Anda di halaman 1dari 2

PENGARAH:

Nama:
No. Tel:

KERTAS KERJA

PROGRAM PENGAGIHAN MAKANAN UNTUK PELAJAR YANG


TERKANDAS DI UPSI DISEBABKAN OLEH PKPB

TARIKH:

….

TEMPAT:

….

ANJURAN:

….

DENGAN KERJASAMA:

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UPSI


1.0 TUJUAN

Tujuan mengadakan program ini adalah untuk membantu pelajar yang mengalami

kesukaran untuk membeli makanan di luar dan tidak dapat membeli barang yang

diperlukan untuk memasak. Kami berharap agar mereka yang terkandas di UPSI dapat

merasa makanan yang sedap melalui program kami kerana mereka mungkin berikat perut

atau tidak dapat merasa makanan yang sedap semenjak Perintah Kawalan Pergerakan

Bersyarat (PKPB) diumumkan. Kami berharap program kami ini akan mengisi perut

mereka yang berkelaparan dan juga mengurangkan beban kewangan segelintir pelajar

yang terkandas di UPSI. Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan

kelulusan pensyarah kursus Kesukarelawanan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

2.0 PENGENALAN

Program Pengagihan Makanan untuk Pelajar yang Terkandas di UPSI disebabkan oleh

PKPB adalah satu cara bagi kami, pelajar kursus HNS2032 Kesukarelawanan untuk

mengenali konsep kesukarelawanan dengan lebih mendalam di samping menyediakan

diri untuk menjadi seorang sukarela yang berpengalaman dan berkaliber untuk program-

program masa depan. Manfaat yang mampu diperoleh melalui program sukarelawan

yang diadakan ini adalah kami dapat memupuk sikap hidup berkelompok dan juga nilai

saling bantu-membantu. Penglibatan kami dalam program sukarelawan seperti ini dapat

memberi peluang kepada kami untuk berjumpa dengan masyarakat yang datang daripada

pelbagai status kehidupan. Seterusnya, kami mampu melatih diri untuk berkomitmen dan

memegang jawatan dalam sesebuah komuniti pada masa depan. Program ini

mendatangkan kebaikan kepada kami dan pelajar-pelajar yang terkandas di UPSI akibat

PKPB.

Anda mungkin juga menyukai