Anda di halaman 1dari 4

……………………………………………………………………………………………….………………………………………………………………………..Kontrak (a.

winson)
Kontrak : Julai 2019

Per: Encik dan Puan Newly Weds


(a)
Bfk-telah wujud suatu kontrak yang sah dan mengikat pada masa kedua2 pasangan Newly Weds membayar harga belian
penuh bg pembelian sebuah unit banglo di No. 5, jalan Bengkok, Nirwana,68000 Ampang selangor dengan Not What Its
Seen Sdn. Bhd.-Bfk jelas kesemua keperluan Seksyen 10(1)-Ada Tawaran/ Penerimaan/ Balasan/ Niat/ Kerelaan Bebas/
Keupayaan telah wujud dlm fakta.

Bfk- dihujahkan ada frod dlm pembentukan kontrak itu- Seksyen 10(1)- menekankan keperluan kerelaan bebas dalam
membentuk suatu kontrak -Seksyen 14-menyatakan kerelaan adalah tak bebas jika ada frod [14(c)]

Menurut Sek. 17 Akta Kontrak 1950 – fraud ditakrif sebagai termasuk mana-mana perbuatan yang berikut yang
dilakukan oleh suatu pihak yang membuat kontrak, atau dengan pembiarannya, atau oleh ejennya, dengan niat untuk
memperdayakan pihak lain yang berkontrak atau ejennya, atau mendorong pihak yang lain itu membuat kontrak iaitu dgn:
(c) Membuat janji tanpa apa-apa niat untuk menepati janji itu;
(d) Mana-mana perbuatan lain yang padan untuk memperdayai;

Bfk jelas- pasangan Newly Weds telah memasuki perjanjian utk membeli banglo tersebut setelah pengesahan dan
penjelasan dibuat oleh pengurus pemasaran Not What Its Seen Sdn. bahawa terdapat ciri2 keselamatan yg unik dan khas
akan disediakan di dalam kawasan perumahan berkenaan utk memastikan keselamatan dan ketenangan pendududknya ,
termasuk kamera CCTV dan sistem elektronik bg pagar keliling. Tetapi setelah menerima milikan kososng banglo yg
dibeli didapati pengawal bergerak yg bertugas selalunya tiada dan tidak pernah menjaga kawasan itu , tiada kamera CCTV
dipasang dan tiada sistem elktronik bg pagar keliling spt yg dijanjikan.

Bfk jelas menunjukkan terdapat niat menipu dari pihak pemaju untuk memperdayai serta menjual hartanah- hartanah
berkenaan. Sebagai pemaju yg telah menyiapkan serta menjual rumah yg sudah siap seperti dlm fakta Not What Its Seen
Sdn. atau wakilnya sudah mengetahui atau patut mengetahui jenis keselamatan yg telah ada -maka jelas pernyataan yg
dibuat adl dgn niat utk memperdayai penjualan banglo tersebut menurut definasi sek 17. oleh itu jelas brosur promosi serta
semua represantasi yg dibuat oleh wakil Not What Its Seen Sdn. tersebut merupakan satu perdayaan semata-mata untuk
menarik pembeli untuk menbeli hartanah tersebut bagi harga yang tinggi seperti yang terkandung dlm sek 17(d) , memberi
keterangan palsu /membuat pernyataan yg tak benar yg diketahui adl tak benar di bwh sek 17(a) dan/atau juga satu janji
tanpa niat untuk menepatinya seperti yg terkandung dlm sek 17©. Jikapun pernyataan itu dibuat tanpa niat utk menipu,
pasangan Newly Weds masih boleh bergantung kepada alasan salahnyata di bwh sekyen 18(a) memandangkan jelas
pernyataan yg dibuat adl tidak benar.

Isu berikut adk samada pernyataan pengurus spt dlm fakta akan mengikat Not What Its Seen Sdn. Menurut Sek 135
pengurus pemasaran spt dlm fakta jelas adl seorang ejen kerana ia adl seorang yang diambil bekerja utk membuat
sesuatu tindakan bg pihaknya atau utk mewakilinya dlm urusan2 dgn pihak ketiga. Menurut Sek 191 Akta Kontrak-
salahnyata atau frod yg dilakukan oleh ejen yg telah bertindak dlm perjalanan perniagaan mereka bg prinsipal mereka, adl
seolah-olah salahnyata atau frod telah dilakukan oleh prinsipal tersebut kecuali ia dibuat oleh ejen dalam perkara yg tidak
termasuk dlm kuasa mereka.Maka jelas pernyataan yg dibuat oleh pengurus pemasaran spt dlm fakta adl dibuat dlm
perjalanan perniagaan Not What Its Seen Sdn. dan dgn itu menurut sek 175 Not What Its Seen Sdn. sbg majikan/prinsipal
kepada ejennya adl terikat menanggung rugi akibat tindakan yg dilakukan oleh ejen dlm menjalankan tugas yg diberikan
kepadanya.

Namun isu seterusnya adl samada pernyataan pengurus pemasaran Not What Its Seen Sdn. bahawa terdapat ciri2
keselamatan utk memastikan keselamatan dan ketenangan pendududknya , termasuk kamera CCTV dan sistem elektronik
bg pagar keliling boleh dijadikan sbg keterangan utk membuktikan isu frod atau salahnyata terhadapa Not What Its Seen
Sdn. sekiranya isu ini tidak dimasukkan dlm perjanjian jual beli . Ini adl kerana menurut sek 91/92 Akta Keteranagn
1950 jika terdapat perjanjian bertulis maka tiada keterangan lisan boleh dibawa masuk utk menambah apa2 terma bertulis..
Maka isunya adl samada represantasi oleh wakil pemaju spt dl fakta boleh dibawa ke mahkamah bg membuktikan ia sbg
sbhg drp terma kontrak. Menurut sek 92(a) Akta Keterangan 1950, apa2 representasi bertujuan untuk membatalkan suatu
kontrak dibenarkan untuk dibawa masuk.memandangkan tujuan represantasi ini hendak dikemukakan adl untuk
membatalkan kontrak yg dimasuki, maka dihujahkan represantasi pengurus pemaju spt dlm fakta boleh dibawa sbg
keterangan. Selain itu pasangan ini juga boleh bergantung kpd pengecualin sek 92(c) akta yg sama dimana jika dpt
dibuktikan pernyataan itu yg telah mendorong atau menjadi syarat bg pasangan tersebut membeli banglo tersebut maka
keterangan berkenaan juga boleh di bawa masuk.-kes Alan Mcknight.

Seterusnya memandangkan pernyataan pengurus pemasaran ini telah mendorong pasangan Newly Weds memasuki
kontrak serta tempoh masa adl singkat antara masa ia ditunjukkan dan kontrak ditandatangani ia dihujahkan adl menjadi
sebahagian drp terma kontrak.kes Bannerman v White

Beban bukti- Sinnayah Sons - bfk- frod sivil- imbangan kebarangkalian shj

Bfk pembeli telah memasuki perjanjian disebabkan oleh pernyataan dan brosur tersebut yang merupakan frod-oleh itu
pembeli boleh batalkan kontrak- Seksyen 19/ Seksyen 34(1) (a) ARS

Kesan- Seksyen 66- Not What Its Seen Sdn. harus memulangkan wang belian yang telah diberikan oleh pembeli dan
pasangan Newly weds hendaklah pulangkan semula milikan rumah kpd pemaju.

Pembeli juga berhak untuk menuntut gantirugi – Seksyen 76 AK/37 ARS. Beban bukti - Kes Datuk Mohd Ali Hj
Abdul Majid v Public Bank Bhd (MP)(2014) - Newly weds mempunyai beban utk membuktikan kedua2 laibiliti
dan kuantum gantirugi sebelum mereka boleh dapatkan jumlah yg dituntut di bawah sek 103 Akta Keterangan
1950.

Menurut kes Abdul Razak bin Datuk Abu Samah v Shah Alam Properties Sdn Bhd, diputuskan taksiran gantirugi
tidak boleh berdasarkan kepada pemecahan kontrak, iaitu meletakkan pihak yg tidak bersalah dlm kedudukan yg sama
seolah-olah kontrak tersebut telah diketepikan. Ia sepatutnya ditaksirkan atas dasar bhw kontrak tersebut telah
dibatalkan, iaitu utk meletakkan pihak yg tidak bersalah dlm kedudukan yg dia sepatutnya berada jika dia tidak
bergantung kpd dorongan frod tersebut. Plf berhak utk mendapatkan semua perbelanjaan yg munasabah dan perlu
dikenakan akibat dan secara terus drp salahnyata/ frod defendan, tidak kira sebelum atau selepas tarikh pembatalan. Maka
berdasarkan kes ini dihujahkan kerugian2 berikut boleh ditunutut:
i.Tuntut gantirugi- seksyen 76- asas pengiraan- seksyen 74(1) - boleh tuntut kerugian yang timbul dalam perjalanan
biasa atau kerugian yang pihak- pihak ketahui akibat pemecahan sedemikian.
Bfk- pembeli telah membayar wang belian- kehilangan faedah drp wang belian- sek 11 Akta Undang2 Sivil 1956/ A42
K 12 KM 2012-bunga 8% setahun boleh dituntut dari pemaju dari tarikh perjanjian dimasuki sehingga pemulangan harga
belian- jatuh dalam cabang pertama dan tak terlalu terpencil- Bee Chuan Rubber
- Kos guaman untuk menyediakan perjanjian jual beli/kos pemfailan mahkamah-Klausa 15 Jadual AMK 1964- jatuh
dalam cabang pertama 74(1)-tak terlalu terpencil
- Harta benda yg telah dirompak- RM600,000.00- hanya boleh tuntut jumlah yg munasabah memandangkan pasangan
Newly Weds juga mempunyai kewajiban utk tidak menyimpan wang tunai atau harta benda yg bernilai melainkan
dgn penjagaan yg lebih selamat di dlm rumah- rujukan kpd huraian kepada Sek. 74, .+ Kebatasan Timber v
Chong Fah Shing

Selain drp kausa tindakan di atas, walaupun penamatan kontrak dalam fakta tidak boleh di bawa di bawah sek 40 kerana
tiada kegagalan balasan namun mereka tidak dihalang drp membawa tindakan drp pemecahan bersifat waranti
berdasarkan pemecahan janji yg telah dilakukan oleh Not WHat Its Seens Sdn Bhd.

B)Gantirugi Am
i.Gantirugi bagi kecederaan kpd perasaan , trauma serta kos perubatan rawatan psikiatrik 2 minggu utk menenangkan
keresahan pasangan Newly Weds.

Pada amnya di bwh u2 kontrak adl sukar utk menuntut bg kecederaan kpd perasaan atau tekanan spt dlm fakta. Rujukan
di buat kpd kes CCA Holding Ltd. V Palm Resort Bhd. Namun dihujahkan bfk ia adl tidak terpencil kerana pemaju
melalui pegawai pemasarannya telah menjamin bhw ciri2 keselamatan disediakan utk memastikan keselamatan dan
ketenangan, ttp hartanah yg telah dijanjikan berkenaan ciri2 keselamatannya telah dgn mudah di pecah masuk spt dlm
fakta; lebih2 lg ia adl satu perkara yg boleh dielakkan jika kesemua ciri2 keselamatan spt yg dijanjikan telah
laksanakan.Jika rompakan spt dlm fakta berlaku ia boleh diramalkan akan berlaku trauma kpd mangsa- Rujukan di buat
………………………………………………………………………………………………………………………………………………...……….…..…………..Kontrak (a.winson)

kpd kes Hobbs v L.S.W.Rly -di mana mahkamah dlm kes ini telah memberi gantirugi am utk ketidakselesaan bg keluarga
yg telah diturunkan di destinasi yg salah. Maka pasangan weds boleh menuntut utk trauma yg dialami di bawah gantirugi
am ini berdasarkan cabamg 1 dan 2 sek 74 (1) memandangkan dlm perjalanan biasa jika tiada ciri2 keselamatan maka
kediaman akan terancam dan juga kepentingan ini ada dlm pengetahuan defendan yg menjadi faktor utk pembelian
hartanah ini.

ii.Gantirugi teladan- perbuatan Not What Its Seen Sdn. -bersifat menindas para pembeli dan tidak berperlembagaan
-langgar Perkara 5 -hak utk nyawa kerana melibatkan keselamatan para pembeli .namun ia adl budibicara mahkamah.

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM


DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
GUAMAN NO: - - 2021

ANTARA

1.Encik Newly Weds


2.Puan Newly Weds ……..Plaintif-Plaintif

DAN

Not What Its Seen Sdn. Bhd. ……. Defendan

PERNYATAAN TUNTUTAN

1. Plaintif adalah individu-individu,suami dan isteri serta warganegara Malaysia yang menetap di Selangor.

2. Defendan adalah sebuah syarikat Sdn.Bhd yang telah ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 2016, merupakan
pemaju perumahan di sekitar kawasan Lembah klang.

3. Defendan telah mengendalikan jualan rumah kediaman bagi suatu projek perumahan yang dikenalai sebagai
Nirwana Resorts Home (selepas ini dirujuk sebagai “kawasan perumahan tersebut”).

4. Inter alia terma yang dijanjikan oleh defendan melalui pengurus pemasarannya dalam projek tersebut adalah
bahawa terdapat ciri2 keselamatan yg unik dan khas akan disediakan di dalam kawasan perumahan tersebut utk
memastikan keselamatan dan ketenangan pendududknya , termasuk kamera CCTV dan sistem elektronik bg pagar
keliling.

5. Bergantung kepada terma-terma yang dinyatakan dalam para 4 di atas, Plaintif-plaintif telah memasuki suatu
perjanjian jual beli (selepas ini dirujuk sebagai “perjanjian jual beli”) satu unit banglo yang dikenali sebagai
No. 5, jalan Bengkok, Nirwana,68000 Ampang selangor (selepas ini dirujuk sebagai “hartanah
tersebut”)dengan harga RM800,000.00.(selepas ini dirujuk sebagai “harga belian penuh”)
6. Pada masa perjanjian jual beli ditandatangani, plaintif telah membayar harga belian penuh sebanyak
RM800,000.00 dan milikan hartanah tersebut diserahkan kepada plaintif-plaintif .

7. Walaubagaimanapun didapati hartanah tersebut tidak memenuhi keperluan- keperluan terma-terma perjanjian
seperti yang dirujuk dalam para 4 dan pemecahnnya adalah termasuk:

i. Gagal untuk menyediakan ciri-ciri keselamatanyang unik dan khas;


ii. Gagal memasang kamera CCTV;
iii. Gagal memasang sistem elektronik bagi pagar keliling;dan
Iv. Gagal menjaga keselamatan keseluruhan hartanah tersebut

8. Berdasarkan kepada pemecahan terma perjanjian, hartanah tersebut telah dipecahmasuk oleh perompak dan
segala hartabenda plaintif2 telah dirompak dan plaintif-plaintif telah telah mengalami kerugian, keresahan,
kesusahan dan diletakkan dalam perbelanjaan:

BUTIR- BUTIR KERUGIAN

Kehilangan Harta benda dlm rompakan RM 600,000.00


Kos Guaman XXXXX
Kos perubatan XXXXX
Faedah / bunga bagi harga belian yang dibayar XXXXX
Jumlah RM XXXXXXX

Dan plaintif juga menuntut:


a) Suatu perintah pembatalan perjanjian jual beli;
b) Suatu perintah mengarahkan defendan memulangkan semula harga belian penuh;
c) Gantirugi seperti dalam Para 8;
d) Gantirugi am bagi kesusahan, trauma serta kecederaan kepada perasaan yang dialami oleh plaintif-plaintif;
e) Gantirugi teladan;
f) Faedah;
g) Kos,dan
h) Lain-lain relief yang mahkamah yang mulia ini anggap patut dan munasabah.

Bertarikh 20 hb June 2021

Bigili & Co
………………………
Peguamcara Bagi Plaintif-plaintif

Pernyataan Tuntutan ini difailkan oleh Tetuan Bigili, Shankar & Co yang mempunyai alamat untuk
penyampaian di no. 20, Jalan Ampang, 50020 Kuala Lumpur.No Tel/Fax: 012-6817971(No RuJ
fail:A.Winson-2021)

Anda mungkin juga menyukai