Anda di halaman 1dari 1

3.

0 OBJEKTIF

1. Memberi keringanan beban kepada pelajar yang tidak mempunyai bekal makanan
yang cukup semasa tempoh PKPB.
2. Memastikan para pelajar yang kurang berkemampuan mendapat makanan yang
sempurna & sihat dan seimbang.
3. Menunjukkan kecaknaan terhadap masalah yang dihadapai oleh setiap pelajar yang
berada di kawasan PKPB.
4. Memupuk semangat kecintaan terhadap budaya tolong-menolong, bantu-membantu
sesama pelajar dan pensyarah dalam menjaga kebajikan pelajar.

4.0 JUSTIFIKASI

Program kesukarelawan ini bukan sahaja dirancang bagi memenuhi tuntutan kursus
Kesukarelawan (HNS2032), malah memberi pendedahan kepada mahasiswa dan mahasiswi
serta pihak Universiti agar lebih cakna akan keadaan semasa yang dialami oleh para pelajar
sama ada di dalam kawasan kampus iaitu di kolej kediaman mahupun di luar kampus,
khususnya sepanjang tempoh PKPB. Dengan adanya program ini, kita dapat memupuk nilai
kritikal tersebut sekaligus dapat membantu meringankan beban sesetengah pelajar yang
kurang berkemampuan dan tiada bekalan makanan khususnya serta secara tidak langsung
dapat membantu para pelajar menjalani proses pembelajaran atas talian dengan baik dan
lancar kerana makanan merupakan perkara asas yang penting untuk membolehkan para
pelajar lebih fokus dan kurang berasa tertekan dengan keadaan semasa.

Anda mungkin juga menyukai