Anda di halaman 1dari 2

Teks ujian lisan berkumpulan

Hirisha : Selamat sejahtera dan Salam 1 Malaysia saya ucapkan kepada guru-guru, dan hadirin sekalian.
Tajuk kita pada pagi ini ialah "Kad kredit" . Kad kredit bolehlah ditakrifkan sebagai sejenis kad yang
digunakan sebagai pengganti wang tunai atau lebih dikenali sebagai "wang plastik" . Selain itu,
penggunaan kad kredit didapati semakin popular dalam kalangan masyarakat kita kini terutamanya ahli
perniagaan. Terdapat semakin banyak syarikat yang mengeluarkan kad kredit seperti American Express,
Visa,dan Mastercard. Menurut pendapat Menteri Kewangan Malaysia, penggunaan kad kredit
merupakan pemangkin masalah inflasi yang sangat ketara serta beliau turut meramalkan bahawa
bilangan pengguna kad kredit di negara kita akan bertambah pada tahun-tahun yang akan datang
kerana kad tersebut mempunyai kelebihannya tersendiri. Persoalanya , Apakah kebaikan dan keburukan
penggunaan kad kredit ?

Ayu : Salah satu daripada kelebihan yang menggalakkan ramai yang menggunakan kad kredit ialah
mereka tidak perlu membawa wang tunai yang banyak untuk membeli-belah. Bagi sesetengah
pengguna, membawa wang tunai yang banyak ketika membeli-belah merupakan suatu beban. Kini
terdapat hampir 50 peratus daripada pengguna yang membeli-belah di pasaraya menggunakan kad
kredit. Pengguna berasa lebih selesa dan mudah menggunakan kad kredit daripada menggunakan wang
tunai kerana kad kredit lebih ringan dan tidak mendatangkan masalah untuk digunakan pada bila-bila
masa.

Iman : Berbanding dengan menggunakan wang tunai, pengguna kad kredit juga merasakan bahawa
menggunakan kad kredit adalah lebih selamat.Hal Ini kerana, semua kad kredit terpakai tidak boleh
ditukar. Setiap kali mereka menggunakan kad kredit, mereka perlu menandatangani borang khas untuk
dapat mengesan pemilik sebenar kad kredit tersebut. Oleh itu, pemegang kad kredit tidak perlu risau
tentang kad mereka hilang atau dicuri. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pengeluar kad kredit
American Express, bilangan pemegang kad tersebut meningkat pada kadar hampir 40% setiap tahun.
Kebanyakan pemegang kad berpendapat adalah lebih selamat untuk menggunakan kad kredit American
Express kerana mereka boleh mendapatkan kad baharu dengan cepat jika ia hilang. Ini menunjukkan
bahawa keselamatan adalah faktor yang paling menggalakkan pengguna menggunakan kad kredit.

Ayu : Seterusnya, kebanyakan orang lebih suka menggunakan kad kredit kerana tidak perlu menukar
mata wang ke luar negara. Sebagai contoh, Jika kita melancong ke luar negara, kita perlu menukar mata
wang negara kita kepada mata wang negara yang kita lawati.Hal ini tidak terpakai kepada pemegang kad
kredit, kerana nilai mata wang asing ditukarkan secara automatik setiap kali kad kredit digunakan. Pada
pendapat kebanyakan pelancong, mereka lebih gemar menggunakan kad kredit kerana mereka akan
mendapat layanan yang lebih istimewa apabila berniaga terutama di hotel terkemuka dan bertaraf
antarabangsa. Keadaan ini mungkin disebabkan pemegang kad kredit sering dikaitkan dengan imej
barangan mewah.

Amira : Bukan itu sahaja , Mereka juga sering menghadapi beberapa masalah dan penggunaan kad
kredit adalah terhad. Tidak semua perniagaan bersedia menerima pembelian kredit, terutamanya kedai
runcit atau kedai kecil dengan lebih daripada pusat beli-belah yang terkenal ataupun tempat - tempat
penginapan.

Iman : Selain itu , Pemegang kad kredit mungkin berbelanja secara berlebihan kerana mereka tidak tahu
nilai wang yang mereka belanjakan. Oleh itu, kita sering mendengar rungutan daripada pemegang kad
kredit yang menghadapi bebanan hutang yang berat. Sebaik sahaja berpuas hati dengan perbelanjaan
mereka, mereka mungkin akan jatuh ke dalam keadaan terdesak kerana mereka perlu mencari jalan
untuk membayar balik hutang mereka. Sesetengah pemegang kad kredit berhutang banyak, dan ada
yang diisytiharkan muflis kerana tidak dapat membayar balik hutang mereka.

Amira : Saya setuju dengan penjelasan iman . Malah, ada yang menggunakan kad kredit ibarat menggali
lubang , menutup lubang yang bermaksud berhutang untuk membayar hutang . Tambahan pula,
penggunaan kad kredit juga berkemungkinan akan membuatkan pengguna terdedah kepada
penyalahgunaan dan penyelewengan data . Seperti yang kita ketahui , transaksi komersial penggunaan
kad kredit dijalankan secara elektronik iaitu penggunaan komputer . Oleh itu , terdapat kemungkinan
berlakunya pelanggaran transaksi . Hal ini kerana , urusan kad yang dibuat secara atas talian lazimnya
terdedah kepada salah guna data kerana data yang dikutip oleh pengusaha kedai atau pihak ketiga yang
lain . Justeru , pemilik kad kredit perlu sentiasa melihat dengan teliti setiap transaksi yang dilakukan
adalah betul dan berketepatan dengan apa yang dibelanjakan .

Hirisha : Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat beberapa kebaikan dan keburukan
penggunaan kad kredit. Sekiranya pemilik kad kredit menggunakan kemudahan tersebut secara bijak,
mereka akan mendapat faedah yang banyak. Sebaliknya, jika kad kredit tidak digunakan secara
berhemah, pemiliknya akan menderita akibat beban hutang yang terpaksa ditanggung sehingga
bertahun-tahun. Oleh itu, setiap pengguna kad kredit seharusnya pandai mengimbangi perbelanjaan
dan pendapatannya supaya tidak menjadi satu beban pada masa akan hadapan . Walaupun penggunaan
kad kredit didapati semakin popular dari tahun ke setahun, namun " wang plastik" pastinya tidak
mungkin dapat menggantikan wang tunai yang sebenar. Bak kata pepatah , air mudik sungai, semua
teluk diranai .

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai