Anda di halaman 1dari 7

International Conference on Education and Counseling

160
International Conference on Education and Counseling

Pengetahuan Pedagogikal Kandungan (PPK) Guru Pendidikan Khas


Bermasalah Penglihatan

Nor Jannah Hassan janehans76@gmail.com


Safani Bari safani_bari@yahoo.com
Fakuti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Pengetahuan Pedagogikal Kandungan (PPK) adalah satu reformasi penting dalam pendidikan
sebagai satu cara untuk menggambarkan pengetahuan yang dimiliki oleh guru dalam
menyampaikan ilmu mengikut bidang kepakaran masing-masing. Pengetahuan Pedagogikal
Kandungan (PPK) adalah satu model yang dapat dijadikan panduan untuk membangunkan
profesional guru dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Shulman telah menggariskan satu
model Pengetahuan Pedagogikal Kandungan (PPK) yang boleh dijadikan rujukan untuk melihat
sejauh mana guru-guru memiliki kepakaran dalam mata pelajaran yang mereka ajar. Kertas konsep
ini membincangkan asas pengetahuan yang mesti dikuasai oleh guru pendidikan khas dalam empat
komponen utama Pengetahuan Pedagogikal Kandungan (PPK) secara umum iaitu pengetahuan isi
kandungan, pengetahuan ciri-ciri murid, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan kurikulum.
Keempat-empat komponen ini kemudiannya diterjemahkan melalui satu proses pengintegrasian
dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu pemahaman terhadap apa yang di ajar, transformasi,
arahan, penilaian, refleksi, dan pemahaman baru. Seterusnya, kertas konsep ini menjelaskan
keperluan guru terhadap pengetahuan ciri-ciri murid bermasalah penglihatan secara khusus dalam
menangani isu pengajaran dan pembelajaran berkesan kepada murid pendidikan khas bermasalah
penglihatan di Malaysia.
Kata kunci: Pengetahuan Pedagogikal Kandungan (PPK); Guru Pendidikan Khas Bermasalah Penglihatan; Pengetahuan Ciri-ciri Murid

1 PENGENALAN

Kementerian Pelajaran Malaysia menyedari hakikat betapa pentingnya pendidikan dalam


menyediakan asas pembentukan negara bangsa dan pertumbuhan ekonomi mapan selaras dengan
matlamat transformasi Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi. Kementerian juga menyedari
bahawa sistem pendidikan negara perlu melalui transformasi yang menyeluruh dan sistematik
sekiranya Malaysia berhasrat melahirkan individu yang mampu berkembang maju dan bersaing
pada peringkat global (Kementerian Pelajaran Malaysia 2012).
Pengetahuan Pedagogikal Kandungan (PPK) dalam kalangan guru adalah amat penting
kepada peningkatan pengajaran dan pembelajaran murid umumnya (Ball, Thames, & Phelps 2008)
dan kepada murid pendidikan khas bermasalah penglihatan khasnya. Namun, perhatian kepada
pembangunan pengetahuan dan kajian berkaitan keperluan pengajaran murid pendidikan khas
bermasalah penglihatan adalah sangat terhad. Dari segi sejarah, penyelidik telah memberi tumpuan
kepada banyak aspek pengajaran, tetapi kurang memberi perhatian kepada bagaimana guru perlu
untuk memahami pelajaran yang mereka ajar. Di samping itu, apabila penyelidik, guru dan
penggubal dasar mengalihkan perhatian kepada pembangunan pendidikan, perkara utama yang
diberi perhatian adalah kemajuan daripada segi pencapaian murid dalam mata pelajaran bukannya
aspek pengetahuan guru. Penyelidikan sering tertumpu pada berapa banyak persediaan guru perlu
dalam memenuhi keperluan elemen kandungan mata pelajaran dan bukannya pada apa jenis
kandungan yang mereka perlu kuasai dan belajar (Ball et al. 2008).

161
International Conference on Education and Counseling

Pengetahuan profesional guru boleh dianggap sebagai ciri yang paling penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Shulman (1987) menjelaskannya dalam tujuh kategori, iaitu
kandungan pengetahuan, pengetahuan kurikulum, pengetahuan kandungan pedagogi, pengetahuan
pedagogi am, pengetahuan tentang pelajar dan ciri-ciri mereka, pengetahuan tentang konteks
pendidikan dan pengetahuan tentang matlamat pendidikan, tujuan dan nilai-nilai. Tujuh kategori
tersebut kemudiannya dicantumkan menjadi empat kategori utama iaitu pengetahuan isi kandungan,
pengetahuan ciri-ciri murid, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan kurikulum. Pendapat Shulman
ini telah mempengaruhi pemahaman para penyelidik baharu tentang kepentingan Pengetahuan
Pedagogikal Kandungan (PPK) dalam konteks pendidikan. Di samping percaya bahawa tahap
Pengetahuan Pedagogikal Kandungan (PPK) guru akan mempengaruhi tahap pencapaian pelajar
(Abell 2007).
Pengetahuan Kandungan Pedagogi memberi tumpuan kepada strategi yang digunakan dalam
pengajaran dan mencipta strategi yang memberi pengalaman pembelajaran terbaik untuk setiap
pelajar. Pengetahuan Pedagogikal Kandungan (PPK) melibatkan pengetahuan bagaimana untuk
mengambil peluang daripada pendekatan pengajaran yang berbeza yang boleh memberi satu
pengalaman pembelajaran yang paling sesuai untuk pelajar. Misalnya, guru berupaya menjadikan
suasana pembelajaran boleh diubahsuai mengikut keperluan, kebolehan dan kepelbagaian
keupayaan murid keperluan khas.

2 GURU PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PENGLIHATAN

Guru merupakan orang yang bertanggungjawab menyampaikan kurikulum kepada pelajar dalam
pembelajaran formal di bilik darjah. Oleh itu, guru memainkan peranan untuk menentukan perkara
yang akan dipelajari oleh pelajar (Sharifah 1984). Dalam konteks di Malaysia, Guru Pendidikan
Khas Bermasalah Penglihatan adalah guru yang mengajar murid pendidikan khas bermasalah
penglihatan di sekolah rendah dan menengah pendidikan khas mahupun di sekolah rendah dan
menengah integrasi.
Menurut Surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pendidikan Bil 1 tahun 2001, guru-
guru pendidikan khas ialah guru-guru yang mengajar sepenuh masa di sekolah-sekolah khas dan
kelas-kelas percantuman di sekolah-sekolah biasa di bawah Jabatan Pendidikan Negeri.
Kementerian juga telah mengambil keputusan bahawa tafsiran ”Sijil Khas” yang diberikan kepada
guru adalah seperti berikut:
i. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang memiliki sama ada Ijazah Kedoktoran, Sarjana,
Sarjana Muda atau Diploma dari Universiti dalam dan/atau luar negara dalam bidang
Pendidikan khas atau;
ii. Pegawai Perkhidmatan pendidikan yang memiliki Diploma Perguruan Malaysia melalui
Program Latihan Pra Perkhidmatan Pendidikan Khas atau;
iii. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah mengikuti Latihan Dalam Perkhidmatan satu
(1) tahun dalam bidang Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan, Masalah Pendengaran dan
Masalah Pembelajaran) anjuran Bahagian Pendidikan Guru atau;
iv. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan enam
(6) bulan dalam bidang Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan, Masalah Pendengaran dan
Masalah Pembelajaran) anjuran Bahagian Pendidikan Guru atau;
v. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan
Kursus Dalam Cuti 8 Minggu dalam bidang Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan,
Masalah Pendengaran dan Masalah Pembelajaran) anjuran Bahagian Pendidikan Guru atau;
vi. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan
(Jangka Pendek) Program Peningkatan Profesionalisme ”Latihan Pra Syarat Guru
Pendidikan Khas” anjuran Bahagian Pendidikan Guru atau;
vii. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah mengikuti Kursus Pendedahan Pendidikan
Khas 12 jam anjuran Jabatan Pendidikan Khas dan Jabatan Pendidikan Negeri atau;
162
International Conference on Education and Counseling

viii. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah mengikuti mana-mana Kursus Peningkatan
Pendidikan Khas anjuran Jabatan Pendidikan Khas Pendidikan Negeri.

3 PENGETAHUAN PEDAGOGIKAL KANDUNGAN (PPK)

Rajah 1: Kategori awal Pengetahuan Pedagogikal Kandungan (PPK) Shulman (1985) dalam
Ball et al. (2008)

Pengetahuan Isi Kandungan

Pengetahuan Pedagogi Pengetahuan Ciri-ciri


PPK Pelajar

Pengetahuan Kurikulum

Rajah 2: Integrasi Komponen Pengetahuan Pedagogikal Kandungan (PPK) dalam pengajaran


menurut Zaidah Yazid (2005).

Model Pengetahuan Pedagogikal Kandungan (PPK) Shulman (1985) ini kemudiannya diadaptasi
dan dijadikan teras untuk memahami Pengetahuan Pedagogikal Kandungan (PPK) Guru Pendidikan
Khas yang seharusnya dikuasai, iaitu:
i. Pengetahuan Isi Kandungan
Guru memiliki kefahaman terhadap kepentingan pengetahuan isi kandungan untuk memastikan
keberkesanan pengajaran merangkumi: kesediaan guru mengajar, pengetahuan kandungan
secara mendalam, pengukuhan pengetahuan kandungan dan pengguasaan ilmu kandungan
sukatan dan disiplin berkaitan sukatan.
ii. Pengetahuan Ciri-ciri Murid
Guru memiliki pengetahuan dan peka kepada kepelbagaian ciri-ciri pelajar yang boleh
dikategorikan kepada; maklumat umum pelajar berkaitan latar belakang, mengenal pasti tahap
kognitif murid melalui kemahiran komunikasi untuk menggunakan pendekatan pengajaran
yang berbeza, tahap kesukaran murid memahami pengajaran seperti; miskonsepsi murid dan
kesediaan jiwa untuk mengikuti pengajaran dan sikap murid terhadap subjek seperti; minat,
kecenderungan dan tahap kesediaan murid.
iii. Pengetahuan Pedagogi
Pengetahuan pedagogi subjek boleh dikategorikan seperti berikut; kaedah pengajaran yang
merangkumi kaedah induktif dan kaedah deduktif, pendekatan pengajaran pula dengan
menggunakan gabung jalin ilmu, penyerapan ilmu, faham situasi pengajaran, mudah kepada
163
International Conference on Education and Counseling

sukar, pengajaran kontekstual dan perbandingan konsep, teknik pengajaran adalah dengan
motivasikan murid, menerapkan kemahiran, menghafal formula rumus, menjalankan
pengajaran luar kelas, menghafal definisi konsep, menghafal kata kunci konsep dan langkah
pengajaran yang melibatkan urutan topik, pengurusan bilik darjah, pengurusan masa dan
kawalan bilik darjah.
iv. Pengetahuan Kurikulum
Guru memiliki pengetahuan terhadap perkembangan kurikulum secara umum dan kurikulum
pengajaran tajuk yang diajar secara khusus yang boleh dikategorikan kepada; pengetahuan
sukatan kurikulum, kurikulum berorientasikan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS), kurikulum
berasaskan kesesuaian murid, pelaksanaan kurikulum penerapan nilai-nilai murni, perancangan
dan pelaksanaan kurikulum dan aktiviti ko-kurikulum.
Pengintegrasian keempat-empat komponen PPK dalam pengajaran oleh Guru Pendidikan Khas
Bermasalah Penglihatan dapat diterjemahkan semasa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan pengintegrasian yang dicadangkan oleh Shulman (1987) dalam Ahmad Yunus Kasim
dan Abdul Halim Tamuri (2010), iaitu:
i. Pemahaman terhadap apa yang diajar (Comprehension):
Tujuan, struktur subjek dan idea di dalam dan yang diluar daripada disiplin pengajaran.
ii. Transformasi (Tranformation):
Mengubahsuai kurikulum sekiranya ianya terlalu sukar untuk tahap murid yang diajar.
Persediaan sebelum pengajaran, persembahan pengajaran/idea secara tersusun, pilihan
pengajaran dari kalangan pelbagai kaedah dan model pengajaran, mengambilkira ciri-ciri
pelajar, dan penyesuaian kepada pelajar tertentu di dalam kelas.
iii. Arahan(Instruction):
Kepelbagaian kaedah pengajaran guru. Pengurusan, persembahan, interaksi, kerja kumpulan,
disiplin, humor, penyoalan, arahan penemuan dan siasatan.
iv. Penilaian(Evaluation):
Guru mempunyai kemahiran untuk menilai semula kefahaman dan kesalahfahaman pelajar
dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara interaktif. Hasilnya, guru menilai prestasi
beliau sendiri dan membuat pelarasan/penambahbaikan berdasarkan pengalaman.
v. Refleksi (Reflection):
Proses ini termasuk satu siri langkah, termasuk mengkaji semula, membina semula,
melakukan/mengulang, dan menganalisis secara kritikal pengajaran seseorang untuk
diperbaiki.
vi. Pemahaman baru (New comprehension):
Jangkaan bahawa melalui tindakan pengajaran guru mencapai pemahaman baru berkaitan
tujuan, pelajar, pengajaran, dan diri sendiri.

