Anda di halaman 1dari 17


GEMA BAHASA
Indahnya Bahasa Kita..

PENULISAN BM TAHAP 2-BAHAGIAN C

BAHAGIAN C
-Merupakan salah sebuah karangan yang perlu dijawab oleh  murid-
murid   tahap 2 dalam kertas Penulisan Bahasa Melayu (012) di mana
mereka dikehendaki membuat ulasan tentang petikan atau bahan
rangsangan yang diberi.

-Sebelum membuat ulasan murid perlulah tahu menentukan nilai murni


dalam setiap pernyataan yang terkandung dalam bahan rangsangan
tersebut.

-Ulasan yang dibuat mestilah berkisar tentang petikan sahaja.

-Jumlah markah bahagian ini adalah sebanyak 20 daripada 60.

A.SENARAI NILAI MURNI

RAJIN BERTANGGUNGJAWAB

TOLONG-MENOLONG BERDIKARI

BEKERJASAMA KEBEBASAN

BAIK HATI BERSIKAP SEDERHANA

PEMURAH/MURAH HATI BIJAKSANA / BIJAK MEMBUAT KEPUTUSAN

JUJUR BERWAWASAN / BERCITA-CITA TINGGI

AMANAH DEDIKASI

RELA/SANGGUP BERKORBAN BERDIKARI


MENGHARGAI MASA BERTOLERANSI / BERTOLAK ANSUR

MENGHARGAI / MEMBALAS JASA MEMPUNYAI JATI DIRI

PRIHATIN BERANI

BERDISIPLIN HORMAT / MENGHORMATI

MENJAGA KEBERSIHAN PERAMAH/MUDAH MESRA

MENJAGA KESIHATAN IKHLAS

MENJAGA KESELAMATAN KASIH SAYANG/ SIMPATI

SEMANGAT PATRIOTIK RASIONAL

TABAH/SABAR/CEKAL TAAT / PATUH

BERADAB SOPAN SEMANGAT BERMASYARAKAT/ KEJIRANAN

B.MODUL JELMAAN 

CONTOH MODUL YANG SAYA GUNAKAN UNTUK MENENTUKAN NILAI MURNI

BIL PENYATAAN NILAI

1 Membawa bekal / menabung berjimat cermat

2 Berjalan kaki ke sekolah menjaga kesihatan

3 Bangun awal berdisiplin / menepati masa

4 Berbaris ketika naik bas / masuk ke kelas berdisiplin

5 Menyapu sampah rajin / mementingkan kebersihan

6 Bersalam / mencium tangan ibu menghormati

7 Membaca buku / mengulang kaji rajin,

8 Melaksanakan tugas yang diberi bertanggungjawab / amanah

9 Memandang ke kanan dan kiri ketika hendak berhati-hati / berwaspada


melintas
10 Mandi / menggosok gigi / berpakaian bersih mementingkan kebersihan /
kesihatan
11 Bersarapan bersama keluarga kasih sayang / mementingkan
kesihatan
12 Sembahyang / solat taat

13 Berdiri tegak semasa lagu Negaraku patriotisme / menghormati

14 Sayang akan negara patriotisme / bertanggungjawab

15 Belajar bersungguh-sungguh tekun / gigih / rajin

16 Memberi salam menghormati

17 Pergi ke perpustakaan mencintai ilmu / menghargai masa

18 Menyediakan jadual harian berdisiplin / menghargai masa

19 Menziarahi kawan sakit / di hospital prihatin / kasih sayang

20 Bertegur sapa sesama jiran semangat kejiranan / hemah tinggi

21 Makan / berbual-bual / bercuti bersama kasih sayang


keluarga

22 Bergotong- royong kerjasama

23 Menziarahi / berkunjung ke rumah jiran /rakan semangat kemasyarakatan / kasih


sayang
24 Menelefon bomba / ambulans apabila berlaku cepat bertindak / tanggungjawab
kecemasan

25 Menderma / bersedekah /memberi bantuan baik hati / pemurah

26 Memaafkan kesalahan orang lain hemah tinggi / baik hati

27 Menolong haiwan baik hati / kasih sayang / belas


kasihan
28 Mengendalikan perlawanan dengan adil amanah / tanggungjawab

29 Menyelamatkan kawan lemas setia kawan / kasih sayang / berani

30 Memulangkan barang yang dijumpa jujur


31 Menjaga adik semasa ketiadaaan ibu bapa tanggungjawab / kasih sayang

32 Berterima kasih bersyukur

33 Masak makanaan untuk keluarga / anak tanggungjawab / kasih sayang /


rajin
34 Mengakui kesilapan / menyedari kesilapan insaf / jujur

35 Makan dengan sopan hemah tinggi / tertib

36 Bercakap dengan lemah- lembut Hemah tingggi / sopan / berbudi


bahasa
37 Memakai pakaian sekolah / lencana berdisiplin / patuh

38 Mendengar nasihat patuh / akur

39 Meminta izin guru / ibu bapa menghormati

40 Membantu rakan yang bermasalah baik hati / kasih sayang

41 Menumpukan perhatian semasa guru mengajar endah / tekun

42 Membeli / memberi cenderahati / hadiah / buah baik hati / menghargai / kasih


tangan sayang

43 Berdoa kepada tuhan untuk keluarga, rakan kasih sayang / prihatin

44 Tidak menconteng dinding sekolah berdisiplin

45 Mempunyai hobi menghargai masa

46 Memuji keindahan bersyukur, menghargai

47 Tidak terpengaruh hasutan rakan rasional /

48 Menerima pendapat orang lain toleransi / rasional

49 Terselamat daripada bencana / kemalangan bersyukur

50 Menyimpan alatan di tempat asalnya berdisiplin / tanggungjawab

51 Menyusun buku mengikut jadual waktu sekolah berdikari / rajin / tanggungjawab

52 Bercita-cita tinggi berwawasan tinggi


53 Menerima pendapat/cadangan rasional / toleransi

54 Beratur menunggu giliran berdisiplin / bertimbang rasa

55 Berhasrat untuk mencapai kecemerlangan berwawasan tinggi

56 Menyanjungi guru mengenang jasa / menghormati

57 Tidak pernah berputus asa tabah / cekal

58 Melayanan tetamu dengan mesra kasih sayang / hemah tinggi

59 Bersimpati akan bebanan ayah ibu prihatin / kasih sayang

60 Membuang sampah ke dalam tong sampah berdisiplin / mementingkan


kebersihan
61 Mengotakan janji amanah

62 Bersikap tidak keterlaluan / tidak menujuk- bersedarhana / rendah diri /


nunjuk hemah tinggi

63 Berfikir sebelum melaksanakan sesuatu rasional

63 Melakukan sesuatu yang tidak melanggar patuh


peraturan

64 Berkongsi masalah sesama rakan kasih sayang / setia kawan

65 Tidak sombong / meninggi diri rendah diri /

66 Rela berkorban nyawa Ikhlas / pqtriotisme

67 Melaksanakan tugas tanpa merungut dedikasi / ikhlas

68 Membalas budi ibu bapa/ guru/ rakan/jiran mengenang jasa / menghargai

69 Berucap di hadapan kelas/perhimpunan/majlis berani

70 Bersedia menghadapi cabaran berani / yakin

71 Rela mengorbankan masa dan tenaga dedikasi

72 Melakukan tanpa mengharapkan balasan ikhlas

73 Bersatu padu dalam hidup bermasyarakat kerjasama / bermuafakat


74 Percaya akan kebolehan diri sendiri yakin

75 Menjaga perlakuan / pertuturan hemah tinggi

76 Bersepakat dalam menjalankan sesuatu bermuafakat


pekerjaan

77 Mengambil berat keperluan dan perasaan orang bertimbang rasa / bertolak ansur
lain

78 Mencipta sesuatu dengan bahan terbuang kreatif / yakin / berani mencuba

79 Mengutamakan golongan orang tua / kanak- kasih sayang / baik hati / hemah
kanak tinggi

80 Tidak meninggikan suara apabila bercakap hemah tinggi / sopan

81 Menghadiri kenduri di kawasan tempat tinggal semangat kejiranan / peka

82 Menolong ibu menghidangkan makanan rajin / baik hati

83 Membeli barang yang perlu sahaja berjimat cermat

84 Belajar mengikut jadual yang dibuat sendiri berdisiplin / menepati masa

85 Datang awal ke sekolah menepati masa

86 Merawat binatang yang cedera prihatin / baik hati / cepat


bertindak
87 Menolong kawan yang pernah menolong kita setia kawan

88 Berhenti apabila lampu isyarat merah menyala patuh

89 Ingin melanjutkan pelajaran ke menara gading berwawasan tinggi

90 Minum air lapan gelas sehari mementingkan kesihatan

91 Memeriksa keadaan kereta sebelum memandu cermat / teliti / tanggungjawab

92 Membalut buku-buku teks sendiri berdikari

93 Melakukan kerja tanpa mengharap balasan ikhlas

94 Memberi baki wang yang terlebih dipulangkan jujur


95 Menerima kekalahan pasukan semangat kesukanan

96 Tidak merungut menghadapi dugaan hidup tabah / cekal

97 Menyesali kesalahan yang pernah dibuat insaf

98 Menghadiri aktiviti kokurikulum di sekolah aktif

99 Mengadakan sambutan Hari Guru / Hari Ibu / menghargai / mengenang jasa


Hari Bapa

100 Menanam pokok bunga pada waktu lapang menghargai masa

101 Menbelek-belek baju yang hendak dibeli teliti

102 Mengemas tempat tidur apabila bangun berdikari

103 Merindui keluarga yang jauh di kampung kasih sayang

104 Mendengar dan mengikuti arahan guru / ibu patuh / akur


bapa

105 Menjalankan tugas mengikut jadual tugasan amanah / tanggungjawab

106 Hampir terjatuh keran hendak cepat berhati-hati

107 Memberi perangsang kepada murid-murid tanggungjawab

108 Segera meminta maaf hemah tinggi

109 Segera berlari untuk mendapatkan pertolongan cepat bertindak

110 Berjanji tidak akan mengulangi kesalahan lagi insaf

111 Bersalaman dengan datuk dan nenek menghormati

112 Makan makanan yang tidak berkhasiat mementingkan kesihatan

113 Berazam untuk mengubah kehidupan keluarga berwawasan tinggi

114 Sanggup mengajar dengan percuma ikhlas

115 Menegur rakan yang berbuat salah berani


116 Berjumpa guru jika ada masalah dalam pelajaran berani

117 Berdoa agar rakan cepat sembuh setia kawan / kasih sayang /
prihatin
118 Memberi cenderamata kepada penceramah menghargai

119 Kagum akan keindahan alam cinta akan alam sekitar / bersyukur

120 Memberi tempat duduk kepada wanita baik hati / bertimbang rasa
mengandung

121 Merayau-rayau di pusat membeli-belah menghargai masa

122 Memandu tanpa lesen patuh

123 Membuang sampah ke dalam sungai tanggungjawab

124 Membaca novel sementara menunggu ibu bapa rajin / menghargai masa

125 Menolong ayah berkebun pada hujung minggu rajin / kasih sayang

126 Menyusun buku-buku di rak yang telah berdisiplin


disediakan

127 Membeli buku di pameran buku mencintai ilmu

128 Berhati-hati semasa menggunting kertas teliti

129 Membeli barang dengan wang simpanan sendiri berdikari

130 Menyertai perarakan Hari Kebangsaan patriotisme

131 Tidak melayari laman web yang tidak beretika rasional

132 Bersama-sama melakukan kerja kerjasama

133 Jangan cepat memberi hukuman adil / rasional

134 Hidup sepakat membawa berkat bermuafakat / toleransi

135 Tidak memilih rupa atau pangkat rasional / adil

136 Bersaing-saing ketika berbasikal di jalan raya berhati-hati / patuh

137 Berderma kepada mereka yang memerlukan baik hati


138 Menutup suis lampu bilik ketika keluar berjimat cermat

139 Ketua kampung juga turut membantu kami tanggungjawab

140 Berebut-rebut menaiki bas berdisiplin

141 Menghisap rokok hingga menyebabkan rakan bertimbang rasa / peka


terbatuk
142 Leka menonton televisyen dan tidak menyiapkan menghargai masa
kerja sekolah

143 Bangun lewat kerana mononton televisyen menghargai masa / menepati masa
hingga larut malam

144 Terima kasih cikgu, kerana membimbing saya bersyukur / mengenang jasa
selama ini

145 Berlatih bersungguh-sungguh sebelum menyertai tekun / tanggungjawab


acara larian

146 Memberi kata-kata semangat kepada rakan yang setia kawan


menyertai pertandingan

147 Bergotong-royong membersihkan kawasan kerjasama / mementingkan


rekreasi kebersihan

148 Memastikan pintu dan tingkap sudah dikunci berhati-hati


sebelum meninggalkan rumah

149 Sekolah kami telah mengadakan sambutan Bulan semangat patriotisme


Kemerdekaan

150 Kami bertafakur untuk mengingati para pejuang mengenang jasa


negara yang telah terkorban
C.  CONTOH PETIKAN BAHAGIAN C

PETIKAN 1
Setiap pagi, Aidil pergi ke sekolah seawal pukul 6.30 pagi.Dia ingin cepat sampai di sekolah
kerana hendak bermain dengan kawan-kawannya.Oleh sebab mahu cepat, dia selalu tidak
bersarapan pagi walaupun ibunya telah menyediakan sarapan kegemarannya, nasi lemak.Ibunya
selalu menasihati Aidil supaya makan dulu sebelum ke sekolah.Ibunya juga memberitahu
kesannya jika tidak bersarapan pagi. Walaupun begitu, Aidil tidak memperdulikannya.Selain
tidak bersarapan pagi, Aidil juga selalu tidak makan pada waktu rehat. Dia menghabiskan masa
rehat itu dengan bermain.Pada suatu hari, ketika mengikuti aktiviti Pendidikan Jasmani, Aidil
pengsan. Doktor mengesahkan Aidil mengalami gastrik.Sejak peristiwa itu, Aidil menyesal
kerana tidak mendengar nasihat ibunya. Dia berjanji akan bersarapan pagi dan makan mengikut
waktu.

PETIKAN 2
Azim sedang leka menonton televisyen.Ibunya datang lalu menyuruhnya segera masuk tidur
kerana hari sudah lewat malam.Ibu tidak mahu Azim terlewat ke sekolah. Azim segera
mematikan suis televisyen. Namun begitu, sebaik sahaja ibunya masuk ke bilik, Azim secara
senyap-senyap kembali menonton televisyen.Azim tidak mahu terlepas peluang menyaksikan
rancangan gusti yang memang menjadi kegemarannya.Keesokannya, Azim terasa amat berat
untuk bangun.Sudah dua kali ibu Azim mengejutkannya, namun Azim masih terus berselimut.
Azim tersentak apabila matanya terpandang jarum jam yang sudah menunjukkan pukul 7.30
pagi. Azim bingkas bangun lalu tergesa-gesa bersiap. Dia hampir-hampir tersungkur apabila
kakinya terlanggar bucu katil.Sampai di sekolah, loceng sudah lama berbunyi. Azim ternampak
seorang pengawas dengan buku catatan di tangannya.Azim memasamkan mukanya apabila
pengawas mencatat namanya. Kali ini tentu dia akan didenda lagi.

PETIKAN 3
Ayah Saiful telah meninggal dunia.Sejak itu, kehidupan Saiful bersama ibu dan dua orang
adiknya bergantung kepada usaha mereka.Walaupun hidup serba kepayahan, Saiful dan adik-
adiknya sentiasa tenang dan tabah. Saiful sentiasa membantu ibunya melakukan pelbagai kerja
untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.Setiap hari, selepas balik dari sekolah, Saiful akan
membantu ibunya menjual kiuh-muih di warung tidak jauh dari rumah mereka. Walaupun
kepenatan kerana melakukan pelbagai kerja, Saiful tidak pernah mengabaikan tanggungjawab
sebagai murid.Dia sentiasa cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.Justeru, tidak hairanlah
Saiful sentiasa menerima pelbagai bantuan daripada rakan, guru dan persatuan bagi membantu
membiayai perbelanjaan persekolahannya. Malah Saiful sering menjadi contoh oleh guru-guru
kerana dia adalah murid cemerlang di sekolah.Sebagai abang, Saiful juga akan sentiasa
memberikan bimbingan kepada adik-adiknya dalam pelajaran. Saiful mahu memastikan adik-
adiknya juga cemerlang sepertinya.

PETIKAN 4
Pada suatu hari, Hamid pergi ke pasar.Dia dilanggar oleh sebuah motosikal ketika hendak
melintas jalan.Kaki kirinya patah.Banyak orang menyaksikan kemalangan itu termasuk rakannya
Amin.Amin berlari ke pondok telefon.Dia menelefon polis dan ambulans.Hamid dibawa ke
hospital.Penunggang motosikal itu pula membuat laporan polis.Doktor dan jururawat merawat
Hamid.Kakinya yang patah terpaksa disimen.Dia terpaksa tinggal di hospital selama dua
minggu.Dia tidak dapat pergi ke sekolah.Hamid menyesal kerana terburu-buru ketika hendak
melintas jalan.Dia sepatutnya menggunakan jejantas ataupun lintasan pejalan kaki apabila
melintas jalan.Selepas kejadian pada hari tersebut, Hamid sentiasa berhati-hati ketika berada di
jalan raya.Dia tidak mahu kemalangan yang menimpanya berulang.

PETIKAN 5
Di Asia, Nordin Jadi terkenal sebagai juara acara lumba lari 400 meter. Di Malaysia, beliau
terkenal sebagai pelari terpantas. Begitulah kejayaan yang dicapai oleh Nordin Jadi dalam bidang
olahraga.Minatnya dalam bidang olahraga bermula sejak sekolah rendah lagi.Beliau mendapat
galakan daripada guru-gurunya di Sekolah Kebangsaan Paya Mas, Tangkak.Kemudian Nordin
melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Tun Mamat, Tangkak.Ketika itu beliau berlatih
dengan tekun dan gigih.Beliau mempunyai keyakinan bahawa usaha yang tekun dan gigih pasti
memperoleh kejayaan.Kegigihan beliau telah mendapat perhatian pegawa-pegawai sukan.Beliau
telah dipilih mewakili negara ke Kejohanan Sukan Sekolah Asean. Penglibatan beliau dalam
bidang olahraga telah mengharumkan nama negara di seluruh Asia. Kejayaan yang diperoleh
tidak menjadikan Nordin jadi lupa daratan. Beliau masih tekun berlatih dan sentiasa
mendengar nasihat jurulatih walaupun sudah bergelar juara

PETIKAN 6
Rizal dan Hafiz berjalan ke pondok telefon untuk membuat panggilan kepada rakan
mereka.Malangnya apabila mereka tiba di situ, mereka berasa hampa kerana telefon di pondok
itu telah rosak.Di dinding pondok telefon itu juga terdapat beberapa kesan contengan.Mereka
dapat mengagak perbuatan itu dilakukan oleh beberapa orang budak nakal yang tidak
bertanggungjawab.
Mereka berdua pernah terlihat beberapa orang budak nakal yang bermain-main di situ
ketika mereka pulang dari sekolah.Mereka berdua bercadang untuk melaporkan perkara itu
kepada pihak berkuasa. Mereka berharap setelah laporan itu dibuat, pihak berkuasa akan
mengenakan tindakan yang sewajarnya kepada budak-budak yang tidak bertanggungjawab itu.
Kemudahan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan sepatutnya dijaga oleh semua golongan
untuk kemudahan semua penduduk

PETIKAN 7
Taman Seri Murni merupakan taman yang terkenal di daerah ini. Taman ini terkenal kerana
kebersihan dan aktiviti-aktiviti yang diadakan.Walaupun penduduknya terdiri daripada berbilang
kaum namun mereka sentiasa bersatu padu.Mereka hidup dengan harmoni.
Setiap dua bulan, mereka akan turun ke taman tersebut untuk membersihkan kawasan taman itu.
Mereka membersihkan longkang-longkang supaya pengaliran air tidak tersekat.Air yang tersekat
boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk. Aktiviti yang mereka lakukan dapat mengatasi
masalah kekotoran taman, mereka juga dapat mengenali jiran setaman.
Aktiviti senam robik diadakan setiap hari Ahad.Dengan senaman ini kesihatan penduduk
terjamin.Setiap bulan pula diadakan pemeriksaan kesihatan percuma oleh dua orang doktor yang
mempunyai klinik di situ. Pemeriksaan kesihatan ini merupakan satu cara mereka menabur bakti
kepada penduduk setempat

PETIKAN 8
Izmir seisi keluarga pulang ke kampung mereka di Kuala Kangsar, Perak.Dia pulang dengan
menaiki kereta.Sebelum memulakan perjalanan, terlebih dahulu ayah Izmir memeriksa keadaan
keretanya.Setelah pasti semuanyaberada dalam keadaan selamat, mereka pun memulakan
perjalanan.
Di sepanjang perjalanan melalui Lebuhraya Utara-Selatan, Izmir terpukaumelihat
keindahan Banjaran Titiwangsa yang melatari pemandangan. Selepaslebih tiga jam di
perjalanan, merekapun sampai di kampung mereka. Izmirbersalaman dengan neneknya sambil
menghulurkan buah tangan yangdibawanya

PETIKAN 9
“Kau bacalah buku Ah Long, jangan asyik menonton televisyen saja . Peperiksaan dah semakin
hampir. Kau tak nak berjaya ke macam anak Mak Cik Melah jiran kita tu,” rungut Puan Swee
Mooi pada anaknya.“Alah mak ni, bisinglah. Tahulah saya nak baca buku.” Saban hari begitulah
sikap Ah Long. Penat menonton dia berbasikal merayau-rayau bersama kawan-kawannya. Senja
baru dia pulang. Nasihat ibu langsung tidak dihiraukannya.
Suatu petang, Ah Long diajak berlumba. Dia yang pantang dicabar menyahut ajakan
kawannya itu. Ah Long mengayuh basikal dengan lajunya.Malang tidak berbau. Ah Long hilang
kawalan apabila terlanggar seekoranjing yang melintas secara tiba-tiba.
“Makkkk ........!”
”Anak encik perlu menjalani beberapa ujian kerana otaknya mengalami sedikit gegaran
akibatterhentak pada batang pokok semasa kemalangan itu. Dia akan sedar sedikithari lagi.
Sama-samalah kita berdoa,” pujuk doktor muda itu kepada Puan SweeMooi sekeluarga. Air mata
Puan Swee Mooi mengalir laju.

PETIKAN 10
Pergi ke pasar bersama Cik Zaitun,
Hendak membeli si ikan parang;
Hidup mesti bersopan santun,
Supaya kita tidak dibenci orang.

Dayung sampan ke Tasik Cini ,


Peluh mengalir nampak di dahi;
Perkara baik kita teladani,
Yang buruk kita jauhi.

Nanas ditanam di tepi paya,


Lalu dijual di pinggir kota;
Rajin berusaha pasti berjaya,
Malas bekerja membawa derita.

Bunga kiambang sungguh menawan,


Kembang mekar di pagi hari;
Kalau dapat mengapai awan,
Jangan pula meninggi diri.

Buah labu si buah kundur,


Banyak tumbuh di Pulau;
Perahu terlajak boleh diundur
Terlajak kata membawa padah.
D.CONTOH SOALAN BAHAGIAN C

Nama :………………………….. Tarikh:…………….

Tahun:……………………

Arahan:Tulis lima nilai berdasarkan petikan di bawah.Berikan

contoh yang sesuai berdasarkan petikan tersebut. Panjang jawapan kamu


hendaklah tidak melebihi 50patah perkataan.Tulis jawapan dalam satu perenggan

sahaja.
Aminah sedang membaca buku sambil menunggu bas
sekolahnya.Tiba-tiba dia dihampiri seorang pengemis.Pengemis itu
meminta wang daripada Aminah.Aminah telah memberikan wang
syiling baki wang sakunya kepada pengemis itu.Pengemis itu
mengucapkan terima kasih sebelum pergi.Apabila bas sekolahnya
tiba, Aminah beratur sebelum menaiki bas.Dia memberikan peluang
kepada murid-murid yang lebih kecil untuk menaiki bas dahulu.
Ketika berada di dalam bas, dia ternampak seorang murid tahun 2
membuang sampah melalui tingkap bas. Dia telah menegur budak itu
dan memberitahunya bahawa perbuatan itu tidak wajar dilakukan
kerana boleh menimbulkan berbagai-bagai kesan.

Jawapan:

----------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------

Anda mungkin juga menyukai