya menghilangkan deria atau sensasi
kesakitan.
• Keadaan ini akan mengelirukan mangsa mengenai tahap keparahan
kecederaan.
• Kulit mungkin kelihatan hangus, pucat dan lekit.
• Perlu mendapatkan rawatan segera.
• Luka terbakar jenis ini merosakkan semua lapisan kulit, sistem saraf,
tisu lemak, otot-otot dan salur-salur darah.
CARA RAWATAN
• Bantu mangsa supaya baring. Elakkan anggota yang terbakar dari
tersentuh pada tanah.
• Simbah luka yang terbakar dengan air sejuk lebih kurang 10 minit.
• Telefon 999.
• Teruskan menyejukkan kawasan luka terbakar sehingga mangsa lega.
• Gunakan sarung tangan pakai buang jika ada. Tanggalkan cincin, jam
tangan, tali pinggang, kasut, atau pakaian terbakar dengan cermat
dan berhati-hati sebelum tisu mula membengkak.
• Tutup luka terbakar dengan pembebat steril.
• Kumpul maklumat mangsa.
• Beri keyakinan kepada mangsa sehingga bantuan tiba.
KERACUNAN
DEFINISI
• Keracunan merupakan satu bahan yang boleh menyebabkan
kerosakan sementara atau kekal disebabkan oleh toksin/racun dalam
kuantiti yang cukup untuk mencederakan tubuh.
• Tanda dan simtom keracunan berubah mengikut jenis racun.
• Muntah merupakan tanda lazim terutama apabila ditelan.
RAWATAN
TERTELAN RACUN
• Tanya mangsa jenis racun yang ditelan dan tenteramkannya.
• Dial 999 dan dapatkan bantuan. Beri laporan selengkapnya kerana
dapat membantu doktor memberikan rawatan.
KULIT TERJEJAS OLEH KIMIA
• Pastikan kawasan keliling selamat.
• Simbah anggota dengan air selama 20 minit.
• Tanggalkan pakaian yang tercemar dengan berhati-hati.
• Aturkan penghantaran mangsa ke hospital.
TERSEDUT GAS
• Pindahkan mangsa ke kawasan yang kalih udara.
• Tenteramkan mangsa.
• Dial 999.
• Teman mangsa sehingga bantuan tiba.
MATA TERKENA RACUN
• Pindahkan mangsa ke kawasan yang kalih udara.
• Tenteramkan mangsa dan jangan benarkan mangsa menggosok mata.
• Dial 999.
• Jika mata mangsa sakit, kipas matanya bagi mempercepatkan
pemeluwapan baki racun.
• Teman mangsa sehingga bantuan tiba.
KERACUNAN UBAT
• Jika mangsa sedar, bantu mangsa untuk duduk. Tanya dadah apa yang
telah diambilnya.
• Beri kata-kata peransang kepada mangsa.
• Dial 999.
• Simpan contoh bahan yang dimuntahkan. Cari bukti untuk
mengenalpasti jenis ubat yang diambil.
• Beri sampel kepada paramedik atau bantuan yang tiba.
KERACUNAN ALKOHOL
• Selimutkan mangsa.
• Periksa sebarang kecederaan lain.
• Perhatikan tanda-tanda awal.
KERACUNAN MAKANAN
• Nasihatkan mangsa supaya baring dan berehat.
• Beri mangsa minum sebanyak mungkin cecair ringan yang banyak.
• Sediakan sebuah mangkuk bagi menadah muntah.
TUMBUH-TUMBUHAN YANG BERACUN
• Tanya apa yang dimakan sekiranya mangsa sedar.
• Dapatkan maklumat dan kenal pasti tumbuhan beracun dan bahagian
tumbuhan yang dimakan mangsa.
• Simpan saki baki tumbuhan yang didapati, dan contoh bahan yang
dimuntahkan.
GIGITAN DAN SENGATAN
SERANGGA
SENGATAN SERANGGA
• Lazimnya sengatan serangga seperti lebah, tebuan atau penyengat
tidak berbahaya tetapi sakit.
• Pada peringkat awal, mangsa akan berasa sakit yang memuncak,
kemudian bengkak yang ringan, merah dan kesakitan.
