Anda di halaman 1dari 3

Rabu Pendidikan Kesihatan Tahun 6 30/6/2021

TOPIK: PENYALAHGUNAAN DADAH

“ BERTINDAK BIJAK, ELAK TERJEBAK”

Bagaimana seseorang itu mencegah dari terlibat dengan penyalahgunaan dadah?

1. Lengkapkan diri anda dengan pengetahuan dan sikap yang baik

• Mengenali jenis dadah yang menyebabkan ketagihan

2. Hadapi tekanan rakan sebaya dengan berkesan

• Bertindak tegas - Belajar bagaimana untuk berkata “TIDAK”

3. Kendali masalah anda dengan berkesan

• Belajar bagaimana menyelesaikan masalah

• Minta bantuan orang dewasa yang anda percayai

4. Memahami bahawa bukan semua tingkah laku orang dewasa boleh ditiru

5. Pilih kawan yang baik

6. Elakkan keadaan dan persekitaran yang berisiko

CIKGU NASUHA
Rabu Pendidikan Kesihatan Tahun 6 30/6/2021

Nyatakan cara-cara mengelakkan diri daripada terjebak dalam penyalahgunaan dadah


berdasarkan situasi di bawah.

1 Situasi 1
Borhan mencadangkan agar Faiz menghisap rokok sebagai syarat untuk Faiz diterima
menjadi ahli dalam kumpulannya.

Cara mengelakkan diri

2 Situasi 2
Kumar berasa tertekan kerana dia sangat lemah dalam pelajaran. Kakak dan adiknya pula
merupakan murid cemerlang. Rakan-rakan sering membandingkan dirinya dengan kakak
dan adiknya. Kumar mengadukan masalahnya itu kepada seorang rakannya. Rakannya
telah memberikan pil ekstasi kepada Jamal. Menurut rakannya, pil ekstasi itu mampu
menghilangkan tekanan yang dialaminya.

Cara mengelakkan diri

3 Situasi 3
Imran telah mengajak Daniel ke sebuah gerai makan yang menjual air ketum di hujung
kampung. Imran membeli sebungkus air ketum di gerai itu. Imran menyuruh Daniel
mencuba minum air ketum itu kerana dipercayai boleh memberikan tenaga kepada Daniel.

Cara mengelakkan diri

CIKGU NASUHA
Panduan jawapan.

Tidak mengambil pil ekstasi itu, sebaliknya dia bertekad untuk belajar dan berusaha
dengan lebih gigih di samping melakukan aktiviti yang sihat.

Dia tidak minum air ketum itu dan menasihati rakannya itu supaya berhenti minum air
ketum kerana boleh memudaratkan kesihatannya.

Dia harus bersikap berani untuk mengelak ajakan negatif kawan agar dapat
mengelakkan diri daripada pengaruh penyalahgunaan dadah.

CIKGU NASUHA

Anda mungkin juga menyukai