Kebijaksanaan Bukan Merupakan Produk Dari Sekolah
Kebijaksanaan Bukan Merupakan Produk Dari Sekolah
mendapatkannya.”
-Albert Einstein
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya
mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu
terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
-Joseph Conrad
Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya bukan
melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya
-John Petitsenn
Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu..
-Whittier
Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan
menjadi kapten untuk bahtera hidupnya
-Saidina Ali
Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang yang
berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah,
kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri
-Said Mustafa
Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia.
-Richard Brinsley Sheridan
Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan
-Mognon Me Lauhlin
Jika manusia masih tetap jahat dengan adanya agama, bagaimana lagi jika tiada agama?
-Benjamin Franklin
Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau
kemahiran
.-Flower A. Newhouse
Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu
-Whittier
Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya
dan sepuas-puas yang kamu inginkan
-Abdullah Mansur M.H
Orang yang berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri sedangkan tiada seorang pun yang
mengejarnya namun orang yang benar itu berani seperti singa
-Goethe
Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang
-Anonim
Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan
dari jawapan-jawapannya
-Voltaire
Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh
menghentikannya -Voltaire
Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi
sahabat orang -Hamka
JOM SAMBUNG...
Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan
tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat -Khalifah Abdul Malik
Marwan
Dalam masyarakat manusia ada binatang jalang tetapi dalam masyarakat binatang tidak ada satu pun
manusia jalang -Aristotle
Anda mungkin ditipu jika terlalu mempercayai tetapi hidup anda akan terseksa jika tidak cukup
mempercayai -Frank Crane
Komunikasi adalah sesuatu yg mudah, susahnya ialah apabila kita tidak menyebutnya dengan
perkataan yg mudah.-T.S Matthews
Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya kerananya. Tetapi jika
anda menyintai pekerjaan yang anda lakukan itu, kejayaan akan menjadi milik anda
-Ray Kroc (Pengasas McDonalds)
Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan
lagi.
-Confucius
Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia.
-Richard Brinsley Sheridan
Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang.
Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan. -
Harieta Wahab
Orang yang berani tidak akan membabi-buta melompat masuk ke dalam jurang, melainkan masuk
dengan perlahan-lahan dan dengan mata yang terbuka setelah mengukur dalamnya -Stahl P.J
Kebahagiaan adalah haruman yang tidak boleh kamu semburkan kepada orang lain tanpa kamu
sendiri mendapat beberapa titisan daripadanya -Emerson
Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu
adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas
kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji. -La Roche
Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya sihat, pokoknya pun sihat -Beng Tju
Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh -Albert Einstein
Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk
negara
-Abraham Lincoln
Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti -Hukama
Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri
sebagai suatu bangsa merdeka –Soekarno
Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan adalah penasihat yang
sangat curang untuk kemerdekaan -Andre Colin
Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat
dikembalikan menjadi tanah -Wahab B Munabin
Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya
terlebih dahulu -Aflatun
Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus
kepadanya tanpa menyimpang. –Cecil B. DeMille