Anda di halaman 1dari 2

Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran PAK 21

Kaedah Projek

Nama projek : “Big Book” Cerita Dongeng Si Tanggang

Mata pelajaran terlibat : Bahasa Melayu (30 jam ), Kemahiran Manipulatif ( 15 jam)

Jenis : Projects , activities and printables

Konsep projek :

Murid bekeperluan khas(MBK) perlu menyediakan BIG BOOK bagi cerita dongeng Si Tanggang.
Secara hands-on , mereka akan mengenalpasti jalan cerita yang berkaitan. Murid perlu menyediakan
jalan cerita dengan menggunakan ayat mudah berdasarkan pembacaan dan tontonan video pendek
cerita dongeng tersebut. Selain itu, murid juga diberi ruang untuk meneroka dan meningkatkan
kemahiran motor halus dengan menghasilkan BIG BOOK melalui kaedah menggunting dan
menampal.

MBK memahami secara lebih mendalam konsep penceritaan semula termasuklah kemahiran asas
menulis ,membaca serta mencipta kreativiti.Projek ini menggabungjalin elemen penyelesaian
masalah, sebab dan akibat, kolaboratif dan merancang dalam pelbagai situasi. Murid menyediakan
BIG BOOK besar dan menarik.

Objektif :

Di akhir pembelajaran murid boleh:

1. Mengumpul maklumat dan bahan cerita dengan menggunakan pelbagai media.


2. Menonton , membaca dan memahami jalan cerita dongeng.
3. Menterjermah dan membina jalan cerita berdasarkan pemahaman.
4. Cari gambar yang sesuai .
5. Bekerjasama menghasilkan BIG BOOK.

Tempoh Masa :

3 bulan dan aktiviti setiap minggu dalam 2 jam.Terdapat murid yang lambat dan cepat oleh iitu
tempoh mungkin berbeza ikut keupayaan murid.
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) :

Disediakan mengikut aktiviti seperti dalam carta Gant mengikut matapelajaran masing-masing.
Contoh RPH untuk mata pelajaran Bahasa Melayu bagi minggu pertama(M1) bulan Januari 2019.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 3


Tarikh
Masa
Kelas
Tajuk Cerita Dongeng : Si Tanggang
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran , murid dapat membaca dan
memahami cerita yang ditonton.
Aktiviti Kaedah Cadangan
1. Murid melihat video. Pentafsiran Instrumen
2. Murid membaca dan 1. Lisan 1. Soal jawab
memahami cerita. 2. Kuiz
3. Murid bercerita mengenai
karakter cerita dongeng.
4. Murid membaca dan mengenal 2. Pemerhatian 1.senarai
pasti pengajaran cerita. semak
5. Murid meneroka jalan cerita .

Konsep Komunikasi MBK menjelaskan kefahaman dengan bercerita ,tentang karakter dan
jalan cerita dengan rakan dan guru.
RPI Intervensi : Meningkatkan Kekuatan Murid :
tumpuan
Nilai Murni Hormati ibu bapa

Anda mungkin juga menyukai