4 PENGETAHUAN CIRI-CIRI MURID

Guru pendidikan khas bermasalah penglihatan juga perlu mempunyai pengetahuan tentang jenis-
jenis masalah penglihatan secara umum. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam
Jamila K.A. Mohamed (2006) mendefinisikan kedua-dua masalah penglihatan seperti berikut:
i. Kebutaan: penglihatan kurang daripada 3/60 mengikut carta Snellan, pada mata yang terbaik
ataupun medan penglihatan kurang daripada 10 darjah setelah menerima rawatan ataupun
pembetulan biasan (refractive).
ii. Rabun atau penglihatan terhad (Low Vision): penglihatan kurang daripada 6/18 sehingga
persepsi cahaya pada mata yang terbaik ataupun medan penglihatan kurang daripada 10 darjah
sesudah rawatan ataupun pembetulan biasan (refractive). Individu dengan penglihatan terhad
dapat melakukan tugas seharian menggunakan deria penglihatan.

164
International Conference on Education and Counseling

5 RUMUSAN

Secara umumnya Pengetahuan Pedagogikal Kandungan (PPK) adalah satu bidang profesional guru
yang sangat penting, dan merupakan topik yang sangat relevan kepada komuniti pendidikan
terutamanya pendidikan khas. Melalui proses lingkaran pelaksanaan pengajaran model Shulman
pengetahuan yang unik ini diterjemahkan ke dalam proses pengajaran yang sebenar merangkumi
peringkat kefahaman, transformasi, tindakan pengajaran, penilaian, refleksi serta kefahaman baru
untuk menghasilkan Pengetahuan Pedagogikal Kandungan (PPK) pengajaran yang berkesan.
Pengalaman guru juga didapati banyak membantu guru untuk mengolah dan mengubahsuai bahan
pengajaran bergantung kepada situasi serta ciri-ciri murid. Kemahiran guru mengintegrasikan
komponen-komponen Pengetahuan Pedagogikal Kandungan (PPK) membentuk suatu pengalaman
secara peribadi untuk menghasilkan pengajaran dengan berkesan. Pengetahuan Pedagogikal
Kandungan (PPK) pengajaran guru diharap dapat memberi suatu gambaran secara holistik proses
pengajaran guru yang boleh diterima pakai dan dijadikan panduan untuk meningkatkan kualiti
pengajaran dan profesionalisma guru secara sistematik.

RUJUKAN
Abell, S. (2007). Research on science teachers' knowledge. In. S.K. Abell, & N.G. Lederman (eds.).
Handbook of research on science education (pp. 1105-1149). Mahwa, New Jersey:
Lawrence Erlbaum Associates.
Ahmad Yunus Kasim & Ab. Halim Tamuri. (2010). Pengetahuan Pedagogikal Kandungan (PPK)
Pengajaran Akidah: Kajian Kes Guru Cemerlang Pendidikan Islam. Journal of Islamic and
Arabic Education, 2(2),13-30.
Ball, D.L., Thames, M.H., & Phelps, G. (2008). Content knowledge for teaching: What makes it
special? Journal of Teacher Education, 59(5), 389-407.
Jamila K.A. Mohamed. (2006). Pendidikan Khas Untuk Kanak-kanak Istimewa. Kuala Lumpur:
PTS Profesional.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Penjelasan mengenai Syarat Pembayaran Intensif
Mengajar Kanak-kanak Cacat Penglihatan, Cacat Pendengaran dan Kanak-kanak
Bermasalah Pembelajaran Kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Yang Bertugas
Sepenuh Masa. Surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pendidikan Bilangan 1 Tahun
2001. KP(PP)0137/40(79)
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025. Kuala Lumpur.
Sharifah Alwiah Alsagoff. (1984). Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur: Heinemann Asia.
Shulman, L.S. (1986). Those who understand: knowledge growth in teaching. Educational
Researcher, 15(2), 4-14.
Shulman, L.S. (1987). Knowledge and Teaching. Foundations of the new reform. Harvard
Educational Review, 57(1),1-22.
Zaidah Yazid. (2005). Pengetahuan Pedagogikal Kandungan (PPK) Guru Matematik Tambahan
Berpengalaman. Satu Kajian kes. Tesis PhD, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia.

165

Anda mungkin juga menyukai