• Sengatan yang berulang kali boleh mengakibatkan tindak balas yang
serius.
• Sengatan pada mulut atau tekak boleh menyekat salur udara.
• Sentiasa perhatikan tindak balas alahan yang mungkin akan
mengakibatkan renjatan “anaphylactic” pada mangsa.
CARA MERAWAT
• Tenteramkan mangsa.
• Angkat anggota yang terjejas dan tuam dengan bungkusan ais dan
tuaman sejuk.
• Perhatikan tanda-tanda vital – tahap gerak balas, kadar denyutan nadi
dan pernafasan.
• Dial 999 dan dapatkan bantuan sekiranya serangga yang menyegat
merupakan spesis yang merbahaya.
PATUKAN ULAR
• Ular tedung selar merupakan antara ular yang paling merbahaya di
Malaysia kerana patukannya boleh menyebabkan maut.
• Ada ular yang hanya memberi kesan yang tidak serius tetapi terdapat
ular yang boleh menyebabkan kematian.
• Di Semenanjung Malaysia terdapat kira-kira 136 spesis ular. Namun
hanya terdapat 16 spesis ular darat dan 21 spesis ular laut yang
berbisa.
• Ular adalah reptilia yang hidup bersendirian dan tinggal di tempat
yang mempunyai sumber makanan dan bersembunyi bagi melindungi
dirinya dari bahaya.
• Ular yang berbisa biasanya mempunyai taring yang panjang dan boleh
digerak-gerakkan (bagi ular kapak) ataupun yang berkedudukan tetap
(bagi ular tedung, ular katam tebu, ular pantai ataupun ular laut) di
bahagian atas rahang.
• Bisa ular biasanya mengandungi bahan-bahan racun haemotoksin,
neurotoksin dan myotoksin. Kesemua racun ini terdapat pada setiap
ular tetapi hanya salah satu daripadanya lebih dominan dan
mendatangkan kesan kepada mangsa bergantung kepada jenis ular.
CARA MERAWAT
• Bantu mangsa supaya baring.
• Tenangkan mangsa dan minta supaya jangan bergerak.
• Dial 999 bagi mendapatkan bantuan.
• Basuh luka patukan dengan perlahan-lahan dan lap sehingga kering
dengan kapas yang bersih.
• Tekan dengan mampat anggota yang terkena patukan ular dengan
pembebat bergulung.
PENTING!
• Mangsa harus berdiam diri supaya pergerakan racun atau bisa
tergendala ke seluruh tubuh badan.
• Perhatikan rupa bentuk ular untuk membantu doktor merawat dan
memberi antivenin yang tepat.
• Antivenin adalah spesifik kepada sesuatu jenis ular. Jika tersilap
memberikan antivenin ia boleh membawa maut. Terdapat sejenis
antivenin yang dipanggil antivenin Polivalent yang mana ia boleh
digunakan untuk merawat semua jenis bisa gigitan ular.
PENDARAHAN
JENIS PENDARAHAN
• Pendarahan (haemorrhage) dikelaskan kepada jenis saluran darah
yang tercedera.
• Jika arteri tercedera, pendarahan akan berlaku dengan banyak.
• Darah akan memancut seiring dengan denyutan jantung.
• Jika arteri utama cedera parah, darah akan menyembur ke paras
ketinggian beberapa kaki.
JENIS-JENIS LUKA
• Luka tergores
• Luka melecet
• Lelas
• Lebam
• Luka tercucuk
• Luka tikaman
• Luka tembakan
• Lebam (kontusi)
CARA MERAWAT LUKA
• Gunakan sarung tangan pakai buang.
• Beri tekanan kepada luka dengan tapak tangan atau jejari.
• Angkat dan sokong anggota yang tercedera di atas paras jantung.
• Bantu mangsa supaya baring dan lindungi daripada cuaca sejuk.
• Kemaskan pembebat dengan pembalut yang ketat untuk
mengekalkan tekanan.
• Jika pendarahan masih berterusan, gunakan pembebat kedua ke atas
pembebat pertama.
• Dial 999 bagi mendapatkan bantuan.

Anda mungkin juga menyukai