Anda di halaman 1dari 3

Assalammulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera,

Yang Berusaha Tuan Hj Adib B. Sulaiman, Pengarah IPG Kampus Tun Hussein Onn,

Dr. Rafiah BT. Abdul Rahman Timbalan Pengara IPG Kampus Tun Hussein Onn,

Yang Dihormati Pn. Nor Hida Bt. Ibrahim Ketua Unit Latihan Dalam Perkhidmatan IPG
Kampus Tun Hussein Onn.

Barisan Urus setia serta peserta-peserta Program Transformasi Minda Siri 3/2018

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana


dengan limpah rahmat-Nya, kita dapat bersama-sama berada di Majlis Perasmian
Penutup Program Transformasi Minda Siri 3/2018.

Hadirin yang di hormati sekalian,

Syukur ke hadrat Allah SWT, kami seramai 100 orang guru telah berjaya
menyelesaikan Program Transformasi Minda Siri 3/2018 selama 5 hari 4 malam di IPG
Kampus Tun Hussein Onn. Program Transformasi Minda (PTM) diperkenalkan untuk
memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan
dalam perkhidmatan awam. PTM juga merupakan satu daripada syarat pengesahan
dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi. Program ini dibentuk bagi
membolehkan pegawai memahami prinsip dan falsafah pembentukan negara, jentera
pentadbiran kerajaan dan peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam serta
pembentukan jati diri bagi menghadapi cabaran dalam dua pendidikan. PTM
dilaksanakan dalam tempoh lima (5) hari meliputi tiga (3) segmen iaitu Negara dan
Perkhidmatan Awam; Tanggungjawab dan Peranan Pegawai serta Budaya Kerja Kelas
Pertama.

Hadiran yang di hormati sekalian

Pelaksanaan program-program pembangunan seperti ini khususnya dalam kalangan


guru diharapkan dapat menggilap keupayaan dan potensi citra guru disamping
memberikan maklumat yang jelas kepada pewaris pendidik masa hadapan ini. Saya
sebagai wakil guru-guru sekalian berpandangan bahawa kini sudah tiba masanya untuk
melihat peranan guru dalam perspektif yang lebih besar. Guru haruslah
mengarusperdanakan peranannya melalui penglibatan secara langsung dalam gerakan
transformasi negara. Mengambil kira keupayaanya untuk mempengaruhi persekitaran
kerja organisasi sektor awam merangkumi aspek-aspek kritikal seperti persahabatan
dan perhubungan kerja, semangat kekitaan, motivasi kerja, kebajikan dan kepentingan
warga setiap jabatan, saya percaya para guru sudah bersedia untuk memikul
tanggungjawab yang lebih besar iaitu sebagai agen transformasi ke arah Negara maju
dan rakyat berpengetahuan.

Hadirian yang dikasihi sekalian,

Akhir sekali, sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan
terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Institut Pendidikan Guru Kampus Tun
Hussein Onn, Batu pahat dan pihak-pihak yang terlibat secara langsung kerana
menganjurkan program Program Transformasi Minda Siri 3/2018.

Sebelum seya mengundur diri, izinkan saya menyampaikan pantun buat kalian semua,

Bunga dedap di atas para,

Anak dusun pasang pelita;

Kalau tersilap tutur bicara,

Jemari disusun maaf dipinta.

Pohon berangan tempat bertemu,

Girangnya rasa si anak dara;

Baliklah tuan membawa ilmu,

Binalah bangsa bangunkan negara.


Di atas dahan burung tempua,

Melihat rusa tepi perigi;

Salam perpisahan untuk semua,

Dilain masa bersua lagi.

Sekian. Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai